Sabtu, 12 September 2009

kasih di hujung rindu part 7

Bab 29 - Khairul

Farah masih tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan emak. Aku menemani Farah di
sini sementara ayah pula menemani emak di bilik sebelah. Tangan Farah erat di
dalam genggaman tanganku. Dia seperti sedang tidur dengan nyenyaknya. Nafasnya
begitu teratur.


Aku duduk menatap wajah Farah. Perlahan-lahan kuusap pipinya. Terasa licin dan
lembut sahaja kulit pipi isteriku. Mengapakah dia begitu nekad untuk
mendermakan buah pinggangnya kepada emak? Walaupun begitu buruk layanan emak
buatnya, namun dia masih sanggup untuk melakukan pengorbanan yang sebegini?
Apakah dia tiada perasaan?

Farah, sekarang barulah abang sedar bahawa kaulah yang paling penting dalam
hidup abang selepas emak, ayah dan anak-anak abang. Maafkan abang kerana
membuatkan kau menderita selama ini di dalam ikatan perkahwinan kita ini. Tapi,
abang berjanji Farah... selepas ini abang akan menyayangi dirimu dengan sepenuh
hati. Abang akan menjaga Farah dan tidak akan membiarkan kau menderita lagi.

Berikanlah abang peluang untuk menebus kesalahan abang ini. Berikan abang
peluang untuk menyayangimu dan mengasihimu buat selama-lamanya. Kaulah
segala-galanya di dalam hidup abang sekarang. Tidak sanggup abang melihat kau
menderita lagi. Kau akan kubelai dengan sepenuh hati.

Farah, bukalah matamu agar dapat abang menatap matamu yang redup itu. Sedarlah
agar abang dapat mendengar suaramu yang lunak itu. Abang rindukan senyuman
manis yang sentiasa terukir di bibirmu. Abang rindukan gelak tawamu ketika
melayani karenah anak-anak kita. Bangunlah Farah... bangunlah sayang...

Aku membawa tangannya ke dadaku. Kemudiannya ke bibirku. Entah sudah berapa
kali aku melakukannya. Tiba-tiba aku terasa ada pergerakan kecil pada jarinya
yang berada di dalam genggamanku. Aku berpaling menatap wajahnya. Kelopak
matanya bergerak-gerak. Hatiku berbunga ceria.

"Farah... Farah... buka mata sayang. Abang ada di sini." Perlahan-lahan aku
memanggilnya. Dia masih lagi sedang berusaha untuk membuka matanya. Setelah
beberapa ketika, barulah kelopak matanya terbuka. Dia kelihatan seperti
terpinga-pinga.

Segera kukucup tangannya buat kesekian kalinya. Dia segera mengalihkan
pandangannya kepadaku.

"Abang..." Panggilnya lemah.

"Ya sayang, abang ada di sini." Balasku cepat.


Matanya memandang aku lama. Dia cuba bangun tetapi segera aku menghalangnya.

"Macam mana dengan keadaan emak?" Soalnya lemah.

"Alhamdulillah, emak pun selamat. Ayah sedang menemani emak di bilik sebelah."
Jawabku.

"Farah nak tengok mak, abang." Pintanya yang masih lemah. Aku pantas
menggelengkan kepala.

"Tak boleh. Farah masih lemah, dan perlukan rehat yang secukupnya. Farah nak
air?"

Dia hanya menganggukkan kepalanya. Aku terus menuangkan air ke dalam gelas lalu
aku membantu dia untuk minum. Hanya beberapa teguk sahaja dia menelan air.
Sebaik sahaja dia habis minum, segera aku
menyuruhnya berbaring semula dan meminta untuk kembali tidur. Dia tidak banyak
berkata-kata dan kemudiannya kembali memejamkan matanya.

Belum sempat aku menarik gebarnya, dia kembali membuka matanya dan memegang
lenganku.

"Anak-anak macam mana?" Dia risaukan keadaan Farhan dan Azim. Dalam sakit-sakit
begini, ingatannya
terhadap Farhan dan Azim tetap tidak lekang.

"Mereka tinggal bersama dengan Asmah. Jangan risau, esok abang akan bawa mereka
datang jumpa Farah ya!" Janjiku memuaskan hatinya. Dia kembali memejamkan mata
lalu tidak lama kemudian terdengar dengkuran halus darinya.

Asmah merupakan sepupuku. Sejak semalam aku menumpangkan Farhan dan Azim di
rumahnya. Farhan dan Azim juga sibuk bertanyakan mama mereka. Aku cuma
menyatakan bahawa mama mereka sedang menemani opah mereka di hospital. Nasib
baik anak-anakku tidak terus banyak bertanya. Mungkin leka bermain –dengan
sepupu-sepupu mereka yang juga anak-anak kepada Asmah.

Sebelum aku beredar untuk menjenguk emak, aku mengucup dahinya. Sedikitpun
tidurnya tidak terganggu dengan perbuatanku. Perlahan-lahan aku menapak keluar
dari bilik itu menuju ke bilik sebelah.

"Ayah." Sapaku perlahan pada ayah yang sedang tekun membaca surah Yassin. Sejak
emak dimasukkan ke dalam bilik pembedahan hinggalah sekarang, surah Yassin
tidak lekang dari pegangannya.

"Farah sudah sedar?" Soal ayah tanpa berpaling kepadaku.

"Sudah ayah. Tapi selepas minum air sedikit, dia kembali tidur. Mungkin kesan
bius masih kuat." Terangku perlahan. Ayah hanya menganggukkan kepalanya.

"Hanya emak kamu yang masih belum sedar." Ucap ayah lemah lalu memegang tangan
emak.


"Sabarlah ayah, insyaallah emak tak apa-apa." Aku cuba memujuk dan meredakan
keresahan ayah. Aku memaut bahu ayah lembut.

"Insyaallah..." Balas ayah kembali dan terus menyambung bacaannya. Kubiarkan
ayah seorang menemani emak dan berniat untuk kembali menemani Farah.

Bab 30 - Khairul

"Mana Farah? Dah seminggu aku di sini, tak pernah sekali pun dia datang
menjenguk aku." Emak asyik
bertanyakan Farah. Dia berasa hairan kerana menantunya itu tidak pernah datang
melawatnya di hospital. Mana boleh Farah datang melawatnya dengan keadaannya
yang sendiri baru dibedah. Nanti emak akan hairan dan rahsia Farah mendermakan
buah pinggang padanya akan terbongkar.

"Farah bekerja. Lagipun dia sudah ambil cuti lama sewaktu emak mula-mula masuk
hospital dulu. Lagipun tak eloklah dia cuti lama-lama. Nanti apa pula kata bos
di tempat kerjanya itu." Aku membuat dalih untuk Farah. Sedangkan hakikatnya
Farah masih bercuti dan sekarang sedang berehat di rumah Asmah.

Kesihatan emak semakin baik. Buah pinggang yang Farah dermakan itu sesuai
dengan sistem tubuh emak. Aku amat bersyukur dengan keadaan emak sekarang yang
semakin pulih. Semakin pulih emak, semakin rancak jugalah mulutnya menyindir
Farah di hadapanku. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk berterus
terang, namun aku harus berpegang pada janjiku.

"Sudahlah emaknya. Cubalah jangan berprasangka sangat pada Farah tu. Dia memang
seorang menantu yang baik. Janganlah awak hendak memburuk-burukkan dia lagi.
Bersyukurlah dengan keadaan awak sekarang nie." Ayah pula menyampuk. Mungkin
ayah juga seperti aku yang tidak tahan mendengar emak yang sering menyindir
Farah.

"Bila saya boleh keluar dari sini bang? Saya dah bosan asyik bau ubat saja di
wad nie. Sampai pening kepala saya dibuatnya." Emak mengalihkan tajuk
perbualannya apabila ayah mula bersuara.

"Esok." Pendek sahaja ayah menjawab pertanyaan emak.

"Farhan dan Azim ada di sini?" Emak kembali menyoalku.

"Ermmm... petang nanti Farah datang bawa anak-anak. Dia tahu emak akan keluar
dari hospital esok, jadi selepas habis waktu kerja dia akan pulang ke sini
segera dengan anak-anak." Aku mengutuk-ngutuk diriku sendiri kerana terpaksa
berbohong kepada emak demi mahu menyembunyikan keadaan Farah sekarang.

Walaupun begitu, aku melihat kesihatan Farah juga semakin baik. Cuma dia perlu
berhati-hati dalam pergerakannya. Risau akan tempat pembedahan itu akan terluka
kembali. Azim pun tidak didukungnya walaupun berkali-kali anak kecil itu
memintanya untuk didukung. Paling-paling tidak, diriba sahaja untuk tidak mahu
menghampakan permintaan Azim.

"Apa yang kau menungkan. Teringatkan bini kesayangan dialah tu." Sindiran emak
kusambut dengan senyuman memekar.


Memang aku rindukan dia. Rindukan kelincahannya. Tapi, sedikit masa lagi dia
akan kembali seperti biasa. Aku tidak sabar untuk kembali ke rumahku. Aku mahu
mulakan hidup baru bersamanya. Aku mahu membuka lembaran baru bersamanya. Dia
tidak akan kusia-siakan lagi.

"Siapa yang tidak rindukan isteri mak. Tambahan pula isteri sebaik Farah,
bukannya calang-calang orang yang dapat. Saya yang bertuah kerana dapat
memperisterikannya, mak." Keluhku lalu tersenyum hambar.

"Amboi, puji melambung tinggi nampaknya. Takkan baru seminggu sudah nanar kau
jadinya. Itu baru seminggu, nanti kalau Farah bersalin... kurang-kurang dua
bulan kau kena 'puasa'." Ayah menyakat aku. Aku hanya ketawa besar. Percakapan
ayah mengandungi maksud yang amat tersirat. Gelihati aku dibuatnya.

"Dua beranak nie, kalau bergurau langsung tak ingat dunia. Di sini hospital,
mana boleh bising-bising
begini." Emak memberi amaran kepada kami agar merendahkan sedikit nada suara
kami.

"Hmmm... dah dekat setahun kau berdua berkahwin, takkanlah tak ada apa-apa
lagi?" Ayah menyoalku. Aku hanya mengerutkan dahi, tidak memahami maksud
pertanyaan ayah.

"Ada apa-apa? Apa maksud ayah, saya tak fahamlah." Aku menggaru-garu kepalaku
yang tidak gatal.

"Kau nie Khairul, sudah ada anak duapun masih tak faham-faham." Ujar ayah lalu
ketawa kecil.

"Yalah, cuba ayah cakap terang-terang. Janganlah berbelit-belit." Balasku pula
yang semakin
kebingungan.

Ayah ketawa kali ini. Emak menjeling ke arah ayah. Terhenti ketawa ayah apabila
melihat jelingan emak.

"Awak jangan jeling saya macam tu, nanti gugur jantung saya." Ayah cuba
bergurau dengan emak. Nampaknya gurauan ayah menjadi apabila jari emak
menggutis lengan ayah. Aku tersenyum bahagia melihat kemesraan emak dan ayah.

"Ayah nie teringin hendak bercucu lagi. Belum 'berisi' lagikah Farah tu?" Kali
ini ayah berterus-terang akan maksud kata-katanya sebelum ini.

Aku tersentak seketika. Terdiam aku mencari jawapan yang sesuai.

"Kau berdua merancangkah?" Ayah menambah pertanyaannya.

"Tak adalah. Cuma belum ada rezeki." Aku diserang serba salah.

Hampir setahun usia perkahwinanku, belum sekali pun aku tidur bersama dengan
Farah. Mana mungkin Farah dapat mengandung dengan keadaan kami sekarang.

"Sementara masih muda beginilah kalau nak beranak. Lagipun, Farah muda lagi.
Masih mampu untuk memberikan zuriat pada kau. Takkanlah dia tidak teringin
hendakkan anak sendiri. Farhan dan Azim pun semakin membesar dan sudah tidak
perlukan perhatian yang khusus." Panjang lebar ayah menasihatiku. Aku hanya
mendiamkan diri, tidak mencelah langsung.

"Nanti kalau ada anak sendiri, sudah tentu tak diperdulikan Farhan dan Azim.
Yalah, anak orang mana sama dengan anak sendiri." Emak mula memasukkan
jarumnya. Topik yang ayah bualkan memberi peluang padanya untuk menyindir
Farah.

"Emak jangan kata begitu. Farah bukan orang seperti yang emak sangkakan. Dia
seorang ibu dan isteri yang baik. Saya yakin, walaupun dia sudah ada anak
sendiri, kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim tetap tidak berubah." Aku
membela Farah. Aku tahu emak tidak menyenanginya setiap kali aku memuji Farah
di hadapannya.

"Emak nampak sejak akhir-akhir ini, sejak emak dimasukkan ke hospital kau dan
ayah kau semakin memuji-muji Farah. Apa kena dengan kamu berdua?" Nada suara
emak agak meninggi. Emak mula mencurigai kami. Aku dan ayah saling
berpandangan.

"Sudahlah tu. Kita tamatkan sahaja perbualan kita di sini. Sekejap lagi waktu
melawat akan tamat. Kami
berdua beredar dululah. Malam nanti abang datang semula." Kata-kata ayah
menyelamatkan aku dari terus diserang bertubi-tubi oleh emak.

"Selagi kita boleh rahsiakannya, kita cubalah Khairul. Itu permintaan Farah
sendiri. Walaupun sukar, kita perlu berusaha. Farah memang seorang wanita yang
baik, amat baik sebenarnya. Berjanjilah kau takkan
mensia-siakan hidupnya, Khairul." Kata ayah kepadaku ketika kami sama-sama
melangkah menuju ke kereta.

"Saya berjanji ayah. Selagi saya masih hidup, saya akan membahagiakan Farah."
Itulah ikrarku pada ayah. Memang aku teramat menyayanginya. Tidak sanggup
membiarkan hatinya terluka lagi. Cukuplah hatinya menderita sebelum ini. Akan
kucuba untuk membahagiakan hidupnya walaupun Linda masih membayangi hidupku
lagi.

Bab 30 - Khairul

"Mana Farah? Dah seminggu aku di sini, tak pernah sekali pun dia
datang menjenguk aku." Emak asyik bertanyakan Farah. Dia berasa
hairan kerana menantunya itu tidak pernah datang melawatnya di
hospital. Mana boleh Farah datang melawatnya dengan keadaannya yang
sendiri baru dibedah. Nanti emak akan hairan dan rahsia Farah
mendermakan buah pinggang padanya akan terbongkar.

"Farah bekerja. Lagipun dia sudah ambil cuti lama sewaktu emak mula-
mula masuk hospital dulu. Lagipun tak eloklah dia cuti lama-lama.
Nanti apa pula kata bos di tempat kerjanya itu." Aku membuat dalih
untuk Farah. Sedangkan hakikatnya Farah masih bercuti dan sekarang
sedang berehat di rumah Asmah.

Kesihatan emak semakin baik. Buah pinggang yang Farah dermakan itu
sesuai dengan sistem tubuh emak. Aku amat bersyukur dengan keadaan
emak sekarang yang semakin pulih. Semakin pulih emak, semakin rancak
jugalah mulutnya menyindir Farah di hadapanku. Kadang kala terlintas
juga di fikiranku untuk berterus terang, namun aku harus berpegang
pada janjiku.

"Sudahlah emaknya. Cubalah jangan berprasangka sangat pada Farah tu.
Dia memang seorang menantu yang baik. Janganlah awak hendak memburuk-
burukkan dia lagi. Bersyukurlah dengan keadaan awak sekarang nie."
Ayah pula menyampuk. Mungkin ayah juga seperti aku yang tidak tahan
mendengar emak yang sering menyindir Farah.

"Bila saya boleh keluar dari sini bang? Saya dah bosan asyik bau ubat
saja di wad nie. Sampai pening kepala saya dibuatnya." Emak
mengalihkan tajuk perbualannya apabila ayah mula bersuara.

"Esok." Pendek sahaja ayah menjawab pertanyaan emak.

"Farhan dan Azim ada di sini?" Emak kembali menyoalku.

"Ermmm... petang nanti Farah datang bawa anak-anak. Dia tahu emak
akan keluar dari hospital esok, jadi selepas habis waktu kerja dia
akan pulang ke sini segera dengan anak-anak." Aku mengutuk-ngutuk
diriku sendiri kerana terpaksa berbohong kepada emak demi mahu
menyembunyikan keadaan Farah sekarang.

Walaupun begitu, aku melihat kesihatan Farah juga semakin baik. Cuma
dia perlu berhati-hati dalam pergerakannya. Risau akan tempat
pembedahan itu akan terluka kembali. Azim pun tidak didukungnya
walaupun berkali-kali anak kecil itu memintanya untuk didukung.
Paling-paling tidak, diriba sahaja untuk tidak mahu menghampakan
permintaan Azim.

"Apa yang kau menungkan. Teringatkan bini kesayangan dialah tu."
Sindiran emak kusambut dengan senyuman memekar.


Memang aku rindukan dia. Rindukan kelincahannya. Tapi, sedikit masa
lagi dia akan kembali seperti biasa. Aku tidak sabar untuk kembali ke
rumahku. Aku mahu mulakan hidup baru bersamanya. Aku mahu membuka
lembaran baru bersamanya. Dia tidak akan kusia-siakan lagi.

"Siapa yang tidak rindukan isteri mak. Tambahan pula isteri sebaik
Farah, bukannya calang-calang orang yang dapat. Saya yang bertuah
kerana dapat memperisterikannya, mak." Keluhku lalu tersenyum hambar.

"Amboi, puji melambung tinggi nampaknya. Takkan baru seminggu sudah
nanar kau jadinya. Itu baru seminggu, nanti kalau Farah bersalin...
kurang-kurang dua bulan kau kena 'puasa'." Ayah menyakat aku. Aku
hanya ketawa besar. Percakapan ayah mengandungi maksud yang amat
tersirat. Gelihati aku dibuatnya.

"Dua beranak nie, kalau bergurau langsung tak ingat dunia. Di sini
hospital, mana boleh bising-bising begini." Emak memberi amaran
kepada kami agar merendahkan sedikit nada suara kami.

"Hmmm... dah dekat setahun kau berdua berkahwin, takkanlah tak ada
apa-apa lagi?" Ayah menyoalku. Aku hanya mengerutkan dahi, tidak
memahami maksud pertanyaan ayah.

"Ada apa-apa? Apa maksud ayah, saya tak fahamlah." Aku menggaru-garu
kepalaku yang tidak gatal.

"Kau nie Khairul, sudah ada anak duapun masih tak faham-faham." Ujar
ayah lalu ketawa kecil.

"Yalah, cuba ayah cakap terang-terang. Janganlah berbelit-belit."
Balasku pula yang semakin kebingungan.

Ayah ketawa kali ini. Emak menjeling ke arah ayah. Terhenti ketawa
ayah apabila melihat jelingan emak.

"Awak jangan jeling saya macam tu, nanti gugur jantung saya." Ayah
cuba bergurau dengan emak. Nampaknya gurauan ayah menjadi apabila
jari emak menggutis lengan ayah. Aku tersenyum bahagia melihat
kemesraan emak dan ayah.

"Ayah nie teringin hendak bercucu lagi. Belum 'berisi' lagikah Farah
tu?" Kali ini ayah berterus-terang akan maksud kata-katanya sebelum
ini.

Aku tersentak seketika. Terdiam aku mencari jawapan yang sesuai.

"Kau berdua merancangkah?" Ayah menambah pertanyaannya.

"Tak adalah. Cuma belum ada rezeki." Aku diserang serba salah.

Hampir setahun usia perkahwinanku, belum sekali pun aku tidur bersama
dengan Farah. Mana mungkin Farah dapat mengandung dengan keadaan kami
sekarang.

"Sementara masih muda beginilah kalau nak beranak. Lagipun, Farah
muda lagi. Masih mampu untuk memberikan zuriat pada kau. Takkanlah
dia tidak teringin hendakkan anak sendiri. Farhan dan Azim pun
semakin membesar dan sudah tidak perlukan perhatian yang khusus."
Panjang lebar ayah menasihatiku. Aku hanya mendiamkan diri, tidak
mencelah langsung.

"Nanti kalau ada anak sendiri, sudah tentu tak diperdulikan Farhan
dan Azim. Yalah, anak orang mana sama dengan anak sendiri." Emak mula
memasukkan jarumnya. Topik yang ayah bualkan memberi peluang padanya
untuk menyindir Farah.

"Emak jangan kata begitu. Farah bukan orang seperti yang emak
sangkakan. Dia seorang ibu dan isteri yang baik. Saya yakin, walaupun
dia sudah ada anak sendiri, kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim
tetap tidak berubah." Aku membela Farah. Aku tahu emak tidak
menyenanginya setiap kali aku memuji Farah di hadapannya.

"Emak nampak sejak akhir-akhir ini, sejak emak dimasukkan ke hospital
kau dan ayah kau semakin memuji-muji Farah. Apa kena dengan kamu
berdua?" Nada suara emak agak meninggi. Emak mula mencurigai kami.
Aku dan ayah saling berpandangan.

"Sudahlah tu. Kita tamatkan sahaja perbualan kita di sini. Sekejap
lagi waktu melawat akan tamat. Kami berdua beredar dululah. Malam
nanti abang datang semula." Kata-kata ayah menyelamatkan aku dari
terus diserang bertubi-tubi oleh emak.

"Selagi kita boleh rahsiakannya, kita cubalah Khairul. Itu permintaan
Farah sendiri. Walaupun sukar, kita perlu berusaha. Farah memang
seorang wanita yang baik, amat baik sebenarnya. Berjanjilah kau
takkan mensia-siakan hidupnya, Khairul." Kata ayah kepadaku ketika
kami sama-sama melangkah menuju ke kereta.

"Saya berjanji ayah. Selagi saya masih hidup, saya akan membahagiakan
Farah." Itulah ikrarku pada ayah. Memang aku teramat menyayanginya.
Tidak sanggup membiarkan hatinya terluka lagi. Cukuplah hatinya
menderita sebelum ini. Akan kucuba untuk membahagiakan hidupnya
walaupun Linda masih membayangi hidupku lagi.

Bab 31 - Farah

Semakin hari semakin aku bingung dengan gelagat Khairul. Perhatiannya buatku semakin mendalam. Diriku dijaga dengan begitu rapi. Aku bukannya sakit hingga memerlukan pemerhatian yang sebegitu. Adakalanya aku menjadi rimas. Lagipun luka sewaktu pembedahan tiga bulan yang lalu, sudah pun sembuh.

Perubahan terhadap dirinya berlaku semenjak aku menjalani pembedahan dahulu. Dirinya seakan begitu mesra denganku. Ucapan 'sayang' sudah menjadi sebati dengan telingaku. Tiada lagi panggilan yang berupa nama buatku, hanya panggilan 'sayang' menggantikan panggilan nama buatku.

Dia juga sudah berani mendakapku dan mengucup pipiku setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja. Satu
perbuatan yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Jika dahulu, aku yang akan mengucup tangannya ketika bersalaman sebelum berpisah dari dalam lif (pejabatnya selang dua tingkat dari pejabatku). Setiap hujung minggu pula aku dihadiahkan sejambak besar bunga ros pelbagai warna. Bila kutanya mengapa, dia hanya tersenyum.

Adakalanya aku merasa bahagia dengan perubahannya ini, dan ada ketikanya pula aku keliru. Keliru dengan perubahan yang begitu mendadak ini. Ada apa-apakah yang tersirat di sebalik perubahannya ini. Atau sekadar mengaburi pandanganku sahaja.

"Apa yang sayang menungkan itu? Jauh sangat nampaknya. Ingat pakwe ke?" Guraunya sambil tangannya erat memeluk pinggangku dari belakang. Tika itu aku sedang mengacau seperiuk bubur jagung yang sedang mendidih untuk hidangan minum petang.

"Eh, abang? Ingatkan siapa tadi?" Aku terkejut dengan kedatangannya secara tiba-tiba.

""Abanglah, siapa lagi dalam rumah nie? Sayang masak apa tu? Wanginya bau." Dia menjenguk sedikit kepalanya ke hadapan untuk melihat ke dalam periuk.

"Farah masak bubur jagung." Balasku lalu cuba mengungkaikan pelukan kemasnya.
"Kenapa? Tak suka?" Soalnya mengusik.

"Bukan. Farahkan tengah memasak sekarang." Jawabku. Dadaku berdegup dua kali lebih pantas dari biasa.

Dia hanya tersenyum lalu melepaskan rangkulannya dan terus beredar ke ruang tamu. Aku menghela nafas kelegaan. Setiap kali dia berada di sisiku, perasaanku menjadi tak keruan. Kadang kala aku jadi takut apabila dia berada di sisi. Entah mengapa perasaan itu timbul sekarang sewaktu dia sudah mula menampakkan kemesraan terhadapku. Adakah aku sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya?

Bab 32 - Khairul

Kini dia seolah-olah melarikan diri dariku. Segala perlakuan kemesraanku disambut dingin olehnya. Adakah sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya? Adakah dia sudah jemu menanti hingga dia bersikap begitu?

Rasanya sudah terlalu lama aku mensia-siakan dirinya. Tetapi, tatkala aku cuba menyemai kasih buatnya, dia kurasakan semakin jauh dariku. Terlalu hingga sukar untuk kugapai. Sebenarnya aku ingin memberikannya hak sebagai isteri yang telah aku ‘rampas’ darinya setahun yang lalu.

Tapi, adakah aku sendiri pasti dengan keputusanku ini? Adakah ini bermakna aku sudah dapat melupakan Linda untuk selamanya? Adakah ini juga bermakna kasihku sudah beralih arah? Beralih dari Linda kepada Farah. Dan adakah juga aku sudah mengkhianati cintaku pada Linda dengan menyintai Farah pula? Tetapi, dia isteriku. Arghhh… mati akal aku begini!!! Aku keliru… keliru…

Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami. Aku ingin menyambutnya dengan penuh makna. Farhan dan Azim aku tumpangkan di rumah pengasuhnya. Aku sendiri pulang awal hari ini semata-mata mahu membuat persediaan untuk sambutan ulang tahun pertama perkahwinan kami.

Dari dalam rumah, aku mendengar deruman kereta. Lampu memang sengaja aku padamkan. Hari ini aku biarkan Farah memandu sendiri pulang dari tempat kerjanya. Seketika kemudian, terdengar pula pintu dibuka. Aku sudah bersedia berdiri di hadapan pintu menanti kepulangannya. Daun pintu dibuka perlahan-lahan.
"Assalamualaikum." Ucapnya perlahan.

"Waalaikummussalam." Balasku. Dia seperti terperanjat. Pantas dia menoleh ke arahku dengan wajah yang agak pucat. Aku tersenyum memandangnya.

"Masyaallah, abang rupanya. Ingatkan pencuri tadi." Katanya tercungap-cungap.

"Takkanlah pencuri hendak jawab salam." Balasku bergurau. Dia kemudiannya ketawa kecil.

"Apa abang buat dalam gelap-gelap begini. Letrik terputus ke?" Soalnya lagi sambil tangannya mencari-cari suis di dinding. Aku pantas menarik tangannya.

"Tak. Abang tunggu sayanglah."

"Tunggu Farah? Buat apa?" Soalnya kehairanan. Dia memandang wajahku agak lama.

"Happy Anniversary!" Ucapku lalu mengucup pipinya. Dia kelihatan terpinga-pinga. Dia menolak dadaku perlahan.

"Today? Our first anniversary?" Soalnya kaget dan sedikit cemas. Aku menganggukkan kepalaku lalu
menariknya mengikutku ke ruang dapur. Aku sudah menyiapkan hidangannya istimewa buatnya. Aku mahu dia mengingatinya buat selama-lamanya.

"Apa semua ini, bang?" Dia mengelilingi meja kecil yang sudah aku hiasi dengan dua batang lilin dan makanan. Walaupun aku tidak tahu sangat cara menghias meja makan, tetapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan kesungguhan untuk membuat sesuatu yang istimewa malam ini.

"Our candle light dinner. Tonight is our night!" Ucapku penuh makna lalu menghampirinya. Aku memimpinnya ke kerusi lalu menarik sebuah kerusi dan memintanya agar duduk. Dia dengan tidak banyak soal terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Aku pula mengambil tempat berhadapan dengannya.

"Maafkan Farah. Farah langsung tidak teringat hari ini adalah ulang tahun yang pertama perkahwinan kita. Farah tak belikan apa-apa pun untuk meraikannya. Lagipun Farah tak sangka abang hendak meraikannya." Terangnya dengan mata yang bersinar-sinar.

"Tak mengapa sayang. Janji malam ini tiada gangguan. Malam ini abang hendak berdua sahaja dengan sayang, isteri abang."

Wajahnya sedikit berubah. Mungkin terkejut dengan percakapanku. Wajahnya merona merah, malu.

"Ermm… abang masak ke?" Dia cuba mengalih perbualan.

"Abang hidang saja, tukang masak restoran yang masakkan." Dia ketawa mendengarnya. Dia memang tahu aku tidak begitu gemar memasak, cuma gemar makan masakannya saja.

"Not bad!" Balasnya lalu ketawa lagi. Aku senang hati melihatnya ketawa begini. Hilang rasa kerisauan yang bersarang di hatiku.

"Mari, kita makan." Jemputku. Kami kemudiannya menikmati hidangannya yang aku tempah khas dari sebuah restoran yang sememang menjadi tempat kegemaran kami.

Selepas selesai menjamu selera, aku mengajaknya menari. Dia agak keberatan. Tetapi setelah aku
memujuknya berkali-kali, barulah dia bersetuju. Aku terus memainkan muzik lembut dari hi-fi. Perlahan-lahan aku menariknya ke dalam pelukanku. Kami menghayunkan badan perlahan mengikut rentak muzik dari Jim Brickman, seorang pemain piano.

"Sayang…" Panggilku sewaktu sedang asyik menari.



"Ya…" Sahutnya perlahan.

"Sayang cantik sekali malam ini." Pujiku kepadanya. Hakikatnya isteriku ini sentiasa cantik pada
pandanganku.
"Sebelum ini tak cantikkah?"

"Cantik… Cuma malam ini sayang kelihatan lebih cantik. Lain dari hari-hari biasa." Rambut ikalnya yang
panjang melepasi bahu, kubelai-belai. Terbau haruman rambutnya yang begitu mengasyikkan.

"Puji lebih nampaknya." Kedengaran dia ketawa halus. Aku tersenyum sumbing lalu memperkemaskan pelukanku.

"Sayang, sayang bahagia?" Aku bertanya ketika masing-masing hanyut di dalam irama merdu petikan
piano.

Dia tidak menjawab sebaliknya merenggangkan pelukannya. Dia menatap wajahku lalu menganggukkan
kepalanya.

"Sangat bahagia?" Aku menduganya lagi. Kali ini dia tersenyum kecil.

"Kenapa tanya begitu?" Dia terus menjauhkan dirinya dariku. Dia menuju ke suis lampu lalu dipetiknya.
Suasana yang tadinya suram terus menjadi terang benderang. Kemudian dia terus duduk di sofa. Aku
sedikit tersentak dengan tindakannya.

"Tiada apa-apa. Cuma abang rasa, abang amat bahagia sekarang." Ujarku lalu mendekatinya.

"Sebelum ini tak bahagiakah?" Nampaknya dia pula cuba mengujiku. Aku menarik nafas sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Ku capai tangannya lalu kugenggam erat.

"Bahagia, cuma malam ini amat bahagia sekali."
Masing-masing terdiam. Masing-masing kehilangan kata-kata. Tiba-tiba di fikiranku terlintas saat-saat
indah tika aku menyambut ulang tahun perkahwinanku bersama Linda dahulu. Dia akan mengambil cuti dan bertungkus lumus memasak makanan kegemaranku. Dan kami akan meraikannya dalam suasana yang penuh romantik. Tapi, kini dia sudah tiada. Aku amat merindui saat-saat manis bersamanya dulu.

"Abang… kenapa termenung?" Tangan Farah sudah mendarat di bahuku. Tersentak seketika aku.
"Tiada apa-apa. Cuma…" Aku tidak menghabiskan kata-kataku sebaliknya hanya tersenyum. Aku tidak sepatutnya membangkitkan kisah Linda tika bersama-sama meraikan ulang tahun perkahwinanku dengan Farah. Mungkin dia akan tersinggung pula nanti.

"Apa sebenarnya yang abang mahu beritahu pada Farah? Ada sesuatu yang pentingkah? Atau mungkin juga abang ingin membincangkan tentang sesuatu perkara?" Kali ini dia melemparkan senyuman sinis buatku. Mungkin dia tahu apa yang berlegar di fikiranku tika ini.
Perasaanku berbaur. Entah mengapa, hatiku menjadi sayu apabila teringatkan saat-saat indah bersama Linda dahulu. Kenangan-kenangan itu semakin menyesakkan fikiranku. Tergambar senyuman manis Linda. Bagaikan terdengar-dengar ketawa manjanya di telingaku. Terasa bagaikan dia berada di hadapanku tika ini. Oh Tuhan, aku amat merinduinya.

Astaghfirullah… mengapa aku begini? Aku tidak sepatutnya memikirkan semua ini. Malam ini adalah malam aku dan Farah. Aku tidak sepatutnya memikirkan tentang Linda sewaktu Farah bersamaku. Aku perlu lupakan tentang Linda jika aku mahukan perkahwinanku dengan Farah berjaya. Ya… aku perlu lupakan Linda. Tapi, aku tidak mampu.

Aku sendiri bergelut dengan perasaanku. Aku tahu Linda adalah kenangan, dan Farah di hadapanku ini adalah kenyataan dan mungkin penentu masa depanku. Aku tidak seharusnya mensia-siakan hidupnya lagi. Bukankah aku sudah berjanji di hadapan ayah dahulu bahawa aku akan menyayangi Farah buat selama-lamanya.

"Abang? Abang ada masalah?" Dia kembali menyapaku. Terlakar riak kehairanan di wajahnya apabila aku mendiamkan diri agak lama. Aku menggelengkan kepala. Aku tatap wajahnya lama.

"Why?" Suaranya seakan berbisik. Entah mengapa hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk mendakapnya.

"I… I… I want u!"

Bab 33 – Farah

Penantian selama setahun akhirnya berakhir. Kini aku benar-benar bahagia. Khairul sudah menerima aku dengan sepenuh hatinya. Terubat rinduku selama setahun ini. Tiada apa yang aku dambakan darinya lagi. Segalanya sudah lengkap. Aku teramat bahagia menjadi isterinya.

Pengakuan sayang dari bibirnya semalam, amat kunantikan selama ini. Dan sepanjang malam diriku dibelai dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah aku merasakan seperti itu sebelum ini. Inilah satu-satunya perasaan yang hanya dapat dirasai oleh seorang isteri apabila diri diterima dan disayangi sepenuh hati oleh suami.

Tiada perkataan yang dapat aku gambarkan untuk menyatakan betapa aku amat gembira dengan
perubahannya. Walaupun sedikit terkejut dengan tindakannya, namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana doaku selama ini dikabulkan. Kebahagiaan yang kukecapi hari ini memang aku nantikan selama ini dan ianya sudah berada di dalam genggamanku.
Tetapi, apabila aku terjaga tengah malam semalam, aku dapati dia tiada di sisiku. Aku mengenakan pakaianku kembali dan keluar dari bilik untuk mencarinya. Aku meninjau-ninjau di dapur, kalau-kalau dia turun untuk mengambil minuman tetapi tiada. Aku naik semula ke atas dan menuju ke balkoni. Kelihatan dia sedang mengelamun di situ seorang diri. Pada mulanya aku mahu menghampirinya namun aku batalkan niatku dan kembali ke bilikku semula. Mungkin dia teringatkan arwah Linda. Aku tidak mahu mengganggunya.
Sedang aku leka melihat Farhan dan Azim bermain, tiba-tiba sahaja bahuku disentuh. Aku berpaling ke
sisi. Kelihatan Khairul sedang tersenyum sambil merenung wajahku mesra. Aku hanya membalas senyumannya lalu mengalihkan semula pandanganku pada anak-anak.

"Mengenai semalam… abang minta maaf." Aku tersentak mendengar bicaranya.

"Maaf? Apa maksud abang?" Dadaku berdebar kencang. Mengapa pula dia berkata begini? Hatiku mula tidak enak.

"Apa yang berlaku semalam adalah satu kesilapan." Perlahan sahaja dia menuturkan kata-kata itu.

Apa? Satu kesilapan? Jadi, apa yang terjadi semalam adalah satu kesilapan? Bukannya dia benar-benar
inginkannya? Apa makna semuanya ini?

"Kesilapan? Apa abang cakap nie?" Hatiku mula sebak. Dadaku bergetar. Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata.

"Maafkan abang sayang, memang apa yang berlaku antara kita semalam adalah kesilapan dari abang sendiri. Abang tidak mampu mengawal perasaan abang sendir! i. Apa yang terjadi semalam adalah lantaran kerinduan abang yang tidak terbendung buat Linda."
"Abang!!!! Please… bang. Tarik semula kata-kata abang. Katakan ianya tidak benar bang. Jangan buat Farah begini. Bukankah semalam abang mengaku bahawa abang menyayangi Farah, cintakan Farah." Air mata sudah menderu-deru menuruni pipiku.

"Farah, memang abang sayangkan Farah tapi…" Kata-kata terhenti di situ. Dia melurutkan rambutnya
berkali-kali. Dia sendiri kelihatan runsing.
"Jadi, apa yang berlaku semalam adalah lakonan? Farah menjadi tempat abang melepaskan kerinduan abang pada Linda? Bukan kerana abang sudah benar-benar menerima Farah dalam hidup abang, begitu?"

"Bukan begitu, sayangkan tahu, pemergiaan Linda memberikan tamparan hebat pada abang. Hingga satu ketika abang bagaikan hilang pedoman sewaktu di awal pemergiannya dulu. Mujurlah ada anak-anak, dengan melihat mereka abang bagaikan mendapat satu semangat baru untuk meneruskan hidup.

Semenjak pemergian Linda, abang sudah berjanji pada diri abang sendiri bahawa abang tidak akan berkahwin lain. Abang akan menjaga dan membesarkan anak-anak sendiri. Itu tekad abang. Tetapi, abang harus akur dengan fitrah manusia. Farhan dan Azim memerlukan sentuhan kasih sayang seorang ibu. Walaupun abang mampu memberikan kasih sayang buat mereka berdua, namun tidak sehebat kasih sayang seorang ibu.

Atas sebab itulah, abang mula mencari wanita yang sesuai untuk menjadi ibu buat Farha! n dan Azim. Sebelum ini sudah dua orang wanita yang abang perkenalkan pada Farhan dan Azim. Namun, entah mengapa mereka berdua tidak serasi dengan wanita-wanita tersebut. Rasanya tak perlulah abang ungkit lagi tentang wanita-wanita itu. Mungkin sudah ditakdirkan Farah sahaja yang layak menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Abang ingat lagi sewaktu abang mula-mula memperkenalkan Farhan dan Azim pada Farah. Mereka kelihatan amat gembira sekali. Tidak pernah abang melihat mereka gembira sebegitu sebelum ini. Akhirnya abang sedar bahawa Farahlah yang paling sesuai menggantikan tempat Linda buat Farhan dan Azim." Begitu panjang lebar Khairul bercerita padaku. Aku begitu asyik mendengar dia berkata-kata. Seolah-olah dia cuba meluahkan apa yang tersimpan rapi di hatinya selama ini.

"Sewaktu abang berkahwin dengan Farah dulu, memang tiada sekelumitpun sayang abang buat Farah?" Bergetar suaraku sewaktu menyoalnya. Hatiku bagaikan dihiris-hiris dengan sembilu yang tajam. Pedihnya ! amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Dia hanya mengan ggukkan kepalanya. Rasa bagaikan mahu tercabut jantungku apabila melihat dia mengiakan pertanyaanku.

"Malah abang pernah berikrar bahawa abang tidak sekali-kali akan menyentuh Farah, tapi semalam… satu kesilapan telah berlaku. Abang telah melanggar ikrar abang." Dia kelihatan sungguh menyesali di atas kejadian semalam. Kenapa dengan dia?

"Abang, jangan sekali-kali abang mengatakan bahawa apa yang berlaku pada kita semalam adalah satu kesilapan. Kita tidak berdosa atas ‘kesilapan’ tersebut. Abang tidak berdosa, Farah pun tidak berdosa. Malah kita mendapat pahala, bang. Saya halal buat abang. Mengapa abang buat begini pada Farah? Apa salah Farah hinggakan abang tidak ingin menyentuh Farah? Farah ini isteri abang. Isteri abang yang sah. Abah Farah sendiri yang menikahkan abang dengan Farah. Jangan abang katakan hubungan di antara suami isteri adalah satu kesilapan. Farah tak dapat menerimanya. Ia seperti menghina Farah, bang. Sampai hati abang kata begitu. Jika ap! a yang terjadi antara kita berdua semalam adalah satu kesilapan, maka perkahwinan kita ini juga adalah satu kesilapan."

"Farah, jangan begitu. Jangan salahkan perkahwinan kita." Dia seakan tersentak mendengar kata-kataku.
"Jadi, mahu salahkan siapa? Salahkan Farah kerana terlalu mempercayai kata-kata abang?" Tempiasku.

"Farah, listen here…" Segera aku menepis tangannya ketika hendak memelukku. Aku bingkas bangun menjauhkan diri darinya. Aku mengesat air mataku yang tidak henti-henti mengalir.

"Semalam bukannya kesilapan abang. Ianya adalah kesilapan Farah. Kesilapan yang Farah lakukan sejak dahulu lagi. Farah yang silap dalam membuat percaturan hidup sendiri. Farah silap kerana jatuh cinta pada abang sedangkan tahu bahawa abang milik Linda. Tetapi, Farah tetap menyintai abang secara diam-diam. Lantaran kecewa dengan perkahwinan abang dengan Linda lalu Farah membawa diri ke kota. Rasa cinta yang dahulunya sudah pudar, berbunga kembali dengan kemuncula! n abang semula di hadapan Farah. Rasa kasih kembali bercambah terhadap abang apabila mengenangkan nasib abang dan anak-anak semenjak pemergian Linda buat selama-lamanya. Dan kerana kasih dan cinta Farah buat abanglah, Farah sanggup menerima abang sebagai suami. Dan kerana kasih dan cinta Farah buat abang jugalah Farah sanggup menjadi ibu buat Farhan dan Azim. Tetapi, abang… abang sedikit pun tiada rasa kasih dan sayang buat Farah. Malah sanggup abang mengatakan bahawa kejadian semalam adalah satu kesilapan? Bodohkah Farah yang sentiasa ternanti-nanti akan ucapan sayang dari mulut abang?" Terhambur semua kata-kataku.

Aku sudah tidak peduli siapa dirinya buat diriku. Kata-katanya sebelum ini amat menyakitkan hatiku. Malah seperti mempermain-mainkan hati aku dan menghina diriku. Manusia jenis apakah lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini? Aku berpaling dan memulakan langkah menuju ke dalam rumah.

"Sayang, we need to talk!" Dia bersuara. Aku berpaling padanya. Wajahnya begitu sugul. Namun sedikitpun tiada rasa simpati di hatiku,! sebaliknya perasaan sakit hati yang menjalar di segenap perasaanku. Hatiku amat sakit diperlakukan begini.

"Tiada apa yang perlu kita bicarakan lagi. Semuanya sudah terang lagi jelas. Abang memang tidak memerlukan saya sebagai isteri abang. Kehadiran saya di sini hanyalah sekadar untuk menjadi pengasuh buat Farhan dan Azim. Jika itulah kehendak abang, kita akan kekal begini buat selama-lamanya." Aku terus berlalu meninggalkan dia di halaman rumah. Aku terus berlari masuk ke dalam bilikku. Di dalam bilik aku menangis sepuas-puasnya.

Memang aku tersilap kerana memilih jalan untuk hidup bersamanya. Tapi mengapa sekarang baru aku
menyedarinya? Mengapa tidak dari dulu? Abang, mengapa kau hancurkan hati aku begini?

Bab 34 – Khairul

Kesal? Ya memang aku kesal atas apa yang berlaku semalam dan hari ini. Semalam memang aku tidak dapat mengawal perasaanku. Aku akui memang hatiku sudah mula menyayanginya semenjak melihat keikhlasannya mendermakan buah p! inggang buat emak. Namun Linda tetap membayangi hidupku sampai hari in i. Dengan tidur bersamanya semalam, aku merasakan seolah-olah aku telah mengkhianati cintaku pada Linda.

Tapi aku amat terkejut dengan pengakuannya siang tadi. Rupa-rupanya selama ini, dia menaruh perasaan terhadapku. Tetapi, disebabkan aku sudah bersama Linda lalu dia mengundurkan diri dan membawa hati yang lara dengan merantau sebegini jauh ke kota. Aduh… makin sakit kepalaku memikirkan masalah kami.

Aku tahu perhubunganku dengannya semakin jauh. Dan tidak boleh diselamatkan lagi. Dia sudah tentu amat membenciku dengan kata-kataku hari ini. Mengapa mulutku terlalu ringan untuk menyatakan bahawa kejadian semalam adalah satu kesilapan. Bukankah aku sendiri yang mengharapkan begitu, dan hari ini tiba-tiba sahaja fikiranku berubah dan menyatakan yang sebaliknya pula. Sudah gilakah aku ini?

"Papa, nape Auntie Mama nangis?" Tiba-tiba sahaja Farhan berada di hadapanku. Perlahan-lahan aku
menariknya rapat dan mengangkatnya ke pangkuanku.


"Auntie ! Mama marahkan papa." Jawabku lalu kuusap rambutnya.

"Kenapa Auntie Mama marah papa?" Farhan menyoalku lagi.

"Sebab papa buat dia nangis." Balasku pula. Farhan hanya mengangguk kecil. Entahkan dia faham atau tidak akan kata-kata papanya ini. Aku sendiripun tidak faham akan jawapan yang agak berbelit-belit yang aku berikan pada Farhan.

"Azim mana?" Sejak dari tadi aku tidak melihat kelibat anak bongsuku itu. Sewaktu makan malam tadi, Farah tidak menyertai kami. Setelah menghidangkan makanan, dia hanya meminta Farhan memanggilku untuk makan malam. Dia pula menghilangkan diri ke dalam bilik.

Sejak petang tadi, tiada sepatah katapun keluar dari mulutnya. Namun, dia tetap memaniskan mukanya untuk melayan anak-anakku. Aku risau jikalau dia tidak mahu melayan anak-anakku setelah apa yang berlaku siang tadi. Tetapi nampaknya, dia tetap seperti biasa melayan karenah Farhan dan Azim. Cuma denganku sahaja, dia cuba mengelak dan langsung tidak mahu memandang ! wajahku. Aku sendiri tidak pula cuba menegurnya. Biarlah hatinya sejuk dahulu.

"Auntie Mama bagi Ajim idur." Farhan menjawab dengan nada pelat.
"Pa, A’an ngantuk." Sebaik sahaja mendengar kata-kata Farhan, aku terus bangun dan mendukungnya untuk dibawa ke dalam bilik tidurnya. Sewaktu aku menolak pintu bilik Farhan, kelihatan Farah sudah terlena di sisi katil Azim. Perlahan-lahan aku masuk dan mengisyaratkan Farhan agar mendiamkan diri. Nampaknya Farhan memberikan kerjasama.

Aku terus membaringkan Farhan di atas katilnya. Kemudian aku menyelimutkan tubuh kecil itu dengan gebar yang bercorakkan gambar kartun Mickey Mouse. Aku menepuk-nepuk tubuh Farhan agar dia lebih cepat lena. Tak sampai lima minit, Farhan sudah pun terlena. Aku mengalihkan pandangku pada Farah yang terlentok di birai katil Azim. Mungkin terlena sewaktu menidurkan Azim. Di tangannya terbuka sebuah buku cerita kanak-kanak. Sudah menjadi kebiasaan anak-anakku sebelum masuk tidur, pasti akan didendangkan dengan cerita-cerita dari mama mereka.

Sungguh nyenyak Farah tidur. Tapi, terdapat sisa-sisa air mata di kelopak matanya. Dia tidak ! henti-henti menangis. Kejamnya aku kerana membuatkan dia menangis. Maafkan abang, Farah. Abang bersalah, namun untuk mendapatkan kemaafan darimu tentu sukar. Dirimu sudah tentu tidak dapat memaafkan abang buat selama-lamanya.

Ketika aku cuba mengangkatnya untuk di bawa masuk ke dalam biliknya, dia terjaga. Wajahnya begitu terkejut. Cepat-cepat dia mengungkaikan pelukanku dari tubuhnya.

"Maafkan abang. Abang cuma mahu bawa Farah masuk ke dalam bilik Farah sendiri. Abang tiada niat lain."

Namun dia langsung tidak mengendahkan kata-kataku. Tanpa berkata apa-apa dia terus keluar dari bilik
Farhan dan Azim. Seketika kemudian terdengar dentuman pintu biliknya ditutup dengan kuat. Aku mengeluh kekesalan.
Dia sudah membisu seribu bahasa padaku. Aku sudah tidak dapat mendengar suara lunaknya. Tiada lagi senyuman manis yang sentiasa dilemparkan buatku. Tiada lagi renungan mesra buatnya padaku. Aku kehilangan kesemua itu dalam sekelip mata sahaja. Hanya kesilapan kata-kataku mengatakan ‘kesilapan’.