11.11.2015, jam 7.05mlm, handphone berbunyi tanda mesej
masuk. Aisyah membelek telepon. Oh wassup.kata aisyah dalam hati. lama
pulak dah nak download gambar ni. Gerutu hati aisyah. Tertancap lama mata
aisyah pada skrin telepon sambil berbaur rasa dalam hati dan macam-macam dalam
kotak fikiran. Yang pasti kata innalillah… terlafaz di mulut aisyah. Sememangnya
Allah telah berfirman dalam surah albaqarah iaitu surah ke 2 mengikut mushaf
dalam ayat 156, iaitu apabila tertimpa musibah maka sebutlah innaa lillaahi
wa-innaa ilayhi raaji’uun. Perkataan ini bukanlah hanya disebut dikala orang
meninggal dunia sahaja, akan tetapi ia diaplikasikan kepada ape jua perkara
yang dikategorikan sebagai musibah yang melanda.
Lama aisyah berteleku, duduk
memandang kea rah court squash sambil berfikir. Memang niat dihatinya mau
pulang lepas main squash petang ni. Tetapi delay sebab tetiba ramai pulak
pelajar yang main squash arini. Jadi aisyah terpaksa beratur tunggu giliran. Jam
6.30ptg baru aisyah dapat bermain. 30 minit untuk beriadah dah cukup untuk
melencunkan t-shirt aisyah. Squash ni Nampak je pukul bola ke dinding, tapi
pembakaran kalori nye tinggi, seperti yang dibagitau oleh kevinZahri.com iaitu
708-1035 kalori bagi julat berat badan 60kg-86kg. jadi setengah jam tu kalu
xbwk air memang dahaga dan kalu xmakan boleh menggigil la kelaparan lepas main.
Jam sudah menunjukkan jam
7.15minit. aisyah berlalu ke bilik persalinan n shower kemudian trus ke surau. Usai
solat maghrib, lama aisyah berwirid, mengulangi perkataan alhamdulillah banyak
kali. Melihat akan video runtuhan tanah ni lentang Km52.4 lebuhraya KL-Karak
dan juga gambar2 yang dipost oleh kawan2 daripada wassup membuat aisyah menarik
nafas panjang. Allah masih memberi peluang untukku masih bernafas dan
memperbaiki setiap salah dan dosa dalam hidup aku. Aisyah berkata pada dirinya
untuk bersyukur dengan peluang yang Allah masih beri kepadanya. Jika aisyah
bergerak dari Gombak jam 6ptg td, aisyah samada stranded di kawasan tanah
runtuh itu atau menjadi mangsa runtuhan tanah itu nauzubillahiminzaalik.
Hajat di hati aisyah baru mau
pulang, menemui keluarga tersayang di temerloh, Pahang. Laluan KL-Bentong pun
ditutup juga untuk laluan memandangkan ade juga terdapat hakisan tanah dan
pokok tumbang. Jalan alternative lain ikut Seremban-kuala pilah keluar ke
pelangai. Aisyah tidak pernah melalui jalan ini dan memandangkan seorang diri,
aisyah matikan impian dihati yang tersangat dipanggil untuk pulang ke pangkuan
keluarga. Pihak PDRM menganggarkan 5 hari mungkin untuk kerja-kerja pembersihan
dijalankan.
Aisyah tegar mengikuti kisah runtuhan tanah di lentang kerana menunggu jalan
dibuka semula untuk pulang ke kampong dan kerana sememangnya itu jalan ulang
alik aisyah dari Temerloh-Gombak. Pelbagai spekulasi dan report yang bercanggah
antara satu sama lain di TV, PDRM, pihak bomba dan JKR. Ade yang mengatakan itu
bukan tanah runtuh tapi banjir lumpur. Walaubagaimanapun ianya melihatkan bukit
yang runtuh beserta dengan takungan air yang banyak. Lentang ialah satu tempat
rekriasi yang familiar dengan sungai dan air terjun lentang. Lentang juga
adalah Hutan Lipur yang masih mempunyai pokok2 besar.
Mendengar berita daripada TV dan juga radio, terdapat
kemungkinan kejadian tanah ini ade kaitannya dengan kerja2 pembalakan secara
haram. Sememangnya Pahang ni famous dengan kes2 pembalakan secara haram sejak
aisyah sekolah rendah dulu lagi. Ini kerana Pahang ni masih banyak kawasan hutan
yang masih terpelihara. Melihat akan runtuhan tanah itu yang membawa kayu2
balak yang telah lama ditebang ade kemugkinan terdapatnya kerja2 penebangan
pokok di atas bukit berkenaan. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah
ar-Rum ayat 41 bahawa “Telah nampak fasad
(kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya
Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,
agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.
Kalu dilihat dari sudut ekologi pun, pokok
memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan pasak bumi (bukit bukau)
dengan cengkaman akar2 tunjang pokok2 besar. Berkurangnya bilangan cengkaman
akar2 pokok pada bukit akan mengurangkan kekuatan tanah untuk menampung batu
batu yang besar dan juga memudahkan water run-off. Erosion akan berlaku kerana
tanah mudah menjadi lembik dan membentuk lumpur. Ditambahkan pula keadaan cerun
bukit yang menggalakkan lagi runtuhan tanah. Sememangnya jika lalu daripada
temerloh-kuala lumpur terdapat banyak hakisan di cerunan bukit berlaku yang
kebiasaanya akan ditutup dengan canvas biru.
Sememang 2015 ni terlalu drastik pembotakkan tanah di pahang. jika dilihat di kawasan lanchang, proses penanaman semula sawit begitu jelas kelihatan. di karak highway juga jelas kelihatan. kalu dahulu pemandangan dipenuhi dengan suasana hijau pokok2, tapi kini semua bukit telah gondol, dipenuh denga warna kuning. sesungguhnya tanpa ikatan kuat akar2 pokok pada bukit bukau akan menjemput pelbagai masalah, hakisan, lumpur, tanah runtuh, suasana yang berdebu dan panas.
sesungguhnya kawasan Lentang itu temasuk dalam kawasan bukit tinggi yang perlu dititik beratkan kerana kawasan pernah mengalami gempa bumi pada tahun 2007. Di Pahang, bentong, janda baik dan
jerantut pernah gempa bumi kecil pada tahun 2007 dengan 1.1 ke 2.8 skala
richter. Sememangnya jajaran kawasan ini perlu diberikan tumpuan yang lebih
memandangkan musim hujan telah pun bermula.
Selain daripada itu, sesuatu bencana itu Allah turunkan juga kerana perbuatan maksiat. Di pahang sememangnye terkenal dengan pusat casino yang berada di genting highland. jika hujan lebat dengan kadar yg tinggi dan banjir yang besar seperti tahun yang lalu, sememangnya keadaan dipahang akan mengalami banjir lumpur yang teruk memandangkan penebangan pokok2 pertanian yang jelas kelihatan. walaubagaimanapun sentiasa berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku.
Allah itu mengizinkan sesuatu berlaku demi menegur manusia. Cukup dengan pelbagai bencana agar manusia itu kembali bertaubat kepadaNya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah.
Rujukan:
Gambar daripada awani online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan