Jumaat, 28 Oktober 2016

the unintended

4 oktober 2016 adalah hari aku rasa sangat gembira, dan penuh bersemangat. aku bangun tdo awal dan bersiap awal daripada kebiasaannya. walau destinasi yang mau ditujui hanyalah 8-10minit shj.setelah sekian lama tidak bekerja makan gaji, maka aku membuat keputusan untuk menerjunkan diri ke alam bermajikan. bekerja sebagai juru ukur bahan di sebuah syarikat contractor.

aku tiba 10 minit awal dari waktu masuk pejabat. waktu bekerja 8.30pg-5.30ptg, isnin-sabtu (altenate). semangat, sebab hari pertama bekerja la katakan. setibanya di opis, biasalah , hari pertama, majlis suai kenal, dapat workplace sendiri dan terus dapat 2 biji tender yang close date 17 dan 18 oktober. 8 tahun dah tak praktis, memang bekaratla skill QS yang ade. duduk seharian study tender dokumen. i'm the only one QS rupanya. haru jugak rasa 2 biji tender buat sesorg. dah dapat dah bayang kenapa orang mudah keluar masuk company ni. its ok lagi stress sbb keje. whatever pun, since xde senior QS, so aku dapat direct lesson dari PM, dan directors. PM civil engineer, Director Mechanical dan civil engineer. i would say company ni banyak buat M&E works.

hari kedua bekerja ok lagi, hari ketiga bekerja staff yang masuk sekali dengan aku tu muka dia dah macam bengkek dan mula kata "aku tak boleh stress keje bab menipu ni. biar stress keje bahagian yang aku suka tak pe, tapi bab menipu ni memang aku kenal lagi halal haram ni." aku yang dengar ni rasa dah berdetup dalam hati. apsal plak dah budak ni. 2 hari bekerja aku bawak bekal. so aku tak join bebudak opis pegi makan kat luar. aku tak abis2 belek tender dokumen tu dpt refresh semula pengalaman aku 2007-2008 dulu. interesting, sbb memang bidang aku. and once upon a time aku memang bercita-cita nak menjadi registered QS. title "SR". disebabkan dapat peluang belajar dan atas advice family untuk join education field rather than construction field so aku berhenti dan belajar sampai otak aku terlampau "genius" (dalam braket, so pepaham je la)...disebabkan terlalu "genius" dan kepala aku hampir botak tengah macam bos aku, aku stil xdpt2 title "DR".

kluar dari waktu bekerja, 2 org staff, 1 staff lama, dan 1 staff yang masuk sekali dengan aku tu berjalan beriringan. staff yang lama ni rupanya dh dalam notice berhenti, so this is the last month. im not sure ape yang diceritakan oleh mereka berdua, aku still blur kabur dan sebenarnya lebih pening memikirkan tender yang aku nak kene siapkan tu. so aku dengar tapi macam otak aku ni dh tepis dari awal untuk save data dari percakapan derang. whatever pun, ape yang aku paham, berlaku PENIPUAN... dan staff yang baru ni rasa bersalah dan cakap soal halal haram dan kata end of this month nak cabut... grrhhhh... what s going on.. what s happening... otak aku still lembab nak ketchup....hahahha...

sehingga hari ke 5, staff ni amik no phone aku dan wassup aku untuk lunch together atas sebab nak diskas sekian2 perkara regarding masalah dia. aku pun tgk bekal aku kecur jugak air liur sebab my cicik (housemate) masak kentang goreng, yummy... masak belada... tapi since perkara yang perlu dibincangkan pada aku perkara yang melibatkan aku secara tak langsung, aku pun decide, lunch together dengan derang. kami keluar lunch bertiga.

aku ni duduk je dekat area sini, kedai makan area sini yang best pun aku tak tau. huhu... sedap masakan kat kedai ni, medan makan danau, setapak. bolehla, xla mahal, sedap pun sedap. selesai makan, staff ni pun tanya aku pendapat, rupanya dia kene buat pemalsuan sijil. pemalsuan bank statement. pemalsuan company yang nak masuk tender. aku masa tu impressed dan unbelievable. is this a common practice or what???? blurr.. aku blur.. dan blur... kepala otak aku ni sbenarnye lebih fikir tender aku tu.. sengal kan aku ni. tapi rasa macam bukit kristal hempap kepala jugakla bila dengar citer kawan aku ni. masa dengar citer, jahilnya aku aku fikir.. oo.. aku xde kene buat penipuan ni so aku tak fikir bab aku pun kene resign. so aku advice dak tu resign la. rezki ade di mane2 dan aku ni jenis yang nak proof depan mata.

ta ra... aku nak sangat tengok  proof kan.. dak tu pi buat guna adope photoshop semua pemalsuan sijil dan bank statement ni. kebabom la aku... terkejut beruk tgk.. sebijik sejibun sama... kalu orang yang tengok sekali imbas memang confirm la tertipu... speechless... keesokannya budak ni xdtg keje.. got headache.. aku tau sebenarnya kenapa dia xdtg. kalu aku pun aku benti 24 jam kot... kemudian dak ni datang lewat. macam sengaja cari hal supaya company fired dia la..

aku pun dari 90% semangat sebenarnya dah semakin kurang. tapi tekad aku nak siapkan 2 tender ni.. aku perlukan pengalaman ni walau apepun.. kemudian.. ta...ra.. datang director yang civil engineer tu.. bagi aku list contractor yang masuk tender yang hanya dilabel dengan kodpetender beserta harga derang masuk tender. so aku di ajar director untuk isi CUT OFF PRICE. bos dengan bangga "tengok ini semua K... punya.. saya dapat tau..".. whatttt..... panas muka aku... tapi tu la.. aku jahil dan iman tak kuat.. cutt off is just an excel template, sape pandai guna standard deviation, they can create their worksheet. done.. i manipulate myself, be a dumbful person. Allah is there actually watching me, dan malaikat maut pun staring at me.. but look.. what i did keep on pretending nothing happen berkaitan dengan hukum ALLAH.. maksiat... terjebak dengan maksiat.. mcm mane boleh dapat list petender tu kalu xde kenal orang yang incharge open tender tersebut.. i am at the state very stupid... my concern still want to complete and submit the tender...

saturday freaky full day.. im enough... today i just got backpain... exhausted.. and i feel why my frien got headache. company ni masuk tender guna nama orang lain atas syarikat lain dan kene penipuan tandangan pemilik company itu yang aku labelkan sebagai orang "hantu". aku nak sangat proof kan.. dah dapat dah penipuan tandatangan "managing director hantu" sbb xtau sapa. nama je ade. tu belum lagi kelulusan setiap staff ... ya Allah.. memang kejang dah saraf tubuh aku... sedang aku buat jugak tender tu walau dah nampak aku punya percentage contribution dalam penipuan ituuu... ALLAH is watching me.. but i did it ... oo.. what ashamed on me... iman rapuh.. xberani ....

sedang aku siapkan masukkan harga dalam tender, bos kata, "dokumen penting ni, u kene seal (binding tape), sebab orang2 kat dalam yang berkaitan dengan tender ni jahat. kadang2 kita sudah submit semua lengkap dia kata xlengkap, dia buang untuk kasi company kita kantoi la, kasi orang lain dapat itu tender.".. hmm.. aku makin xboleh angkat muka dah... terngiang2 ape yang staff lama yang dah nak berhenti tu ckp. permainan derang untuk dapatkan tender. melabur duit untuk menang tender dengan mendajalkan tender orang lain supaya company derang dapat ranking no 1. oh ya Allah... jauh nye aku dah terjebak... Allah is watching me.. malaikat maut is staring at me... but i still complete tender... before i pray company ni dpt award but now, i pray company ni x dpt award. lemahnye iman aku.. i should stop.. avoid my hand being contaminated with thos sinful matter...

done.. 17/10 tender submitted.. and then.. i need a rest.. aku berjalan ke meja staff lama yang nak berhenti tu.. aku tanya, what she s doing. my fren yang got headache tu actually akan replace task senior staff yg dh nk resign ni. so my fren and this staff doing the same thing. aku pun tengok..ohh.. derang pun buat tender... nak masuk tender.. 19.10 close date. what make me shocked... they are preparing 10 buah syarikat yang berbeza untuk bid for 1 open tender. obviously.. unethical part yang ni memang aku dah xboleh blah.. aku rasa nak muntah.. dan aku dah no turning back.. i have to notice 24hours by hook or by crook... it doesnt matter whether they will pay me for my working days or not.. ape yang terlintas dalam otak aku... xdpt duit lagi baik.. this company is going to pay me based on pendapaatan macam tu.. no way.. dah la hati xberapa bersih, tak berapa lembut.. nak tambah lagi.. biarlah aku susah cari pendapatan lain yang jauh kurang nilainya berbanding dengan bekerja bermajikan sedemikian... janji halal.. they spend bribe 5k per tender and 500 per dummy company..

i just.. speechless at that day.. and currently the company can only prepare 7 dummy company.. dan Allah memang nak bagi petunjuk pada aku.. pagi tu.. one of my bos call live depan all staff of course including me.. seems ape yang derang prktis ni dah jadi kebiasaan.. bos call orang yang terlibat dengan tender dan menyatakn ketidak mampuan untuk sediakan lagi 3 dummy company.. maka org tu masih dalam nego berapa nilai lagi yang dia boleh dapat drpd my bos untuk jadi pemenang tender tu..

xsilap aku inilah yang dinamakn kondisi memberi rasuah untuk mendapatkan tender. 10 syarikat yang masuk tapi satu syarikat yang buat, supaya senang org yg jaga tender utk award.. aku rasa sedih.. sebab mereka adalah kaumku sendiri.. aku hanya berdoa.. moga Allah ampuni dosa aku.. ampuni dan tarik manusia yang terjebak ke landasan yang benar.. dapat 10,000k atas angin.. tapi Allah is watching and standby to punish u!!!! sibuk kata orang tu.. aku ni pun sama ja...

esok aku terus tender resign 24jam. suppose 1 month notice. tapi since aku cakap perkara yang benar... i am forbid to involved with.. so mereka menutup mulut dan biarkan aku pergi..

aku pergi dengan penuh rasa dosa pada Allah sbb contribut kepada 2 tender tu.. aku bersyukur Allah bagi aku kekuatan untuk melangkah pergi tanpa memikirkan wang saguhati atas pekerjaan ku itu selama 2 mggu.

kini aku bekerja sendiri. tidak bermajikan. tapi alhamdulillah, jiwa aku lebih tenang, solat aku lebih teratur.. walau buat masa ni pendapatan aku tidak sebanyak yang di ofer di syarikat itu. aku percaya Allah itu akan bantu aku untuk mencari rezki yang halal dalam memenuhi komitmen yang aku ade.

thank you so much ya ALLAH.

disini aku nk share, masa aku bekerja di company ni aku jadi kurang beribadat, sudah meninggalkan activiti zikir dan apatah lagi membaca alquran. dari situ aku dah nampak, bila terjebak dengan maksiat, perkara ibadah akan terganggu..jika ditunggu lebih lama.. dari lambat solat akan tinggal solat.. dari tak mengaji akan semakin lupa ilmu alquran.. nauzubillahiminzaalik..

thank you ya ALLAH.. You just show me the way... You always guide me all the way..

berhati hatilah dalam setiap praktis walau di mana kita berada... ingat.. ALLAH is always watching us dan malaikat maut is everyday staring at us..






Karak Lama

memandangkan keadaan karak highway yang sesak. kereta tak bergerak dari tol karak. maka 'Aishah mengambil keputusan untuk melalui jalan karak lama. kononnya  jalan pintas la supaya tak perlu bersesak2 dengan jem di highway karak.jalan karak lama ni memang bes. sejuk sbb dalam hutan simpan. jalan karak ni jalan yang ke sg pisang, ade air terjun, ade kem tempat budak2 sekolah, ade muzium orang asal dan ade bekas theme park yang terbesar dulu, MIMALAND.

jalan karak lama ni kalu malam2 dan lewat senja jangan lalu lah sebab jalan ni macam dah ditinggalkan dan di tengah2nya xde penghuni. so kalu jadi pape, susah nak mintak tolong, yang ade tokong hindu je. 

seperti biasa, sebelum drive, pesan ustaz elok baca bismillahillazi..... sebanyak 11x tanpa ade gangguan. kalu ade gangguan tengah membaca untuk melengkapkan sampai 11x bacaan maka kene ulang lagi. contoh gangguan adelah org telefon, org mesej atau wassup atau tetiba ade org tegur ke tgh membaca. 

setelah selesai 'aisyah pun terus memandu ke arah karak lama dengan hasrat untuk balik kampung halaman, menunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk kedua ibu bapa. sesampai di lampu trafik yang ke arah terus akan ke karak lama, dan belok kanan akan masuk ke highway karak yang mempunyai tol. hati aisyah masih berfikir. ikut tol atau ikut jalan pintas. lampu trafik dah hijau untuk yang terus, bermakna ke karak lama. tanpa berfikir lagi, 'Aishah terus menekan pedal minyak nak balik kampung ikut karak lama. 

semakin jauh dipandu, semakin berkurangan kereta dan kini tinggal 'Aisyah seorang diri. dalam hati 'Aisyah rasa jugak cuak berseorangan meredah hutan. mulut xhenti menyebut lahaulawalaquwwataillabillahilaliyyilazim.... sedang memandu, dari kejauhan aisyah nampak ade bende berbulu ditengah jalan. aisyah memang ade masalah rabun tapi berdegil tak mau pakai kaca mata sbb power tak tinggi pun. aisyah mempelahankan kereta.. bende bebulu itu tidak bergerak.. memandang dengan selamba ke arah 'aisyah.. aisyah dengan cepat menutup tingkap.. takut plak kang tak pasal2 bawak tetamu berbulu jumpa mak ayah nanti.. terfikir begitu buat  aisyah terkekek sesorg. comel beruk ni. nak bagi makan kang xde plak bawak makanan. 

aisyah pun mengelak sikit dan terus bergerak sehingga 50 m dan berhenti. saja aisyah buat begitu, nak tengok beruk yang kendong anak tu ikut atau buat "dek" je. amazingly, bende berbulu tu berlari ke arah kereta.. ape lagi aisyah pun tekan minyak. nakal jugak aisyah, mempermainkan si beruk. 

perjalanan diteruskan sehingga ke   r n r genting sempah. jalan karak lama ni tinggi dari karak highway, so boleh nampak la keadaan di karak masih sesak atau tak. kalu masih sesak maka boleh sambung ikut jalan bentong lama plak. 

memandangkan keadaan di highway karak sesak. maka aisyah meneruskan perjalanan mengikut jalan bentong lama. jalan ni akan merentasi area Janda Baik yang penuh dengan resort dan air sungai berbatu yang sangat la cantik dan bes. Ma syaa Allah. lalu jalan "dalam" atau jalan lama ni memang bes, sejuk, saujana mata memandang. tapi jalan dia memang xberapa ok sbb x dimaintan. selekoh dia memang tajam, sempit, penuh dengan pokok2 besar dan buluh. kalu penakut memang tak dicadangkan la untuk lalu. 

di sini 1st time aisyah lalu. ade 2 cabang, 1 cabang ke janda baik, satu cabang ke bentong. memang scary, sbb jalan dia lebih usang dan redup drpd jalan gombak-karak tadi. tak tau pun betul ke tak jalan ni akan keluar ke bentong. aisyah tawakkal dan meneruskan jugak memandu. kini tinggal kereta aisyah sebuah dan sebiji lori yang enjin sangat kuat memecah kesunyian hutan. dalam hati takut jugak lori ni behenti dan tahan kereta ke.. astaghfirullah... xbaik syak wasangka..

xlama kemudian lori tu masuk ladang. ade ladang rupanya dan xlama ade satu pekan kecil yang buat aisyah rasa lega. xlama kemudian aisyah nampak karak highway sejajar dengan jalan bentong lama yang dipisahi dengan sungai yang berbatu bata. yang airnya sangat jernih dan tenangnya suasana ni disini. 

xlama aisyah dah menyusur keluar ke jalan highway karak yang dah x sesak. kini ade pilihan utk ikut highway LPT atau jalan lama lagi. kalu ikut jalan lama memang xperlu bayar tol. save bajet la. tol xperlu bayar. cuma mencabar la panduannya sbb 2-way. dan kene sabar sbb selalu kene ekori lori sementara nk pintas tggu jalan clear. 

ikut jlan lama ni memang lalu petempatan la. kalu LPT tu xde petempatan sbb highway baru. untuk santai better ikut jalan lama. leh nyinggah kat pelbagai tempat. kedai makan ka. kedai buah ka. kedai bantai kekabu ke.. mcm2 ader.. 

itulah dia cerita karak lama. bukan promote, tapi jalan ini kalu dibaikpulih, masih boleh digunakan sbgai laluan alternatif terutama di saat perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 




Rabu, 26 Oktober 2016

Bangunan Canseleri

'Aisyah bersiap dengan penuh semangat. seperti mendapat satu anjakan paradigma untuk perjalanan hari ini. setelah melalui fasa yang tak pernah terlintas difikiran untuk melaluinya. kini panggilan ini memang membuat 'Aisyah bersemangat dan menaruh harapan. semua dokumen keperluan sudah siap dikemaskini. file pun dah cantik disusun.

jam sudah menunjukkan 8.40pg. seperti biasa, sebelum turun rumah 'Aisyah akan pastikan solat dhuha, solat hajat, solat istkharah dan berwuduk. ape jua yang terjadi utk hari itu maka mudah utk 'Aisyah meredhai dan menerima hakikat bahawa manusia hanya plan, tapi plan dari Allah adalah yang hakiki dan pasti terbaik dan penuh hikmah.

memandangkan minyak sudah tinggal 2 bar dan kad touch n go pun xtau nilai yg ade. maka 'Aisyah kene pergi ke petrol station terlebih dahulu. kemudian google map di hidupkan dan perjalanan diteruskan. temujanji jam 10pagi. setibanya di highway duke, ade makluman dari google map, ade kemalangan dan perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Alhamdulillah.selamat sampai dengan selamatnya ke lingkungan budi.. jeng jeng.. jeng.. "tak nampak pulak mercu alam".. jam sudah menunjukkan 9.40pg. hanya ada 20minit. google map hanya petakan ke lingkungan budi, puas set utk mercu alam, xjuga dapat. tetap ke lingkungan budi. "aku ni yang tak expert guna kecanggihan ni" gerutu 'Aisyah dan mengambil keputusan utk mencari mercu alam. ta..raa... ter"exit" pulak dari lingkungan UM... ahahha... u got 20 min.. suddenly sesat... fine... cepat2 'Aisyah berhenti since ade bustop. buka semula google map. tetap di hantar ke lingkungan budi. walaubagaimanapun.kali ni 'Aisyah dah nampak signboard mercu alam. sedang drive sambil mengusha, suddenly xkunjung juga mercu alam, kebetulan di hadapan canseleri building dan ade parking provided for visitors. Alhamdulillah ade satu parking kosong yg agak sempit, alhamdulillah ade uncle tolong kasi instruction untk masuk parking. fine its already 9.55pg. harapan semakin kabur, semangat semakin nipis.ikut hati balik je terus.

'Aisyah keluar dari kereta dan ramai pelajar yang pakai jubah konvokesyen. "adik, nak tanya bangunan mercu alam di mana ye". tanya aisyah. "maaf, kami bukan student sini, tapi konvo je kat sini"... brzzz... 'Aisyah terus berjalan disekitar canseleri building dan nampak bangunan mercu alam. tanpa berfikir panjang walau dalam hati dh terdetik, jauhnya... 'Aisyah decide jalan kaki.. wahahhaha.... decision yang memang mengundang ke"mengah"an...

tanpa belengah 'aisyah call no person incharge since dah lambat. tapi tak berjawab. no number hp. ok. fine. just walking... merentas sungai melalui bridge.. and bangunan mercu alam hilang dari pandangan... "fine, i lost." dalam hati aisyah mmg dh xde meletak ape2 harapan.. suddenly "beep!!".. telepon berbunyi. no name... 'Aisyah dah boleh agak.. mesti person tu yang call.. setelah jawab.. memang betul.. definitely.. and i have to seek apologize sbb memang diri kantoi lewat.. Alhamdulillah, mereka menungguku sampai. malu. orang dah panggil interview, tapi lewat, memang haprakla.. bad impression!!...

setelah selesai perbualan, kebetulan ade student perempuan naik motor, 'Aisyah dengan cepat panggil, "dik, mane bangunan mercu alam"?.. budak tu pun bagi tau la... rupanya bukit yang 'Aisyah panjat tu kolej/asrama student... kweng...kweng.. xjauh pun simpang yang diperkatakan... ok.. 'Aisyah bajet lambat 15minit, dengan penuh kesabaran, 'Aisyah terus mendaki bukit. dan nampak bangunan mercu alam yang atas bukit lagi tinggi. mata 'Aisyah memandang ke kiri dan ke kanan. where is the nearest access utk cepat sampai ke bangunan mercu Alam. left side ade building yg mungkin ade lift. right side ade tangga yang daki separuh bukit. ade separuh bukit yang tak nampak pulak mane tangga utk ke mercu alam. tanpa berlengah, 'Aisyah pilih climb tangga.. sbb dh nampak ade tnagga rather than pegi ke bangunan yang dalam fikiran aisyah belum tentu ade lift. itulah kalu dah buat keputusan dalam keadaan rushing.. panjatla tangga yang macam batu caves... dalam hati 'Aisyah. ade yang sampai ke pusat temuduga tapak kasut tertanggai... sebenarnya harapan memang dah dipadamkan. still meneruskan ke pusat temuduga utk dptkn pengalaman je dah ni. dan memang dalam fikiran, memang dh pesimis dengan situasi temuduga nanti.

ta..ra... sampai je ke anak tangga yang terakhir dipuncak bukit. xnampak anak tangga pun nak ke mercu alam... uwaaa..... its already 10.15am. kaki dah menggeletak.. baju dah lencun.. berdiri sebentar,... nak turun tangga semula dan pegi ke bangunan tadi..atau.. dalm hati 'Aisyah mesti ade tangga.. mesti ade punya... "aisyah terus berlegar di situ, bangunan bengkel2 student kejuruteraan rupanya. sunyi.. kebetulan ade student perempuan sorg. 'Aisyah pun tanya, mcm mane nak ke bangunan atas smbil menunjuk ke bangunan mercu alam. student tu pun menuding ke satu arah yang buat 'Aisyah semangat aisyah berada di tahap 0 dan harapan di tahap - 10, level minus.. fine.. kene jalan ke tangga tu jauh, dan tangga tu tangga mirip batu caves lagi... hahah... sampai ke anak tangga yang last, memang ibarat dah ditimpa hujan dah kebasahannya dan pandangan pun dah pudar sbb peluh masuk dalam mata dan rasa nak pitam... dari tangga tu pun kene jalan masuk ke bangunan...

akhirnya sampai ke dalam bangunan mercu alam dan jumpa lift. 3 lift. tekan untuk naik. about 5 min, ketiga2 lift masih di aras tadi, aras G. xnaik2. rosakke?.. rupanya memang jenis yang lambat.. satu je yg function dan bila bukak pintu lift, penuh dengan students... euw... xkira masuk jugakla... alhamdulillah xoverload..

alhamdulillah sudah sampai ke level 10, at 10.31am... late 31minit satu masa yang sangat lama.. kalu mengajar pun student la cabut balik... tapi "aku kene harungi juga" kata aisyah dalam hati. "aisyah pun call Dr A, dan since 'aisyah dah lambat, ade candidate lain yang dah masuk. and kene tunggu dalam 30minit. alhamdulillah atleast dpt cooldown dulu, dapat kasi baju kering skit, dapat stabilkan pernafasan, dapat tenangkan kelenjar peluh yang paling hebat merembeskan peluh. 'Aisyah dah rasa tak selesa sbb takut bau masam peluh... haha...

dalam perjalanan tadi, aisyah teringat hadis nabi, untuk beristighfar bila dalam kesusahan dan baca surah insyirah bila dada rasa berdebar dan dalam keadaan sempit dan cemas. alhamdulillah dengan izin Allah perbuatan inilah yang mendorong aisyah untuk terus juga menghadiri temuduga ini, jika ikut fikiran logik, dah lewat 31 minit, memang xde harapan. balik je.

"Alhamdulillah, 45minit interviews, semua melayan dengan baik sekali walau lambat 31minit. mereka melayan sangat baik, semakin rasa bersalah sebab kelemahan diri yang lewat dan telah mungkir janji selama 31minit masa mereka dicuri atas kecuaian dan kelewatan diriku. semoga permohonan kemaafanku diterima mereka. dan Allah dari perjalanan ini aku belajar pelbagai hikmah...." aisyah  berepilog sendrian. muhasabah diri dan menyedari beberapa kesilapan diri yang harus di perbaiki.

1. kene 2jam  awal bergerak sebelum tiba masa interview. biar sampai awai, biar kita tunggu org, jgn org tggu kita. sbb kita dah la nak mintak keje dengan org, terhegeh2 plak lambat. berdosa sbb mungkir janji. redha orang atas masa org yg dh dicuri kita xtau samada boleh ditoleransi, kerana tak semua org boleh menerima kelewatan.

2. jangan ade syak wasangka pada orang memandang dan melayan kita at the state kita dh melakukan kesalahan... jangan pesimis bila diri dah melakukan kesilapan.. perlu rasa bersalah untuk diri tapi jangan kerana diri sendri bersalah ditempek syak pulak pada org lain dengan menempelak atau memarahi kita...

hikmah dari Allah yang perlu dilihat dari kondisi ini:

1. besarnya kuasa zikir dari Allah melahirkan semangat dan menjauhkan rasa putus asa, bila dah penyeluk pekasam, biar sampai ke bahu terus. susah mcm mane pun kene tempuhi dan ingat. kesukaran, kesempitan itu hanya dapat di alami dengan dapat menjaga akhlak diri dengan baik ialah dengan berzikir iaitu megingati Allah. bersikap merendah diri. kuasa istighfar, surah al insyirah dan feedback dari doa dan bersolat. semuanya dengan izin Allah. atas usaha mengingati Allah dalam keadaan susah tadi. dan usaha mengakui kesilapan diri yag sebabkan banyak trouble dalam sesuatu urusan. banyakkan sedarkan diri. maka Allah buka jalan. jalan yang paling berharga ialah redha dengan ketentuan Allah bahawa perjalannya itu banyak liku. berjaya atau tidak itu akan mudah untuk meredhai dan mensyukuri ketentuan.

2. bende yang paling berharga ialah dapat optimis dan redha dengan cepat di atas satu ketentuan Allah. redha adalah level yang tinggi untuk dicapai. redha menjauhi dari pelbagai kemudharatan seperti menyalahkan diri sndiri hgga xlalu makan. menangis xhenti. putus semnagat.depression. marah dan emosi tak stabil, jadi hopeless.. nauzubillahiminzalik..

3.  dapat satu pengalaman dan tips untuk interview yg akan datang.

4. lebih mendalam dalam memahami dan menghayati erti takdir dari Allah, ketentuan dari Allah, rasa redha, rasa tawakkal, rasa ikhlas, rasa sabar...

5. lebih optimis kepada setiap ketentuan itu ternyata banyak hikmah dari sudut pembuktian janji2 kpd impact stiap amalan yang Allah galakkan untuk buat yang membina ketenangan jiwa dan kesabaran dalam menghadapi cabaran.

6. mendidik diri untuk sentiasa bermuhasabah, melihat kelemahan diri yang membuka kepada pembaikan diri dari satu tingkat ke tingkat lagi. in shaa Allah lubang kelemahan akan dapat di atasi dan ditutupi. lama2 kualiti diri akan bertambah.

7. dapat menghayati hikmah apabila dari awal kita dah mintak petunjuk dari Allah, xkiralah solat istikharah ke, solat hajat ke,... Allah jelaskan dalam fikiran dengan perbuatan itulah, Allah hadirkan rasa redha, rasa sabar dalam diri. yang menjadikan diri berfikir.. ooo.. aku dah mintak dengan Allah.. maka inilah dia perjalanan yang terbaik utkku.. dan keadaan ini akan menjauhi diri dari rasa tertekan dan boleh tenang dan sabar meneruskan hidup dan befikir ke hadapan untuk survive dalam dunia yang menjemput penyakit wahan.. kesenangan materialistik.. nauzubillahiminzaalik.. untuk survive kita perlukan bende tapi jangan kerana keinginan itu berlampauan....


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

disetiap kesulitan mesti ade kelapangan. kelapangan yang paling best ialah bila hati dan fikiran menjadi tenang.


saya sayang Allah. saya sayang Allah. saya sayang Allah.
dugaan itulah tanda sayang Allah. memang betullah dugaan itu tanda sayang Allah. bukan senang untuk mendapat hati yang redha, jiwa yang tenang saat dilanda dugaan jiwa yang berkeinginan duniawi tapi xberjaya..

sepanjang perjalanan balik, 'Aisyah asyik tersenyum, kadangkala terlepas suara gelak tawa.. sambil menyebut canseleri building, bangunan mercu alam.. dapat exercise free..

but the topic, grant topic, memang interesting, re-engineered affordable housing. they go for IBS untuk rumah PR1MA. yeah can cut cost..





Khamis, 4 Ogos 2016

manusia tewas kerana jahil


Aku suka dari dunia ini 3 perkara

Pada suatu hari. Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yang kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalh saidina Abu Bakar ra.

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. duduk-duduk bersama Rasulullah saw
2. melihat wajahmu ya Rasulullah saw
3. aku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah saw"

lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula denganmu ya Umar?"

jawab saidina umar ra. "ade 3 perkara juga yang aku suka:

1. membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahui
2. mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang terangan
3. berkata yg benar walaupun pahit

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?'

berkata saidina uthman ra. "ada 3 perkara yang aku suka:

1. memberi makan
2. memberi salam
3. bersolat malam  di waktu manusia tidur

"bagaimana pula dengan kamu Ali ra?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang

kemudian bertanya rasulullah saw pada abu dzar ra.

"apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata saidina abu dzar ra. "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. lapar
2. sakit
3. mati

kemudian Rasulullah saw bertanya, "kenapa wahai abu dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra, "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku. aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku."

kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.solat menjadi penyejuk mataku

kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw dan para sahabat.

kemudian malaikat jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.menyampaikan risalah
2. menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin

kemudian malaikat jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata "sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua dan Alllah swt berkata:

"sesungguhnya Aku suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian

copy drpd grup wassup.
moga bermanfaat.