Terasa sunyi setelah
beramai-ramai semalam. Cukup indah saat bersama-sama bermain squash, berborak
hingga larut malam. Jarang sekali peluang seperti ini berlaku. Masa itu ade,
tapi seringkali dihabiskan dengan lebih banyak membawa hal masing-masing. Kini setelah
semua pulang, terasa sunyi pula. Tinggal aisyah dan seroja berdua aje.
Oleh kerana
terasa sunyi, ibarat mengantuk disorong bantal bila seroja mengajak aisyah ke
uia untuk memeriahkan kawan2 yang konvo arini. Seroja ni memang creative, semua
cenderahati untuk kawan2nya dia buat sendri. Cantik buatannya.
Setibanya di
uia, dari jauh aisyah dah Nampak pelangi petang. Seroja terus berborak
dengan kawannya, manakala aisyah terus mendongak ke langit, menikmati keindahan
pelangi petang ciptaan Allah. Melihat akan keindahan pelangi petang itu, seakan
memujuk hati aisyah yang sunyi setelah kepulangan kakak dan adiknye ke kampung halaman.
Terasa terubat hatinya dan rasa bahagia serta gembira melihat keindahan pelangi
petang itu. Syukur ya Allah. Subhanallah…
Sambil menikmati
keindahan pelangi petang itu, aisyah berfikir. Begitu indah sekali ciptaan
Allah. Peluang ini dengan izin Allah juga utk menikmati keindahan pelangi
petang ini sudah cukup untuk mengubat rasa sunyi di hati. Subhanallah,
alhamdulillah, Allahuakbar. Inilah dia betapa indahnya ketentuan Allah itu. Itulah
kekuasaan Allah dan halusnya cara Allah merawat jiwa manusia. Pelangi petang
ini sangat menarik, indah dan menghiburkan hati. Terima kasih ya Allah. “jom,
kita pegi mahalah halimah, syasya kat sana skang”. Teguran seroja mematikan
epilog aisyah dan terus berjalan bersama2 menuju ke destinasi seterusnya. Ade 2
lagi cenderahati untuk diagihkan kepada para graduan yg dikenali rapat.
Aisyah
menoleh lagi sekali kea rah pelangi petang itu, tapi ia sudah tiada disitu. Alhamdulillah,
kehadiran pelangi itu sangat membantu hati sunyi aisyah.
Itulah sebab Allah sarankan untuk melihat ciptaanNya, supaya
jiwa itu tenang dan bersyukur akan nikmat yang Allah telah sajikan pada kita. Disebalik
ciptaanNya bukan sahaja makanan jasmani shj dpt diberi akan tetapi sebagai
santapan akal dan rohani.
Selalu lah
mendongak kelangit untuk melihat betapa berkuasanya Allah menciptakan langit
yang luas tanpa tiang. Tunduklah ke bumi, lihatlah pelbagai jenis ciptaan Allah
bagi melengkapkan kehidupan sebagai makhluk dibumi ini. Penglihatan itu untuk
memupuk rasa kesyukuran kepada Allah. Disitu akan timbul rasa kebercukupan dan
jiwa yang tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan