Ahad, 31 Julai 2016

Roti Hangit

Seorang anak menceritakan:

Sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. ibuku meletakkan di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya. ayahku menghulurkan tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari tiu. aku sudah lupa ape jawapanku kpdnye. tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa. 

saat aku bangun meninggalkan meja makan aku dengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnye td. dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohonan maaf ibuku:

"sayang, jangan risau tentang itu, memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ade rasa hangit sedikit."

ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. aku bertanya, "betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit?"

ayahku merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

"anakku harini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih. lagipun roti yang dibakar lebih daripada biasa, wa hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kpd kematian.hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ade orang yang sempurna tanpa aib. kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. itu antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh. jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. berilah keuzuran kepada orang lain. abaikan perkara-perkara remeh. asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. sebab itulah pokok ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnyer. begitulah perumpamaan seseorg yg selalu terdedah kepada kritikan pedas dia akan menjadi manusia negatif. hargailah kebaikan orang sekelilingmu dan langkauilah kesilapan mereka.percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. bukankah itu juga menunjukkan akhlak yang baik."


***cerita ini di C&P dari wassup grup.

banyak iktibar boleh di ambil daripada kisah roti hangit ni.

-contoh suami yang baik dalam melayani isteri
-contoh yang baik seorang ayah yang mendidik anaknya
-tarbiyah yang terbaik buat bekalan dan didikan anak2 bagi melahirkan anak yang soleh dan solehah
-kesedaran dalam menghargai pengorbanan seorg isteri dan juga seorang ibu
-memahami setiap orang memiliki kekurangn dan keaiban, yang mana perlu bertoleransi dalam menerimanya


ma syaa Allah. semoga ia bermanfaat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan