Sungguh bahagia melihat pasangan ini zul dan fadilah, padan, bagai pinang dibelah dua. Tugasanku adalah mengipas pengantin sambil melihat para tetamu yg datang berjumpa si pengantin. Xtau mengapa dalam ramai2 tetamu, wanita ini berjaya menarik perhatianku. wanita ini datang dengan tersenyum manis, mesra dan terus memeluk pengantin perempuan sambil mengucap tahniah. Ada sesuatu dalam pandangan itu yang aku sendiri dapat merasakannya. Sungguh manis senyumannya. Siapa wanita ini? Dia tidak banyak berbicara, lebih kepada memandang dan kadangkala senyum. sambil tersenyum manis dipeluk dan dicium lama pengantin perempuan, lagak seperti kawan yang paling rapat. Ada riak kesedihan di matanya..kini dia berlalu, tanpa menoleh dan setelah agak jauh dari pasangan pengantin dan para tamu, aku melihat dia menyeka air matanya. kini dia menoleh, memandang dari jauh pasangan pengantin. Lama dia berdiri disitu dan memandang seolah-olah dapat aku rasakan renungan matanya bertentang denganku dan menimbulkan getaran dihati. Pandangannya itu seolah-olah perginya tidak kan ketemu lagi..siapakah wanita ini..langkahnya sungguh longlai, seperti hati yang pilu kerana kehilangan.. entah mengapa aku tertarik dan ingin mendamping wanita ini. Terasa seakan ingin memeluknya dan meredakan kesedihan dihatinya.. entah mengapa fikiranku tertumpu padanya.. matanya..pandangan matanya..sikapnya dan sifatnya..terasa sungguh menenangkan ku..getaran di hati ini mendesak aku pergi kepadanya.tapi aku masih waras. Terusan aku memandangnye sehingga dia tidak lagi kelihatan…entah mengapa aku terasa kecewa.. apekah ertinya kekecewaan ini…
“uih..…kipasla, panas aku ni?”..oh..rupanya terlalu jauh aku mengelamun sehingga terlupa tugasanku sebagai pengapit.. terasa gatal mulut ni nak suruh zul tanyakan fadilah sapekah gerangannye wanita itu. Tapi mustahil di waktu begini..arghh..kalu dah jodoh tak ke mana..entah mengapa tetiba aku rasakan hari ini terlalu lama sedangkan tadi aku rasakan masa itu begitu pantas kerana debaran di dada, almaklumla 1st time jd pengapit, itupun setelah puas dipujuk. Huhu..jejaka pemalu la katakan.. Akhirnya, Alhamdulillah, selesai juga majlis perkahwinan sahabat karib ku zul dan fadilah. Melihat kemesraan pasangan ini, terbit rasa ingin merasai sebegitu juga, melayari bahtera redha Allah.. masyaAllah..bahagianya..tepukan zul menghentikan lamunanku..tak sedar entah bila pasangan pengantin ini berjalan ke arahku sedangkan tadi baru aku memandangnyer nun di tempat lain. “engkau ok ker? Sampai xsedar kedatangan aku ni. Ko sedih ek aku kawen, dah xdek geng nak lepak2. Lek la Rip. Ramai lagi kengkawan kita yg lone ranger kan.. ke ko dah ade ni, tapi diam2..” aku hanya mampu tersengih..nak aku katakan ape lagi.sememangnyer aku tiada lagi berjumpa dengan perempuan yang menambat hati, tapi wanita itu. Fikiran aku kembali padanya. Kenapa?.. “la, aku duk Tanya dia duk tersengih dan mengelamun lagi. Ko ni, dah parah dah ni.” Kesian kat zul..huhu..aku pun xpasti kenapa aku ni..jadi begini..melirik ke arah jam tgn..sudah pun pukul 6 ptg. Esok keje..aku harus gerak sekarang. Ipoh ke KL amik masa 2 jam setengah jugak, nak pulak musim cuti sekolah..mesti jammed… “ok la zul, aku nak gerak dah, esok nak keje.” Sambil bersalam zul meletakkan kertas dalam tangan aku..”eh.ape ni zul.” Aku terus membelek kertas tu.. Norliza.. 0192846975. Sedang lama membelek..zul sudahpun berlalu pergi. “zul, zul,”. Zul terus melambaikan tangan.. “aku tau rip, kita kawan dah lama. Aku Nampak tadi. All da best. Assalamualaikum.” Aku merenung kembali kat kertas itu..dan membalas lambaian zul. “terima kasih zul, wa’alaikumsalam.”
Ntah kenapa hati ini tetiba ada rasa lega dan ceria. Aku masih ade peluang. Matanya dan pandangannya yang sayu memang menyentuh hati ku. Menimbulkan humour aku sebagai lelaki ingin menyayangi dan membahagiakan wanita ini. Tetapi bagaimana harus aku bermula?... perlukah aku menelefonnya..perlukah aku terus mesej kepadanya.perlukah aku terus bertanyakan keluarganya..atau bagaimana?. Untuk berjumpa dengannya..mampukah aku..sedangkan tadi aku memandangnyer iman aku sudah runtuh..astaghfirullah..baru aku tersedar..sekali pandang itu tak per..tapi tadi..astaghfirullah..pandangan aku sudah berkali2.bahkan sudah merencanakan pelbagai cerita..astaghfirullah..
Dalam tak sedar, aku sudahpun sampai ke rumah sewa .. jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Aku masih belum solat isyak. Harus membersihkan diri dan berpakaian cantik serta berwangian berjumpa dengan Pencipta kita. Masih aku ingat pesan nenek kesayangan ku..nek..nek.. huuuhuhu…rindu pulak kat nenek.. tanpa berlengah..aku terus ke bilik air.. usai mandi dan men”smart”kan diri..aku terus menunaikan solat isyak. Lama aku berzikir dan berwirid..walau penat tetapi rasa gembira dapat melihat hari bahagia kawan rapat. Setelah timbul rasa mengantuk aku pun bangun meletakkan songkok di meja, entah mengapa, letak songkok tak betul, songkok itu terjatuh ke lantai berserta secebis kertas… aku terus mengangkat songkok dan kertas itu. Terpandang nama itu lagi..terulit dik bayangan matanya lagi..astaghfirullah..kenapa aku ni..aku harus lakukan sesuatu..lama aku berteleku..berfikir..aku perlukan petunjuk.aku perlukan jawapan.entah mengapa terdetik dalam hati dan berlegar difikiran..Allah..Diala sebaik-baik tempat untuk mengadu. Tanpa berlengah aku mengambil wuduk..pesan ustaz abu bakar, aku masih ingat, lebih afdal mulakan solat sunat dengan solat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan sterusnyer.. ntah mengapa tidak terasa kepenatan di hari ini..bait2 ayat2 Allah aku dalami..secara halus satu perasaan meresap masuk ke dalam sanubari..terasa mengalir air membasahi pipi..alhamdulillah..tangisan ini hanya kepadaMu ya Allah.sungguh aku resah dengan diriku ini…perasaanku..aku takut terjerumus ke lembah yang hina penuh kemaksiatan.. ya Allah ku pohon petunjuk dariMU..
Hari berganti hari..kini genap malam yang ke 7 aku membuat solat-solat sunat termasuk istikharah.. Ya Allah jika dia jodohku kau permudahkanla segala urusan ini. Gaji dah masuk.. terasa ingin pulang melawat nenek. Nenek, org yg menjaga ku sejak aku kecil lagi. Ibu dan ayahku telah pergi dalam satu kemalangan jalanraya. Hanya gambar kenanganku bersama mereka.kini aku hanya ade nenek. Tempat aku bercerita. Ingin ku Tanya nenek tentang pendapat dan cadangannya dengan perasaan aku ini. Bertemu tidak, telefon tidak dan mesej pun tidak. Tetapi sudah ade kerinduan bertaut di hati ini.. perasaan ini makin hari makin kuat..walau dia entah di mane tapi dapat ku rasakan dia dekat denganku..
“assalamualaikum, nek,nek, arip ni..” tiada sahutan..hmm..pintu kunci. Mane pulak nenek ni. Sambil menunggu nenek, aku berjalan sekeliling rumah. Kemas, rapi. Nenek memang seorang yang pengemas. Rumput di paras rapi. Sampah dicakar dan dibakar. Xbanyak berubah dari bulan yang lalu. Sedang aku duduk berehat di pangkin, tetiba aku Nampak makcik timah baru pulang.jiran sebelah rumah nenek. “assalamualaikum, makcik timah.” Makcik timah Nampak bergegas nak cepat sehingga tak perasaan aku yang duduk kat pangkin dan terperanjat dengan teguran aku.sian makcik timah.nasib baik dia tak dek sakit jantung..”wa’alaikumsalam, kau rip. Terkejut makcik. Nenek ko kat rumah makcik leha. Anak makcik leha, habibah, kawen. Pegila, daripada kau duduk melangut sorang2 kat sini. Makcik ni nak amik pisau dan besen.” Aku tersengih, patutla nenek takde, kat umah orang kenduri rupanya. “baiklah, terima kasih makcik timah.” Aku terus berlalu ke rumah makcik leha. Xjauh.selang 5 buah jek. Patutla Nampak khemah kat depan tadi. Rupanya halimah kawen. Habibah muda 3 tahun dariku. Junior sekolah rendah. Aku tak berapa ingat sgt dah rupa dia macam mane. Hmm..dah kawen dah habibah. Tengah berjalan “assalamualaikum, pegawai besor, bila balik?” aku menoleh.aku dah agak dah sape kah gerangannya. Tak lain tak bukan hanis. Huhuhu.. mohd nor hanis. Saje zaman sekolah dulu panggil dia hanis sedangkan panggilan kebiasaannya mamat..zaman budak2.masih nakal.mengejek ada la juga. “ape kabar pegawai besor.” Sambil menyambut tgn mamat. “Alhamdulillah, baik.” Aku sebenarnye kurang senang dengan gelaran pegawai besor tu. Sbb aku ni pekerja biasa jek.lulusan ijazah sarjana muda dalam perakaunan. Bekerja sebagai akauntan di Tabung haji. Alhamdulillah rezeki pemberian Allah. Kami terus ke bangsal tempat kaum adam menyiang daging. Kat sini masih kenduri masak sendiri. Agak meriah, berbanding dengan di Bandar, menggunakan catering.suasana riuh rendah begini menyeronokkan.menceriakan keadaan..tambahan ade yang suka melatah..saje jek kadang2 kaum pakcik-pakcik ni menyakat makcik-makcik melatah ni supaya dia orang ni melatah., seronok. Aku memang suka suasana kampong. Tenang. Di Bandar walau banyak kemudahan, tetapi suasana agak panas, hingar bingar dan udara tercemar. Di kampong, anginnyer sejuk, lembut dan bersih.nyaman.sungguh menyegarkan. Permandangannya hijau.. sejuk mata memandang.
“ha, arip, ko ni bila nyer lagi. Gaji dh busau. Kete dah ado. Tunggu ape lagi.” Aku dah agak dah soalan2 ni confirm ade nyer. Nak plak balik kg, hadir lak ke kenduri kawen. Lagipun umur aku sememangnyer sudah pun mencecah 29 tahun. Memang soalan sebegitu logic sgt dah. Cuma aku kene sabar, sebab jodoh aku masih belum tiba. Ikutkan kehendak hati, sekarang jugak aku menikah.tapi itu semua xboleh gelojoh. Perlu step by step. Memang dah terpasang niat ni sejak terjumpa wanita itu. Mengingatkan wanita itu, xtau kenapa, mulutku pasti berakhir dengan senyuman. “ha, senyuman tu ade makne tu, dah ade la tu. Cepat2 ler. Sian aku tengok nek cuyah tu. Sunyi dia sorang2. Kalu ade menantu dan cicit, suka la dia. Duk mendukung cicit orang jek.” Seluruh pak akop. Aku hanya mampu tersenyum. insyaAllah, tak lama lagi. Detik hati ku macam yakin jek. Huhuhu..
Hari pun sudah petang. Keje pun sudah selesai. Menjenguk-jenguk ke ruangan keje hawa. Tak ternampak pulak nek ni. Dah balik kot. Aku pun terus melangkah balik. Tepat sekali sangkaan aku, nenek dah pun menunggu aku di beranda rumah. “assalamualaikum, nek.” Sambil bersalam dengan nenek. “wa’alaikumsalam. Rip sampai kul baper tadi? Tak bagitau nak balik.budak ni slalu mcm tu.” Aku menyengih. Itu jek yg aku pandai. Menyengih. Nak bercakap banyak sememangnyer aku tak pandai. “kul 2 td sampai nek. Makcik timah yg bgtau nek ke rumah makcik leha. Rip pun dari duk sini, baik pegi tolong pape yang patut.” Seloroh aku. Nenek macam biasa. Bila aku balik mcm2 juadah dibuatnyer. Sempat aje nek wat pisang goreng lawan dengan air kopi o panas. Hm.. slurppppp… sedap. Mane nak jumpa kopi Cap Gajah buatan nenek. Kopi cap gajah ni dikilangkan di segambut, tp di pasarkan ke Pahang .. tiada terdapat di kuala Lumpur.. huhuhu.. mengapa begitu.aku pun tak tau..
Hari pun sudah semakin gelap. “mari masuk rumah rip, dah nak maghrib. Xelok duduk kat luar. Tutup pintu dan tingkap tu. Kalu azan nanti syaitan akan lari bertempiaran, mane lubang yang tak ditutup, mereka akan redah masuk je.” Aku dah tau dah. Nenek memang sangat menitik beratkan soal ni. Aku pun terus masuk dan menutup tingkap dan pintu. Rumah kayu. Xmacam rumah moden skang, daun tingkapnyer besi. Ni di rumah kampong, daun tingkapnyer pun diperbuat dari kayu. Betapa berseninyer arwah toki. Semua element rumah ni dibuat hasil tangannya. Alhamdulillah sudah 36 tahun usia rumah ni, masih kukuh berdiri. Unik dan menarik. Hasil kerjanyer juga halus dan kemas.
“rip, mari solat. Kita berjemaah.” Nenek kalu bab2 solat. Memang tegas. Aku masih ingat lagi. Masa masih kecik. Teguran nenek yang pertama, lembut. Kali kedua semakin keras. Kali ketiga sekali dengan jegilan mata. Dan jika tak mendengar juga, hahahha, kene piat la telinga. Tapi Alhamdulillah aku bersyukur. Dengan ilmu darinya aku membesar hari ini. Dengan Izin Allah. Usai solat maghrib. Nenek akan berwirid panjang dan mengaji al-quran beserta membaca terjemahannya. Sudah terbiasa dengan disiplin nenek. Aku pun sama-sama mengaji. Dahula kala rasa terpaksa, tapi kini Alhamdulillah petunjuk dan kurniaan dari Allah, hati ini tidak aman tanpa menyentuhi kalam Allah itu. Sedang asyik membaca, tak sedari azan isyak sudah pun berkumandang.
Selesai solat. Nenek menjamukan makan MALAM. Aku macam biasa la, perasaan kasih sayang dalam diri ini, tak sanggup melihat nenek yang sudah pun berumur buat keje. Sejak dahulu lagi aku akan sibuk menolong nenek di dapur. Jadinyer aku pandai la juga memasak walau di tahap amatur. Hmm.. nenek masak asam pedas ikan tenggiri..sedapnyer. baunyer pun aku dah xsabau nak makan. Ikan goreng, gulai asam pedas.kailan ikan masin. Uishh.. tiap kali kali balik, mesti berat bdan aku bertambah… huhu.. tapi masih wujud 6 pax..belum bertukar kepada 1 pack.. wakakka..
Sedang bersantai menonton tv. Nenek melipat kain. Aku mula rasa gelisah. Berdedub berdebab jantung aku. Ya Allah ngape pulak jadi berdebar ni. Nak ckp tak terkeluar. Ish.. akhirnyer aku ke dapur minum air.. dah berapa cawan..debaran masih ade..robbishrohli….sudah berjuta dibaca..masih gelisah..berdebar bercampur baur dengan malu. Wakkaka.. “kamu ni kenapa rip, gelisah jek.” Erk..rupanyer nenek perasan kelakuanku. “kamu nak kawen ker?” uish..nujum ke nenek aku ni. Hmm..ape lagi, alang-alang ngaku jek la.. “nek, masa zul kawen, rip ade ternampak seorang budak perempuan ni. Rip xkenal. Tapi rip suka dan tertarik dengannye. Macam mane nek?. Macam mane rip nak mulakan perkahwinan ni. Zul ade bg nama dan nombor telefon dia, dia masih bujang juga.” Lama nenek merenungku. Aku mula gelisah semula.marahkah, xsetujukah atau apekah makne renungan mata nenek ni. “kamu ade hubungi dia,” aku dgn pantas menjawab “xdek pulak nek, rip pun xpasti dan xbgtau nek lagi, lgpun xelok kan nek.” Nenek mengangguk. “Alhamdulillah, tindakan kamu betul. Cari kepastian dan kekuatan hati dahulu. Setelah nekad baru ambil tindakan. Sudah minta petunjuk dariNya?” aku mengangguk. “jadi, ape rip rasa.” Perasaan rip semakin mendalam. Dan arip dah sedia. “mulakn dengan bertanya zul.suruh zul risik bagaimana budak yang rip suka tu. Dari segi agamanya mcm mane, keturunannya, rupa paras dan hartanya..” ikut syariat islam. Penampilan dia adakah menutupi aurat, amal ibadahnyer.. ilmu agamanyer.. cara pengurusan hidupnya.. sekufu ke tak dengan kita.. nak menanam benih biarla di tempat yang subur dan bersih.” Aku tersenyum.. orang tua-tua ni memang penting dalam kehidupan kita. “jangan sekali-kali keluar berdua-duaan, ajak zul dan fadilah teman. Mungkin elok jika rip ajak zul dan fadilah teman, pertemukan kamu berdua dan berbincang. Jgn sekali-kali telefon dan mesej dia jika tanpa urusan kerana Allah.” Aku mengangguk. “rip dah cukup duit ker ni nak kawen? Dah fikir, rumah, belanja bulanan?” nenek sememangnyer seorang yang sangat bertanggungjawab. Tak pelik la kalu arwah mak Berjaya dan Alhamdulillah. arwah mak aku, satu2nyer anak nenek, seorang pensyarah di UIA.
“Alhamdulillah nek, rip dah fikirkan semua tu. Simpanan rip pun Alhamdulillah, rip dah peruntukkan utk semua kenduri, dan masa utk hidup berkeluarga.” Nenek kelihatan berpuas hati. “berusahala, betulkan niat setiap ape yg dilakukan. Jangan kawen kerana semua orang kawen. Jangan kawen kerana sayang semata-mata. Jangan kawen kerana kecantikan. Kawenla kerana melengkapi hidup ini spertimana menunaikan sunnah nabi dan mencari redha Allah. Orang perempuan ni Amanah rip. Dah amik dia, kene jaga elok2, makan, pakai, maruah, perasaan, kesihatan. Sama macam kita jaga diri kita. Kene banyak bersabar. Nak pulak bila dah ade anak. Kene saling tolong menolong. Arip kene ikhlas mencari rezki untuk keluarga. Sebab itu tanggungjawab sebagai lelaki. Orang perempuan ni kene jaga dari pelbagai aspek. Pakaiannya, arip kene sediakan yg menutup aurat, kene bentuk dia, cukup tak ilmu arip?, kalu x cukup, dah kawen nanti ajak isteri pegi mencari ilmu bersama, bila dah ade anak, bawak anak sekali. Asuh dari kecik, macam nasihat lukmanul hakim, seawall 2 tahun budak ni dah boleh dibentuk dan ditunjuk ajar. Nenek faham, keje tu penat dan banyak factor boleh membina suasana tegang di tempat keje. Jangan dibawa balik ke rumah. Kadang-kadang mungkin ketegangan di tempat keje bertemu dengan kerenah anak2 dan perangai isteri membuat kita hilang kawalan kemarahan. Mcm setgh2 tu ade yg mengungkit, memaki hamun, keluar smula berhibur. Nenek xnak arip tergolong dalam golongan begitu.”
masyaAllah, sayu dan bersyukurnya aku Allah kurniakan nenek ini padaku. “bila anak2 merengek, itula masa arip kene berzikir, bernasyid, bila isteri beremosi, merajuk, itulah masa arip perlu datang kepadanya, peluk dia, cium dahinya, baca ayat2 suci macam auzubillah…ayat kursi, alfatihah…tiupkan, mungkin ade cas negative..kalu xpun peluk kuat2..tanyakan dia..kenapa.mungkin isteri tak sihat. Mungkin ade salah rip yg rip xperasan. Xsalah kalu kita member dahulu. Tangan yag memberikan lebih baik dari yang menerima..” sejauh ini fikiran nenek..betullah ilmu dan pengalaman itu sangat penting dalam mencorakkan hidup ni.
“terima kasih nek.doakan yang terbaik untuk arip.” Nenek tersenyum sambil mengusap kepala ku. Terasa sentuhan kasih sayang nenek itu.seperti sentuhan seorang ibu. Teringat ibu, seperti biasa, sebelum pulang ke kuala lumpur, aku akan ke pusara mak dan abah utk sedekahkan bacaan yasin dan menyucikan kuburnya.
“assalamualaikum. Zul, ape khabar pengantin baru? Aku ni arip. Aku nak mintak tolong kau ni.” Kedengaran suara zul sudah gelak. “ni mesti pasal norliza ni.” Kelu aku.terasa macam semua orang sekelilingku sudah jadi nujum. Nampak sangatkah aku ni nak kawennye.. muka terdesakke aku ni..ish.. malu nyer..erk.. “hah, pe dia, cakapla.” Ceria sungguh suara zul. Nampak sungguh keceriaannya setelah berumah tangga. Pelangkap kehidupan. “aku nak mintak tolong ko risik2kan skit norliza ni orangnyer macam maner? Ko pahamkan..ko kenal aku kan.. mintakla wife ko citer skit..xpun kita jumpa kat mane2, bila2 ajak wife ko story pasal dia, macam mane dia ni orangnyer..” sakit gak hati bila dengar orang duk gelak ni. “boleh, boleh, insyaAllah.weekend ni kita jumpala. Dah sampai seru kawan aku ni. Hahahah…ke nak aku bawak norliza nyer sekali.?” Terkelu aku. Rasa termenggeletek hati ni..hati dah suka..mestila mau..tapi istighfar.. dl..astaghfirulllah.. “nanti dulu. Kasi gambaran la dulu dia ni family nyer mcm mane, dianyer macam mane. Perlu ade pertimbangan la.” Kalu ikut hati..memang la..xdek nak fikir dah.. “orait set, insyaAllah dalam kul 10 kat wangsawalk la..kita men bowling sesambil beborak…”
Hampir setiap malam aku bgn malam..mencari redha Allah. Menginsafi dosa-dosa yg nyata dan tidak. Sesungguhnya tanggungjawab seorang suami itu sangat besar. Bagaimana ingin ku mendidik anak dan isteriku di dalam dunia ini yang penuh dengan pancaroba. Maksiat mata, telinga, mulut, perut. Bagaimana aku mengawal halal dan haram rezkiku.. betapa kerdilnye aku.. bagaimana.. ya Allah..aku berserah padaMu.
“Alhamdulillah..alhamdulillah…” alarm hp aku dah berbunyi..saja aku gunakan lagu Alhamdulillah dendangan maher zain, supaya peringatan syukur pada Allah dalam diriku.. sudah pukul 4.. kebiasaannya aku memang kunci jam pukul 4.00, 4.30, 5.00, 5.30, 6.00. supaya aku bangun. Dapat awal bgn..dpt wat solat sunat dan lebihkan zikir. Lagipun pesan nenek, mandi pagi2 ni elok utk kesihatan. Dan subuh adalah waktu aku solat berjemaah ke masjid.memang saje aku cari umah sewa yang berdekatan dengan masjid. Senang. Azannyer nyata kedengaran dan dekat nak ke masjid.
Masa yang dinanti pun sampai. Dari kejauhan aku dah Nampak zul dan fadilah. Bertuah zul, dapat fadilah. Berpakaian sopan dan menepati syariat islam. Xbanyak bercakap, lebih byk teersenyum.. kecerahan wajah zul pun sudah berbeza.. ade kelebihan disitu..membangkitkan keinginanku nak berdua..eheheh..berdua kan lebih baik.. “ assalamualaikum..” salam di jabat. “wa’alaikumsalam”.. lama zul merenung aku membuat aku jadi serba xkene.. “nape zul, ape yang tak kene pada aku ni?” risau jugak aku dibuatnyer.. ade taik mate ker..hingus ker..taik hidung ker..mane ke tau.. “kau makin hensem la rip..makin tenang dan kelihatan berseri..” ish..itu rupanyer.. “yo la tu. Ko tu zul yang menyengih memanjang, makin ceria.” Terdetik jugak dengan teguran zul.mungkin hasil air sembahyang aku barangkali dan juga amalku. Sbb nak kata produk pencuci, jenama yg sama dan kuantiti yg sma aku guna. Cuaca, semakin panas..sepatutnyer kulit makin bermasalah..masyaAllah kuasa Allah..Alhamdulillah. “sejak aku bg no telefon tu, ko ade tak kol dia?” zul terus terjah.. “ko kenal aku kan, aku macam mane?”..zul mengangguk. “sifat malu tu bagus, salah satu sifat nabi.tapi dalam urusan ni, xkan ko nak norliza yg datang cari ko?. Ko kene gentle rip?” aku terdiam. “itu sebab aku jumpa ko ni. Xkan aku nak men terjah jek dia. Terus kol membuta tuli. Tujuan aku mintak ko n fadilah ni dtg sbb aku nak tau la pasal norliza ni lebih dekat dulu. Boleh aku Tanya and bercakap dgn wife ko?..” huhuu..tersedar akan kesilapan, zul tersengih, .. “ni fadilah, sejauh mane perkenalan fadilah dengan norliza ni?, cer bagi biodata dia ni ..nama penuh, asal usul, umur berapa, keje ape,,” chewah..macam inspector lak aku ni.. jeng..jeng..jeng.. tanpa bersuara dan hanya tersenyum..fadilah menghulur envelop putih bersaiz A4 kat aku.. dup dap dup dap.. aku pun bukak.. mak ai.. resume… ambik nak aku.. calon-calonnyer?.. macam rancangan selebriti lak..
Aku pun go through, norliza muhamad, umur 28, tarikh lahir 12121984, orang wangsamaju. Lulusan ijazah sarjana muda lanskap dan meneruskan pelajaran dalam ijazah alam bina major dalam Javanese landskap di university islam antarabangsa Malaysia. Bekerja sbgai freelance, spss..research assistant. Anak ke 3 dari 6 org. ade lessen kereta, maknenyer boleh memandu. Ketinggian 165…berat 50…masih mencari keje tetap. Sebagai landskap arkitek, tutor, pensyarah, cikgu.. hmmm… ade setahun pengalaman kerja.. status, single.. pemakaian, lebih kurang fadilah, masih di dalam syariat. Tapi di situ xbyk info mengenai keluarga nyer.. “bagaimanae dgn ibu dan ayahnyer” tanyaku lagi. “ayahnye pesara askar. Ibunye suri rumah sepenuh masa. Mak ayah nyer berasal dari baling kedah, kampong pisang yg dalam zombie kampong pisang tu..kedua2 abg dah kawen dah ade 2 anak sedara, adik lelaki dah keje, adik perempuan sorg dah keje dan sorang tgh belajar. Abg dia sorang cikgu, sorg lg technician.” Aku tunduk memikirkan.. “dah berapa lama fadilah kenal norliza ni”. Tanyaku lagi. “saya pnggil dia kak liza. Sy sama2 jurusan masa amik master degree. Disitulah kenal dia. Kami selalu keluar sama2.bahkan saya ni classmate and housemate la..almost 3-4 year jugak la kenal dah.. pada pemerhatian saya..kak liza ni baik. Solat dia jaga.selalu mengaji alquran.malam jumaat selalu baca yasin. Cuma kak liza agak mudah dipengaruhi dan susah utk mengatakan tidak bila kawan2 ajak.” Fadilah terdiam seketika. “teruskan, kenapa berhenti,” kata ku, zul pun mengiya kan “a’ah, nape berenti dinda, teruskan.menarik jugak ceritanya.” Kata zul sambil mencuit pipi isterinya.mesranya dia.bestnyer..
“rasa sebak, sebab kak liza kini tinggal sorang2. Kawan2 yang lain sudah bekerja. Saya dah kawen, masakan boleh menemaninyer seperti dahulu. Pasti dia selalu kesunyian. Kak liza suka termenung, terutama bila petang, jauh pandangannya. Ade sesuatu dalam pandangannya. Saya pun xtau ape yang difikirkannya. Adakala saya perasan dia selalu menyeka air mata, dan apabila menyedari kehadiran saya, dia pasti tersenyum. Dia seorang yang suka memendam perasaan. Tapi dia dikenali sbgai kawan yang hepi go lucky dengan rakan-rakannya. Sbb dia charming. Suka menyakat orang. Ske wat joke.” Ceria fadilah bercerita pasal norliza. Aku lihat zul merenung isterinya seakan memikirkan sesuatu. “pasti dinda juga rindukan dia bukan? Kenapa tak bagitau kanda. Kanda benarkan jika dinda ingin berjumpa dengannya, Cuma jangan sampai abaikan kanda la. Kejam kanda, xperasan kehendak hati dinda.” Fadilah menyeka air mata. “shhh…jangan menangis sayang.” masyaAllah, bahagianyer kehidupan rumahtangga. Lelaki memainkan peranan watak yang gagah yang menjadi naungan wanita, yang manje yang perlukan tempat untuk bergantung.bahgianye mereka. Barulah terpelihara maruah wanita, barulah maksiat berkurangan. Kasih sayang ditumpahkan ditempat yang betul dalam redha Allah. “sori ye rip, agaknyer wife kanda ni pun kene tempias norliza ni, suke memendam rasa ni.” Tersenyum fadilah dengan usikan suaminyer..”takla, kanda ni..malu dinda kat rip..dah termenangis..” tersengih aku.. bahagia..aku sukakan kemesraan ini dan aku menginginkan yang sama untuk rumahtanggaku..
“macam ni..kita g melawat dia la gitu..skang kak liza tu tggl kat mane?” tersenyum lebar fadilah..betapa kuatnyer pertalian persahabatan..rindu di pendam..walau berjauhan..kasih tetap abadi.. ingatan tetap utuh..perkara dilalui diingati dan detail terperinci.menandakan fadilah dan norliza memang rapat dan saling sayang, patutla di hari itu..matanya begitu sayu..orang yang paling rapat sudah disunting orang. Dia sudah merasakan kesunyian itu..kehilangan waktu bersama seperti dahulu. Kesian..pasti dia kesunyian..tambahan tekanan pekerjaan tetap tiada..selalu di rumah keseorangan..tiada lagi kawan tempat untuk berbual mesra..keluar bersama..”rip..oo..rip..jauh kau mengelamun..dah sampai USA la tu…” baru aku tersedar..sejak mengenali wanita ini, aku seringkali mengelamun dan kadangkala tersenyum secara tiba2. “aku bagi ko masa seminggu. Weekend dpn ni aku ingat nak pegi umah liza ni..cian kat my larling ni..” seminggu…banyak masa utk aku dapatkan petunjuk Allah. “fadilah, liza memang masih tiada yang istimewa ker?” fadilah tersengih.. “abg arip suka kak liza kan?.. selama saya kenal dia, ade dia menyebut beberapa nama, tapi semua sekadar perkenalan. Dan kak liza pun ade beberapa kali menyatakan rasa sedih dengan ape yang berlaku. Saya dapat rasakan, pasti kini dia selalu bermenungan semula. Saya tak mampu melihat dia bermenungan, saya turut rasakan keperitan hidupnya. Semenjak kami berkenalan dan tinggal bersama, pagi2 kami berjoging n bekpes bersama, petang pun jogging sama2, siang study, masing2 wat thesis, kadang2 tgk cd bila xleh focus..kadang2 keluar window shoping… malam2 kadang sy bwk dia pegi ceramah, solat kat masjid..kami berjemaah sesame kat bilik.. rindu la rasa.. kalu saya yang ade suami ni merasakan rindu ini..kak liza..pasti berkali ganda..saya rasa kak liza ni baik dan saya bersetuju sekiranya abg arip nak memperisterikan dia. Bantula dia dan sayangila dia”..
Ntah mengapa, norliza ini sungguh mengetuk pintu hatiku. Cerita dari fadilah td sudah cukup menyemarakkan rasa ingin memperisterikannya. Tetapi, itu kata hatiku.bagaimana nanti penerimaan norliza terhdapku. Adakah aku memiliki cirri-ciri lelaki yang dia idami.. tersedar aku..ikatan perkahwinan itu persetujuan kedua belah pihak. Bagaimana harusku mulakan. Jika aku turut serta zul dan fadilah nanti, Nampak sgtla .. malu la aku.. tapi aku mau.. belum cuba belum tau. Lagipun niatku baik, bukan nak main2..nak mendirikan masjid. Buat ape nak malu dalam beribadat. Satu perkara yang aku tekad nak memperisterikan norliza kerana, kehadiran norliza semakin mendekatkan aku pada Allah. Semakin rindu dan kerap aku berjumpa dengannya.semakin rajin aku ikuti kelas2 dan ceramah2 agama. Alhamdulillah..semuanya dengan keizinan dari Allah.
Saban malam aku berdoa, supaya setiap tindakan aku ini, setiap detik hatiku ini adalah dari Allah dan dijauh dari bisikan syaitan. Semoga Allah merahmatiku. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk turut serta melawat norliza. Sungguh ceria fadilah nak berjumpa sahabat nyer. Chewah..aku pun gembira bukan kepalang..huhuhu…almaklumla..dah 3 bulan menahan kerinduan..astaghfirullah..kawal diri.kawal mata..kawal fikiran..istioghfar.. tergelak plak rasa dengan sifat diri ni yang dah tak keruan kerana seorang wanita bernama norliza. Jaga kau norliza buat aku tak keruan begini.. ish..dasat jugak penasaran pandang pertama ni.. byk kali aku beristighfar.. hati ni berdebar-debar.. sudikah norliza menerimaku..sedarkah dia nanti akan kehadiranku..senangkah dia.. argh.. takutnye nak menerima kenyataan..sesungguhnya aku sudah pun meminta petunjuk dariNya.aku yakin.ape yg terjadi, itula yang terbaik buat diriku. Aku sudah dimaklumi bahawa liza menetap dengan keluarga.jadinya mak dan ayahnye serta keluarganya pasti ade sekali.. ku gagahkan juga langkah kaki ini.. berkeliaran dalam fikiranku ni bagaimana aku nak mengawal mata ku ini dari merenungi dia nanti. Ya Allah kau bantulah aku mengawal nafsu diriku ini dari pandangan, pendengaran dari fitnah syaitan. Akhirnye, salam fadilah disambut oleh seorang wanita yang membuat aku kerinduan. Bagaimana harusku kawal mataku ini dari memandangnyer.. terasa macam nak memeluknyer terus..sekilas pandangan sudah ku Nampak anak mata itu. Tubuhnyer juga semakin mengecil..pasti sakit menahan kerinduan.. senyumannya sungguh menghidupkan keceriaan di wajahnyer seperti bilik gelap yang baru diterangi lampu. Dan dia terhenti dengan memandang ke arahku. “oh ya, ni kawan abg zul, nama dia Akmal Arif, tapi sy paggil abg arip, so kak liza boleh paggil dia abg arip jgk la, sbb dia sebaya dgn abg zul.” Sekali itu jek dia memandang aku…selebihnye tertumpu pada fadilah..mak dan ayah dia menyambut kami dengan penuh mesra.
Nilah dia future mak and pak mertua..huhuhu..perasan.belum pape lagi ok..xtau macam mane nak mulakan perbualan dengan bakal pak mertua. Erk.. nasib baikla zul ni peramah. Sekali sekala mata aku ni agak susah nak di control. Mencuri2 pandang buah hati … xmalu..Allah tetap Nampak walau ayah dia xnampak.. astaghfirullah.. jika disayangi dia, maka dijaga dia seperti yang Allah dan nabi sarankan..jangan dicemari dia secara bacul. Sementara ayahnye ke dapur, aku terus bagitau zul “zul, ko suruh wife ko risik, liza tu memang xdek sesape lagi ker. Aku nak masuk merisik la.” Huhuu..seakan memahami aku..sepeninggalan norliza mengambil juadah lagi, cepat2 zul suruh wife dia merisik status norliza.. lama kami melawat norliza. Memang Nampak betapa gembiranya dia dengan kunjungan fadilah. The power of love… sahabat sejati.. mampukah aku menceriakan dia seperti itu?. Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan dan limpah kasih sayang agar aku tiada berkira dalam memberikan kasih sayangku padanya. Agar aku dapat menjaganyer dengan penuh kasih sayang, agar dia tidak kesunyian lagi.
Alhamdulillah. Rezeki hari ini. Spageti, lasagna, nasi bukhari, ayam masak merah, daging kari, roti jala..air fresh oren.. xsia2 melawat sampai berjam2.. dapat rasakan ikatan ukhwah itu.. Alhamdulillah.satu pengalaman baru. Masing-masing mungkin kepenatan..fadilah tersenyum-senyum, dapat berjumpa sahabat.. zul tekun dgn panduannya..aku..memikirkan..adakah dia tiada getaran sebagaimana aku rasakan..tiada dia menoleh padaku..xhensem ke aku ni..huhuhu.. mungkin aku bukan tastenyer.. sedihnyer.. tetiba fadilah menegurku, “abg arip. Abg arip memang seriuskan dengan niat nak memperisterikan kak liza. Atau pendirian berubah setelah perjumpaan td.” Aku diam. Memikirkan dan mempertimbangkan dari pemerhatianku td. Tiada cacat celenya keluarga itu. Semua hidup bersederhana. Aku pun tidak sebaik mane. Ku kira sudah sesuai untuk aku. “abg kukuh dengan pendirian abg.tggl dari pihak kak liza je.” Jelas kedengaran suaraku. Menunjukkan aku sememangnyer dengan detik dan ilham Allah ingin memperisterikan norliza. “abg arip. Kak liza ade bagitau, ayah dia ade menyebut pasal anak kawannya masa bekerja sebagai tentera dulu. Tapi kak liza macam rasa tak sedap hati.maknyer juga rasa tak berapa senang. Ayahnye macam nak berkeras. Kata ayahnyer, xdek sebab dia nak menolak anak kawan ayahnyer tu. Semua syarat lengkap. Tetapi budak lelaki tu pun masih xtau statusnyer. Kawan ayahnyer belum bertanya lagi tuan empunya bdan. Bulan depan ni lelaki tu balik dari UK. Baru abis phd”. Terkelu lidah. Rasa terpempan. Seperti jantung disentap rakus…astaghfirullah..hanya itu yang terluah…ntah mengapa..terasa aku memandang jauh, kosong, di manakah harapan itu.. seakan inilah pandangannya di hari itu.. astaghfirullah. Tak mampu aku bersuara.tersekat di kerongkongan. Sebak..menyesak jiwa..
“tapi abang arip jgn putus asa. Belum muktamad keputusan itu. Saya lagi suka kalu abg arip jadi suami kak liza. Atleast sy dh kenal abg. Pape berlaku, sy ajak abg zul cari abg arip. Kita semua doa sama. Ssemua yang terjadi ade makne tersirat yang kita kene usaha cari.” Zul kelihatan mengangguk. Pedihnye terasa. Takutnye aku utk menghadapi reality.mampukah aku menghadapinyer dengan penuh tawaduk dan redha dengan ketentuan Allah. Ya Allah, bimbingla daku hambaMu yang penuh dengan kelemahan ini.
Nasihat nenek aku dengari. Walau susah walau sedih macam mane pun. Jangan lupakan Allah. Jangan lawan takdir Allah. Jangan mengambil jalan pintas. Apabila susah, cepat2 la dirikan solat, kerana itula ubat yang terbaik, disitu akan dikurniakan ketenangan. Bacalah alquran, kerana dalamnyer terdapat kisah-kisah lampau yang bole dijadikan tauladan dan pembakar semangat jiwa. Jika terlalu kusut, pergola ke masjid, duduk bertafakur.. Alhamdulillah..kesedihan ini semakin menambahkan lagi aku ke tempat2 ilmu. Jika dulu subuh sahaja aku ke masjid. Kini boleh dikatakan setiap waktu aku pergi ke masjid. Kalu dulu zuhur dan asar aku solat dlm opis.. kini aku sudah berjalan ke masjid KLCC.. pulang maghrib dan isyak aku terus ke masjid di mana aku selalu sembahyang jemaah waktu subuh. Alhamdulillah. Sungguh aku lebih tenang, dan aku menghormati para ilmuan. Sedang aku yg cetek ilmu ini sudah ini tenang kurasakan ..inikan pulak para ustaz yang mengkaji secara mendalam perihal agama. masyaAllah.. betapa beruntungnyer mereka.. mengetahui pelbagai kisah., pelbagai hadis, dan ayat alquran.. Allahuakbar,.. terlalu banyak yang aku tak ketahui. Semakin aku dalami, semakin banyak persoalan yang aku tak pernah tau.. Alhamdulillah… luasnyer ilmu Allah itu..
Tak sedar bulan semakin berinjak.. sudah sebulan setengah..ingatan aku padanya masih utuh. Bahkan makin kuat. Tangan ini kadang kala terasa gatal ingin mendail nombernnyer. Tapi aku masih waras. jika kau sayangkannya, kau harus menjaganya, dijaga dia seperti yang Allah dan nabi sarankan..jangan dicemari dia secara bacul. Xtau kenapa, fikiran dan ilham ayat ini sering berlegar di mindaku tatkala aku memikirkan norliza. Alhamdulillah. Petunjuk dari Allah. Sedang mengelamun, telefon berdering. Tertera nama zul. “assalamualaikum, ape kabar zul?” seperti biasa suaranya penuh ceria. “aku ade 2 gud news utk kau.” Ntah kenapa harapan aku berbunga kembali. Diharapkan salah satu gud news tu seperti ape yg berlegar difikiran ini. “ape dia, ko dah nk jd ayah ek?” orang yang baru mendirikan rumah tangga.ape lagi gud news nyer.. aku pun bakal jadi pak sedara la.. huhhu.. “wah..ko dh jadi pak nujum.” Erk..dulu aku rasakan orang sekeliling ku jadi nujum. Kali ni, aku lak jadi pak nujum nyer. “yang lagi satu xmau teka ke pak nujum oiiii…” huhhuuhu…lama aku mendiam..sememangnyer aku xpandai menipu.. tapi takut hati ini terduga lagi.. “aku teka yang kedua tu,….” Ntah kenapa xterluah..mungkin ade lagi segannya.. “rip, jgn gundah, jgn gulana.. sememangnyer kau dan norliza Allah berikan peluang untuk bersama. Kau masih ade peluang. Anak kawan ayahnye tu dah bawak balik minah saleh..so, u know right the next step. Anything, ko tau kan nak cari aku, assalamualaikum.” Talian di matikan..apekah perasaanku..alhamdulillah..sabar itu sememangnyer indah..semakin bersabar, semakin semarak perasaan ini. Tunggu daku norliza..abang datang menyelamatkanmu..erk..huhuhu..
Setelah usai solat isyak dan solat sunat meminta petunjuk. Akhirnyer aku nekad. Tgn menekan-nekan hp..kejap ambil..kejap letak..dan akhirnyer mula menaip.
Assalamualaikum. Saya Akmal Arif, kawan kepada suami fadilah, zul. Saya ade turut serta ke rumah awak bersama mereka dahulu. Saya sudah tertarik dengan awak sejak saya ternampak awak di majlis perkahwinan mereka. Selama masa ini saya meminta petunjuk dari Allah. Dan malam ini saya tergerak nak menghantar mesej ini pada awak. Saya berhasrat nak memperisterikan awak.dan 2 mggu lagi sy akan hantarkan orang merisik awak. Ambilla masa ini untuk awak memintak petunjuk dari Allah. Semoga Allah menjadikan saya kuat dan redha dengan ape jua keputusan awak.
….message sent….
Lama aku menunggu balasan mesej dari dia. Tapi hampa. Perlukah aku mengharapkan jika mesej ini mendekati ku dengan dosa..astaghfirullah..hujung minggu ni aku ingin pulang dan menyatakan hasrat pada nenek.
Kepulanganku kali ini seperti biasa disambut oleh nenek.tapi nenek seperti sudah menghidu niat aku. “Dah minta ukur jarinyer bakal menantu nenek?.” Nak tersenyum pun ade. Tapi dalam hati aku ade kerisauan. Jika hati ini yang terluka tidak mengapa. Tetapi jika harapan nenek …. Astaghfirullah.. xdapat aku gambarkan.. cukupla penderitaan yang di alaminyer selama ini. Perlu aku ceritakan situasi ini..akhirnyer ku ceritakan dan nenek menerima dengan tenang dan menyokong kuat tindakanku. Sepenuhnyer kami bertawakkal pada Allah SWT.
Hari yang dinanti sudah tiba. Hati aku berdebar2.. nenek dan beberapa sedara mara terdekat pergi ke rumah norliza..aku pun turut serta tapi menunggu di dalam kereta..malu mau keluar. Lama sungguh terasa. Tetiba abang li datang menghampiriku..mari..mak, ayah dan keluarga si perempuan mau mengenali kamu.. rasa macam nak lumpuh..lemah lutut..bagai xkene semua dibuatnyer..”abg li, ok tak saya ni macam ni..” memahami perasaanku abg li meletakkan telapak tgnnye pada ubunku dan membaca surah insyirah juga di dadaku..”kamu sudah rasa tenang?” aku menggangguk…malu terasa..aku alpa sudah pada Allah tadi..itu belum di ulik kasih suami isteri..ya Allah kuatkan hambaMu..pandukan hambaMu ini ke jalanMU…alhamdulillah abg li yg ade bersama aku.seorang bilal di kg.
Setibanya di rumah..semua mata tertancap padaku..robbishrohli..tidak lekang dari hati..alhamdulillah..aku tenang..dapat menyalami dan bersikap tenang dalam majlis dan dalam ape jua persoalan dari pihak bakal isteriku..kini..menunggu ayahnye ke kamar dan juga ibunya… “Alhamdulillah, singgah sebentar di kedai Raju, tuan empunya sudah pun setuju. Saya sebagai ayah dan wakil keluarga juga tiada halangan. Bahkan berterimakasih dengan pihak nek cuyah.” Ya Allah.Alhamdulillah tidak ku gambarkan kegembiraan dihati ini..”Alhamdulillah, jika begitu bilakah tarikh yang sesuai untuk majlis pertunangannye. Perkara yang baik, kami harapkan eloklah dipercepatkan.” Sekali lagi ayahnyer ke kamar bertanya si empunya bdan. Dan kembali semula. “jadi pada saya perkara yang elok sememangnyer perlu dipercepatkan. Tetapi kami juga perlu membuat persediaan juga. Kami mintak 2 bulan masa utk membuat persiapan.” Pak li sbgai tuan ckap memndang nek dan juga aku..dan kami tiada halangan..2 bulan lagi aku akan bergelar tunangan org dan aku sudah pun memikul amanat maruahnya.
2 bulan bukanlah masa yang lama. Pejam celik pejam celik sudah sebulan berlalu.. aku ni yang tak pandai dengan perihal hantaran ni pening kepala juga..jadinyer nek dan orang kampong la yg menyediakan. Barangnyer aku beli sendiri..bertemankan zul dan fadilah..aku dan norliza pergi membeli barang untuk hantaran..alhamdulillah..semuanya berjalan lancer. Norliza..tidak pernah memandangku secara tepat..mungkin malu denganku…lagipun tak elok jika mata sudah bertentang mata.. aku mengingnkannyer..tetapi Allah murka.. jika kau sayangkannya, kau harus menjaganya, dijaga dia seperti yang Allah dan nabi sarankan..jangan dicemari dia secara bacul. Astaghfirullah..
Majlis pertunangan berjalan lancar..dan tempoh 6 bulan pertunangan juga ditetapkan.. InsyaAllah 6 bulan lagi aku akan bergelar suami pada wanita ini…sungguh aku menyintainya..ya Allah bantulah aku dalam mengimbangi kasih ini..Agar kasih padaMU itu mengatasi segalanyer.. kasih yang abadi..
Saat dinantikan hampir tiba. Terima kasihku tak terhingga..pada sahabtku zul dan fadilah yang sudahpun sarat … yang membantu menjadi pemerhati kami,,atau menjaga kami dalam perhubungan kami selama bertunang. Alhamdulillah..percaturan Allah itu sungguh cantik..dan sabar itu sungguh indah..terasa semua berjalan pantas..selama 6 bulan pertunangan, boleh dikira beberapa kali shj aku menghantar pesanan sms dan juga telefon.itu pun apabila penting shj.seperti bertanyakan nombor akaun dan confirmkan barang hantaran dan aturcara majlis..jumlah tamu jemputan.. bukan tak cinta..bukan tak rindu..bukan xsayang..bukan tak concern..bukan tiada keinginan..tetapi.. jika kau sayangkannya, kau harus menjaganya, dijaga dia seperti yang Allah dan nabi sarankan..jangan dicemari dia secara bacul. Jika inginkan buah yang manis..kene jaga dia dengan rapi dan makan dikala sudah masak..sama seperti isteri..jika disayangi..jadikan dia isteri sebagai hak milik dak apa salahnyer semarakkan cinta itu bila sudah halal… lagi berpanjangan kasih itu..diberkati dan diredhai Allah.. wallahualam..sabar itu indah..setiap percaturan Allah itu adalah yang terbaik..
Setibanye di masjid aku dirikan solat sunat iktikaf..istighfar lama..menenangkan debaran di dada.. semoga Allah permudahkan semua..semua tali ikatan perkahwinan ini menjadi tunggak aku mendekatkan lagi diri kepada Allah. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz..kini…aku sudah pun bergelar suami..dan dia..sudah menjadi tanggungjawab mutlak padaku..
Pertama kali aku menyentuhi dirinya..salamnyer ku sambut..dia mencium tanganku..seakan meresap satu perasaan..gembira.berselangseli terharu..terasa tersekat dikerongkong.tidak ku sangka.dia menerimaku sebagai penjaga amanat dirinya..tak sangka dia memilihku.. tak sangka..aku memilikinya..dia telah memberikan aku satu amanat yang amat berharga..menjaga dirinya..satu pengorbanan yang besar..yang harus aku penuhi..ya Allah terima kasih..ya Allah syukur.. Ya Allah bantulah aku memayungi isteriku dengan payungan dakwahMu..bantulah kami dalam melayari bahtera redhaMu iini. Dia tertunduk, ku angkat mukanya..pertama kali inginku tatapnyer sepenuh hati..air jernih ku sapu perlahan di pipi mulusnyer.. “shh..jangan menangis sayang..abang ade di sini…” ku kucup lembut dahinye..sepenuh hati..agar dia merasakan kasihku padanya ikhlas. Agar kucupan ini permulaan bertautnye kasih kami..sehingga abadi..agar member kekuatan pada dirinya..
Alhamdulillah. Usai sudah majlis ini.. terasa sgt kepenatan seharian melayan tamu. Siang sudah pergi disambut dengan malam. Jam sudah pun menginjak ke pukul 7..semua para tamu pun sudah tiada. Tangan Norliza tidak terlepas dari tanganku walau sesaat. Biarla kekuatan ku ini berpindah kepadanya. Masing-masing sudahpun masuk ke bilik masing2 membersihkan diri dan bersiap utk solat maghrib.. dengan tenang aku memimpin tangan isteriku ke bilik. Kali pertama berduaan dengan wanita aku pastinya gugup..tapi ayat2 suci Allah dan kasih aku pada dia..mendahului debaran ini..dia hanya menuruti aku tanpa membantah.tertunduk.mungkin malu dan menahan debaran di dada. Alhamdulillah.dia kini isteriku..semoga kasih ini abadi dalam mencari redha Allah..amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan