Terasa kelainan berpuasa tahun ni. Alhamdulillah, ade peningkatan berbanding tahun lalu dari segi menunaikan solat sunat terawih. Alhamdulillah tahun ni penuh solat sunat terawih, kecuali waktu keuzuran. Tahun lalu berterawih sendirian, tahun ni, berjemaah di masjid bersama rakan-rakan dan adik beradik. Alhamdulillah. Tapi, prestasi mengaji Al-Quran merudum. Xdpt tamat. Walau tahun lalu dan terdahulu pun xpernah khatam Al-Quran di bulan ramadhan, tapi bilangan juzuknya lebih banyak berbanding tahun ni. Alhamdulillah, banyak perkara positif berlaku ramadhan tahun ni, sehingga menjemput rasa kerinduan di hati kepada Ramadhan akan datang. Masih lama lagi penantian kerinduan hati ini untuk menunggu Ramadhan akan datang. Entahkan sempat, entahkan tidak. Walau prestasi kerja diamati amatla merudum di bulan ramadhan tahun ni, tetapi aku bersyukur, prestasi keagamaanku bertambah. Alhamdulillah, semua ini dari Allah. Semangat dalam diriku, pada keluargaku, saudara maraku dan sahabat handaiku, semua ku tanamkan rasa dan harapan yang positif. Kerana ku tanam dalam diriku, Allah itu maha Pengampun, Pemurah, Penyayang dan Adil. Ku harap bermula ramadhan ini, banyak pembaharuan positif kepada diri, keluargaku, saudaraku dan juga sahabatku. InsyaAllah, betulkan niat, usaha, amal dan tawakal pada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan