Jam menunjukkan 8.30pagi. perut berkeroncong. Terus aishah
menuju ke cafeteria mencari makanan untuk bersarapan. Faveret aishah nasi goreng
dengan kopi o panas. Sedang aishah bersarapan keseorangan. Tetiba telinga aishah
ni cepat tertangkap lagu berkumandang., sayup daripada dapur cafeteria tu tapi aishah
masih dapat dengar lagi bait2 lirik dan dendangan music lagu tu. Aishah diam
dan terfikir sejenak, teringat akan dirinya yang dahulu. Dalam tak sedar, jauh
dalam hati aishah terbit rasa takut pada dirinya sendri. Aishah berepilog
sendirian, ini lah dia ranjau dalam perubahan yang perlu aku alami.
Pada mulanya
aishah hanya berfikir, patutlah makruh makan diluar, makanan yang disajikan
bukan sahaja xtau dari segi kebersihannya macam mana, bahkan gelombang yang di
alunkan pada makanan juga memberi faktor kepada berkatnya sesuatu makanan. Setelah
dua tiga suap makanan sambil memasang telinga mendengar lagu yang didendangkan,
aishah mula rasa gundah pada diri. Gundah kerana, dahulu itulah jenis hiburan
yang sangat diminati dan sememangnya lagu itu dahulu memang mainan di mulut, siap
hafal semua lirik lagu. Sedangkan, lebih baik hafal alquran!.. aishah tunduk terkesima..
merenung nasi dan air kopi yang dibeli dengan hajat untuk bersarapan.
Aishah semakin resah. Resah takut
diulit semula dengan habit yang lama iaitu suka menghabiskan masa dengan
mendengar hiburan dan menghabiskan duit membeli koleksi lagu2 yang diminati. Makin
resah lagi aishah menanti sahabatnya yg xkunjung tiba lagi. Aishah berharap suapaya
dia sampai cepat supaya telinganya ni x di ulit lebih lama dengan lagu2 itu. Aishah
bimbang kerana dia masih ade minat dan suka mendengar melodi itu. Sedangkan itulah
faktor utama yang buat dia leka dan lalai. Lagipun ia bukan makanan rohani yang
baik.
Makin lama mula otak aishah secara
separa sengaja dapat mengimbas kembali lirik yang telah bertahun dilupakan..
makin lama, mulut ini mula mengikut bait2 lirik yang didendang.. aishah mula
terasa seronok mengikuti melodi lagu itu. Ade 3 buah lagu yang sempat
didendangkan, xlama kemudian kawan yang dinanti nantikan akhirnya tiba. Alhamdulillah,
ucap aishah dengan rasa sangat gembira walau dalam jiwa ade rasa gusar dengan
sifat diri yang masih belum dapat membuang minat dengan perkara2 yang lagho.. Astaghfirullah.. itulah ucapan dari
hati aishah sambil memandang kea rah sahabatnye yang tengah membeli makanan. Aishah
berepilog pada dirinya, aku masih ingat rupanya lirik lagutu bahkan aku
masih senang dan suka bunyi melodi itu.. serius.. aku sgt takut.. kerana
kadangkala aku memang terlalu kepingin mendengar melodi2 itu lagi..
Alhamdulillah.. makan tahun juga aku asuh diri untuk mengurangkan mendengar
music dan berubah kepada alunan zikir dan ayat2 suci alquran.. inilah ranjau yang
aku alami dalam membawa perubahan dalam hidupku.
Dalam berfikir, sedar tak sedar,
dah kosong rupanya isi pinggan aishah. Hanya kopi o panas je yang tak berusik
lagi, sebab panas sangat untuk diminum. “Assalamu’alaikum”.. Taf memberi
memberi salam pada aishah sambil terus duduk. “wa’alaikumussalam”, jawab
aishah. Memandang Taf, aishah rasa bersyukur dapat seorang kawan sepertinya. Mengamati susur kehidupan Taf, membuka mata
aishah dalam mencorak sesebuah kehidupan itu. Susur kehidupan Taf berbeza
dengan aishah. Taf bermula dengan sekolah agama tapi aishah bermula dengan
sekolah menengah kebangsaan. Walaupun terdapat juga KAFA dan pendidikan islam,
tetapi ilmunya itu tak sedalam ilmu yang dipelajari oleh pelajar yang
bersekolah di sekolah pondok, sekolah agama rakyat. Aishah seringkali
memberitahu Taf bahawa dia sangat beruntung dapat menceburkan diri dalam bidang
mengangkat martabat Bahasa Arab. Perkara itu selalu buat Taf memulakan sesi
ceramahan pada Aishah. Seronok mendengar bual bicara orang yang tau banyak
perihal agama ni, mesti ade je solusi dan jawapan pada setiap persoalan dan
situasi dan mesti ade diselangseli dengan hadis dan ayat alquran. “hmm….Kehidupan
yang lepas tak boleh diundur, tapi ia boleh dijadikan sempadan bagi mendidik
anak di masa mendatang”, cakap aishah pada dirinya dengan nada yang perlahan,
tapi masih dapat didengari oleh Taf. “kenapa cakap macam tu aishah?”.. tetiba
Taf bertanya.. aishah melongo memandang Taf sambil dalam kepala mencari alasan
untuk ubah topik perbualan… “dah kenapa pulak pandang aku macam tu.. tutup
mulut tu, kang terobang dik lalat”… seloroh Taf. Dalam 30 minit aishah dan Taf
berjalan pulang ke bilik hostel masing2. Dalam perjalanan, Taf bertanya pada
aishah, “aishah kenapa kau pakai tudung ni?”.. “kenapanya dengan tudung ni?”
tanya aku pada Taf. Aishah melihat pada tudungnya, rasanya dah labuh dah. Dah tutup
dah ape yang perlu ditutup. Dah banyak kali aishah perasan yang Taf selalu
bertanya akan soalan itu. Tapi akhirnya persoalan itu lenyap begitu sahaja..
Aishah dan Taf jalan beriringan,
dua2 diam. Aishah menarik tangan Taf cuba melambatkan untuk sampai ke destinasi
masing2. “dh byk kali ko tanya pasal tudung aku ni, arini aku nak ko bagi lah
ape pun jenis jawapan, pasai apa dengan tudung aku ni, apa yang tak kenenye?”
kali ni aishah nekad nak tau akan persoalan si Taf ni. Aishah tgk Taf terus
juga berjalan. Tak de cara lain, aishah terpaksa kejar dan jalan beriringan
kembali. “hmm..” Taf bersuara sambil berfikir.. “tudung yang ko pakai tu Nampak
leher”. Pendek je kata2 Taf tu tapi penuh makna dan jalan pertolongan untuk aku
mengubah diriku kea rah yang lebih baik iaitu mencari redho Allah dengan
menutup aurat mengikut syariat yang Allah dah suruh. Jika dilihat dari labuh
dan tak ketat, memang dah lulus dah tudung aishah, tapi aishah tak perasan
dengan satu faktor lagi iaitu faktor jarang. “ooo… jarang ek..” kata aishah
pendek. Inilah salah satu bende lagi yang buat aishah suka sangat bersahabat
dengan Taf ni. Dia cakap semua yang xbetul yang aku buat yang aku perlu ubah
epilog aishah dalam hati sambil bersalam dengan Taf dan masing2 berpisah menuju
ke bilik hostel masing2. Terimakasih ya Allah kurniakan aku ketemu sahabat
ini, kau berikan dia barokah dalam kehidupannya, doa aishah buat sahabat
dan rasa bersyukur pada Allah.
Berjalan sesorang pulang ke
bilik, teringat semula aishah akan pakaiannya yang dahulu. Kalu Taf
mengenalinya dalam versi pakaian yang dulu sudah pasti Taf xmau bersahabat
dengannya. Teringat akan dirinya 10 tahundahulu, aishah selalu merasakan malu
untuk berpakaian seperti sekarang. Apatah lagi dalam himpunan kawan yang rata2
memakai pakaian seksi dan up todate. Kalu dalam bidang aishah, boleh dikira je
bape orang pelajar yang “geng2 tudung labuh”, rata2 tudung bawal dan seluar
jeans. Pandangan aishah dan kebanyakan rakan2 pada “geng tudung labuh” ni
adalah ketinggalan dan orang yang berfikiran tertutup dan tak open minded. Itulah
fikiran aishah 10 tahun yang lalu. Sedangkan, inilah sebaik2 pakaian dalam
memenuhi syariat islam. Kenapa perlu rasa malu. Kadang2 dalam perubahan style
pakaian tu, aishah masih ade lagi rasa malu untuk berdamping dengan kawan2 lama
yang semuanya pakaiannya up to date.
Walau bagaimanapun itu semua
aishah perlu lalui demi mencari redho Allah. Bukan untuk sajian mata2 manusia2
yg terlalu dimomokkan dengan dunia fashion.
Itulah ranjau dalam sesuatu perubahan…
tanpa ilmu perubahan itu sukar untuk mencapai targetnye.. berubahla dari segi
sudut fikiran dan pandangan.. bukan untuk self satisfaction, tapi demi mencari
redho Allah.. demi mendidik ummah mendatang menjadi pewaris yang tinggi
akhlaknya, hidup dalam syariat Allah dan kukuh iman didada…
Bila
ingin berubah dan bertaubat, lakukanlah cepat, jangan bertangguh, kerana MATI
itu tiada tahu bila akan tiba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan