Dalam keadaan yang merunsing... seringkali aku memohon Allah petunjuk...seringkali aku memintak agar Allah tidak melupakan aku atau meninggalkan aku mengemudi di bahtera dunia ini walau sedetik atau sekelumit waktu pun.
jiwa tidak tenang. hati tidak tenang.. selalu terjadi apebila masalah dan dugaan tiba. terutama yang memerlukan keputusan yang merupakan pilihan. saja ingin ku kongsikan detik Allah pada diriku.peringatan dan satu wake up alarm dari Allah untuk aku yang banyak menzalimi diri aku sendiri.walaubagaimanapun saja aku nak kongsikan buat semua manusia.mungkin ade yang tengah meniti bertatih macam aku yang dah masuk 3series baru nak menuju jalan Allah. Alhamdulillah better than never...
entah kenapa petang itu setelah makan tengahari terdetik aku untuk lepak di bilik tv. selalunye aku ke bilik tv utk melayari internet dan membuat keje study ku. tapi hari ini aku pegi berlenggang dan duduk di bilik itu sambil memandang rak yang dipenuhi buku2 yang diwakafkan..aku terus bangun menuju ke rak dan terus mengambil buku bertajuk "200 sifat tercela" Hasil tulisan H. Abu Bakar Yacub. buku yang agak usang kerana telah diterbitkan pada tahun 1977. bahasanya pun agak lama. akan tetapi mampu difahami.
disini aku nak senaraikan seberapa yang aku larat dr buku ni sifat-sifat yang tercela. terutama 8 sifat tercela yang sangat perlu dijauhi terlebih dahulu.
Bab 1 dan Bab 2
8 sifat tercela yang perlu dijauhi ialah:
1. Menyangka dan menganggap serta merasa "sempurna diri." iaitu saranan Ali ibnu Abi Thalib iaitu awas dengan 4 bende,
- keras hati
-tergopoh gapah dalam bertindak
-tidak mendalam perhatian tentang sesuatu
-merasa diri dalam kesempurnaan
2. Malas, segan belajar dengan anggapan "sudah pandai/sudah mengetahui".
3. Tidak menerima baik, ketika diberi ingat atau ditegur orang lain.
4. Tidak mau mendahulukan ucapan salam ketika berjumpa dengan teman seagama. kerana, ketahuilah sifat tidak mau mendahului salam adalah sifat tercela. hal ini sering terjadi kerana sebahagian menganggap dirinya lebih dari yang lain, lebih besar, lebih berpangkat, lebih kaya dan tidak setaraf dengan orang lain. sedangkan nabi Muhammad SAW itu yabda-u man laqiyahu bi'ssalam iaitu Nabi Muhammad SAW itu lebih dahulu mengucapkan salam terhadap yang berjumpa dengannya.org nek kete bg salam dulu kat org nek motor atau beskal atau vespa, atau skuter atau lain2. org nek kenderaan 2 tayar bagi salam dulu kat org jalan kaki. org berjalan salam dulu kat org duduk. org jumlah sedikit bagi salam dulu kat org jumlah ramai. begitulah dlm (Bukhari&Muslim).
5. sifat tercela juga bila tak mau mendahulukan salam pada teman yang kebetulan tidak berteguran
6. tidak mau mendahulukan tegur-sapa ketika dalam pergaulan atau bertemu dengan sesama Muslim.
7. tidak mau mendahulukan tegur-sapa di dalam pertemuan di mana saja yang kebetulan antara keduanya tidak bertegur-sapaan.
8. tidak mau menghulurkan tangan lebih dahulu yakni tidak mau berjabat tangan dengan kawannya sesama muslim. kerana anjuran Nabi SAW: "berjabatan tanganlah kamu satu sama lain, agar lenyaplah dendam kesumat dari hatimu". (r. Baihaqy).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan