Isnin, 23 Disember 2013

BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE - Note 1

NOTA 1 - PENGENALAN KEPADA AL-QURAN DAN ILMU TAJWID


1. Apakah itu Al-Quran?

Perkataan Al-Quran itu berasal dari bahasa arab iaitu Qur'an yang bermaksud "bacaan".


2. Definisi Al-Quran itu ialah:

 Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu'jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan membacanya adalah ibadah.


3. Apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Tajwid?

 Perkataan "tajwid" dari segi bahasa bermaksud mengelokkan atau mencantikkan.

Perkataan "tajwid" dari segi istilah bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul.


 4. Apakah hukum belajar Ilmu Tajwid?

 Hukum belajar ilmu tajwid ialah Fardu Kifayah.


5. Apakah hukum baca Al-Quran?

Hukum membaca Al-Quran adalah wajib.


6. Apakah Hukum membaca Al-Quran bertajwid?

 Hukum membaca Al-Quran bertajwid ialah wajib, iaitu fardu 'ain.



Wallahualam.

Khamis, 12 Disember 2013

Ya Allah, Lindungi aku daripada api neraka. Amin.


Seringkali setiap kali selepas solat, inilah zikir yang kita amalkan. kebiasaannya selepas subuh dan maghrib, zikir ini akan dibaca berulangkali sebyk 7x manakala di waktu zuhur, asar dan isyak zikir ini di ulang sebanyak 3x. setiap bait2 zikir itu perlu difahami dan dihayati sebagaimana seorang kekasih membaca puisi kepada pasangannya..begitulah sepatutnya kesungguhan makhluk Allah itu perlu dalam berinteraksi dengan Allah melalui solat dan zikir... wallahualam...

Selasa, 10 Disember 2013

Slot: LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO: Disebalik sesuatu kejadian



Pada 2 disember 2013, sepanjang perjalanan aku ke kl dr temerloh Pahang,hujan, dan awan memang gelap. Sudah terdetik rasa tak sedap dalam hati. Teringat pada nenekku yang tinggal dengan makcikku di kuantan. Setibanya di kl, aku cuba menelefon nenekku, tapi tak dapat. 

Habit kebiasaanku akan check email dan berita online. Tiada ape yang ku lihat, Cuma ade kawasan tertentu sudah pun banjir. Jauh dalam sudut hati, rasa tak sedap pada nenek aku. Walau kawasan mak sedaraku itu x banjir kebiasaannya. Sememangnya terasa nak pegi kuantan ambil nenekku. Tetapi memandangkan aku tiada rumah..ke mana harusku bawa…tinggal bersamaku dihostelkah?

3 disember 2013, berderau darahku melihat situasi di Bandar kuantan…,macam2 berita.. Bandar kuantan lumpuh…50% dinaiki air.. bekalan elektrik terputus…bekalan air terputus..36k telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.. hatiku mula berkelabut… nenek aku…itu aje yg berlegar dalam fikiran aku… aku dial nenekku, aku dial makcikku pakcikku..semua xdapat… kalu dapat pun tidak berjawab panggilanku.. makin resah aku dibuatnye… 

Wasssup sana sini..jalan tutup… buntu?.. ke mana harusku cari jalan utk mndptkan nenekku…internet..check…sah,,area taman makcikku pun sudah dinaiki air.. 3 hb, 4hb, 5hb…akhirnya makcikku jawab… “kak  kene pindah ke pusat pemindahan di centre…tooooottt….. putus…”… call lagi dh xdpt.. 5hb.. kenderaan berat dan 4 wheel dah boleh lalu…aku hanya ade memiliki kereta.. dalam fikiran hanya fikirkan cara untuk pegi mengambil nenekku…

Akhirnya..baru aku sedar..selama ini aku duduk dalam khayalan hidupku sebagai sudent dan manusia yg suka buat hal sendiri..tak kisah bencana yang org hadapi…hanya sekadar mengucap simpati dalam jiwa dan mulut tp xpernah ade usaha utk membantu mangsa di tempat kejadian..bila dah terkena pada keluarga sendiri…baru terbuka mata akan kedaifan diri ini…akhirnya aku menghubungi NGO dan meminta menjadi sukarelawan…hajat ingin ke tempat nenek…walaubagaimanapun..dalam jiwa memujuk supaya mata dan fikiran ini memandang sesuatu yg menambah keinsafan diri..

Pada 6-8disember..alhamdulillah aku dpat menyertai NGO ke kuantan.. distribute makanan dan membantu mencuci rumah mangsa banjir.. 

Setibanya di tol gambang dan kawasan sekitar taman tas, paya besar, sungai isap, bukit rangin, dan sekitarnya, sayu rasa hati.. pokok tumbang, kereta bergelimpangan, dan keadaan rumah yang seperti lepas berlaku “tsunami”.. aku beristighfar.. inilah kekuasaaan Allah..Dia boleh memberi dan mengambil hanya dengan sekelip mata.. aku bersyukur Alllah membuka pintu hati untuk menyertai sukarelawan ini..banyak keinsafan dalam diri…

Rumah selesa, harta bende banyak, dicari dengan usia bertahun-tahun.. ranap sekelip mata dengan jilatan air bah yang diizinkan Allah.. kini ade yang merasa “sekelip” kesusahan orang yang miskin.. tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air, terputus bekalan makanan, handphone yang tidak boleh digunakan, sehelai sepinggang…tidur di atas lantai… digigit nyamuk..tanpa aircond…kesejukan dengan baju yg basah..baju tanpa gantian… dan kini ade yang merasa bagaimana orang yang biasa mengalami banjir pda yang tak dijangka akan di ampuhi banjir….Allahuakbar.. 

Terpana aku melihat semua kerosakan…tiaada ape yang tinggal..almari..katil.tilam..carpet..kereta..barangan elektrik…semua rosak… harta yang dikumpul bertahun lamanya…memakan keringat… memandang kepada wajah2 mangsa banjir..terutama warga emas…terasa sayu dan sedih… sungguh simpati hati ini.. 

Tersangat bersyukurnya aku dengan nikmatMu ini ya Allah..semoga aku tidak buta dengan duniawi ini sehingga begitu banyak masa untukMu ya Allah tercuri dalam diam tanpa sedar… ini semua pinjaman dariMu.. semoga semua ummat mengambil iktibar disebalik sesuatu kejadian…disitu terhimpunnya peluang untuk membuat pahala dengan membantu saudara sesame islam, disitu terdapat iktibar yang perlu diselami dan diambil sebagai pengajaran dan keinsafan diri…

..wallahualam…

Sabtu, 23 November 2013

TAWARAN UNTUK BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE

Saya (Atikah), secara sukarela, ingin mengajar Al-Quran secara FREE, terutama Muqaddam dan hukum-hukum asas Tajwid. Mengenal huruf, baris, makhraj dan tajwid. Terbuka kepada semua golongan, PREFERABLE, PEREMPUAN. Tiada sijil disediakan, tawaran dibuka pada yang berhajat mendalami ilmu Al-Quran demi melaksanakan ibadah kepada Allah. Saya menawarkan ini adalah bersandarkan kepada hadis berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nisai dan Ibnu Majah) 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari)


Berminat? Boleh menghubungi saya menerusi email: atikahrazali@gmail.com.