Rabu, 23 Oktober 2013

Bicara kehidupan 3 - mudah meredhai jika....

seringkali manusia sebut dan seru...redha la dengan ape jua takdir dari Allah...redha jela dengan perbuatannya. bagaimana mendidik diri supaya redha...redha itu sangat tinggi maqamnya...untuk sampai ke tahap redha ini seseorang itu perlu:

1. sudah pasti dalam keadaan tenang dan dalam diri sudah bersedia untuk meredhai...situasi ini akan lebih memudahkan kita meredhai...sentiasa berdoa pada Allah untuk memiliki hati yang lembut... hati yang penuh redha kerana Allah..sebab Allah yang pegang hati setiap mahklukNya.

2. pergilah mencari bahan bacaan, ceramah, tafsir al-quran...hadis..mengenai redha...dalami maksud redha dari konteks islam..yakni..redha yang dituntut oleh Allah dan diseru oleh rasul..

3. muhasabah diri dengan sentiasa berdoa seperti:

-semoga Allah membuka mata hati ini untuk sentiasa nampak pada kesalahan diri ini... oleh itu ini sedikit sebanyak menutup mata dari asyik nampak kesalahan oleh...dan apabila sedar akan kelemahan ini..menimbulkan sikap suka bertoleransi dengan setiap kelemahan orang lain...dan mengeratkan hubungan...memupuk sikap mudah memohon maaf dan terus membunuh sikap ego dan bodoh sombong yang suka dipakai oleh syathonirrajim....

-semoga mata ini nampak, otak ini faham konsep dan hati ini sabar bahawa setiap ape yang berlaku itu samada ianya baik atau buruk...itu semua datangnya dari Allah walau dari mata kasarnya kita nampak ia berlaku melalui makhluk ciptaanNya...walhal pada hakikatnya..Allahlah yang mengizinkan dan menggerakkan itu semua untuk berlaku....

4. kunci paling kuat...lembutkan hati dengan...banyak bersujud pada Allah...banyak membaca ayat suci Allah...in shaa Allah...panggilan cinta dan kasih Allah itu pasti digapai...

wallahualam...


Bicara kehidupan 2 - bersedihlah jika....

bersedih hati lah apabila telinga lebih gemar mendengar hiburan dari mendengar bacaan ayat2 suci Al-Quran.

bersedih hati lah jika tiada gerak dari Allah untuk sentiasa mengingatiNya

bersedih hati lah apabila ade keupayaan tapi kedekut untuk banyakkan amalan ibadah

bersedih hati lah apabila banyak masa terluang tapi dihabiskan dengan sia-sia

dan paling menyedihkan di saat Allah kejutkan di sepertiga malam..kita lena kembali tanpa berbuat apa-apa...takut nanti tiada lagi panggilan dari Allah...ya nauzubillah...

semoga Allah bagi kemudahan dan hidayah untuk terus mendambakan kasih sayang..rindu terhadapNya..

Bicara kehidupan 1 - redha Allah itu terletak pada byk tempat

sebelum dapat kene usaha. bila dah dapat, itu rezki. Sebelum terjadi boleh berdoa.  bila dah terjadi, itu takdir. kene redha. Semoga setiap perbuatan dalam redha Allah. amin


Mardhatillah... carilah redha Allah.. redha Allah itu terletak pada banyak tempat.. dari ibubapa...suami-isteri....anak-beranak...sedara-mara...adik-beradik...seluruh masyarakat dan semua bende di dunia ini..tak kira manusia..haiwan...tumbuh-tumbuhan...jika kita mudah meredhai... maka kita juga mudah diredhai...

dan sememangnya maqam redha..maqam ikhlas..maqam sabar itu tersangat la tinggi untuk dicapai....walaubagaimanapun..selagi ade nyawa..selagi ade masa...selagi ade daya... sentiasala mendidik diri ke arah itu...nawaitu sudah ade...maka gerakkan dengan usaha....semua gerak hati ini adalah hidayah yang tak terkira dari Allah...

Rabu, 9 Oktober 2013

Slot: LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO: Muhasabah

udara di supply untuk bernafas adalah Allah yang punya. xpernah lewat Allah bagi oksigen kecuali dah sampai ajal. namun, bila azan, bererti Allah yang panggil untuk bertemu denganNya... kita lewat..walau Allah dah panggil.

suap makanan..juga Allah yang bagi.. tetap ade rezeki Allah bagi walau sesuap... bila azan...tanda Allah panggil...dah hujung waktu juga kita baru muncul..

pijak bumi.. Allah juga yang sediakan.. bila Allah panggil bersolat.. bertangguh-tangguh...

bila solat..doa macam-macam..nak doa makbul dalam waktu yang singkat... tapi..tiapkali Allah panggil...ape yg kita seringkali buat???..tepuk dada..Tanya diri...

Allahuakbar.. tak malu ker wahai makhluk?.. tak bersyukur lagi ker wahai makhluk...

wallahualam.. 

Slot: LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO: Hakikat pandangan mata


Perkongsian situasi ini saja aku nak ketengahkan sbb kadang2 kerana emosi sendiri kita hilang arah ape purpose kita kat bumi ni.

Kita seringkali rasa marah, tak puas hati dan seringkali Nampak salah orang lain daripada salah yang juga ade brpunca dari sikap kita sendiri yang mengundang perkara yg tak diingini berlaku.

Sebagai contoh, kita dilayan acuh tak acuh, kita dikasari, kita ditengking, barang hilang dan dirosakkan dan perlbagai lagi situasi dan keadaan. Bila keadaan begini mata kita akan tertumpu pada jasad/object yg kita Nampak depan kita dan akan memikirkan dan bereaksi dengan object itu mengikut emosi jika gagal menahan.

Disini, ade 2 keadaan yang kita tak sepatutnya buat. Pertama contohnya si B  marah dan tertekan dengan perbuatan si A. dan si A telah menengking si B kerana sesuatu perkara juga. Sekarang B telah mengambil tindakan salah dgn rasa salah dan tertekan dan A juga bersalah kerana perbuatan menengking itu sesungguhnya tak elok walau sememangnya si A bersalah.

Apabila berlaku sesuatu, tanpa sedari manusia akan menyalahkan manusia juga, tanpa sedar bahawa sesuatu itu berlaku tak kira baik atau buruk adalah dengan izin Allah. Sebagai contoh, perbuatan si A itu iaitu menengking si B adalah seizin Allah. Dan Si B sepatutnya tak perlu amik hati, marah dan tertekan ditengking jika faham concept bahawa si A td bersikap menengking adalah juga aturan dan keizinan dr Allah. Begitulah juga si A, si A xperlu menengking jika si B melakukan sesuatu yg membuatnya marah dan meradang. Kerana ape yang diperlakukan oleh si B itu juga adalah dengan keizinan Allah.

Dalam keadaan ini ape perkara utama yang perlu difikirkan oleh A dan B ialah, KENAPA ALLAH IZINKAN PERKARA ITU BERLAKU?  Nah disini adalah tempat yang mana kita perlu self check, muhasabah diri, sudah pasti ade pengajaran yang Allah mahu kita fahami dan ubah. Dan perkara ini sudah pasti takkan berlaku lagi jika kita mengambil jalan dengan melihat pada diri sendiri,, ape sikap kita yang menyebabkan Allah benarkan kita ditengking, dilayan acuh tak acuh, sentiasa berasa sedih dan tertekan dengan sesuatu.. saya berani kata 99% semua berpunca adalah dari diri sendiri… SABAR ITU INDAH, TAPI PAYAH JIKA KURANGNYA ILMU…SABAR ITU PAYAH..JIKA MEMILIH PERSEKITARAN YANG KURANGNYA ILMU… KEHIDUPAN ITU PASTI KURANG KESABARAN JIKA KURANGNYA ILMU….

Disini apebila semua mengambil tindakan self check…redha itu akan tinggi, kemaafan itu akan tinggi, keikhlasan itu akan tinggi, perhubungan bertambah erat dan keharmonian kuat bertaut…syaitan menangis.. dan Allah menanti di syurga Nya..

 

..wallahualam…

Khamis, 1 Ogos 2013

Beri peluang laksana undang-undang syariat Islam

Beri peluang laksana undang-undang syariat Islam
 
ULASAN Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.

Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah. 

Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di perkarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan:

a) Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam?

b) Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang diperolehi di pasaran serta tidak terkawal?

c) Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini?

Saya menyeru kepada semua pihak termasuk daripada PAS agar turut sama berganding bahu untuk membantu pihak polis dalam membanteras jenayah di negara ini menggunakan kapasiti kemampuan masing-masing. Mewujudkan persekitaran negara yang aman dan selamat merupakan agenda serta komitmen seluruh rakyat.

Saya juga menggesa agar saksi-saksi kejadian tidak gentar malah segera tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku. Malah, pihak kerajaan khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dapat mempertingkatkan usaha-usaha seperti sentiasa mengaktifkan keberadaan anggota-anggota polis di lokasi-lokasi panas, memperbaiki CCTV di kawasan awam dan memperkemaskan gerak kerja risikan agar sindiket jenayah dapat ditumpaskan.

Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013.

a) 1 April 2013 - Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong.

b) 26 April 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

c) 7 Mei 2013 - Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

d) 25 Mei 2013 - Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

e) 27 Mei 2013 - Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai.

f) 28 Mei 2013 - Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

g) 2 Jun 2013 - Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth.

h) 7 Julai 2013 - Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

i) 8 Julai 2013 - Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan.

j) 13 Julai 2013 - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown.

k) 17 Julai 2013 - Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah.

l) 24 Julai 2013 - Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

m) 26 Julai 2013 - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut.

n) 28 Julai 2013 - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

o) 29 Julai 2013 - Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu untuk menangani jenayah yang meningkat mendadak secara luar biasa, saya sekali lagi mahu mengulangi pendirian saya yang pernah saya lontar satu masa dulu betapa perlunya perlaksanaan undang-undang Syariat Islam dikuatkuasakan sebagai alternatif dari kegagalan teruk sistem yang ada pada hari ini.

Berilah peluang kepada Islam membuktikan keupayaan dan kemampuannya menangani dan membanteras jenayah yang semakin membarah. Islam pasti sahaja akan memastikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum dan bangsa tetutama insan tertinda dan mangsa jenayah serta Islam menurunkan berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang Maha Mencipta.

Pada masa yang sama, insya-Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun padang mengedarkan risalah untuk meniup kesedaran rakyat betapa perlunya "Bersama Perangi Jenayah" di pertengahan syawal selepas ummat Islam menyambut hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari sahaja lagi.

Institut Pemikiran Fadhil Noor (INFO) sebagai sebuah agensi di bawah lajnah Penerangan DPPM akan diaktifkan sebagai agen yang akan bekerjasama dengan pihak PDRM, menyampaikan kesedaran ini kepada masyarakat menerusi forum dan wacana awam "Bersama Perangi Jenayah" .

NASRUDIN HASSAN adalah ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ahli parlimen Temerloh.

Isnin, 29 Julai 2013

Senarai perbuatan yang derhaka kepada ibu bapa

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.


Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari. 
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :
“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :
“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.” 

Jadi disini, ingin saya menyenaraikan perbuatan atau perkara yang dikategorikan sebagai derhaka.agar kita tidak melakukan perkara2 dan perbuatan2 ini.

Perbuatan derhaka ialah seperti berikut:

1. anak-anak yang lupa daratan,
2. anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka
3. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.
4. Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya
5. anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka.
6. mementingkan diri sendiri.
7. mengeluarkan kata-kata yang kasar. Dari Ibnu ‘Amr, dari Nabi SAW bersabda : “Keridlaan ALLAH ada dalam keridlaan ayah bunda dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan mereka ” (HR. Thabarani) 
8. berkeras dan membentak-bentak, mengeluarkan kata "ah!" [QS. Al-Isra' (17): 23], walaupun ibubapa ade salahnya, tapi perbuatan ini derhaka, kerana perlu menegur secara berhemah
9. bakhil membiayai ibubapa sedapat mungkin yang boleh
10. Tidak melayani mereka dan berpaling darinya.
11. Tidak memberikan nafkah kepada orang tua bila mereka memerlukannya
12. Mengumpat kedua orang tuanya di depan orang banyak dan menyebut-nyebut kekurangannya.
13. Menajamkan tatapan mata kepada kedua orang tua ketika marah atau kesal kepada mereka berdua karena suatu hal.
14. Membuat kedua orang tua bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun sang anak berhak untuk melakukannya. Tapi ingat, hak kedua orang tua atas diri si anak lebih besar daripada hak si anak.
15. Malu mengakui kedua orang tuanya di hadapan orang banyak karena keadaan kedua orang tuanya yang miskin, berpenampilan kampungan, tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.
16. Tidak mau berdiri untuk menghormati orang tua dan mencium tangannya.
17. Duduk mendahului orang tuanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majelis di mana orang tuanya hadir di majelis itu. Ini sikap sombong dan takabur yang membuat orang tua terlecehkan dan marah.
18. berpergian tanpa restu ibu walau untuk ke arah kebaikan seperti menunaikan haji,
19. sikap tinggi hati adalah berkacak pinggang di hadapan ibubapa karena merasa dirinya lebih hebat 
20. memaki hamun
21menolak dirinya sebagai keturunan dari orang tuanya
22. menghina ibubapa
23. mengubah wasiat yang ditinggalkan ibu bapa
24. mengambil harta ibubapa tanpa hak
25. mendendami ibu bapa
26. berjihad tanpa izin
27. tidak mau mengurus ibubapa yang telah lanjut usia
28. melawan perintah
29. memasuki kamar ibubapa pada 3 waktu tanpa izin iaitu sblm subuh, menanggalkan pakaian pada tghari dan selepas isya'
30. tidak mendoakan ibubapa ketika solat


Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka. Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai.

rujukan dari:

http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/fikrah/sifat-anak-durhaka-terhadap-kedua-ibu-bapa/
http://7topranking.blogspot.com/2013/01/7-ciri-ciri-anak-durhaka.html
http://beralis.wordpress.com/2012/01/01/20-perilaku-durhaka-anak-terhadap-orang-tua/