Isnin, 4 Mei 2009

SETIAKU DI SINI (part 2)

Aku bertemu Datuk dan meminta diri untuk pulang. Alasan yang ku berikan adalah aku kurang sihat. Aku meminta maaf kerana tidak dapat menunggu sehingga majlis itu selesai. Dilla pula lebih senang berbual-bual dengan Iskandar. Cuba nak kenal-kenal dulu katanya selepas aku memberitahunya tentang perasaan Iskandar beberapa hari yang lalu. Keadaan yang agak bising di situ menyesakkan nafasku. Sebenarnya aku cuba mengelakkan diri dari bertembung dengan Haikal. Aku tak tahu kenapa.. tetapi bila teringatkat dia yang sudah beristeri lain.., hatiku terluka. Setiap kali terpandangkan wajahnya, perasaanku tiba-tiba berdebar. Aku lebih banyak menghabiskan masaku berbual-bual dengan Hisyam. Dari jauh aku tahu yang dia seperti memerhati segala gerak geriku bersama Hisyam. Sesampai di rumah aku merehatkan badan untuk seketika. Aku cuba memejamkan mata namun wajah itu masih bermain-main di fikiranku. Aku terus ke bilik air untuk mandi. Aku harus melakukan sesuatu agar aku dapat melenyapkan wajah itu dari ingatanku walaupun untuk seketika. Hampir luruh jantungku bila terpandangkan sesusuk tubuh yang sudah berdiri membelakangkan pintu utama sewaktu aku turun ke ruang tamu setelah selesai sembahyang Isyak. Kakiku kaku tiba-tiba. Denyutan jantungku bergerak pantas sekali. Bala apa pula yang ada di hadapanku sekarang ini… “Haikal…, apa you buat di sini. Macam mana you boleh masuk..? “Abang nak cakap dengan Hani.. Abang perlukan penjelasan tentang apa yang abang nampak di rumah Datuk Zailan tadi. ” “Penjelasan apa… ” “Kalau tak ada apa-apa antara Hani dan Hisyam… takan Hisyam begitu mesra sekali melayan dan berada di sisi Hani sepanjang masa. Is he meant something for you? Adakah dia yang Hani maksudkan tempohari… ? ” “Jangan fikir yang bukan-bukan. Hubungan kami tak lebih dari seorang kawan. ” “Kalau Hani perlukan kawan lelaki… abang kan ada ? Abang boleh beri lebih dari apa yang dia mampu berikan pada Hani. I’m more than willing to do anything anything for you honey. ” Haikal menghampiriku. Dia menarikku lembut ke dalam pelukkannya. Tapi aku menolak dengan sekuat hati kerana aku takut berada terlalu hampir dengannya. “ Jangan Haikal. Jangan buat begini pada I. Eventhough I tak pernah minta di bebaskan, tapi I sendiri tak pasti apakah hubungan kita yang sebenarnya. I tak tahu samada kita masih sah sebagai suami isteri dan I tak tahu sama ada semasa you melafaskan nikah empat tahun yang lalu, adakah you melafaskan dengan niat dan dengan hati yang ikhlas. Yang I tahu semuanya…., dari A to Z adalah lakonan semata-mata. Please Haikal, you baliklah. I tak mahu perkara-perkara yang tak di ingini terjadi.” Aku cuba memujuknya lagi kerana dia masih belum berganjak dari tempatnya. “Haikal… tolonglah... I tak mahu jiran-jiran memandang serong pada I. Dilla pun tak ada. Kalau kita kena tangkap basah nanti, mana I nak letak muka ni. Dan yang paling penting, I malu pada Dilla. I tak mahu dia tahu apa yang terjadi sekarang. I tak mahu dia lihat you dalam rumah ini Please Haikal. Baliklah kepangkuan isteri you. Mungkin dia lebih perlukan belaian you. ” Walau aku sendiri begitu merindui dirinya , namun aku tidak boleh tewas dengan kehendak diriku sendiri . Akupun punya perasaan, akupun punya hati dan akupun punya keinginan. dan …ahhhh perasaaan ini…Ya Allah ya tuhanku, tolonglah hambamu ini. Aku tidak mahu tewas dengan nafsuku sendiri. Aku tahu bila-bila masa sahaja Dilla akan balik. “Please Haikal , you baliklah. Kasihanilah I. It’s almost 11.00 malam. Dilla akan balik anytime dari sekarang. I tak mahu Dilla lost respect dengan I kerana dia tidak tahu cerita yang sebenar. ” Haikal terus menghampiriku tanpa sebarang kata-kata. Hanya matanya sahaja yang tajam merenungku. Aku semakin berdebar. Tak mungkin aku boleh lari lagi. Belakangku sudah bersandar pada dinding .Haikal terus mara.. Dia berhenti betul-betul di hadapanku. Dia bersuara akhirnya. “Hani, Hani buang abang jauh sekali…. Seperti abang tidak punya nilai langsung di mata Hani. Teruk sangatkah abang ni .” Tersentuh juga hatiku mendengar keluhannya. “ Baiklah, esok… abang akan bawa Hani ke pejabat Kadi. Abang akan buktikan bahawasanya Hani masih isteri abang yang sah. Selagi Hani tidak menuntut fasakh di Mahkamah Syariah sebelum ini yang Hani ditinggalkan selama empat tahun tanpa nafkah zahir dan batin , selagi itulah talak masih tidak jatuh. Dan kita tidak mungkin didakwa kerana berkhalwat. Abang masih simpan surat nikah kita. Tapi sebelum abang balik, abang pohon dari Hani. Berilah abang peluang untuk buktikan pada Hani yang abang sebenarnya sudah mula mencintai Hani .Abang sudah mula menyayangi Hani sejak empat tahun yang lalu. Sejak abang membawa Hani kesana- sini untuk menguruskan pernikahan kita yang terdesak di saat-saat akhir. Tapi abang tidak berpeluang menyatakannya kerana abang tidak mahu Hanis menganggap abang tidak ada pendirian. Seolah-olah abang boleh menukar cinta abang overnight. Dan yang lebih membuat abang pendamkan perasaan abang ialah, abang tahu yang ada seseorang yang sememangnya meminati Hanis walaupun abangtidak pasti samaada Hanis sendiri menyintai pemuda itu . Empat tahun Hanis…. Empat tahun abang cuba pendamkan rindu abang pada Hanis. Tapi malam ini abang sudah tidak terdaya. Maafkan abang ,…. Maafkan abang kerana menyakiti Hanis.” Aku sendiri yang terdiam kali ini mendengar kata-katanya. Aku tidak pasti adakah ianya lahir dari hatinya yang ikhlas atau dia Cuba meraih simpatiku. Sedangkan dulu dia boleh berlakon masakan tidak sekarang. Aduh…aku jadi bingung sendiri. Yang mana satu harus aku percaya. Kata-katanya atau gerak hatiku sendiri…. “Sorry Haikal, I akan hanya lunaskan permintaan you selepas kita ke Pejabat Kadi esok dan selepas confirm yang kita masih suami isteri yang sah.” Aku gagahkan juga bersuara. akhirnya walaupun dalam keadaan nafas yangtersekat-sekat. Sambil itu dengan segala tenaga yang masih ada ,aku menolak badannya yang sasa itu sekuat hatiku. Aku merenung ke lantai. Tak terdaya rasanya bertentang mata dengan Haikal . Aku tahu apa yang tersingkap dari renungan matanya. Aku masih membatukan diri. Aku keliru samada harus mempercayai lelaki ini atau tidak. Apapun aku harus pastikan dia keluar dari rumah ku secepat mungkin sebelum Dilla balik. Setelah agak lama berkeadaan begitu, dia akhirnya bersuara. “Kalau Hanis masih sangsi dengan Abang, Hanis buatlah keputusan selepas kita ke pejabat Kadi esok. Abang akan akur dan hormat dengan apapun keputusan Hanis. Tapi sebelum itu izinkan abang…….” Antara sedar dengan tidak… tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu sergahan. Dilla sudah berdiri di muka pintu dengan mulutnya yang melopong. Aku lantas melonggarkan rangkulan Haikal dan meloloskan diri ku dari nya. Ku usap bibirku yang masih besisakan kehangantan ciuman Haikal dengan belakang telapak tanganku. Aku jadi kaku. Apa yang aku cuba hindarkan sudah berkecai kini dengan kelekaan, kelalaian dan kebodohan ku sendiri. Hinggakan aku tidak sedar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah. Aku rasa mukaku merah padam mungkin semerahmuka Dilla sekarang. Tapi lelaki ini masih mampu tersenyum. “Astagfirullahhal a’zim….Hanisss …Encik Haikal, apa yang you berdua buat ni.” Suara Dilla keluar juga akhirnya. “Hanisss, tak sangka betul aku yang kau sanggup buat kerja terkutuk ni. Selama ini kau yang nasihatkan aku ,ini tak bolehlah , itu tak betullah tapi alih-alih kau lebih teruk dari aku.Encik Haikal pun satu, dah beristeri tapi masih makan luar. Di pejabat pura-pura baik konon. Suami misali. Tak pandang perempuan lain. Tapi di belakang , buaya besar rupanya.” Dilla masih bersuara dengan nada marahnya. Airmata mengalir ke pipinya. Laju sekali. Seperti yang ku sangka ,Dilla betul-betul marah dengan apa yang dilihatnya. Aku mesti membetulkan keadaan. Aku tidak mahu Dilla terus-terusan memandang serong padaku . Aku betul-betul malu dengan Dilla. Aku cuba memandang Haikal dengan harapan dia yang akan memberikan penjelasan. Tetapi dia terus duduk disofa di ruang tamu itu. “Dilla, maafkan aku. Tapi percayalah, tak ada yang lebih buruk berlaku seperti apa yang kau fikirkan. Aku bukanlah sejahat yang kau sangkakan. Aku masih punya harga diri.” Sebenarnya aku harus berterima kasih pada Dilla, kerana kalau dia tidak balik tadi aku tidak tahu apa yang akan terjadi antara aku dan Haikal. Kerana aku sendiri sudah hilang pertimbangan dengan belaian Haikal tadi. “Kau tipu aku Hanis. Kalau orang bodoh sekali pun tahu apa yang dah berlaku bila tengok keadaan kau dan encik Haikal. ” Kata Dilla dalam esakkannya. Aku tahu Dilla marah padaku dan dia mungkin seperti aku juga yang tidak pernah menyangka perkara seperti ini akan terjadi sekarang. Haikal bangun lalu membetulkan bajunya. Dia mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya . Dia kembali duduk di sofa dan memandang ke arahku yang sedang memeluk Dilla. Haikal bersuara jua memecahkan tangisan Dilla. “Dilla, saya rasa dah tiba masanya untuk Dilla mengetahui keadaan yangsebenar.” Dilla seperti tidak mahu memandang Haikal. Aku tahu mungking salah satusebabnya ialah dia pernah menaruh hati yang teramat sangat pada Haikal tetapi terpaksa memujuk hatinya sendiri bila ku beritahu yang Haikal sudah beristeri.Tetapi yang silapnya aku sendiri yang terkesima dengan bicara romantis, pujukan dan belaian Haikal tadi. “Dilla, sebenarnya….. Hanis adalah isteri yang saya kahwini empat tahun yang lalu.” Dilla agak terkejut dengan kenyataan Haikal itu. Dia memandang antara aku dan Haikal silih berganti seperti ingin meminta kepastian. “Ini surat nikah kami kalau you tak percaya”. Sambung Haikal sambil bangun dan menghulurkannya pada Dilla . Dilla mengambilnya dengan tangan yang terketar-ketar. “Saya harap yang selebihnya Hanis akan ceritkan pada Dilla nanti. Yangpentingnya , apa yang Dilla terlihat tadi adalah sesuatu yang ‘halal.’untuk kami. Sebenarnya Dilla, I ni suami yang dia tak mahu declare…. . Beritahu I Dilla ,teruk sangatkah muka I ni sampai ‘isteri’ I sendiri Reject I ?” Haikal masih sempat berjenaka dengan Dilla. Merah padam mukaku menahan malu yang teramat sangat pada Dilla. Mahu tak mahu akhirnya Dilla ketawa juga dengan jenaka ‘bodoh’ Haikal tu. Lega rasa hati ku bila Dilla sudah mula tersenyum. “Kalau saya tahu tadi ada ‘drama’ 18sx, saya siap bawa kamera sekali ambil gambar, enlarge kan dan kemudian display kat office , biar satu office tahu. Nak sorok sangat, sekarang apa dah jadi. Kau tu Hanis, kau banyak ‘berhutang’ dengan aku rupanya..” Kata Dilla sambil mencubit pehaku. Masih ada sisa esakkan pada suaranya. Aku bersyukur, Dilla boleh menerima kenyataan ini juga. “Nah , ambil balik surat nikah ni. Jaga jangan sampai hilang pulak.” “InsyaAllah, ianya tak akan hilang Dilla. I akan menjaganya macam mana I jaga diri I sendiri. Inilah satu-satunya tanda yang I ada, sebagai bukti bahawasanya Sharifah Hanis Sofea bt Syed Mohd. Aidid adalah isteri kepada Mohd Nazeem Haikal bin Datuk Mohd Kamarul. yang sah sejak empat tahun yang lalu. Ianya masih akan kekal begitu sampai bila-bila selagi ‘isteri’ I mahukannya begitu. ” “So Honey, I leave it to you to explain to Dilla the rest of the story. Dan jangan lupa esok Abang jemput Hani pukul 10 .00 pagi. Once everythings is confirmed. There’s no more objection. Okey…, bye.” Haikal lantas meninggalkan kami selepas kata-katanya itu.

6
“Dilla…, sebelum aku beritahu kau cerita yang sebenarnya, aku betul-betul minta maaf atas apa yang terjadi tadi. Itu semua di luar jankaan aku. Aku betul-betul tak sangka yang dia akan ikut aku balik. Tapi Dilla… bila kau marah tadi ,kecut perut aku dibuatnya. Aku malu betul dengan kau… ” “Hanis, kau kenal aku dah lama, dah lebih tiga tahun. Aku akan percaya segala kata-kata kau selagi kau jujur dengan aku. Yes. I admit, masa mula-mula tengok kau berdua dalam keadaan yang macam tu, aku marah betul pada kau. Tak sangka orang yang aku respect selama ni berkelakuan lebih teruk dari…, ” “Lebih teruk dari apa….?” “Sorry Hanis, aku tak sanggup nak habiskan.. Aku rasa bersalah pulak. Tapi kau tu pun satu, kenapa harus sembunyi-sembunyi. Kalau aku tak tengok surat nikah kau tu tadi mampus aku tak percaya. Tak sangka aku, rupanya orang yang aku admire selama ni, husband kepada kawan baik aku sendiri. Eh, kau Hanis, malunya aku dengan apa yang dah aku beritahu kau dulu mengenai perasaan aku pada encik Haikal tu. Please Hanis, kau buat-buat lupa dan kau pretend yang kau tak pernah dengar apa-apa dari aku selama ni okey. ” “Tapi akupun hairan macam mana dia boleh masuk sedangkan pintu berkunci. Kau pun tahu kan selama kita tinggal serumah, kau sendiripun tak pernah tengok aku berpakaian begini. Tak kan aku nak pakai macam ni kalau aku tahu dia nak ceroboh rumak kita…, macam nak menempah maut saja. Sebenarnya Dilla, aku sendiri terperanjat, bila aku turun saja, dia dah tercegat depat pintu.” Are you sure memang tidak ada apa-apa yang terjadi tadi… ” “Percayalah Dilla, tak ada apa-apa yang aku sembunyikan dari kau.” “Aku tak fahamlah kau orang berdua ni Hanis. Apa yang sebenarnya yang berlaku dan apa sebenarnya yang nak kau sembunyikan? Kenapa you all tak tinggal serumah. Since Encik Haikal tu husband kau, kenapa kau macam nak tolak dia saja.” “Ceritanya begini… Aku mula kenal Haikal masa aku balik bercutidari London dulu. As you know, akukan anak tunggal dan anak yatim piatu.Kepulanganku diuruskan oleh abang kepada arwah ayah aku yang aku panggil abah. Keluarga dia lah yang memelihara aku sejak parents aku meninggal. Aku terlalu terhutang budi kepada mereka. Walaupun abah dan ummi sudah punya tiga anak sendiri, namun kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bahagi pada ku. Aku hidup dalam segala kemewahan. Apa yang anak-anak mereka dapat, itu jugalah yang aku dapat. “Sebenarnya…, Kak Milia, iaitu anak sulong abah dan ummi adalah tunang Haikal. Aku balikpun adalah atas permintaan kak Milia untuk menjadi pengapit di hari bahagianya itu. Haikal dan kak Milia yang menjemput aku di Airport. Walaupun aku dah pernah lihat Haikal dari gambar-gambar yang kak Milia kirimkan padaku. Tapi bila terpandangkan orangnya, hatiku sendiri mengakui akan kekacakkan dia.Ia lebik kacak dari dalam gambar yang aku lihat sebelum ini. Beruntung kak Mila fikirku. Menurut kak Milia, mereka berkawan sejak di matrikulasi lagi. ” “Kalau dia tunangan sepupu kau , tak kan kau tergamak nak kebasnya, tambahan pula keluarga itulah yang membesarkan kau. Kau ni biar betul Hanis..” “Dilla, kalau kau nak sampuk, baik aku tak payah cerita.” “Teruk la kau ni Hanis. Moody sangat semenjak dua menjak ni. Okey.., aku diam ni. Sambunglah ….” “Nak di jadikan cerita, di antara kawan-kawan kak Milia , ada yang cemburukan hubungan dia dan Haikal. Kalau tak silap aku namanya …Mimi. Si Mimi ni dah mencintai Haikal sebelum Haikal approached Kak Milia Lagi. Bila mereka dah Graduate dari USM, abah nak nikahkan mereka sebelum sama-sama buat Master di US. Tinggal seminggu sebelum tarikh nikahnya, Haikal kena tangkap khalwat dengan Mimi. Semua ni atas rancangan Mimi yang irihati pada kak Milia. ” “Kak Milia apa lagi mengamuk habis dia dengan Haikal. Kak Milia tak boleh terima kenyataan yang Haikal di perangkap oleh Mimi walaupun berkali-kali Haikal merayunya dan Mimi sendiri mengaku setelah di paksa oleh ayah Haikal, Datuk Kamrul. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kata kak Milia. Abah dan ummi sendiri gagal untuk memujuk kak Milia. Dia cakap, sebelum kahwinpun Haikal dah berani buat , esok kalau dah kahwin, tambahan pula mereka akan terus ke US selepas itu, lagi panjanglah langkah Haikal. Dia terus memutuskan pertunangan mereka dan terbang ke US sebelum hari pernikahan tu. So….” “So, kau lah jadi galang gantinya ye…” “Yes, demi untuk menutup malu keluarga kedua belah pihak kerana segalapersiapan sudah diatur dan kad-kad jemputan sudahpun diedarkan, aku merelakannya. Tapi dalam masa yang sama, adik kedua kak Milia, Syed Hafiz, ada menaruh hati pada aku. Abah tak tahu tentang kami pada masa tu, tapi Haikal tahu kerana Hafiz pernah memberitahu Haikal. Haikal juga terpaksa menerima aku untuk menutup malu yang secara tak langsung berpunca dari dirinya sendiri. So secara tak langsung juga cinta Hafiz terpaksa ku tolak. Hafiz faham dengan keadaan ku. Kerana ini jugalah caranya untuk menutup aib keluarganya sendiri. ” “So dalam seminggu itu jugalah, Haikal membawa ku kesana kemari untukmenguruskan segala-galanya yang berkaitan dengan pernikahan ‘bidan terjunku’ itu. Dan dalam masa itu jugalah berputiknya cinta ku kepada Haikal yang aku lihat sungguh bertanggung jawab. Tapi aku pun tak pernah tanya Haikal macam mana dia boleh terpedaya dengan Mimi sehingga mereka di tangkap khalwat, sebab masa tu aku sendiri tidak tahu perasaan Haikal padaku.” “Masa hari pernikahan tu orang tak perasan ke , yang bertunang orang lain dan yang dinikahkan orang lain. ?” “Kami dinikahkan oleh abah di Masjid. Hanya saudara terdekat yang sudah di beritahu cerita yang sebenar hadir. Tapi masa kenduri kahwin kami, ada juga yang menyedarinya. Ada yang bertanya dan ada yang tidak. Dalam majlis itu jugalah Haikal menciumku untuk pertama kalinya. Aku jadi tergamam seketika kerana Hafiz juga hadir di saat itu. Tapi semua itu sudah tidak dapat di elakkan. Semua itu adalah atas permintaan tetamu yang hadir dan juga jurugambar yang di tugaskan untuk mengambil gambar kami sepanjang hari tu. ” “Hmmm…malam pertama kau macam mana?” “Tak ada , tiada malam pertama buat kami kerana itu adalah atas permintaan ku yang masih belum bersedia kerana segala-galanya berlaku terlalu pantas. I’m not well prepared. Itu adalah ‘deal’ ku dengan Haikal setelah aku bersetuju untuk menjadi pasangan bidan terjunnya. Lagipun dia mungkin faham yang aku masih belum bersedia. “So macam mana Hafiz sekarang?. Adakah dia masih menyimpan cintanya.?” “Itu jugalah yang Haikal fikirkan Dilla. Dia ingat yang aku masih menyintai Hafiz dan kononnya atas sebab itulah aku menolak untuk menerima cintanya hingga ke saat ini. Hafiz sebenarnya sudahpun bertunang . Haikal tahu itu tapi dia masih rasa sangsi kerana katanya, he should learn from the past mistake.Maksudnya sedangkan jodoh dia dengan kak Milia yang hampir pasti menjadi isterinya pun putus di tengah jalan tak mustahil kalau Hafiz akan mencari ku semula selepas aku di tinggalkan terlalu lama. Hafiz sudah bertunang dan akan berkahwin dalam waktu yang terdekat ini. ” “Mimi dan kak Milia kau tu macam mana pula?” “Mimi akhirnya memang kena tangkap basah. Tak salah aku, abah aku cakap , tiga bulan selepas majlis perkahwinan aku dan Haikal.” “ Tapikan Hanis kalau bukan kerana Mimi le, Haikal mungkin tidak akan menjadi suami kau kan.. At least ada juga baiknya plan si Mimi tu kan…” Sampuk Dilla sambil tersenyum.. “Dan Kak Mimi pula, walaupun dia tak pernah pulang ke sini sejak kejadian itu, tapi kami masih terus berhubung. Dia memang meyesali akan tindakannya yang terburu-buru itu. Cinta yang mereka semai sejak hampir lima tahum itu berakhir dalam sekelip mata dengan tindakkan yang kak Milia ambil tanpa berfikir panjang. Ikut darah muda kata ummi yang turut menyesali akan sikap anak sulongnya itu. Dan ummi pula, setelah mengetahui yang Hafiz menyintaiku, tak henti-henti meminta maaf dariku kerana katanya mereka seolah-olah mengatur jalan hidupku dengan meminta aku mengahwini Haikal sedangkan Hafiz menyukaiku.“ “ Tapi lain pula dengan abah, dia bersyukur yang tiada jodoh di antara aku dan Hafiz. Kerana katanya Hafiz sendiri boleh mewalikan aku sekiranya abah aku sudah tiada. Hafiz ialah warisku yang kuat dan sejarah perubatan pernah membuktikan bahawa anak-anak yang lahir dari ginetik ini mungkin tidak sihat atau sindrom down. Actually selepas setahun kejadian itu baru ummi berani menceritakan tentang perasaan Hafiz terhadap aku pada abah. ” “Tadi kau kata, yang mereka telah ke US untuk sama- sama buat Master. Tak kan mereka boleh bertahan kalau setiap hari bertentang mata. Tak kan Haikal tak boleh pujuk kak Milia kau tu ? Sekarang Kak Milia kau tu dah berkawin ke belum?” “Setahu aku belum, kerana katanya dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari lelaki yang sebaik Haikal. Dan oleh sebab ini jugalah lah aku takut jika aku sudah benar-benar menyintai dan menerima Haikal dalam hidupku, tiba-tiba , cinta mereka mungkin akan bersatu semula. Aku tak sanggup rasanya untuk menerima hakikat itu nanti. Dari apa yang kak Milia beritahu ummi, Haikal telah minta ditukarkan ke University di daerah lain. Memang mereka ada berjumpa tetapi Haikal tak pernah melayan kak Milia lebih dari seorang kawan. Dari itu kak Milia buat kesimpulan bahawa Haikal masih marahkkan dengan tindakan yangdiambil kak Milia dulu dan cinta Haikal tak mungkin dimilikinya lagi. ” “Tapi dah namanya pun lelaki aku rasa was-was juga sebab kak Milia tu cantik, takkan Haikal dapat melupakannya dengan mudah setelah lebih lima tahun mereka bercinta. Kau pun tahukan sukar untuk melupakan cinta pertama. Actually, kak Milia pernah datang ke rumah sewaan ku di London selepas aku kembali kesana untuk meyambung study aku. Dia mintak aku menjaga Haikal bagi pihaknya. Tapi kerana kasihankan kak Milia, aku berjanji padanya yang aku rela melepaskan Haikal andaikata Haikal dapat menerima kak Milia semula dalam hidupnya. Tapi aku tak tahu pula apa yang terjadi selepas tu sebab aku sendiri tidak pernah bertemu dengan Haikal selepas pernikahan kami. ” “Aku sendiri tak tahu perasaan Haikal pada Kak Milia selepas insiden dulu tu. Cuma yang aku tahu Haikal ada berpesan pada abah dan ummi supaya cuba tengok-tengokkan aku. Tapi dia sendiri takut hendak bertentang mata denganku kerana dia masih rasa malu dengan peristiwa ditangkap basah empat tahun yang lalu.” “Hanis, bukankah sekarang dia dah kembali kepada kau. Tak kan kau masihmarahkan nya. Kalau akulah, aku tak akan melepaskan dia lagi. Ibarat kata orang-orang sekarang ni, dengan apa yang ada pada Haikal tu, petik jari aje, sepuluh yang datang. Tapi kalau sepuluh-sepuluh yang datang tu semuanya tak ada gigi tentu Haikal sendiri yang lari” Sambung Dilla dengan ketawanya yang macam tak ada fullstop tu. “Bukan sebab itu Dilla. Kau ingat tak yang aku ada beritahu kau yang Haikal tu dah beristeri. Maksud aku isteri ’baru’. Aku ada bertanyakannya secara tak langsung semasa kami keluar dua minggu lepas. Dan dia tidak menafikannya. Malah katanya isteri dia out-station and she’s very open minded. Aku rasa mungkin dia dah kahwin dengan minah saleh le. ” “Jadi kau pernah keluar dengannya sebelum ni…kemana dia bawa kau ?” Tanya Dilla dengan senyum perlinya. “Tak ke mana-mana, aku Cuma temankan dia makan aje. Lagipun Haikal tu bukan jenis orang yang suka ambil kesempatan walaupun aku ni ‘haknya yang sah’. Dia hormatkan perempuan. ” “Betul ke ni Hanis… habis tu drama tadi tu ape…nampak macam dah lost control aje..???” “Actually, apa yang terjadi tu bersebab. Dia cemburukan Hisyam, anak Datuk Zailan. Dia ingat aku ada menjalinkan hubungan dengan Hisyam . Dia kata masa dinner di rumah Datuk semalam, dia tengok dengan mata kepalanya sendiri kemesraan kami. Di tambah pula Datuk pernah beritahunya yang dia berhajat nak bermenantukan aku.” “What!!! Bila masa pulak Datuk tu melamar kau untuk Hisyam ?… Kenapa aku tak tahu pun. ..sampai hati kau Hanis. Kau sembunyikan dari aku. Patutlah aku nampak Datuk tu sayangkan kau lebih dari staf-staf yang lain. Dan si Hisyam tu pun selalu sangat datang office selepas balik kerja especially kalau kau stay back. Kenapa selama ni aku boleh tak perasan. Pandai kau simpan rahsia ni ye Hanis.” Kata Dilla pura-pura merajuk. “Tak ada sebarang hubungan istimewa antara aku dan Hisyam. Ya, dia memang pernah meluahkan hasrat hatinya tapi aku terpaksa tolak. Aku tak mahu berlaku curang Sebabnya ialah…seperti yang kau tahu sekarang ni, …..aku sudah bersuami walaupun pada hakikatnya aku pun tak tahu di mana kesudahannya hubungan aku dan Haikal.” “Hisyam tahu tak yang kau dah jadi isteri orang ?” “Tak, aku tak pernah beritahu sesiapapun kecuali kau sekarang ni dan aku harap kau boleh simpan rahsia ini hingga segala-galanya selesai.” “Jadi, kau ingat adakah Hisyam masih mengharapkan kasih dan cinta kau?”“Aku dah beritahu dia, kalau dia mahukan satu hubungan yang special, sorry.. that’s it dan aku tidak akan berjumpa dengannya lagi. Tapi kalau dia boleh terima aku hanya sebagai kawan, aku sedia meneruskan persahabatan kami. So, Alhamdulillah dia boleh terima dan menghormati aku hanya sebagai kawan.” “Are you sure yang Haikal memang cemburukan Hisyam. ” “Ya. Dia yang cakap tadi. Katanya lagi dia sebenarnya datang nak menuntut haknya. Kalau dulu mungkin aku belum bersedia, tapi sekarang aku dah cukup dewasa untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan…dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Dia juga kata betapa dia telah mensia-siakan masa selama empat tahun ini. Kalau tidak dah tentu dia dah jadi seorang ayah. ” “Tapi Hanis, aku rasa tindakannya tu betul ,walaupun tak 100 % . Dan kau pula… apa keputusan kau ?” “Aku beritahu Haikal yang kami perlu kepejabat Kadi untuk mintak penjelasan. Ye la. Aku pun bukannya pandai sangat bab nikah ni. Lagipun dah empat tahu masa berlalu. Aku nak kepastian dari mereka-mereka yang arif sebelum aku…..sebelum akuuuu …..” “Apa susah sangat nak cakap. Kau ingat aku ni budak-budak lagi ke. Aku pun dah layak bergelar isteri tau. Umurpun dah lebih dari cukup. Cuma tak ada jodoh aje lagi. Tapi tadi kan Haikal kata yang “aksi’ kamu berdua tu ‘halal’ kan. So why worry. Sebabnya dia tahu hak untuk cerai-berai ni kan di tangan orang lelaki. So selagi ayat tu tak keluar dari mulutnya, of course le yang kau tu masih isteri dia. Ataupun kau cemburukan isteri baru dia ni tak….aaa .” “Bukan macam tu..Tapi walau apapun yang terjadi esok, aku mesti membuat keputusan .Aku tak mahu ada hati yang menderita kerana aku. Kalaupun dia sudah beristeri baru, aku rasa aku tak sanggup berkongsi kasih. Aku akan berundur kerana aku tak mahu ada wanita yang terluka di sebabkan aku. So ,aku harap everything will be fine tomorrow. Aku berdoa supaya Allah memberikan aku kekuatan. “Hanis. Walau apapun yang telah dan akan terjadi esok. Percayalah yang aku masih tetap menyayangi kau . Good night. ” Ucap Dilla sambil tersenyum dan memelukku erat sekali sebelum berlalu ke biliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan