semenjak akhir-akhir ni aku tak tenteram... gelisah.. tidur tak lena , makan tak kenyang, tapi mandi basahla pulak huhuhu... entah ape yang melanda hati aku ni.. xtau la... pesanan dari nenek aku, aku pegang.. walau apa terjadi.. jika terkeluar dari landasan, pastikan kembali semula.. ya.. kelalaian kadang-kadang buat kita alpa.. perasaan hati kadang-kadang menghanyutkan.. tapi .. ingat.. sebagai seorang umat islam.. tiada apa lagi selain kembali ke jalan Allah... tetapi xtau kenapa aku menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian aku terhadap ape yang aku nak lakukan, study, solat... xleh concentrate study.. xleh khusyuk solat.. kenapa.. tidak seperti diriku sebelum ini... ini makin menambahkan tekanan dalam diriku.. akan tetapi.. aku tabahkan hati ku... pelbagai usaha aku lakukan... cuba mendekatkan kembali diriku pada yang SATU... mencari ketenangan.. mencari punca yang aku telah lakukan.. seingt aku, aku tak pernah buat dosa-dosa besar seperti, berzina, membunuh, menganiayai orang lain.. derhaka kepada ibu.. aku tak pernah melawan ibu bapaku.. apalah silap aku.. entahla.. aku sendiri buntu dengan situasi aku... cuma aku hanya mampu berserah pada yang SATU.. berkat usaha .. dan petunjuk dari Allah yang Maha Kuasa... alhamdulillah hati aku semakin tenteram.. tetapi tidak sepenuhnya... kesukaran dalam pelajaran aku, masih lagi aku hadapi.. seperti hijab ditutp untuk belajr.. apalah salah aku.. hanya kepada Allah aku berserah... cuma untuk masa sekarang aku semakin tenang setelah mengamalkan pelbagai usaha.. untuk dikongsi pada semua yang mengalami masalah yg same dgnku.. cubalah amalkan:
1. meminum air kosong yang dibaca alfatihah (1), ayatul kursi (1) dan al insyirah (1)
2. makan kismis doa
3. setiap hari baca 1000x auzubillah
4. setiap hari baca 3 qul 41x
5. tiap2 malam baca yasin + doa khanzal arasy pada air kosong jadikan ibu air...maknanya jgn kasi abis tp sentiasa refil ...
semoga semua umat islam dilindungi... semoga semua umat islam berjaya di dunia dan di akhirat.. berusaha, beramal dan bertawakkal la pada Allah yang SATU....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan