Khamis, 3 September 2009

Sarjana Astronomi Islam

Islam adalah pemacu kegemilangan dan tamadun umat manusia, di puncak kegemilangan Islam, pengajian ilmu bersinar terang di setiap pelusuk dunia dan menghasilkan cendekiawan serta tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul dan diakui kecemerlangannya sehingga masa kini. Salah satu hasil dari tamadun yang besar itu ialah ilmu sains bintang (astronomi) di mana sistem pengukuran tarikh yang teratur, iaitu suatu sistem kalendar yang membolehkan penentuan tarikh sesuatu peristiwa yang betul berpandukan ilmu ini. Beberapa amal ibadat Islam bergantung pengamalan kalendar yang betul. Tarikh Haji, tarikh permulaan dan berakhir puasa, pengiraan tempoh kelayakan membayar zakat juga adalah berdasarkan kalendar ini. Satu tahun Hijrah ialah lebih kurang 11 hari lebih pendek dari satu tahun Masihi. Selain itu terdapat banyak lagi amal ibadat (fardu dan sunat) yang waktunya ditentukan berdasarkan kalendar ini. Lantaran itu ilmu falak (astronomi) telah menjadi salah satu cabang ilmu yang ditetapkan sebagai fardu kifayah kepada masyarakat Islam.

Nama-nama seperti Al-Khawarizmi, Al-Sufi, Al-Kindi, Al-Battani, Al-Idrisi dan Ulugh Beg merupakan sebahagian daripada nama-nama besar yang telah mengharum dan memartabatkan Islam di bidang astronomi.
  • AL-KHAWARIZMI (780-850M)

Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zamannya. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

  • AL-SUFI (903-986M)

Dikenali dengan nama Azophi di dunia barat. Kitabnya yang terkenal ialah Al-Kawakib As-Sabit Al-Musawwar, keterngan tentang kedudukan buruj bintang. As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, mengambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya.


Menghitung tahun matahari dengan tepat. Saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya.


Mengenalpasti galaksi Andromeda M31. Menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab. Sebuah kawah di bulan yang berdiameter 47km dan kedalamannya 3.7m telah dinamai dengan nama beliau (Azophi Crater).

  • AL-KINDI (800-873)

Hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, mono-graf pasang-surut, peralatan astronomi, ruang dan waktu serta kaedah penghitungan untuk bulatan.


Seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan perdaraban nombor, kuantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian.


Menulis 16 buah buku berkenaan falak, fizik 12 buah, arithmatik 11 buah dan geometri 32 buah.

  • AL-BATTANI (858-929)

Seorang ahli astronomi dan matematik. Mempelajari bidang ini daripada bapanya Jabir Ibn Sinan al-Battani yang juga seorang ahli sains.


Membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy. Dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.


Memperkenalkan penggunaan trogonometri dalam matematik.

  • AL-IDRISI (1099-1166)

Menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.


Mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat. Menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al-Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuan ini ialah Christopher Columbus.

  • ULUGH BEG (1393-1449)

Nama sebenar Mohammad Taragay Ibnu Shah Rukh. Cucu kepada Timurlane (1336-1405), panglima Mongol yang amat terkenal. Ulugh Beg dilahirkan di Soltaniyah, Iran.


Pemerintah, guru, saintis, dan ahli astronomi. Membina pusat pengajian ilmu di Samarkand serta sebuah balai cerap, yang diberi nama Zurkhani Zij. Mengenalpasti dan membina zij (jadual) menerangkan tentang kedudukan 1,012 butir bintang secara tepat. Beliau juga mencatit kaedah-kaedah dan teori sfera geometri dan trigonometri.



**Dipetik dari Kalendar 2009/1430-1431 Hijrah, keluaran Pusat Pungutan Zakat (PPZ, MAIWP).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan