Selasa, 5 April 2016

Mandi pagi

kring.. kring.. alarm handphone berkumandang. 'Aishah terpisat-pisat sambil tangan menggagau mencari handphone utk mematikan alarm. sambil membuka mata yang berat, separuh je yang terbuka, ala-ala mata kucing garfield, 'aishah menelek, melihat jam. "oh sudah jam 4pg".. alarm dimatikan. 'Aishah kembali berbaringan. terasa berat untuk bangun, sambil mata terkebil-kebil merenung ke siling. entah ape yang difikirkan. kring..kring... tersentap 'Aishah. sudah 15 minit rupanya 'Aishah terkebil-kebil kerana bermula jam 4pg 'Aishah memang sengaja mengunci jap setiap 15minit. supaya dirinya akan bangun jgk. kalu x jam 4pg. mungkin 4.15pg, 4.30pg, 4.45pg dan sterusnya.

Akhirnya, 'Aishah bangun pada jam 4.15pg. kaifiat mandi pagi ni sudah dirasai dan dialami sendri oleh 'Aishah. cuma atas diri sendri je mampu istiqamah atau tidak dalam mandi jam 4pg ni. Aishah masih ingat pesanan nenek. kalu mau badan sihat, lambat tua, maka mandilah seawal jam 4 pg. kalu ade penyakit pun in shaa Allah boleh sembuh. sejak usia aku 22 aku sudah mula mandi seawal jam 4 pg tp tidaklah istiqamah. cuma bila "cuti" dan tak bersolat, mulalah aishah mula meliat nak bangun pagi sbb dh set xsolat subuh... huhu.. sedangkan, mandi pagi tu perlu xkira boleh solat atau sebaliknya. nenek pesan, semasa mandi niatkan supaya semua penyakit-penyakit yang ade di dlm badan keluar bersama seperti air yg mengalir pd badan. alhamdulillah, ape yang org tua bgtau sebagai petua itu byk kebenarannya. aku dh dpt rasakan kaifiat mandi pagi ni.

bila mandi pagi. hari itu akan bermula dengan penuh semangat. kulit akan berseri dan kelembapan kulit terjaga. minda akan cergas dan mudah untuk berfikir dan membuahkan perlbagai idea. badan terasa cergas. boleh menurunkan berat badan ke paras yang idol. kalu x menurunkan pun, akan me'maintankan berat badan, atleast xla naik. hikmah terbesar ialah dapat bertahajud dan beribadahlah bila bangun seawal jam 4 pg.

dapat baca al-quran sblm subuh, leh dpt syafaat. boleh buat bekpes, xyah beli atau makan kat luar. tidak terburu-buru kerana lewat. akan tenang dan emosi stabil dan ceria. jika rushing, ofcourse emosi mudah dan baran je kejenye.

jadi, hikmah bangun spertiga malam tu byk sgt. dpt beribadat. dapat menjaga kesihatan badan dan emosi. dapat menjaga aliran darah dgn mengurangkan makan diluar yg hukumnya makruh. nak atau x nak jer. sedangkan Allah dah jelaskan semua ini.

kring.. kring... alarm yg jam 4.30pg. alhamdulillah. ucap 'Aishah. harini dpt bgun awal. harapnya terus beristiqamah kerana Allah.


Wallahu'alam

The Pros and Cons of Questionnaires





Jumaat, 1 April 2016

salah satu sebab Allah bagi dugaan adalah untuk membentuk diri berdiam diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Dugaan sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia yang normal. Dugaan setiap orang berbeza-beza mengikut kemampuan individu seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Allah itu Maha Adil. Dugaan kebiasaannya berlaku secara berkala. tidak setiap masa. akan tetapi adakala berlaku secara bertimpa-timpa, bak kata pepatah melayu, ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". 

Walaubagaimanapun hendak atau tidak hendak, selagi masih bernafas, kehidupan seharian tetap mesti dijalankan. Dijalankan dengan menempuhi pelbagai jenis dugaan. Dugaan tidak hanya merujuk kepada keadaan kesusahan tetapi kegembiraan juga adalah sebuah dugaan. Allah telahpun menyatakan dalam Al-Quran, bahasa dunia ini ialah pentas ujian dalam surah Al-Ankabut ayat 2.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

 Dugaan itulah yang dinamakan ujian buat manusia. Manusia akan di uji dengan pelbagai dugaan bagi melihat tahap keimanan seseorg manusia itu. ujian ini bagi melihat tahap taqwa, ikhlas, redha, sabar, ihsan dan pelbagai lagi aspek dlm diri seseorg dlm menjadi khalifah di muka bumi ini yg menanggung pelbagai amanah dan tanggungjawab. yang mane semua itu perlu dijalankan hanya kerana beribadah dan menyembah Allah bagi meraih redha Allah.

Salah satu anggota pada manusia yang perlu dijaga ialah lidah dan mulut. Lidah dan mulut inilah anggota yang seringkali kita tidak sedari selalu membuat perkara yang menzalimi orang lain. jadi kealpaan kita dalam menjaga mulut dan lidah inilah yang menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. seperti yang disebut oleh nabi yunus ketika baginda bertaubat dalam surah al-anbiya' ayat 87.

dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

perbuatan kita sebagai manusia yang seringkali alpa lah yang selalu menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. dan bagi menunjukkan kasih sayang NYa pada manusia, Allah turunkan pelbagai jenis dugaan agar kita merenungi. berdiam diri untuk muhasabah kembali atas setiap perbuatan kita yang telah dilakukan. inilah peluang keemasan setiap orang untuk bertaubat dan meminta keampunan dan menebus kembali dosa yang telah dilakukan.

salah satu sikap dan sifat yang dimiliki pada seseorang yang ditimpakan dugaan yang berupa kesedihan, kehilangan, kesempitan ialah kebiasaannya akan lebih banyak mendiamkan diri. Nah, bukankah itulah ajaran yang Allah mahu kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata2, kerana mungkin kata2 dari mulut dan lidah kitalah yang menambahkan titik titik hitam dihati kita. konsep dan hikmah sesuatu dugaan itu perlulah ditangani secara optimis pada takdir Allah. kerana setiap takdir untuk kehidupan seseorang itu telahpun tertulis di lauh mahfuz. 

terimalah dan pandanglah sesuatu dugaan itu adalah salah satu sebab dan teguran dari Allah untuk membentuk diri kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata jika berkata-kata itu tiada manfaatnya. seperti dalam hadis. 

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, 
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam       
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat          
at-Tirmizi)   

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)    
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat 
at-Tirmizi)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari 
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau    
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


salah satu aspek yang perlu dilihat tatkala ditimpa dugaan ialah bersyukur, kerana itulah petunjuk dari Allah agar memperbaiki diri dalam menggunakan anggota lidah dan mulut. terkadang kita tidak sedar, kata2 kita itu berunsur rasa angkuh, sombong, dan takabbur. maka perbaikilah dan renungilah perangai dan kata2 dalam pertuturan kita harian.


Wallahu'alam, 

Khamis, 24 Mac 2016

RAHMAT DARI ALLAH

Merenung ke awan. Langit biru disulami awan yang mendung dipenuhi air, ibarat menunggu masa untuk tumpah. Terasa ralat dalam jiwa. Sayu sedih. Kenapa? Entah..

‘Aishah berteleku lama di sejadah. Mendongak ke arah langit menerusi jendela. Entah kenapa hari ini terasa berlainan. sudah begitu lama ‘Aishah tidak merenung ke langit dan berasa seperti ini. Tanpa disedari air mata menitis lesu. Tersentuhnye hati ini di hari ini. Tapi ia titisan air mata ketenangan, kegembiraan. Terasa dekatnya cinta ini kepada Allah. Bukan selalu dapat dirasai nikmatnya berasa sebegini. Sememangnya memohon dengan Allah untuk setiap detik inginkan perasaan sebegini. Tapi, kebiasaannya xselalu ia berlaku. 2-3 bulan sekali ia datang. Sesungguhnya, saban hari ‘Aishah menanti, merindui detik sebegini. Alhamdulillah akhirnya ia datang jua.

‘Aishah Mengira2 jari jemarinya dan berfikir serta bermuhasabah diri. Sudah lewat usia ini jika ingin menjadi seorang hafizah, dan memiliki ilmu2 fardu ain yang lebih mantap asasnya seperti ahli2 agama yg mengaji alquran dan Sunnah sejak dari kecil lagi.  Al-Quran dan hadis2 sudah menjadi darah daging mereka. Betapa beruntungnya mereka. Dan juga pelbagai lagi ilmu dalam menjalani kehidupan dalam syariat yang Allah telah tetapkan yang perlu didalami. Bagaimana hendak mengikut landasan Allah jika ilmu Allah itu tiada di dada? Pernah satu ketika ade seorang ustaz berpesan bahawa usia itu jgn dijadikan alasan utk tidak berjihad menimba ilmu dan hadkan kekurangan keupayaan diri dlm menimba ilmu kerana usia yg sudah banyak. Setiap detik dan saat itu berharga. Kata2 ustaz itu aku jadikan semangat pembakar diri bagi aku menutup lompang ilmu didada yang membawa kepada kehidupan yang tersasar dari syariat Allah, hidup di dalam kejahilan. Cukupla zaman gelap itu aku jadikan sempadan dan pengalaman dalam hidup mendatang.

Seronok aku melihat, para ilmuan agama, setiap perkara diketahui hukumnya dengan nas nya sekali. Nas itu mengukuhkan lagi iman dan hati. Bait2 alquran dpt difahami dan diaplikasi dlm kehidupan seharian diperkukuhkan lagi dgn hadis2 daripada Rasulullah saw. Betapa inginnya aku menjadi sebegitu? Masih berpeluangkah aku? Setiap perjalanan hidup ini sudah ade tertulis boleh atau tidaknya di dalam alquran dan hadis2, tapi akulah yang buta dan tidak sedar kepentingan ilmu itu untuk di dalami. Adab2 sopan dan lengkap semua sekali ilmu itu telah pun di sebut oleh Allah, Cuma aku sahaja yang tidak mendalami erti bait2 alquran dan hadis2 itu.

Keinginan tanpa usaha hanya seperti angan2 mat jenin. Keinginan itu perlu direalisasikan dengan tindakan dan azam yang kuat. Itulah perkara yang setiap org mukmin dan org bertaqwa perlu miliki. Allah telah menyediakan pelbagai kenikmatan di dunia ini buat manusia. Jadi sudah sememangnya manusia itu patut menghambakan diri kepada Allah iaitu Tuhan Pencipta manusia sbgai tanda bersyukur manusia atas setiap kurniaan Allah..

Hidup itu adalah sebuah perjalanan. Sebuah perjalanan yang mengajar seribu bagai pengalaman dalam sesebuah kehidupan. Yang pasti matlamat kehidupan dan perjalanan itu bagi setiap orang adalah sama iaitu menjadi khalifah di muka bumi, menyembah Allah untuk mendapat redha daripadaNya dan melunaskan semua jenis amanah yang telah Allah perintahkan. Apabila perjalanan itu telah menyimpang, maka buruklah akibatnya. Bercepatlah pulang ke persimpangan yang betul.