Redha kepada Allah bererti menerima segala ketentuan Allah atas kita sepenuh hati zahir batin, tanpa sedikitpun bersedih hati, gundah gulana putus asa atau kecewa. Serta tetap mendirikan ibadah dan kebaktian kepada Allah Ta'ala tanpa mengurangi sedikitpun.
Ketentuan yang asal :
1. Keadaan diri miskin.
2. Keadaan diri yang hina dina.
3. Rumah tinggal sangat dhaif.
4. Keadaan rupa yang hodoh/kurang menarik.
5. Keadaan diri yang kurang pandai didalam pelajaran.
dan lain-lain lagi.
Ketentuan/taqdir yang mendatang :
1. Anak yang sangat disayangi kemalangan dan menemui ajalnya.
2. Perniagaan yang baik tiba2 jatuh muflis.
3. Wajah cantik bertukar hodoh kerana penyakit.
4. Gagal didalam pelajaran/kerjaya.
dan banyak lagi....
Semua peristiwa2 ini samada yang menjadi ketentuan asal atas diri kita atau taqdir yang mendatang sering terjadi didalam kehiudpan kita. Ianya adalah Sunnatullah. Kerana Allah mengatur dan mentadbir makhlukNya mengikut Ilmu dan IradatNya, bukan kehendak makhluk.
Pada zahirnya sifat 'redha' boleh diusahakan dan wajib diusahakan. Iaitu dengan menyakini bahawa segala ketentuan telah ditaqdirkan oleh Allah Ta'ala atas hamba2Nya. Serta meyakini bahawa apa yang ditaqdirkan oleh Allah, itu yang terbaik. Tetapi kita di tuntut untuk berusaha sungguh2 atas apa yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dan tawakkal lalu redha dengan segala ketentuannya. Orang yang benar2 dapat menghidupkan sifat redha ini akan dapat ketenangan dalam hidupnya.
Tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan sifat redha ini?
Adakah ianya semudah yang dibicarakan didalam perkataan dan ditaburkan didalam penulisan?
Apakah kunci kepada mencapai redha Allah ini?
Sebenarnya apa yang disebut2 oleh penulis2 atau penceramah2 mengenai 'sifat redha' adalah termasuk usaha2 ikhtiar yang dapat dilakukan dengan 'melatih diri'. Kadang kala ianya dapat menghidu sifat redha ini. Tetapi didalam kebanyakan masa ianya datang dan pergi ....tidak dapat istiqamah.
Menurut Ahli2 Ma'rifat/Ulama2 Billah....Untuk mendapat sifat redha dengan ketetapan didalam hati dan menjadi penghayatan ruh, sehingga kita redha dengan Allah dan Allah pun redha dengan kita, adalah melalui pembersihan hati dan ruh dengan melakukan zikrullah yang berterusan. Sehingga seseorang itu diangkat oleh Allah Ta'ala kepada maqam redha.
Sesungguhnya 'maqam' redha adalah salah satu maqam terpuji disisi Allah sebagaiman Allah memuji sahabat2 Nabi didalam Al-Qur'an :
Firman Allah :
رِّضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ
"Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Dia"
Menurut tafsiran Ahli2 Ma'rifat 'maqam redha' adalah 'maqam' IHSAN iaitu :
"Kamu beribadat kepada Allah seolah2 kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu"
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan