Selasa, 27 Mac 2012

Mendesak Allah?

Dalam tak sedar dah 29 tahun aku bernafas dengan pemberian Allah. Dengan pemberian ini aku mampu belajar hingga ke tahap ini, dan mendapat rezeki seadanya, bercukupan utk seorang manusia. Alhamdulillah. Malam ini aku menonton rancangan di TV Alhijrah. Pertandingan adik2 kecil. Persoalan dan jawapan anak2 kecil ini sungguh matang. Bahkan aku mengaku, aku di saat umur sebegini tidak mampu untuk berfikir sematang ini. Dan sebagai orang yang dewasa aku malu sendiri mengenangkan diri yang kurang kesedaran agama dalam diri. MasyaAllah, bagaimanala kanak2 ini dididik sehingga sebegini dewasanya pemikiran mereka.

Terimbas perangai di zaman muda-muda dulu. Aku manusia yang suka mengeluh walau tidak meluahkan kesusahan diri dengan mengadu domba pada orang. Bahkan aku mengaku, kadangkala ade masanya aku lemah dan amalanku mula berkurangan. Selalunya aku bangun tahajjud. Aku solat sunat ba’’diah dan qobliah. Tapi bila aku kesedihan aku mula solat di hujung waktu, mengaji sekadarnye.. aku diselubungi rasa malas.

Astaghfirullah.. betapa jahilnya aku mengenai percaturan yang Allah telah tetapkan. Kenapa perlu aku mengurangi amalanku?.. kenapa aku kurangkan waktu aku berjumpa dengan Allah?.. kenapa aku melambatkan waktu berjumpa dengan Allah?.. itu sebenarnya tanda protes, meluahkan rasa tidak puashati, putus asa, mendesak, mempertikaikan, merajuk, .. kenapa,..pada siapa?..astaghfirullah.. pada Allah kah? Tak malukah? sedangkan takdir ini Allah lah yang tentukan.

Apekah aku tak sedar nafas aku pun Allah yang pinjamkan? Siapalah aku sebagai manusia nak protes, meluahkan rasa tidak puashati, putus asa, mendesak, mempertikaikan, merajuk ketentuan ALLAH?.. astaghfirullah.. Dan sudah tentu pada Allah lah tempat yang aku sepatutnya semakin kerap dan ingin berjumpa denganNya.. bertanya ape salahku.. memohon petunjuk dan kemaafan andai kesilapanku membuatkan Allah mengujiku sebegitu.. oh..sungguh daif aku dahulu..masa berlalu begitu sahaja.. astaghfirullah… astghfirullah…astaghfirullah..

betapa masa itu aku tidak dapat berfikir sebegini?.. pembukaan minda ini adalah hidayah dari Allah..alhamdulillah..walau sudah beberapa puluh tahun sudah pun berlalu..tapi aku tetap mendapatnya dan MASA MASIH ADE.

..wallahualam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan