11/08/2010, bersamaan 1 ramadhan. Syaitan dah pun diikat. Bermulalah ekspedisi menunaikan ultimate ibadah kepada Allah SWT. Tanpa gangguan syaitan laknatullah. Walaubagaimanapun, dikatakan, syaitan dalam badan manusia tidak diikat bahkan ade juga yang mengatakan syaitan masih mampu berbisik dari jauh, wallahualam. Aku pun seperti orang lain, menanam minat menunaikan ibadah sunat bulan ramadhan ni, terutama 10 malam yang terakhir, nak dapat malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar, doa temakbul, jadinya itula malam yang dicari, (sape xnak doa dimakbulkan, betul tak?). tapi kenalah usaha, pasang niat betui2, ikhlas. Alhamdulillah, ade perubahan ke arah kebaikan. Ye la, umur pun dh makin meningkat, umah kata pegi, kubur kate mari, amalan dah pun tercatit, baik banyak keburukan maupun kebaikan. Hm.. alhamdullilah, untuk mendekatkan diri dengan Allah, digalakkan, bergaul dengan org2 berilmu agama, mengajak kepada kebaikan, banyakkan membaca dan bertanya perihal agama. Apa2 pun keberkesanan itu bergantung dengan kesedaran, keinginan dan keikhlasan diri sendiri.
Kesedaran ini aku kirakan hidayah dari Allah terhadapku, (Alhamdulillah) yang mana ia disampaikan padaku dalam bentuk mimpi, detik hati, lintasan fikiran, ditumpangkan ilmu pada ahli agama, individu2 berilmu, keluarga, maupun sahabat, insiden, dugaan dan banyak lagi yang boleh diperhatikan yang boleh bersandarkan “setiap ape yang berlaku itu pasti ade hikmahnyer”. Cuma diri sendiri mau berfikiran positif maupun negative. Cuma ingatlah peringatan dari Allah, jauhi dari sifat ragu2 dan was2 kerana itu punca utama hasutan syaitan, yana’uzubillahiminassyaithonirrajim.
Masih aku ingat sifat negative dalam diriku dahulu yang aku rasa ramai dikalangan manusia juga mengalami dan mengambil tindakan negative seperti aku dahulu. Masih aku ingat….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan