Pada 2 disember
2013, sepanjang perjalanan aku ke kl dr temerloh Pahang,hujan, dan awan memang
gelap. Sudah terdetik rasa tak sedap dalam hati. Teringat pada nenekku yang
tinggal dengan makcikku di kuantan. Setibanya di kl, aku cuba menelefon
nenekku, tapi tak dapat.
Habit kebiasaanku
akan check email dan berita online. Tiada ape yang ku lihat, Cuma ade kawasan
tertentu sudah pun banjir. Jauh dalam sudut hati, rasa tak sedap pada nenek
aku. Walau kawasan mak sedaraku itu x banjir kebiasaannya. Sememangnya terasa
nak pegi kuantan ambil nenekku. Tetapi memandangkan aku tiada rumah..ke mana
harusku bawa…tinggal bersamaku dihostelkah?
3 disember 2013,
berderau darahku melihat situasi di Bandar kuantan…,macam2 berita.. Bandar kuantan
lumpuh…50% dinaiki air.. bekalan elektrik terputus…bekalan air terputus..36k
telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.. hatiku mula berkelabut…
nenek aku…itu aje yg berlegar dalam fikiran aku… aku dial nenekku, aku dial
makcikku pakcikku..semua xdapat… kalu dapat pun tidak berjawab panggilanku..
makin resah aku dibuatnye…
Wasssup sana
sini..jalan tutup… buntu?.. ke mana harusku cari jalan utk mndptkan nenekku…internet..check…sah,,area
taman makcikku pun sudah dinaiki air.. 3 hb, 4hb, 5hb…akhirnya makcikku jawab… “kak kene pindah ke pusat pemindahan di centre…tooooottt…..
putus…”… call lagi dh xdpt.. 5hb.. kenderaan berat dan 4 wheel dah boleh lalu…aku
hanya ade memiliki kereta.. dalam fikiran hanya fikirkan cara untuk pegi
mengambil nenekku…
Akhirnya..baru
aku sedar..selama ini aku duduk dalam khayalan hidupku sebagai sudent dan
manusia yg suka buat hal sendiri..tak kisah bencana yang org hadapi…hanya
sekadar mengucap simpati dalam jiwa dan mulut tp xpernah ade usaha utk membantu
mangsa di tempat kejadian..bila dah terkena pada keluarga sendiri…baru terbuka
mata akan kedaifan diri ini…akhirnya aku menghubungi NGO dan meminta menjadi
sukarelawan…hajat ingin ke tempat nenek…walaubagaimanapun..dalam jiwa memujuk
supaya mata dan fikiran ini memandang sesuatu yg menambah keinsafan diri..
Pada 6-8disember..alhamdulillah
aku dpat menyertai NGO ke kuantan.. distribute makanan dan membantu mencuci
rumah mangsa banjir..
Setibanya di tol
gambang dan kawasan sekitar taman tas, paya besar, sungai isap, bukit rangin,
dan sekitarnya, sayu rasa hati.. pokok tumbang, kereta bergelimpangan, dan
keadaan rumah yang seperti lepas berlaku “tsunami”.. aku beristighfar.. inilah
kekuasaaan Allah..Dia boleh memberi dan mengambil hanya dengan sekelip mata..
aku bersyukur Alllah membuka pintu hati untuk menyertai sukarelawan ini..banyak
keinsafan dalam diri…
Rumah selesa, harta
bende banyak, dicari dengan usia bertahun-tahun.. ranap sekelip mata dengan
jilatan air bah yang diizinkan Allah.. kini ade yang merasa “sekelip” kesusahan
orang yang miskin.. tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air, terputus bekalan
makanan, handphone yang tidak boleh digunakan, sehelai sepinggang…tidur di atas
lantai… digigit nyamuk..tanpa aircond…kesejukan dengan baju yg basah..baju
tanpa gantian… dan kini ade yang merasa bagaimana orang yang biasa mengalami
banjir pda yang tak dijangka akan di ampuhi banjir….Allahuakbar..
Terpana aku
melihat semua kerosakan…tiaada ape yang
tinggal..almari..katil.tilam..carpet..kereta..barangan elektrik…semua rosak…
harta yang dikumpul bertahun lamanya…memakan keringat… memandang kepada wajah2
mangsa banjir..terutama warga emas…terasa sayu dan sedih… sungguh simpati hati
ini..
Tersangat bersyukurnya
aku dengan nikmatMu ini ya Allah..semoga aku tidak buta dengan duniawi ini
sehingga begitu banyak masa untukMu ya Allah tercuri dalam diam tanpa sedar…
ini semua pinjaman dariMu.. semoga semua ummat mengambil iktibar disebalik
sesuatu kejadian…disitu terhimpunnya peluang untuk membuat pahala dengan
membantu saudara sesame islam, disitu terdapat iktibar yang perlu diselami dan
diambil sebagai pengajaran dan keinsafan diri…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan