Perkongsian situasi
ini saja aku nak ketengahkan sbb kadang2 kerana emosi sendiri kita hilang arah
ape purpose kita kat bumi ni.
Kita seringkali
rasa marah, tak puas hati dan seringkali Nampak salah orang lain daripada salah
yang juga ade brpunca dari sikap kita sendiri yang mengundang perkara yg tak
diingini berlaku.
Sebagai contoh,
kita dilayan acuh tak acuh, kita dikasari, kita ditengking, barang hilang dan
dirosakkan dan perlbagai lagi situasi dan keadaan. Bila keadaan begini mata
kita akan tertumpu pada jasad/object yg kita Nampak depan kita dan akan
memikirkan dan bereaksi dengan object itu mengikut emosi jika gagal menahan.
Disini, ade 2
keadaan yang kita tak sepatutnya buat. Pertama contohnya si B marah dan tertekan dengan perbuatan si A. dan
si A telah menengking si B kerana sesuatu perkara juga. Sekarang B telah
mengambil tindakan salah dgn rasa salah dan tertekan dan A juga bersalah kerana
perbuatan menengking itu sesungguhnya tak elok walau sememangnya si A bersalah.
Apabila berlaku
sesuatu, tanpa sedari manusia akan menyalahkan manusia juga, tanpa sedar bahawa
sesuatu itu berlaku tak kira baik atau buruk adalah dengan izin Allah. Sebagai contoh,
perbuatan si A itu iaitu menengking si B adalah seizin Allah. Dan Si B
sepatutnya tak perlu amik hati, marah dan tertekan ditengking jika faham
concept bahawa si A td bersikap menengking adalah juga aturan dan keizinan dr
Allah. Begitulah juga si A, si A xperlu menengking jika si B melakukan sesuatu
yg membuatnya marah dan meradang. Kerana ape yang diperlakukan oleh si B itu
juga adalah dengan keizinan Allah.
Dalam keadaan
ini ape perkara utama yang perlu difikirkan oleh A dan B ialah, KENAPA ALLAH
IZINKAN PERKARA ITU BERLAKU? Nah disini
adalah tempat yang mana kita perlu self check, muhasabah diri, sudah pasti ade
pengajaran yang Allah mahu kita fahami dan ubah. Dan perkara ini sudah pasti
takkan berlaku lagi jika kita mengambil jalan dengan melihat pada diri
sendiri,, ape sikap kita yang menyebabkan Allah benarkan kita ditengking,
dilayan acuh tak acuh, sentiasa berasa sedih dan tertekan dengan sesuatu.. saya
berani kata 99% semua berpunca adalah dari diri sendiri… SABAR ITU INDAH, TAPI
PAYAH JIKA KURANGNYA ILMU…SABAR ITU PAYAH..JIKA MEMILIH PERSEKITARAN YANG
KURANGNYA ILMU… KEHIDUPAN ITU PASTI KURANG KESABARAN JIKA KURANGNYA ILMU….
Disini apebila
semua mengambil tindakan self check…redha itu akan tinggi, kemaafan itu akan
tinggi, keikhlasan itu akan tinggi, perhubungan bertambah erat dan keharmonian
kuat bertaut…syaitan menangis.. dan Allah menanti di syurga Nya..
..wallahualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan