Sabtu, 12 September 2009

kasih di hujung rindu part 3

Bab 9 - Farah

Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam pejabat, kulihat ramai orang mengerumuni mejaku. Aku mempercepatkan langkahku.
"Ada kenduri ke?" Soalku begurau sebaik sahaja mendekati kumpulan rakan-rakan yang mengelilingi mejaku. Mereka semua berpaling serentak kepadaku.

"What?" Soalku sekali lagi sambil mengangkat kening.

"Ada orang beri kau bunga." Jawab Hanim lalu menghulurkan jambangan indah bunga lili kepadaku. Terpegun aku sebentar.

"Cantiknya..." Ucapku perlahan tapi sudah cukup untuk didengari oleh mereka.

"Siapalah yang bertuah tu ye?" Sakat Harun, pegawai\ tadbir di pejabatku ini.

Aku tidak segera menjawab sebaliknya membelek-belek jambangan bunga lili tersebut.
"Tak sangka kau nie ada peminat ye!" Kata Rashid pula, seorang pegawai kewangan.

"Habis kau ingat aku nie tak laku ke?" Balasku bersahaja.

"Tak adalah. Aku tangok kau nie garang semacam. Orang nak dekat pun takut." Balasnya lalu ketawa. Aku turut ketawa.

Memang kalau orang tidak mengenali secara betul-betul, orang akan mengatakan aku ini seorang yang sombong. tetapi bukan begitu. Sebenarnya aku tidak suka berbual sesuatu tanpa memberi faedah kepadaku. Aku juga sangat komited terhadap kerjaku hinggakan aku janrang untuk keluar bersosial walaupun kadang-kadang aku mendapat jemputan dari rakan-rakan. Alasan yang kuberikan, banyak kerja!

"Korang tak ada kerja ker nak buat? Nak bertenggek kat meja aku selama-lamanya ke?" Perliku lalu tersenyum.

"Eleh, baru dapat bunga dah eksyen." Jawab Hanim lalu beredar dari mejaku. Aku ketawa melihat gelagatnya. Alah, dia bukannya merajuk.. saja tu!

Sedikit-demi sedikit mereka mula beredar dari mejaku. Aku kembali membelek-belek jambangan tersebut. Yang sebenarnya aku mencari kalau-kalau ada terselit kad dari si pemberi. Tapi, tiada. Aku mengeluh hampa. Aku meletakkan jambangan bunga tersebut di sisi mejaku.
Aku mengemas mejaku yang agak berselerak. Tiba-tiba jari-jemariku menyentuh sekeping sampul surat berwarna pink. Segera aku membukanya.
Harap kau sudi menerima jambangan lili dariku. Kuharapkan jua kau sudi untuk menerima ajakanku untuk makan tengahari bersama hari ini, boleh?

-Khairul-

Khairul.... jambangan ini dari dia. Tapi mengapa pula? Telefon sajalah kalau mahu mengajakku keluar makan. Tak perlulah sampai menghantar bunga. tapi, kenapa dengan dia nie? Macam ada sesuatu sahaja...

"Melamun lagih?" Aku terkejut mendengar sergahan dari Hanim yang sudah berdiri di sebelahku.

"Kau nie, buat aku terkejut saja. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah arwah." Kataku sambil mengurut dadaku perlahan. Dia hanya tersengih.
"Dari siapa?" Soalnya lagi lalu mengambil kad kecil dari tanganku. Aku biarkan sahaja.
"Khairul?" Terbeliak matanya setelah membaca kad kecil itu. Dia mengambil kerusi di mejanya lalu di sorongnya berdekatan dengan mejaku lalu duduk di kerusi itu.

"What?" Tanyaku tanpa memandang wajahnya.

"Hmmm... dia ajak lunch. Satu permulaan yang baik." Hanim mengulum senyum.

"Alah, ajak lunch saja. Bukannya ada apa-apa. Ajakan dari seorang teman.

Balasku berhati-hati, tidak mahu Hanim mengetahui bahawa hatiku ini berdetak kencang.

"Siap hantarkan bunga lagi. Nie mesti ada apa-apa nie." Usik Hanim lagi.
"Manalah aku tahu. Dia dah kasi bunga, aku terima sajalah. Bukannya aku yang rugi."

"Nie mesti kau ada affair dengan dia kan?"

"Mana ada?" Pantas aku menjawab.

Meletus ketawa Hanim hingga menarik perhatian rakan sepejabat. Ada yang memandang sambil tersenyum dan ada juga yang menggelengkan kepala melihat gelagat Hanim itu.

"Ish kau nie, coverlah sikit gelak tu. Kau tu bukannya anak remaja nak ketawa besar macam nie. Kau tu..."

"Dah jadi bini orang." Sambung Hanim sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.

"Tahu pun." Jawabku lalu mencubit lengannya. Dia mengaduh dan pantas dia mencubit lenganku pula.

"So, macam mana?"

"Macam mana apa?" Jawabku sambul menggosok-gosok bekas cubitan Hanim tadi. Perit ku rasakan kulit lenganku.

"Buat-buat tanya pula. Jadi tak kau keluar dengan dia?" Soal Hanim lagi.

"Tengoklah dulu..." Bersahaja aku menjawabnya. Aku tahu Hanim tidak berpuas hati dengan jawapanku. Sebelum sempat dia membuka mulut aku terus mengajaknya ke kedai untuk membeli sarapan. Makin dilayan, makin menjadi pula si Hanim nie...

Bab 10 - Farah

Aku keresahan menanti Khairul di kaki lima bangunan pejabat. Entah mengapa hatiku ini begitu berdebar-debar. Berkali-kali aku melirik ke pergelangan tanganku untuk melihat waktu. Jarum jam itu bagaikan terlalu cepat bergerak. Jika boleh diputarkan kembali masa, akan aku putarkan semula pada waktu aku menelefon Khairul tadi, dan mengatakan aku tidak dapat keluar makan bersamanya tetapi persetujuan telah kuberi. Dan sekarang aku hanya perlu menunggunya keluar dari pejabat.

"Kenapa gelisah sahaja?" Kedengaran suara Khairul menyapaku dari belakang. Aku pantas berpaling lalu
tersenyum. Dia membalas senyumanku.

"Tak ada apa-apa." Jawabku agak gugup. Gugup melihat penampilannya. Walaupun hanya berkemeja putih tanpa tali leher dan lengan kemejanya itu dilipat ke paras siku dan berseluar slack hitam, dia nampak begitu tampan bagiku. Walaupun berpuluh-puluh kali aku melihatnya, d ia tetap amat menarik bagiku. Kalau tidak, takkanlah setiap kali aku melihatnya, aku akan jatuh cinta padanya. Hmmm, mungkin aku nie dah angau tahap kronik ni. Tak lama lagi boleh daftar kat Tampoi.
Dia hanya tersenyum padaku lagi. Terserlah lesung pipitnya dan bibirnya yang kemerahan tanda dia tidak merokok.

"Cantik kau hari ini." Pujinya padaku sambil tangannya menekan suis kereta.

"Terima kasih." Balasku tersipu-sipu.

"Tak mahu puji aku pula?" Sambungnya pula. Aku hanya ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala. Dia juga ketawa melihat gelagatku lalu mempersilakan aku masuk ke keretanya.

Setelah menutup pintu kereta dan memasang tali pinggang keledar, dia mula menghidupkan enjin kereta.
Berderum bunyi enjin keretanya. Suasana tika itu begitu sepi. Aku kehilangan kata-kata. Mataku tidak memandang padanya sebaliknya tepat memandang ke arah depan.

"Kenapa senyap?" Soalnya. Aku mengalihkan pandanganku epadanya. Wajahnya sedikit serius.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Sejak bila pulak jadi bisu nie?" Soalnya lagi. Aku etawa sedikit.

"Atau aku mengganggu lunch date kau hari nie?" ambungnya pula lalu memulakan perjalanan. Wajahnya
tika ini nampak keresahan.
Tak adalah." Pendek sahaja jawapanku. Aku kembali mengalihkan pandanganku ke luar tingkap.

"Ataupun bergaduh dengan pakwe? Sorrylah sebab aku mengganggu date kau hari ini. Sepatutnya kau beritahu aku yang kau ada date dengan pakwe kau. Tak payahlah kita lunch sama hari nie." Serkapnya lagi. Kali ini aku ketawa besar. Lucu melihat wajahnya yang kelihatan tegang.

"Apa yang lucunya?"

"Tak ada-apa." Balasku sambil menahan sisa-sisa tawaku.

"Habis tu kenapa kau gelak?" Soalnya masih tidak berpuas hati.

"Kau nie Khairul, masih tak berubah. Suka sangat membuat andaian sendiri." Jawabku sambil tersenyum
lebar.

"Maksud kau?" Ketika itu dia memberhentikan kereta kerana lampu isyarat berwarna merah. Kesempatan itu diambil dengan menatap wajahku.

"Aku tak ada lunch date dengan sesiapa pun hari ini kecuali dengan kau. Dan satu lagi, aku still single tau!" Terangku lalu ketawa.
Riak wajahnya berubah. "Oh! Ye ke? Aku ingatkan dah kacau line kau. rupanya masih single. Takkan tak
'sangkut' dengan mana-mana lelaki?" Wajahnya kembali ceria dan mula memandu semula setelah lampu isyarat bertukar kepada hijau.

"Tak ada siapa yang hendakkan aku. Lagipun aku nie bukannya cantik sangat." Jawabku merendah diri. Dia hanya tersenyum.

"Butalah lelaki yang kata kau tak cantik. Kau cantik, cuma kecantikan kau itu terselindung di sebalik sikap kau yang tak suka bercampur orang. Aku kenal kau dah lama Farah. Dan sudah masak dengan perangai kau yang antisosial tu." Balas Khairul.
"Aku bukan antisosial. Tapi memang perangai aku yang tak suka sangat keluar merambu ke sana-sini." Aku membetulkan tanggapan negatifnya terhadapku.

"Takkanlah tak ada yang 'sangkut' pada kau Farah?" Soalnya lagi. Ish dia nie, beria-ia sangat nak tahu
kenapa? Aku bukannya adik dia. Buat apalah nak susahkan hati dengan ke'solo'an aku nie.

"Ada tu adalah... tapi semuanya suami orang, tunang orang...! Aku tak naklah. Kalau duda OK la.." Jawabku bergurau.

"Duda macam aku?" Perlahan sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Aku pantas berpaling ke arahnya.
Wajahnya kelihatan tenang memandang ke jalan raya di hadapannya.

"Aku... aku minta maaf. Bukan aku nak sindir kau... aku cuma bergurau saja. Sorry..." tergagap-gagap aku menuturkan kata maaf kepadanya. Aku betul-betul lupa bahawa lelaki di sebelahku ini sedang memegang status duda. Hish.. mengapalah mulut nie cabul sangat hari ini?

Dia tersenyum sedikit dan memandangku sepintas lalu. Dia senyap seketika sebelum menyambung kata.
"Kenyataan Farah. Buat apa aku nak marahkan kau. Memang aku duda. Duda beranak dua."

"Khairul, aku..."

"It's OK. Aku tak marahkan kau. Hmmm, kalau duda macam aku yang pinang kau, kau terima tak?" Khairul cuba bergurau padaku. Walaupun terasa sedikit janggal, aku gagahkan diri untuk tersenyum.

"Tengoklah keadaan." Jawabku ringkas.

"Tengoklah keadaan? Lain macam saja bunyinya."

"Ajal dan maut begitu juga jodoh dan pertemuan, kehendak Tuhan. Tak siapa dapat menghalangnya. Kalau dah ditakdirkan jodoh aku dengan duda, aku terima. Asalkan dia dapat terima aku dan menyayangi aku, sudah cukup buatku." Terangku berhati-hati agar tidak terkeluar perkataan yang bakal menyentuh hatinya lagi.

"Tak boleh menyerah bulat-bulat pada takdir Farah. Sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk mencari jodoh sendiri." Nasihat yang keluar dari mulutnya, bagaikan angin lalu sahaja padaku. Sudah acapkali dia menuturkan begitu kepada aku. Sudah lali aku mendengarnya.

"Eh, kau n ie buka topik pasal jodoh nie kenapa? Bukankah kau ajak aku keluar makan, bukannya nak dengar cerita bab jodoh nie." Aku mula bosan apabila soal jodoh menjadi topik perbualan. Topik yang sama juga akan aku dengari bila aku pulang ke kampung. Memanglah, dengan umurku yang sudah menjangkau 29 tahun, sepatutnya sudah berumahtangga. Sekurang-kurangnya mempunyai seorang cahayamata. Tetapi, pintu hatiku belum terbuka untuk menerima seorang lelaki yang bergelar suami buatku.

"Kau tu mulalah. Bila saja bercakap pasal jodoh, kau mula nak tukar topik. Macam-macam alasan diberi. Tak sesuailah... rendahlah... gelaplah... kedinglah..." Dia mula berleter padaku. Ini yang buat aku hilang
selera nak makan nie.

"Kau nie, macam mak aku pulak. Membebel saja." Kataku. Tika itu dia sudah memparkir kereta di hadapan Restoran Roxary. Aku lantas membuka pintu kereta lalu keluar. Setelah menutup kembali pintu kereta, aku cepat-cepat berjalan meninggalkan dia dan menuju ke Restoran Roxary. Dia pula cepat-cepat menyaingi langkahku. Akhirnya dia berjaya menyamakan rentak langkahku dan sama-sama beriringan ke restoran tersebut.

"Janganlah merajuk. Nanti tak ada yang nak meminang kau bila tengok muncung kau tu. Boleh ikat dengan getah nie." Guraunya lalu ketawa. Aku pada mulanya ingin memarahinya tidak jadi bila melihat dia menghulurkan gelang getah entah dari mana dia kutip dan dihulurkan kepadaku. Akhirnya aku menumbuk lengannya dan ketawa bersama-sama dengannya.
ps: Penulis asal tak tau...cuma fwd kan jer...
Wassalam
Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
hhasnita@yahoo.com
()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( . )
(,,,)-(,,,)
KASIH DI HUJUNG RINDU



Bab 11 - Khairul

Terdesak sangatkah aku? Pertanyaan ini sering berlegar-legar di dalam fikiranku. Kenapa aku begitu cepat mencari pengganti Linda. Dan kenapa pula Farah menjadi pilihanku bukan orang lain. Anak-anak aku pula nampaknya semakin suka pada Farah. Boleh dikatakan setiap hari mereka bertanya mengenai Farah.

"Apa yang kau menungkan tu?" Sapa Farah dari belakang. Sebenarnya aku dan Farah bersama anak-anakku datang ke taman permainan. Farhan yang mendesak mahu datang ke sini. Tapi, dia mahu Farah ikut bersama.

"Tak ada apa-apa. Mungkin penat agaknya." Balasku lalu memberikan sedikit ruang pada Farah untuk duduk di kerusi di sebelahku. Dia sedang mendukung Azim yang sedang leka menjilat aiskrim coklat di tangannya.

'Kau tu kalau kerja, tak ingat dunia. Janganlah terlalu sibuk bekerja, nanti kau sakit, siapa nak jaga budak-budak nie." Farah memang seorang yang mengambil berat. Aku amat senang dengan sikapnya itu.

"Habis tu, cawangan aku tu baru sahaja dibuka. Kenalah kerja lebih sikit."

"Kerja.. kerja jugak. Tapi kesian aku tengok Farhan dan Azim nie. Kau cepat-cepatlah cari pengganti mama mereka. Biar mereka ini membesar dengan asuhan seorang ibu." Ujar Farah lagi sambil tangannya sibuk mengelap sekitar mulut Azim yang comot.

"Aku pun ada terfikir begitu. Tapi aku rasa masih terlalu awal. Nanti apa pula kata orang." Balasku pula sambil merenung wajahnya lama. Dia menyedari aku sedang merenungnya berpaling ke arah lain. Merona merah pipinya, mungkin malu direnungku!

"Pedulikan kata orang. Orang tak tahu kesulitan yang kau hadapi. Mereka hanya nampak luaran, dalaman siapa yang tahu. Kau saja yang tahu dan merasainya."

"Entahlah Farah. Kadang-kadang aku rasa tak ada orang yang paling layak menggantikan tempat Linda sebagai isteri dan ibu buat anak-anakku. Aku takut kalau-kalau mereka beribu tiri, nanti didera pula anak-anakku itu." Aku menyuarakan rasa hatiku padanya. Dia berpaling semula kepadaku, sekejap sahaja dan kemudiannya berpaling memerhatikan Farhan yang sedang bermain buaian di tengah-tengah taman itu.

"Tak semua ibu tiri itu kejam. Takkanlah orang terpelajar seperti kau masih dibelenggu dengan kisah-kisah seperti itu. Janganlah cari orang yang kau tak kenal hati budinya. Carilah orang yang kau sudah kenal lama. Yang kau sudah memahami dirinya. Tak elok biarkan mereka ini membesar dalam ketandusan kasih sayang ibu." Dia menarik nafas seketika. Aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya membiarkan dia mengeluarkan pendapatnya. Seketika kemudian Farhan berlari dan menerpa ke arah Farah. Lihat, betapa manjanya anak-anakku dengannya. Bagaikan Farah itulah ibu mereka.

"Memang tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan tempat Linda dalam hidup kau. Linda adalah wanita yang teramat istimewa di hati kau. Tapi, berilah peluang agar ada wanita lain yang dapat menyalurkan kasih sayang ibu buat Farhan dan Azim. Walaupun dia tidak sesempurna Linda, sekurang-kurangnya dia dapat menjaga dan menyayangi Farhan dan Azim bagaikan anaknya sendiri. Tapi kalau nak cari, biar mereka betul-betul memahami anak-anak kau nie. Walaupun mereka ini nakal, tapi sebenarnya mereka ini nakal disebabkan ingin menarik perhatian kita, orang tua." Begitu panjang lebar dia menasihati diriku. Saling tak tumpah seperti sikap Linda. Kalau tak, takkanlah dulu mereka berdua\ dikenali sebagai 'kembar tak seperut'.


"Cari perempuan yang memahami anak-anakku?" Aku menyoalnya kembali. Dia menganggukkan kepalanya pantas.

"Seperti kau yang begitu memahami anak-anakku?" Berubah wajahnya. Dia menundukkan wajahnya.

"Kau begitu memahami perangai anak-anakku. Lagipun Farhan dan Azim juga nampaknya begitu manja dengan kau. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Adakah ini bermaksud kau...."

"Khairul!!!" Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia memanggil namaku dengan suara yang agak keras.

"Aku.... aku.. bukannya maksudkan diriku sendiri. Tapi, aku cuma berikan ciri-ciri yang perlu ada perempuan itu jikalau mahu menjadi ibu kepada Farhan dan Azim dan juga sebagai isteri kau." Perlahan sahaja dia berkata-kata dengan sedikitpun tidak memandang wajahku.

"Tapi, semua ciri-ciri yang kau katakan itu ada pada kau. Jadi, apa salahnya kalau..."

"Please...." Sekali lagi dia memintas percakapanku. Kali ini dia sudah berdiri dengan muka yang kemeraha-merahan. Tak tahulah samada dia malu atau menahan marah.

"Aku... aku nak balik!" Tegasnya. Seketika dia menunduk dan mengucup pipi Farhan dan Azim. Kemudian dengan tergesa-gesa dia mengambil beg tangannya dan berlari-lari anak menuju ke keretanya. Farhan dan Azim terpinga-pinga melihat pemergiaan 'mama' mereka. Begitu jua dengan diriku.

Bab 12 - Farah

Mustahil!!! Mengapa aku? Mengapa tak cari sahaja orang lain? Mengapa aku? Aduh... sakitnya kepala aku memikirkan ini.

Aku mundar-mandir seorang diri di dalam bilik. Sekejap aku pandang ke luar tingkap. Sekejap aku duduk di birai katil dan sekejap pula aku bangun dan mengadap cermin meja solekku. Serba tak kena aku sejak pulang dari taman tadi.


Kejamkah aku meninggalkan mereka begitu sahaja tadi? Mengapa aku mengambil tindakan seperti itu tadi? Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka terpinga-pinga melihat aku berlalu pergi tadi. Auntie minta maaf...

Air mata sudah bergelen-gelen turun mencurah-curah di pipiku. Sudah berapa kali aku menahan daripada menangis. Tapi semakin ditahan, semakin laju ianya menuruni pipiku.

Telefonku menjerit-jerit minta diangkat. Kali ini sudah hampir sepuluh kali dia berdering. Aku tahu, sudah pastinya itu panggilan dari Khairul. Aku tak mahu bercakap dengannya. Fikiranku runsing. Aku buntu. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan.

Masih terngiag-ngiang lagi kata-kata Khairul di telingaku.

'Kau begitu memahami perangai anak-anakku. Lagipun Farhan dan Azim juga nampaknya begitu manja dengan kau. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Adakah ini bermaksud kau....'

Tidakkk!!! Aku tak boleh menggantikan tempat Linda. Sungguhpun aku sayangkan Farhan dan Azim, tapi itu tidak bermakna aku perlu menggantikan tempat mama mereka. Terasa seperti aku mengkhianati persahabatan kami.

Aku membenamkan mukaku ke bantal. Entah berapa lama aku menangis sehingga terlena. Aku hanya terjaga apabila mendengar bunyi loceng pintu dibunyikan berkali-kali. Dengan malas aku bangun lalu menghadap cermin. Kubetul-betulkan rambutku yang agak kusut.

Hmmm... mataku merah dan sedikit bengkak. Teruk juga aku menangis tadi. Aku cuba mengorak senyuman.

Perlahan-lahan aku melangkah ke luar bilik dan menuju ke pintu utama. Terbuka sahaja pintu...

"Farah..."

"Khairul???" Dia berada di hadapanku sekarang. Aku terpaku seketika.

"Please... beri aku peluang untuk berterus-terang." Mendatar sahaja kata-katanya. Aku hanya mendiamkan diri.

"Ermm... kau duduklah dulu di taman, sekejap lagi aku datang." Aku berpaling lalu menuju ke dapur. Di dapur, aku termenung sebentar. Kemudian aku mencuci mukaku di sinki.

Aku perlu kuatkan semangat. Aku mesti berani berdepan dengannya. Kulihat jam di dinding. Hampir pukul enam setengah. Dengan tidak melengah-lengahkan masa, aku mengambil botol gula dan teh untuk membancuh air untuknya. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, aku keluar menatang sedulang air dan sedikit kuih. Aku letakkan di atas meja lalu menuangkan teh ke dalam cawan lalu ku hulurkan kepadanya.

Dia menyambut cawan tersebut lalu menghirup sedikit. Aku tahu matanya tidak lepas-lepas memandang tepat ke arahku. Hanya aku buat tak tahu sahaja.

"Mana anak-anak?" Soalku sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku ke kerusi.

"Aku hantar kepada pengasuhnya sebentar. Malam nanti aku ambil semula." Jawabnya perlahan.

Kami kembali terdiam. Suasana dirasakan begitu sepi. Aku menanti-nanti kata darinya. Tetapi, dia hanya
menundukkan wajahnya. bermain-main dengan jarinya.

"Aku... aku minta maaf kalau permintaanku tadi terlalu mendadak." Khairul mula bersuara. Aku memandang wajahnya. Riak wajahnya agak tegang.

"Sudah lama aku fikirkan mengenai pengganti mama mereka. Dan aku memang mencari-cari calon yang sesuai. Setelah lama mencari, dan akhirnya aku temui. Dan rang itu tak lain dan tak bukan adalah kau sendiri." Khairul berterus-terang kepadaku.

Aku sendiri tak tahu apa yang patut aku katakan. Rasa gembira dan serba-salah saling berganti di dalam
hatiku. Aku hanya mengeluh sedikit tapi cukup untuk didengarinya.

"Kenapa aku?" Soalku bergetar.

"Aku hanya mengharapkan kebahagiaan anak-anakku. Aku tahu, aku tak mampu untuk memberikan kasih sayang seorang ibu pada mereka. Setelah berjumpa dengan kau semula, entah mengapa hatiku seolah-olah berkata pada diriku sendiri bahawa, calon yang aku cari-cari selama ini telah kutemui. Aku sengaja membawa anak-anakku berjumpa dengan kau. Aku mahu membiarkan mereka rapat dengan kau. Agar senang mereka menerima diri kau kelak. Nampaknya, aku tak perlu berusaha keras kerana memang anak-anakku menyukai kau. Malah mereka beranggapan bahawa kau adalah ibu mereka. Aku tahu kau mungkin terkejut atau mungkin juga kau marah dengan tindakanku ini, tapi kau fikirlah. Aku sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan anak-anakku." Begitu panjang lebar dia meluahkan perasaannya padaku. Dadaku sebak mendengar keluhan hatinya.

"Tapi, mengapa aku?" Soalan yang sama kuutarakan sekali lagi.

"Hanya kau yang layak menggantikan tempat Linda pada anak-anakku dan pada diriku sendiri." Jawapannya membuatkan aku terkedu sebentar.

Memang aku amat menyayanginya suatu tika dahulu dan sentiasa mengimpikan bahawa dia akan menjadi suami ku suatu hari nanti. Tapi, harapanku itu hancur setelah aku ketahui bahawa dia bertunang dengan Linda. Sejak itu, harapanku itu aku benamkan sahaja jauh di lubuk hatiku. Tapi kini, dia kembali semula ke sisiku. Ini bermakna impianku dulu akan tercapai. Tapi, mampukah aku menjadi ibu buat Farhan dan Azim sekaligus menjadi isterinya.

"Farah, sudikah kau menjadi ibu buat Farhan dan Azim, sekaligus menjadi isteriku?"

Dia... dia melamar aku? Adakah apa yang aku dengar ini betul atau aku sedang bermimpi?

"Aku.... aku...." Aku kehilangan kata-kata.


Bab 13 - Khairul

"Emak... cubalah faham keadaan saya nie. Cucu-cucu mak nie ketandusan kasih sayang seorang ibu. Biarlah saya berkahwin dengan Farah." Aku masih tidak putus-putus memujuk emak semenjak aku tiba malam semalam.

"Aku tak mahu cucu-cucu aku beribu tiri. Nanti dideranya anak-anak kau tu. Aku sendiri boleh jaga mereka berdua tu. Kau saja yang keberatan." Emak mendengus.

"Baru setahun Linda pergi, kau dah sibuk hendak kahwin lain." Tambah emak lagi lalu memalingkan wajahnya.

"Bukan begitu mak. Saya buat begini demi kebahagiaan Farhan dan Azim."

"Kau nie yakin sangat yang budak perempuan tu boleh jaga Farhan dan Azim sebagaimana Linda jaga mereka dulu." Emak masih sangsi terhadap keupayaan serta kebolehan Farah walaupun telah banyak aku memuji-miji Farah di hadapannya.

"Saya yakin dan saya jamin Farah akan menjadi seorang ibu yang baik serta isteri yang solehah pada saya. Saya kenal dia hampir tujuh tahun. Saya tahu baik buruknya. Dia bukannya seorang yang suka keluar berpoya-poya. Dia seorang gadis yang masih terpelihara maruahnya walaupun sudah lama menetap di kota sana. Dia tidak pernah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang sering kita dengar saban hari."

"Beria-ia kau menyebelahi dia. Belum kahwin lagi dah nampak kau melebihkan dia dari mak. Bila dah kahwin nanti, mak pon kau dah tak ingat. Asyik dok mengulit bini baru kau tu." Tempelak emak kepadaku. Terpempan aku seketika. Begitu sekali emak beranggapan buruk terhadapku.

Aku mengusap kepalaku beberapa kali. Aku cuba mencari ayat yang dapat meyakinkan bahawa Farah adalah seorang gadis yang elok perangai dan sifatnya. Dan aku begitu yakin dia takkan mensia-siakan Farhan dan Azim. Lagipun aku tahu, Farah memang sayangkan Farhan dan Azim.

"Farah gadis baik mak. Lagipun dia kawan Linda dulu. Kalau mak dapat tengok cara dia melayan Farhan dan Azim, tentu mak yakin bahawa hanya Farah sahaja yang dapat menggantikan tempat Linda."

Aku berjalan mundar-mandir di hadapan emak di ruang tamu. Tv yang terpasang sedikit pun tidak menarik minatku untuk menonton. Farah sudah memberikan persetujuan begitu juga ayah. Hanya tinggal emak sahaja. Emak... mengapa hatimu ini begitu keras??

"Iyalah... baik sebelum kahwin. Dah kahwin nanti, dengan kau sekali tak pedulikan cucu-cucu aku tu."

"Kenapalah awak nie buruk sangka sangat?" Ayah mencelah di tengah-tengah ketegangan antara aku dan emak. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dengan campur tangan dari ayah akan mempengaruhi keputusan emak.

"Bukannya buruk sangka, saya cuma tak mahu cucu-cucu kita kena siksa... kena dera." Jawab emak lalu
menjeling pada ayah yang melabuhkan punggungnya di sebelah emak.

"Dulu sewaktu si Khairul minta nak kahwin dengan Linda, awak tentang juga. Kata Linda tu tak sesuailah,
tak boleh beri kebahagiaan pada Khairullah... macam-macam awak tuduh dia. Bila dah kahwin, terbukti apa yang awak sangkakan itu, tak betul. Malah jadi menantu kesayangan awak pula. Sudahlah Limah. Cukuplah dengan perangai awak itu. Kita nie dah tua. Tak tahu bila masa nak pergi. Lagipun Khairul masih muda. Biarlah dia kahwin. Sekurang-kurangnya boleh kita tambah cucu lagi." Kata-kata terakhir ayah mencuit hatiku. Aku ketawa kecil. Ayah pula senyum meleret sambil melirik kepadaku.

"Ke situ pulak perginya." Balas emak yang kulihat sudah reda kemarahannya. begitulah perangai emak, walau setinggi mana marahnya, akan reda apabila ayah mula bersuara menentang keputusannya. Agaknya sebab itulah, rumahtangga yang telah dibina sejak 30 tahun dahulu tetap kukuh, malah bertambah teguh dengan kehadiran Farhan dan Azim.

"Emak, macam mana?" Soalku lagi.

Emak memandangku. Kemudian pandangannya beralih kepada ayah. Kemudian mengeluh dan mendiamkan diri. Sikapnya begitu sedikit meresahkan aku. Aku berlutut di hadapan emak. Aku menggenggam erat tangannya.

"Emak... restuilah perkahwinan saya untuk kali kedua ini. Saya berjanji tidak akan melupakan emak dan ayah saya sudah beristeri nanti. Malah saya pasti bahawa Farah akan menyayangi anak-anak saya seperti anak-anaknya sendiri." Ucapku lalu mengucup tangannya lembut. Terasa tangan emak mengusap kepalaku, hangat. Aku tahu, sekeras manapun hati emak, dia tetap akan menyokong keputusanku.

"Bawalah dia datang berjumpa dengan kami." Aku mendongak memandang wajah emak. Bergenang-genang air mata di kelopak matanya. Aku kembali mengucup tangan emak tanda terima kasih. Ayah menepuk-nepuk bahuku tanda menyokong keputusanku. Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum kelegaan.