Dah
lama aku tak mencoret dalam slot LWAWUTD (look, what Allah wants us to do)….
Salam tahun baru. Azam baru. Hidayah baru. Semua yang baru yang positif @
optimis. Bukan prime optimus..
Topik kali ni tabiat suka berprasangka
buruk.berprasangka buruk ni bermakna suka berfikiran negative, pesimis yang
mana membayangkan sesuatu yang tak elok la, sebagai contoh. Ahamad bukan nama
sebenar terlewat bangun subuh, prasangka buruk itu, ialah apabila memikirkan
ahmad lewat bangun kerana merayap malam2 balik lewat. Prasangka baik
ialah..mungkin ahmad qiam smlm. Orang
yang berprasangka buruk ni apabila sesuatu berlaku, dia suka berfikiran yang
tak elok. Kalu suami atau isteri blik lewat, suka memikirkan kecurangan drpd
mungkin byk keje.kete rosak ke. Orang pegi masjid dgn ikhlas, org bersedekah
dgn ikhlas…dikatanya riak..nak menunjuk-nunjuk. Orang nasihat dan menegur
dikata benci, tak sayangla, tak amik peduli la, padahal utk kebaikan sendiri.
Pendek kata..prasangka buruk ni memang fikiran yang buruk la…100% bayangan
lorong hitam…huhuhu… tak elok la…
Aku ni pun ade prasangka buruk ni… semua orang
ade… Cuma mampu dikawal atau tak je… kalu fikiran positif dlm diri kuat
(aqidah)..maka kecundangla prasangka buruk ni..itu kene byk
istighfar..berdoa..istikharah..istisharah….wallahualam..
Baik,
punca prasangka buruk ni..
1.
kerana diri perasan bagus..perasan best… suka memandang buruk /rendah pada
sesuatu..ape kita bagus sgt ke nak duk fikir org tu jahat?...kalu berkaitan
dengan perangai orgla.. kalu situasi pun…ape yg dh terjadi itu takdir
Allah..ape kita best sgt ker nak menilai takdir Allah..kita hebat dari Allah
ka?..
2.
selain daripada itu..ceteknyer ilmu agama..
3.belum
dapat hidayah…
4.kurang
menitik beratkan soal agama..
5.selfish…
6.
halal haram xjaga.
7.pergaulan
tak jaga..
8.kerana
alah bisa tegal biasa..dh biasa di train dlm family yg memang ske fikir buruk…
Jadi
kesan prasangka buruk ni sgtla dahsyat..
1.prasangka
buruk ni akan menimbulkan sifat was was… was was ni adalah sifat syaitan..dalam
surah an-nas pun dah kata syaitan akan meniupkan rasa was was dlm dada
manusia..maka berhati-hatilah…nah…dh terbukti prasangka buruk itu dilarang
Allah.melayan prasangka buruk ni bererti melayan tiupan syaitan dan menyangkal
anjuran tawakal dan tawaduk kpd Allah.
2.menutup
peluang kebaikan yang boleh dilakukan, bahkan menyekat mengerjakan rukun yang
Allah sarankan. Seperti Abdullah kekurangan duit dan ingin meminjam. Prasangka
buruk, entah nk bayar smula entah tak. Ape yg dia buat sampai xcukup duit.
Padahal fikiran yang optimis, Alhamdulillah Allah hantar peluang untuk aku
berbuat pahala, kesian Abdullah, mungkin tak makan, anak isteri
dia..kesian…berbuat baik..dan bertawakal..Allah akan ganjarkan org yg berbuat
baik dengan ganjaran yang hebat..sekurang2nye jalan menempah tiket ke syurga.
3.menjadi
marah membabi buta tanpa periksa dan menimbulkan
perbalahan..permusuhan…penceraian..kemusnahan… hasad dan dengki
4.
hidup sentiasa dalam keresahan, xtenteram, gelisah…keluh kesah…memberontak…disebabkan
rencanaan prasangka buruk ni tadi.
5.menghapus
rasa tawakal pada Allah…justeru membentuk selfish dan kedekut@bakhil..…..kerana
lupa dan lalai bahawa setiap percaturan dlm dunia ni oleh ALLAH bukan kerana
manusia, bukan kerana kereta, bukan kerana rumah..bukan kerana dia kau dan
aku…..sbb otak dh disarang tiupan buruk syaitan…aqidah dan benteng diri
xkuat..maka hanyutla…nauzubillah…aqidah kuat..dia akan beristighfar dan
menerima keburukan diri sendiri…wallahualam
6.lama2
..mati hati..mati iman..nauzubillah sbb jatuh syirik menidakkan ape yg Allah
dah suratkan…suratan bukan kebetulan…
7.kikir..rezeki
yg byk dari Allah dan ade hak org lain…fikir org pegang zakat x amanah maka
xnak bayar zakat..fikir pusat penderma songlap duit..maka xperlu derma… jika
terbukti nyata memang ade selewengan begitu…itu dikira bukan prasangka
buruk..ia kenyataan…bawalah ke muka pengadilan..jika hanya dgr khabar angin
tiada kesahihan..maka bertawakkal utk melaksanakan tggjwb sebgai individu
islam…nawaitu tu ALLAH tau.
Setiap
perkara yg melibatkan adenye bukti yg menjurus kpd perkara buruk sperti
terbukti dia mencuri.terbukti dia menyeleweng.terbukti dia xcukup duit sbb
makan dadah..berjudi… maka itu bukan prasangka buruk…itu memang la terbukti
buruknya dah… seperti kawasan hitam yg banyak kes ragut..so ade kemungkinan
diragut maka fikiran utk keselamatan itu juga perlu demi menjaga diri juga
Amanah dari Allah. Untuk berhati2 itu elok tapi fikirkanlah kondisi..bukti..
dan semua la yang islam syariatkan…
Maka
langkah-langkah yang kikis sifat yang suka berprasangka buruk ni. Dekatkan diri
dgn Allah. Dgn:
1.
..solat taubat hari2..
2.
mula solat jemaah ke masjid.
3.
berjinak dgn majlis ilmu
4.
bergaul dgn golongan berpengetahuan agama
5.
jauhi manusia berkeladak bak kata prof muhaya
6.
jaga air solat
7.
jaga mata, perut, mata telinga dari lagho
seperti kurangkan menonton tv..sbb 70% rancangan smua buka aurat…
8.
mula dgr ayat suci..xpun mula buka
alquran…berjinak dgn hadis dan sunah rasul
9.
bertanya jika xtau..kene berani diketawakan
atau dimarahi sbb kecetekan ilmu kita..
10.
istighfar dan sebut Allah sokmo.
11.
Mula berjinak dgn bersalaman dgn sesiapa shj
demi silaturrahim..krn Allah lah tu
12.
Jgn byk berckp…diam tapi lebih banyak
mendengar..dan amik ilmu dan iktibar..bukan diam tdo..
13.
Dalam doa pohon hidayah..ape2 masalah mengadu
pada Allah..macam mane tulis dairi la…pjg berjela2 … bercerita je dgn Allah..
sebagaimana meluahkan rasa pada kawan ke ibu bapa ke..suami isteri ker..cerita
sebegitu kat Allah.. dan pengakhirannya mintak Allah tunjukkan hidayah… sbb
kalu cerita dgn manusia ni…ade influence and bias…kecuali kondisi consultation
kepakaran agama..kaunseling,
wallahualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan