Dihatinye
penuh kekesalan. Dia cuba melakukan yang terbaik. Tetapi jauh dibenaknya dia
membentak keras dgn takdir yang menimpa dirinya. Kekesalan. Kekesalan. Mula
rasa kesabitan kesalahan dia perlu melalui ini kerana kesalahan pelbagai
manusia dan juga dirinya… semua yang negative dikepalanya walau dia cuba
membina positif disitu. Dia seringkali kecundang. Menahan emosi. Cuba memaksa
diri menerima takdir itu..terlalu sukar padanya.. kenapa semua baginya
sukar…setiap urusan dan kejadian yang berlaku padanya terlalu sukar
dirasakan…melihat keadaan sekeliling dengan manusia lain yang penuh kejayaan
and semua berjalan lancar..satu lagi peluang syaitan menyuntik fikiran negative
disitu… semakin remuk dan redam hatinya… badannya semakin lemah…
Akhirnya.
Dia rasa lemah. Tidak berdaya lagi.. diluah tiada yang mendengar..diluah
dirasakan semua dibuatnye salah.. diluah dirasakan semua advice macam
menyalahkan dirinya… kini..dia hilang kepercayaan dan sokongan dari makhluk
Allah yang bergelar manusia…
Disaat
itu dipejam lama matanya. Ditarik dalam2 nafasnya. Dan fikiran dan hatinya cuba
mencari Allah. Hanya Allah. La illa ha illallah. Tiada tuhan selain ALLAH.
Lama. Entah berapa kali di ulang kalimah itu.
Kini
baru dia mengerti percaturan Allah itu. Jika dilihat sesuatu yg berlaku itu dan
dipandang dengan mata kasar akan asbab musabab nye pasti berkaitan dengan
tingkah manusia…pasti diri mula menyalahkan manusia…saling menyalahkan dan
perselisihan faham… peraturan Allah tentang takdir dan dugaan itu perlu
difahami secara benar… dia atas setiap ape yg berlaku perlunya mendelete
peranan “manusia” dalam terjadinya sesuatu ….bahkan timbulkan rasa kuat pada
Allah…Allah lah yang mengaturkan manusia itu berperanan sebegitu kepada
kehidupan itu.. terimalah takdir itu dari Allah..
Ape
yang perlu difokuskan ialah kenapa Allah timpakan sesuatu itu pada manusia …. Kadang2
perkara yang sama diulangi…
Perlunya
melihat kembali pada kafarah dosa yang di alami… kesakitan yg di alami sama
kadar dengan dosa yang dilakukan… itulah peluang utk mendelete dosa lalu..
Perlu
juga dilihat pada aspek penerimaan pada sesuatu perkara…adakah penerimaan itu
betul dengan syariat Allah… jika tidak..pasti Allah mengulangi sesuatu kejadian
berkali2 …itu peluang Allah mendidik supaya redha dengan takdirnya..itula
sebaik2 penerimaan kpd sesuatu perkara…redha dan syukur..
Sama2
lah perbaiki diri…
wallahualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan