Rabu, 23 Julai 2014

Menangkis zina HATI


sumber gambar drpd: cikjie.blogspot.com

Tips dan Panduan Mengatasi Zina Hati

 

1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)

4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com
diambil drpd http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/03/23/tips-dan-panduan-mengatasi-zina-hati/

Erti kasih

seperti biasa. 'aisyah akan ke pusat sumber pada jam 10.00 pg. tempat parking kete yang paling dekat dengan pusat sumber ialah fakulti ekonomi. dalam perjalanan ke pusat sumber, 'aisyah teringat pada seekor kucing yang dijumpainya sblm pulang semalam. cantik kucing tu.. coraknya bulunya macam color kucing hutan... 'aisyah mencari..selalu kucing tu akan ade berbaringan di bridge. dan pencarian 'aisyah membuahkan hasil... ade kucing tu berbaringan.. 'aisyah memang suka sangat dengan kucing ni.. dia pun duk belai2 kucing tu.. makin kuat pulak kucing tu mengiaw.. hajat 'aisyah hanya nk belai je..

'aisyah pun berdiri.. nak meneruskan perjalanan ke pusat sumber.. tetapi kucing tu duk mengiaw.. 'aisyah langkah kanan dia menyelinap di kaki kanan.. ke kiri.. dia ke kiri.. 'aisyah tak boleh melangkah dengan laju..risau .. takut terpijak kucing tu... kemudian 'aisyah berhenti...  "kenapa ni.. lapar ke?".. kucing tu seakan memahami 'aisyah.. nada suaranya makin slow.. macam mengadu.. kebetulan ade makcik cleaner tgh cakar sampah.. 'aisyah pun bertanya,  "makcik, cafe bukak ke?".. makcik tu pun menggeleng.. "xbukak dik, bulan pose ni.." hmm... ke mana harus aku cari makanan untuk kucing ni.. aku pun berpatah balik ke arah cafe yg tutup... mengharap ade kedai yg buka..

cara kucing tu mintak.. mengelilingi kaki aku sampai aku xleh jln..sambil mata mendongak ke arah aku.. berdiri kaki dua menghidu tgn aku... aku melihat perutnya kempis.. memang sgt lapar kucing ni... sedih rasa melihat keadaan kucing ni.. dalam kotak fikiran aku ..kedai yang buka memang ade.. tapi jauh skit.. dlm 250m dari sini..aku kene pegi sana beli.. tp yg aku risaukan kalu kucing ni ikut kaki aku.. lambat la perjalanan nnt.. aku tawakkal je berjalan.. separuh je aku berjalan.. kucing tu berhenti.. terkebil2 memandang aku... sedih dan sayu memandang matanya yang kecewa... dalam hati aku berbisik..jgn ke mana2.. aku pasti akan kembali dengan makanan utkmu..

aku segere melangkah laju... xsedar.. air mata aku mengalir... mengingatkan aku yg mewah makan kenyang... bergerak ke sana ke mari dengan kereta.. xperlu berjalan kaki... semua terbayang dalam fikiran aku.. ummat di gaza.. rohingya... zamboaga.. palestin..syria.. yang kelaparan... makin laju air mata aku mengalir... masih tak bersyukur kah aku??...

ade beberapa org yg lalu..curious tgk aku berjln sambil menangis.. trus aku seka air mata.. xperasaan aku berada di tempat awam.. setelah dpt satu tin sardin.. aku kembali mencari kucing itu... alhamdulillah dia masih di situ.. tapi kali ni ade 2 ekor.. aku bhgi dua sardin tu.. harap ia dapat mengalas perut haiwan ni..

alhamdulillah.. syukur.. aku sgt bersyukur dikurniakan rasa mengasihani sesama makhluk dan menyedari bahawa kehidupan aku dh cukup mewah... terimakasih ya Allah.. ini semua dari Mu...

Selasa, 22 Julai 2014

Slot LWAWUTD: Belajarlah dari kehilangan-it is a calling from Allah



Sesungguhnya hidup itu tidak setiap masanya dipenuhi keceriaaan dan kebahgiaan. Itulah namanya perjalanan kehidupan. Disebalik kebahgiaan pasti akan ade peristiwa yang menduga jiwa dan perasaan. Ianya berlaku adalah tak lain tak bukan supaya diri semakin matang berfikir untuk kehidupan mendatang. Ianya berlaku juga agar kita lebih mensyukuri ape yang telah dimiliki.

Kadangkala hidup ini terduga dengan kehilangan pelbagai bende dalam kehidupan. Satu persatu pergi.. sungguh pahit dan meruntun jiwa dengan kehilangan .. terutama sesuatu yang sangat berharga.. walaubagaimanapun di setiap sesuatu kehilangan itu.. Allah telah bekalkan bersama hikmah dan kemanisannya.. kita perlu meredhai dan menerima hakikat bahawa.. ianya telah pun pergi..tiada… bukan milik kita.. dan itu semua bi izd nillah..(dengan izin Allah) lah jua.. ia menandakan bepergiannya itu lebih baik buat diri kita.. terutama baik utk agama.. manusia seringkali tersentap dan tersedar dari lena kemewahan dan kurang mensyukuri nikmat apabila bende yang ade di depan mata.. hilang sekelip mata..sentapan..

Kehilangan ni kebiasaannya berlaku kerana kurangnya bersyukur, angkuh dengan memiliki bende, riyak dan takbur.. dan tidak amanah dalam menjaga bende yang dimiliki.. maka dengan kasih dan sayang Allah Tarik balik.. supaya tersedar dari lena diulit sifat mazmumah… ye kehilangan itu.. tanda kasih dari Allah… supaya sedar bahawa.. ape yang dimiliki itu adalah pinjaman semata2.. ianya milik Allah.. bukan milik kita yang kita boleh buat sesuka hati.. apatah lagi terus melupakan suruhan-suruhan Allah… hakikatnya menjemput kemurkaan Allah..

Ade orang di duga dengan Allah ambil sikit demi sedikit.. ade yang Allah duga dengan kehilangan sekaligus… sekelip mata… dan ianya terpulang kepada kita samada untuk menerima kehilangan itu dengan “mendekati Allah” atau “menjauhi Allah”… menjauhi Allah ialah seperti berhenti atau semakin kurang melakukan ibadah, menjadi pemalas, tak bersemangat… hidup tanpa motivasi.. itu lah “denying” pada takdir.. dalam erti kata lain.. “deny dgn takdir Allah”.. siapalah kita nak “pertikaikan takdir Allah”… Allah is the best planner.. pls remember that…

Ade orang sgt strong dan kuat.. walau jatuh dan kehilangan mcm mane pun..dia terus bertatih dan dgn usaha itu, akhirnya dia Berjaya hingga ke tahap berlari… ade org yang “meroyan” dlm beberapa tempoh.. dan bangun juga akhirnya.. ade org.. memang terus terusan “meroyan” dan org itulah yang menzalimi diri sendiri.. kerana setiap ape yg berlaku..kita memang ade 2 option… 1.option +ve, 2. Option –ve.. hakikatnya.. xde org boleh tolong kita.. melainkan diri kita sendiri… adapun dilihat kekuatan seseorg dalam menghadapi sesuatu dugaan dan kehilangan itu adalah berlandaskan kekuatan asas agamanya… makin kuat agama.. makin mudah meredhai dan menerima hakikat dari Allah.. makin rapuh imannya.. makin sukarlah nak meredhai hakikat takdir Allah itu…

Di atas setiap kehilangan itu.. jalan yang terbaik ialah muhasabah diri.. “kenapa Allah ambil semula kurniaannya daripada aku”.. check balik prestasi diri dalam beribadat kepada Allah.. I would say 99.9% ianya berlaku adalah hint dari Allah… supaya “tersedar”.. dari kesilapan diri… berlapang dada mencari kesilapan-kesilapan diri.. ubah ape yang perlu di ubah.. akui setiap kelemahan dan kesilapan diri.. in shaa Allah Allah akan kembalikan “kehilangan” itu dengan sesuatu yang lebih berharga… agar kita lebih mensyukuri nikmat Allah itu… dan perkara yang paling disyukuri ialah.. kadang kala kehilangan itu is not just sentap kita sesorg ja dari lena..tp juga sentap orang sekeliling dan terdekat… Allah tumpangkan kehilangan yang kita alami supaya ramai yg learnt from that.. besar hikmahnya.. melihat org lain berubah ke arah kebaikan..walau selama kita mengalaminya.. Allah jela yg tau dalam jiwa dan perasaan tu rasanya macam mane.. tapi hikmah2 itu yang membantu kita berdiri utuh dan memadamkan setiap bait2 pedih dlm jiwa..

berkomunikasilah selalu dengan Allah..adukan semuanya kepada Allah.. kemudian Observe..anda pasti akan dapat rasakan bahawa setiap bait2 aduan itu .. ade yang Allah bagi cash on the spot.. just few minutes lepas doa… dan ade after few hours, days, months, years and decades…

kehilangan itu adalah salah satu trial from Allah.. untuk mengubah kita dari yang kurang baik kepada lebih baik…  optimis dengan Allah… jgn pesimis.. memang sukar jika memang dah lahir dlm keadaan pemikiran yang pesimis kepada mengubah kepada fikiran “optimis”.. tetapi jika kita “berdoa” dan mohon pda “ALLAH”.. confirm dapat in shaa ALLAH.. sebabnya.. Allah lah yang pegang hati, fikiran seseorg.. jika Allah berkehendakkan boleh… kun fayakun.. maka akan terjadilah… maka “usahakan” diri itu utk selalu “berdoa” kepada “ALLAH”..

aishhh… kalu cerita bab Allah ni.. memang NEVER ENDING STORY la… dari kehilangan yang suppose kita akan pandang dugaan yang berat..akan jadi sesuatu yang bisa melahirkan kegembiraan yang tak terperi… HIDAYAH dan PETUNJUK itu tidak ternilai harganya…dan kegembiraan dan kesyukuran terhadapnya juga tak ternilai… biarla kehilangan sesuatu bende di dunia ini.. JANGAN HILANGNYA KEINGINAN NAK SELALU BERDOA DAN BERIBADAT KEPADA ALLAH.. itu tanda ALLAH DAH TAK JEMPUT KITA UNTUK MENGADAPNYA.. nauzubillah…HILANGNYA PERHATIAN DARI ALLAH…

sesungguhnya kehilangan itu “is a calling from ALLAH”. It’s up to everybody.. whether strive to answer… or to reject… dan ingatilah.. “panggilan itu mungkin hanya sekali”… so grab it… peringatan untuk diriku ini yang naif.. juga harap dpat memujuk hati sesiapa sahaja yang pernah kehilangan…


wallahu’alam.

ape itu duit?


Kasih Abadi Bahagian 3

“Assalamualaikum…” macam aku kenal suara ni. Lama aku tak dengar. Seingat aku sejak masing2 grad.. memang dia ni trus lost.. sedangkan kami ber3 agak rapat. Try contact pun no hp dah tiada dalam talian. Tiada siapa yang tau ke mana menghilangnya dia.. “wslm… faris? Kau ke tu???”.. ye aku masih ingat nama tu.. masih terdiam .. “faris…oo faris… lama betul tak jumpa ko.. aku cari tapi tak de sape yang dapat hubungi ko.. ape cerita ni?” aku menunggu respon.. “biasa la macam2 bende nak settle… ko stay kat ne?.. zul?” gembira jugak dapat berhubung semula dengan kawan lama.. “zul stay Putrajaya, aku stay ampang..ko?” hingar bingar jugak bunyi dari area faris ni..sampai keluar hp dgrnya.. “aku baru je kene transfer kl ni… shah alam.. bebila leh r kita jumpa .. aku dh lama tgglkan area sini… dh tak berapa ingat sgt..huhu”… perbualan kami end up kat situ.. dalam perjalanan pulang aku duk teringat… faris.. memang seorang yang paling pendiam di antara kami. Paling tak banyak songeh.. hanya banyak senyum… tapi hensem. Memang Allah bagi kelebihan pd faris ni… rupa paras memang hensem, badan pun cutting macho man la, tambah lagi dengan tinggi lampai.. memang diminati ramai. Hanya seorang yang dia suka… tapi faris tidak berani meluahkan..lebih kepada menunggu… dan memerhati dari jauh buah hati yang diidamkan.. sedangkan orang yang diminati tidakla mengetahui ape2.. kesian.. itulah dianya.. faris..

 Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tghari.. aku kene balik rumah.. dah janji dengan wife aku nak lunch sesame. Aku terus bergegas pulang.. memang aku cari rumah yang dekat dengan tempat kerje aku.. “assalamualaikum..” kebiasaannya memang mcm tu la hari2… xlama menjengulla kekasih hati ulam jantung aku membuka pintu, untuk sang arjuna nya masuk ke rumah… rutin biasa.. aku akan tutup pintu n kunci dan terus mendapatkan isteriku.. dia pun akan menunggu aku siap mengunci pintu dan akan menyalami aku.. aish… baru beberapa jam je xjumpa.. rasa bertahun.. ..aku mesti nak hug n kiss dia.. kalu ikutkan bayang-bayang tu leh tukar, aku nak bayang-bayang aku tu jd isteri aku.. ahhaha…. Ehehe.. wife aku pun sama.. kalu aku yg xleraikan pelukan.. mau dia nak leraikan.. duk umah sesorg memang lagi terasa rindunya.. sbb tu aku sj je balik tghari.. kadang2 nakai jugak wife aku ni.. xmau dia lepaskan pelukan… nak lama2 katanya.. aish.. xjd kerje jgk kalu dilayankan.. selalunya xde lama sgt.. ikutkan aje.. aku lagi ske.. selesa dan bahagia dpt bersentuhan dgn org kesayangan ni…dapat aura dan semangat utk bekerje di sblh ptg plak.. “sayang masak per rini?”.. sambil aku membuka tudung saji..semerbak terus bau… lauk patin masak tempoyak.. tu dia. Memang faveret aku .. terus berkeroncong perut aku.. ni buat aku makin hari makin angau dengan bini aku ni.. Siap solat.makan.aku akan masuk keje semula. Bila nak keluar rumah tu pun dugaan besau nak tgglkan buah hati ni sorg2.. satunya kene tahan rindu berjam2 lg. satu nye lg mestila risau.. tgglkan buah hati sorg2.. aku akan pastikan dh siap kunci pintu seme baru aku gerak.. nak gerak keje pun sama.. rutin kebiasaannya bersalam dan aku akan cium kepala dia sambal baca ayat kursi.. supaya wife aku terpelihara drpd hasutan dan bisikan syaitn.. dan masa ni aku ske.. wife aku ske hug aku.. cara dia hug tu.. aish.. aku tau.. dia pun berat nak berpisah dengan aku.. ni la yg setiap hari menarik aku utk pulang ke rumah.. tggl sorg2 mesti la rasa sunyi.. aish.. aku pun kdg2 xdpt nk fikir kalu wife aku xde.. boleh jd gila kot..

*********

Weekend ni ape aku nk buatkan activity.. kalu tak balik kg.. gotong royong atau kami akan pi mane2 tempat untuk memadu kasih.. masa masih berdua ni la masanya dan beromantika together2.. dah ade anak nanti pun kene jgk beromantika.. tapi lain da la .. anak kene tgk.. kang duk sibuk berasmaradana anak entah kemana.. uuhhuhhuu… ape plak yg isteri aku wat ni senyap jer.. aku pun mencari ke dapur xde.. bilik air pun xde.. bilik tidur kami.. lor.. tdo.. lama aku merenung wajah isteri.. kasih tu memang meresap ke dalam jantung.. xtau nak gambarkan camne.. selalunya isteri aku tak tdo waktu2 mcm ni.. melainkan dia tak sihat.. aku terus merasa dahinya.. panas.. patut la.. demam .. aku terus menyelinap naik ke katil.. berbaring sama.. saja aku rapatkan badan dan merangkul dia agar tidur di pangkuan aku.. pelan2 supaya dia xsedar.. aku cium dahi dia.. membuatkan dia tersedar.. mungkin xlrt .. matanya kuyu dan memelukku erat.. mencari kekuatan disitu mungkin.. “sayang..sayang demam ni, nape tak gtau abang td.. kita g klinik nak?”.. wife aku ni tabiat dia kalu dia dh peluk aku mcm ni .. memang payah la nak dirungkaikan.. aku pun xsanggup nak rungkaikan..hahha.. seronok.. biarkan je la … hari2 dia nakkan aku jer.. tu la.. xrugi memberi.. kita pasti akan dapt kembali ape yg kita beri.. itulah kene ikhlas dan tulus jlnkan tggjwb yg Allah dah bagi.. akhirnya..aku pun terlelap sama…

Deringan telefon membuat aku terjaga.. tertera nama zul.. aku memandang isteriku pun dah jaga dari lena.. sempat aku cium dahi dia sblm jwb telepon.. “assalamualaikum.. ye zul, ape kabar?” terputus talian.. esh.. await la terputus plak.. kejap lg dia mesti call balik.. sementara menunggu..aku pun membelai2 rambut isteri aku.. terpisat2 dia.. aish.. manje.. huhu.. I like.. “geram” pulak yang timbul… baru je nak pasang niat..zul call semula.. aish…kacau daun betulla.. isteri aku pun ape lagi.. tergelak sambil tunjuk ibu jari tanda “best”.. terus dia bangun… xpe.. xkan lari gunung dikejar.. aku pun membetulkan peti suara.. ehem.. “ye ..zul… nape terputus td?”.. istri aku dah pun berlalu ke blik air.. sudah jam 11pg.. mungkin amik wuduk utk solat dhuha.. mmg aku advice sokmo..suoh dia solat dhuha.. “ko wat per weekendni? Balik kg ker.. aku balik kg ni.. saje je nak Tanya khabar.”.. ingat nak ajak pi mane2 td.. “xkemana pun.. wife aku xbp sihat.. demam.. oo… ari rabu lepas.. faris.. ko ingat lagi faris..?’’ lama zul diam.. “faris yg smart tu ker?”… huhhu ingat rupanya.. “aah.. betui…last week dia call aku..aku terkejut gak..sekian lama cari dia.. akhirnya dia call. Dia baru kene transfer ke shah alam.. dia ade kata, ade masa leh ah.. jejumpa.. baby sihat?”.. teringat plak aku kat Abdullah..anak depa..comel.. “Alhamdulillah sihat.. ko tu..xde lagi ker…”.. hhuuhu.. tersengih aku.. tetiba teringat isteri aku xsihat..jgn2 melekat kot.. “buat masa ni belum ade lagi.. ko doakan je la..”.. seronoknya kalu dapat baby.. “itu ko xpesan pun aku doa sokmo..ok la weh.. Abdullah merengek ni..baru bangun tdo…”.. lama aku merenung telefon.. merenung pintu bilik air.. lama plak isteri aku ni.. “sayang, sayang.. wat pet u?”.. diam jer.. ish.. berak kot.. xlama pintu dibuka.. perempuan kalu kene ayo memang lawo… menggeletek semula jiwa aku ni.. “jom bang solat…” aku terus amik wuduk.. memang dah biasa macam tu..

Alhamdulillah.. selesai solat.. aku merasa semula dahi wife aku.. masih panas.. “sayang jom g klinik..” aku tau satu bende yg aku kene byk sabar…wife aku ni penakut kalu nak ke spital dan klinik.. Alhamdulillah la jugak ilmu yang aku pelajari di pusat perubatan islam (Darussyifa) ni byk sgt membantu aku.. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Selalu aku rugyahkan dan baca penawar demam..kebiasannya memang lege .. xpayah pegi ke klinik pun.. bila dah xkebah2 tu baru la aku bw ke klinik.. “meh sini..abang rugyahkan?”.. baca rugyah dan letak towel lembab pada kepala dan minum air.. selalunya… semalaman in shaa Allah akan kebah la.. dah pi rehat.. abang pi siapkan makan.. syg rest.. biasanya kalu wife aku sakit..memang aku akan masak.. kemas rumah.. basuh kain.. lagipun memang masa aku ikuti kuliah2 tugas2 tu semua hukumnya sunat shj pd isteri..jika tak buat tak mengapa.. jika suami suruh.. kene bagi upah.. tapi.. ape yang aku lihat.. orang perempuan ni.. nature dia memang willingly nak buat semua tu… kalu refuse tu.. mesti ade yang dia tak puas hati pada suami atau… memang jenis yg pemalas.. Alhamdulillah aku bersyukur.. wife aku buat masa ni.. xpernah aku suruh..dia akan buat semua sendiri.. dan aku pun kerana syg dan ilmu yg ade.. aku pun akan buat.. memendekkan masa isteri aku dgn perkara lain..dan menyimpan tenaga dia… oleh itu..masa utk dia bersama dan menumpu perhatian kepada aku akan lebih lama.. dan bertenaga.. aku juga per yang untung.. itu lah segala suruhan Allah itu memang benar dan terbaik…

 Oleh kerana wife aku demam..aku buatkan bubur nasi.. sup ikan.. xsedar tgh2 masak.. tgk jam dh 1230.. mesti wife aku lapar.. cucur bekpes pg td ade lg.. tp org demam mesti xselera.. 1245..dah siap semua.. aku masuk blik.. wife aku masih terpejam.. dah jaga ke masih tidur.. aku pun dtg dekat.. rasa dahi dia.. masih ade panas tp tak sehangat td.. hehe.. tdo lagi.. aku pun berbaring lagi sblh wife aku… aku lebih ske kalu wife aku demam(idokle maksudnye suoh sakit sokmo).. manje nye tu memang lebih.. I like.. ni la masa aku ni tunjukkan kasih aku pd dia.. mnjgnya dengan rapi.. auww.. “abang…xlrtla.. bukak mata rasa berpusing2..” eh.. xpernah lak wife aku demam jd gini.. mula la berkelibut otak aku ni memikir mcm2… “sayang lapar ker.. kita makan dl.. mungkin sbb angin tu.. abang suapkan.. xyah bangun..nanti jatuh plak..” aku trus ke dapur.. menyiapkan bubur dan sup.. aku suapkan.. eii.. manje nye.. ngade2 la plak aku tgk… hahah.. xpe.. ngade2 pun dgn aku.. suami dia.. bukan sesape pun.. “sedapnya sup tu.. nak agi boleh?” uish.. demam..tp selera makan boleh tahan.. bela hantu ker.. haha… tetiba aku tergelak.. kali ni aku amik byk.. sbb aku pun nak mamam jgk skali… “nak lagi?”..wife aku menggeleng.. duk membetulkan badan… aku pun ape lagi mamam trus dl.. Selesai solat zuhur… aku ke televisyen.. melihat ape yg menarik..isteri aku membontoti aku.. panas nye dah reda.. nk keluar brjln2 xsesuai..nanti demam smula isteri aku.. susah hati plak aku nak tgglkan ms aku keje nnanti.. biar sihat betul2 weekend ni.. duk kalih2 channel..xde yang menarik.. bini aku duk memerap sblh aku je.. memang kalu dia xsihat..gitu la gayanye.. aku pun xde pe yg aku tertarik la.. yg kat sblh aku ni la yg paling menariknyer.. hahaha.. aku pun tutup tv.. dah kata suami isteri.. selalunya masing2 dah faham dah la “language” masing2.. ahahaha… “syg larat ker?”.. kene Tanya dulu… sbb emosi isteri ketika didatangi suami itu akan effect kpd sifat dan sikap anak tu nanti… lgpun xleh ikut rasa kita nak je.. kene jaga isteri.. perempuan ni.. ade masa bila sakit… dia perlukan mcm “tu”.. ade masa lebih kpd belaian shj… yg suami pun kalu bini dah sakit pandai2la control.. jgn la tak berhati perut sgt.. huhu.. begitulah kehidupan seharian kami..

 ***********

Alamak.. ni first time aku kene outstation sejak berkahwin ni.. lama lak tu..seminggu.. ke mekah.. urusan tabung haji di sana.. belek2 saving.. cukupla utk support isteri aku skali..sbb yg aku nye dh dicover oleh TH sendiri. Alhamdulillah.. seronoknya rasa. Dpt pegi umrah.. syukurnya kpd Allah..ingat aku dengan pesan nenek.. “arip, kerapkan diri sujud syukur.. setiap hari kene buat sekurang2kurangnya sekali..kerana setiap hari kita dapat nikmat.. pelbagai nikmat.. bernafas.. ade bumi utk berpijak..” nenek.. tetiba teringat ke kampong halaman.. aku belek semula saving.. cukup kiranya kami pegi ber3.. tidak la liza tggl keseorg masa aku pegi menguruskan hal keje.. Alhamdulillah.. ni kene double triple sujud ni.. nenek dh pun beberapa kali g umrah..bahkan dah cukup lengkap rukun pun..hajah…huhu… tapi lagi elok kalu aku dpt bwk kedua2 sekali.. xsabar plak rasanya nak balik.. weekend ni kene balik kg la nampaknya.. Setibanya di rumah.. aku memberi salam..tp xbersahut.. aku tggu 5 minit.. pintu pun tak terbuka.. ish.. nape lak.. ni first time ni sejak kawen.. terdetup juga rasa dalam hati.. ye la..kebiasaannya kekasih hati yg buka.. xsihat semula ke… aku pun cepat2 guna kunci aku.. masuk dan terus mencari buah hati… uwekkss.. uwekss.. dah “terlepek” (tersepok) kat sinki sambil muntah.. “astaghfirullah.. patutla xsambut abang.. dah lama ke muntah ni.. nape tak call abang… ish.. suka la kan buat macam ni..” tanpa berlengah aku cimpung .. dukung letak kat katil.. ambil towel sapu kesan muntah.. salin pakaian semua.. bila dah jadi isteri.. xde istilah geli.. “ma shaa Allah, panas nye ..syg demam kuat ni, kali ni kita g terus klinik ye.. dgr ckp abg kali ni..” sj aku keraskan skit suara supaya isteri aku ikut je..padahal untuk aku sndiri sebenarnya, supaya xkalah dgn diri sndiri .. aku ni mudah kalah kalu isteri aku mintak pape..grrr… aku trus ke almari.. mencari pakaian yg sesuai utk isteri.. bila dah ade isteri.. kene tau pakaian dan selok belok wanita. Kalu isteri jg penampilan kita… kita kene jaga dia jugak.. terutama time dia xberdaya mcm ni.. biar dia Nampak cantik dan maruah dia terjaga la… aku pun xsuka tgk org yg aku syg xkemas.. aku ske tgk dia cantik,..kemas..rapi.. xpayah byk cerita kalu dh asyik uweks dr td.. memang dh xlrt nampaknya.. cempung(dukung) kan aje..

setiba di klinik.. check..check.. “tanhiah… anda berdua akan menimang cahaya mata..in shaa Allah.. kandungan baru berusia 3 mggu..” tak tersedar aku terberdiri dan menadah tgn tanda syukur.. trus aku mencium dahi isteri aku…muah..muah..muah.. aish.. tersengih je doctor perempuan tu… doctor pun memahami.. “encik arip, orang prempuan mengandung memang kebiasaannya akan ade alahan.. muntah2..demam2.. selsema.. lesu..letih.. dan emosi agak sensitive.. sy haraf encik arip byk bersabar..dan beberapa ubat dan aturannya.. ni buku appointment setiap 2 mggu utk pemulaan awai ni dtg check..” panjang lebar doctor terangkan.. “terimakasih doctor”… Aish.. tak tergambar gembiranya hati aku ni memikirkan akan menimang cahaya mata.. wife aku dh lelap dah.. letih asyik muntah je.. sesampai di rumah.. aku angkat pelan2.. takut dia terjaga… tapi terjaga jugak.. erat dirangkulnya leher aku.. aku letak atas katil.. xlepas dia.. “sayang.. kete xkunci lg.. rumah xkunci lg.. abg g skejapje ye..”.. aku terus ke kereta..amik semua ubat..dan masuk ke rumah… ke dapur.. tgk bawang baru beberapa biji dikupas.. mungkin sbb bau bawang ni la kot..muntah.. aku pun ade gak dgr.. ade stgh org mengandung xleh bau masakan..xleh bau suami.. nk mkn msam2.. macam2 lagi.. ya Allah kurniakan aku kesabaran dalam menangani perangai isteriku yg mengandungkan zuriat utkku..aamiin.. aku berlalu ke bilik.. “sayang xmakan lg ye? Ade rasa nak makan pape ke.. abg pegi belikan…”dia menggeleng.. memang la..asyik uweks je.. mane de selera nya.. “abg g masak jap ye.. abg pun lapar… huhu…” aku pun call opis.. mohon half day je.. td hajat balik nak makan dirumah trus xlpr tgk buah hati xsihat.. berdebar jgk jantung… walau dalam kepala memang fikir ade kemungkinan mengandung.. tapi kalu muntah mcm tu tp bukan mengandung..lagi haru otak aku ni…

Alhamdulillah.. aku off 2 hari..jg wife, hari ni yg ke 3.. dah Nampak kuat wife aku.. ‘abg nak g keje dah ni..jaga diri n baby leklok..bykkkan ngaji surah2 ibu mengandung ye syg..” aku terus mencium dahi mcm biasa..kali ni pada perut sekali.. utk anak aku in shaa Allah.. kemudian..aku memandang muka isteri aku..memang agak pucat.. aku peluk lgi sekali..sygnye rasa nk tgglkan..padahal berapa jam la sgt waktu keje.. tetiba rasa basah baju aku.. lor..nangis ker.. “nape ni syg… sedih sbb ape ni.. sbb nk kn tggl abg g keje ke..?”.. mengangguk..uish..haru jgk pembawakan anak aku ni.. tu br nk g keje.. kalu aku kene kursus.. lagi haru.. itu la dia pengikat kasih syg dan pengerat hubungan..makin syg aku dibuatnya..terasa meresap kasih syg tu.. aku pun tunduk sehingga ke aras perut.. “ni girl ke boy ni.. wat umi nangis ye? Kalu girl xpe wat umi nangis.. kalu boy kene gagah macam abi tau.. abi nak g keje.. jaga umi tau .. terukir senyuman pd isteri aku.. lege la skit nak ke tempat keje tgk wife aku dh senyum..abg gerak dl ye syg.. muuahh..”

Dalam perjalanan ke tempat kerje baru aku teringat aku kene pegi outstation.. aku kene check balik schedule bila?.. dan kondisi ibu mengandung boleh ke travel.. atau mcm mane.. hmm… sejak isteri aku mengandung ni.. aku asyik nak menefon rumah je keje nye.. risau tu.. isteri dan bakal anak…in shaa Allah.. syukur ya Allah.. terimakasih.. aku mohon dikurniakan zuriat yang baik. Beriman..baik akhlaknya.. bantulah kami mendidik anak kami agar menjadi pewaris para ulama dan nabi.. yang boleh menegakkan kebenaran agamaMu.. aamiin.. gembira memang gembira… tapi memang kene cari ilmu nak didik anak dan isteri ni.. kebetulan opis aku berhampiran dengan MPH.. balik nanti aku kene cari buku “tarbiatul aulad” mendidik anak mengikut Sunnah rasul saw. Sedikit sebyk ade ilmu nya… tapi aku perlu baca lagi.. dan hadiri seminar pengurusan anak isteri.. pengurusan rumahtangga.. ilmu itu sebenarnya sampai ke mati pun masanya tidak mencukupi untuk dicari.. Cuma yang penting bab asas fardhu ain tu dulu yang kene kukuh… skang aku dah masuk fasa baru.. iaitu.. stage menjadi ayah… menjadi suami.. dalam masa yang sama.. aku pun seorg anak.. dan juga satu individu yg perlu berbakti kpd masyarakat.. byk yg perlu dipelajari bagi menjadi mukmin sejati.. banyak hak-hak yg aku perlu penuhi.. amanah dan tanggungjawab… Ya Allah… berikanlah aku petunjuk dan hidayah dalam setiap perjalanan dan urusan kehidupan ini..tunjukilah aku yang benar itu baik dan yang buruk itu batil..sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan..Aamiin… semoga dengan kehadiran cahaya mata ini makin mendekatkan kami denganMu ya Allah. Makin membuka mata dan fikiran kami akan nikmat yang Engkau curahkan kepada kami..

 kasih abadi 1 kasih abadi 2

Sabtu, 19 Julai 2014

Pembangkit semangat..khas buat palestin, syria, mesir...


dont despair and never loose hope 
cause Allah always by your side,
Put your trust in Him,
Raise Your Hand and Pray,
In shaa Allah, you will find the way
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there
Allah, Ya Allah
Guide us all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let us go astray ’causeweneed you
By our side, We wish to be close
Close to You throughout our life