Seringkali setiap kali melakukan sesuatu diingatkan
dengan keikhlasan. Memberi, melakukan sesuatu dengan keikhlasan…dan erti
keikhlasan itu ialah melakukan sesuatu KEBAIKAN tanpa menginginkan sesuatu
balasan dari segi pemberian maupun pujian apatah lagi celaan. Fitrah manusia
sememangnya suka dipuji dan menerima sesuatu. Jadi adalah menjadi penggalak
jika kita menerima sesuatu dari seseorg untuk mengucapkan terimakasih, yakni
mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan penghargaan pada usahanya itu. Keadaan ini
akan memelihara perasaan ikhlas dalam hati si pemberi. Dan in shaa Allah kita
dikelilingi oleh orang saling jaga dan memelihara keikhlasan masing2. Inilah kehidupan
yang harmoni..
Bagaimana kita nak check maqam
ikhlas kita? Nak tau yang hati ni betul2 ikhlas ke tidak… maka jika melakukan
sesuatu perkara.. atau memberikan sesuatu untuk kebaikan..jika ada dlm hati dan
fikiran itu terdetik menginginkan pujian.. maka ikhlas itu belumla yg
sebenar-benar ikhlas yang disarankan.. bahkan keadaan akan semakin rumit jika
berasa kecewa kerana tidak dipuji dan tidak disebut2kan akan kebaikan yang
dilakukan.. nauzubillah.. mohon dari Allah.. agar diri dijauhi keinginan untuk
disanjung melalui kebaikan yang dilakukan..takut2 ia menongkat diri atas rasa
riak…nauzubillah…
Ade juga situasi di mana, seperti
nabi Muhammad saw. Memberi dan berdakwah.. semua kebaikan baginda dibalas
dengan tuba oleh orang kafir quraisy..dilempar dengan kata2 nista..dilempar
dengan batu sehingga luka.. penerimaan baginda adalah dengan wajah tersenyum..
sabar.. tanpa ade sebarang kata ungkitan dan kekesalan di atas pemberiannya
walau dibalas dengan sebegitu buruk.. tahap ikhlas inilah yang dicari… maka..
dari penghayatan perilaku kita.. kita sendiri sudah tau tahap keikhlasan kita…
self check.. mane yang kurang..maka
Allah ade sebgai tempat untuk meminta,,, sesungguhnya keikhlasan itu akan
semakin matang dengan banyaknya ilmu mengenai IKHLAS..maka untuk meniti ke
maqam ikhlas seperti nabi bacalah perihal ikhlas..cari kupasan dalam hadis dan
ayat2 suci kalam Allah mengenai ikhlas.. sikap ikhlas para nabi dan anbiya2..
dekati orang alim ulama dan perhatikan bagaimana keikhlasan mereka..in shaa
Allah..akan terbentuk dlm diri kita maqam ikhlas itu…
Tingkatan maqam ikhlas
Memberi tapi jauh dalam hati
mengharapkan pujian dan balasan pemberian
Memberi dan tiada mengharapkan pujian dan pembalasan pemberian tetapi berasa kesal dan mengungkit jika pemberian diterima dengan celaan atau pemberian tidak dihargai
Memberi dan tiada mengharapkan pujian dan pembalasan pemberian bahkan rasa gembira dapat membuat kebaikan dan tiada berasa kesal dan mengungkit jika pemberian diterima dengan celaan bahkan menerimanya dengan tenang bahawa itula adalah kasih dan saying dari Allah agar memperbaiki lagi tahap keikhlasan dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan