Selasa, 27 Mac 2012

Bila jatuh cari Allah dulu, bukan Manusia

manusia ni diciptakan oleh Allah dan diciptakan untuk beribadat padaNya. Jadinyer semua yang dilakukan kene mulakan dengan bismillah…(dengan nama Allah)..as reminder la..agar hati dan fikiran tak terfikir kerana utk perkara lain yg mana boleh mendatangkan perasaan riak, angkuh, sombong, hasad, dengki dan sewaktu dengannya.

Dan setiap dari ape yang manusia lakukan mesti ade feedback. feedback tu mungkin baik, dan mungkin tidak, itu namanya TAkdir..synonym to Qada’ dan Qadar.. yang mana, lagi manusia kene rujuk Pencipta.. jika gembira, bersyukur. Jika bersedih, berdoa padaNya lagi dan disulami dengan usaha dan tawakal.

Tang QADA’ dan QADAR ni aku nak citer lebih skit. Aku tak refer sesaper. Tapi diri aku sendiri. Ada pada suatu masa aku ditakdirkan sakit ataupun mengalami alam kejatuhan..di saat ini selalu aku fikirkan seseorang yang aku sayangi berada bersamaku..memujuk dan mententeramkan aku..ternyata aku SILAP..tindakan aku silap..perujuk yang paling tepat..dan pengharapan yang paling tepat adalah ALLAH..aku sepatutnya mengadu padaNya..yang tidak pernah jemu mengabulkan permintaan yang dah berbillion banyaknyer..(kalu mintak ngan manusia, dah lama kene penyepak..dahla free of charge).., mengampunkan dosa yang berjuta kali (adakalanya dosa yang sama, kalu ngan manusiaa,, dah lama give up,, and pirahhhh luuu)..Dia, tak pernah gagal dalam melayan manusia..jika pertolongan manusia yang dipinta terutama yang disayangi, tetapi yang disayangi tidak hadir pada waktu itu..sudah pasti timbul rasa sedih, boleh merenggangkan perhubungan, boleh berlaku salah paham..boleh berlaku putus asa, boleh berlaku rasa tersisih.. jadinya..

APABILA BERLAKU PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN DAN JUGA MENYEDIHKAN..CARILAH ALLAH TERLEBIH DAHULU AGAR PERASAAN KEMBALI TENANG..BARULAH MENCARI MANUSIA SEKELILING YANG DISAYANGI..

banyak hikmahnyer.. selamat mencuba…

..wallahualam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan