Manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan (dosa). Oleh itu Islam memberi peluang untuk memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.Taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat nasuha ialah taubat yang mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Menyesal di atas dosa yang dilakukan. Sekiranya ia bersangkutan dengan manusia, maka hendaklah memohon maaf daripadanya. Jika ia berbentuk benda, hendaklah dikembalikan kepada tuannya.
2. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
3. Memohon taubat.
4.Beristiqamah untuk beramal soleh.
Perkara-perkara di atas hendaklah disusuli dengan sembahyang sunat Taubat sebanyak 2 rakaat, istighfar sebayak sebanyak mungkin. Diikuti dengan doa taubat (saidul Istighfar) yang terdapat di dalam al-Ma'thurat supaya diampunkan dosa yang telah dilakukan..
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan