Khamis, 29 September 2011

Mengukur diri dan impian

lahir dalam dunia yang dah moden. melahirkan generasi yang materialistik. bahkan dengan pelbagai kemudahan baik dari segi transportation, communication dan fashion. banyak lagi perkara yang telah mendedahkan ilmu dan kehendak gaya materialistik dalam diri generasi masa kini. bahkan kereta, boleh dikatakan setiap keluarga dimalaysia pernah menaiki kereta dan memiliki kereta berbanding dengan aku yang dahulu hanya naik turun naik bas yang dah pun uzur, kerusi yang dah tak berfungsi sperti kerusi lagi, tiada air-con, yang mana bus sekarang jauh selesa berbanding dengan bus dahulu.

boleh dikatakan generasi hari ini jauh lebih selesa kehidupannya berbanding sedekad yang lalu. jadi, bagi aku, generasi hari ini, tersangat mempunyai kelebihan yang tak terhingga dalam menimba ilmu. bagi aku ilmu tu perlu bagi setiap individu kat dunia ni. tak pelik la kalu generasi kini mampu mencapai tiptop dalam pelajaran.

akak tetapi, ilmu intelektual dalam membentuk diri di bumi ni tidakla sepenting mana jika nak dibandingkan dengan ilmu untuk dibawa bekalan disana. jadi pada aku, dengan dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba yang boleh menggoyah iman, tekanan dari setiap pelusuk, jadi ilmu rohani itu perlu dititik beratkan. terutama orang Islam.

senang aku observe diri aku sendiri. aku lahir tahun 80an yang mana televisyen, elektrik, air paip, telefon, handphone, internet dah mula bertapak dengan pesat. kereta pun ade yang murah yang dah jadi kerete taraf mampu milik. jadi, perolahan berlaku dari manusia memiliki kenderaan sendiri, kurangnye menaiki public transport di kawasan rural.

walaubagaimanpun seusia kanak-kanak aku masih merasa mandi air perigi yang ditimba sendiri, yang menggunakan pam air mahupun dipanggil "gumba". seronok, aku rindukan saat itu.

jadi kesengsaraan dan ketahanan mental dan fizikal yang aku alami tidakla sekental generasi mak ayahku yang mereka memang golongan yang survival. salute la mak, abah, tok...

jadi, memandangkan tekanan hari ini, terutama materialistik. aku menjadi takut. takut aku hanyut dalam alam dunia materialistik. aku berasal dari keluarga yang susah dan rezeki kurniaan Allah dari ilmu la yang menaikkan martabat keluarga. dari berjalan kaki, mampu memiliki kenderaan sendiri dan Alhamdulillah kehidupan betambah baik.

ketika pulang dari ipoh, dari rumah sahabat ku. aku terserempak dengan sebuah kereta yang aku tak pernah nampak lagi. iaitu BMW X6. Aku hanya orang kebiasaan yang memiliki sebuah kereta tempatan bila melihat kereta tu, memang menang mata memandang dan memuji dalam hati cantiknye kereta tu dan mesti mahal harganya. kayanya orang yang memilikinya.

tipu kalu aku katakan aku x nak memiliki kereta sebegitu. mesti aku mau, cuma poket jek kosong. kemudian, aku berangan meletakkan diri aku di tempat pemilik BMW X6 tadi. aku tergelak dan beristighfar ..

padanla Allah tidak mengurniakan aku sebegitu. dapat aku menghidu aku ade talent menjadi hamba materialistik dunia dan diselaputi sikap angkuh. ya nauzubillah. memang, aku belum tinggi dan kukuh imannya untuk di duga dengan kemewahan dan kesenangan. biarla aku dirundung kesengsaraan yang menghapus detik hati angkuh ku ini... biarlah..

dan aku bersyukur dengan kurniaan Allah. dan pada aku, penerapan ilmu agama adalah sangat penting dalam membimbing seseorang dalam caranya berfikir, membawa diri, berinteraksi, akhlak, percakapan, adap sopan.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan