Isnin, 9 November 2015

Slot:Look, what Allah wants us to do - Pelangi Petang



Terasa sunyi setelah beramai-ramai semalam. Cukup indah saat bersama-sama bermain squash, berborak hingga larut malam. Jarang sekali peluang seperti ini berlaku. Masa itu ade, tapi seringkali dihabiskan dengan lebih banyak membawa hal masing-masing. Kini setelah semua pulang, terasa sunyi pula. Tinggal aisyah dan seroja berdua aje.
            Oleh kerana terasa sunyi, ibarat mengantuk disorong bantal bila seroja mengajak aisyah ke uia untuk memeriahkan kawan2 yang konvo arini. Seroja ni memang creative, semua cenderahati untuk kawan2nya dia buat sendri. Cantik buatannya.
            Setibanya di uia, dari jauh aisyah dah Nampak pelangi petang. Seroja terus berborak dengan kawannya, manakala aisyah terus mendongak ke langit, menikmati keindahan pelangi petang ciptaan Allah. Melihat akan keindahan pelangi petang itu, seakan memujuk hati aisyah yang sunyi setelah kepulangan kakak dan adiknye ke kampung halaman. Terasa terubat hatinya dan rasa bahagia serta gembira melihat keindahan pelangi petang itu. Syukur ya Allah. Subhanallah…
            Sambil menikmati keindahan pelangi petang itu, aisyah berfikir. Begitu indah sekali ciptaan Allah. Peluang ini dengan izin Allah juga utk menikmati keindahan pelangi petang ini sudah cukup untuk mengubat rasa sunyi di hati. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Inilah dia betapa indahnya ketentuan Allah itu. Itulah kekuasaan Allah dan halusnya cara Allah merawat jiwa manusia. Pelangi petang ini sangat menarik, indah dan menghiburkan hati. Terima kasih ya Allah. “jom, kita pegi mahalah halimah, syasya kat sana skang”. Teguran seroja mematikan epilog aisyah dan terus berjalan bersama2 menuju ke destinasi seterusnya. Ade 2 lagi cenderahati untuk diagihkan kepada para graduan yg dikenali rapat.
            Aisyah menoleh lagi sekali kea rah pelangi petang itu, tapi ia sudah tiada disitu. Alhamdulillah, kehadiran pelangi itu sangat membantu hati sunyi aisyah.


Itulah sebab Allah sarankan untuk melihat ciptaanNya, supaya jiwa itu tenang dan bersyukur akan nikmat yang Allah telah sajikan pada kita. Disebalik ciptaanNya bukan sahaja makanan jasmani shj dpt diberi akan tetapi sebagai santapan akal dan rohani.

Selalu lah mendongak kelangit untuk melihat betapa berkuasanya Allah menciptakan langit yang luas tanpa tiang. Tunduklah ke bumi, lihatlah pelbagai jenis ciptaan Allah bagi melengkapkan kehidupan sebagai makhluk dibumi ini. Penglihatan itu untuk memupuk rasa kesyukuran kepada Allah. Disitu akan timbul rasa kebercukupan dan jiwa yang tenang.