Sabtu, 28 Januari 2023

Aku takut dengan jiwa yang lemah dan lalai

 

Hanya Engkau shj yang mengerti ya Allah kekecewaan dalam hatiku ini

Tapi siapalah aku untuk kecewa dengan takdirMu

Sesungguhnya ada masa aku dah rasa tak daya nak menampung lagi

Kekecewaan buat aku merana

Ya Allah bantulah aku,

Bukalah pintu ketenangan dan keredhaan dalam hatiku

Lupakan la semua ingatan dan bebaban jiwa ini

Aku xmau ingat lagi

Bantulah aku bina kehidupan yang baru

Yang pasti aku nak jadi makhluk yang meredhai akan takdirMu

Dan sentiasa mencari redhaMu.

 

Aku sedar ya Allah, aku manusia yang penuh kesilapan

Cuma ada waktu aku sangat lemah, rasa tak daya,

berat sangat rasa bebaban di hati,

jangan biarkan aku terus menerus begini Ya Allah

Aku takut dengan jiwa yang lemah dan lalai

Cuma ade masa aku tak mampu

menghentikan air mata ku daripada terus mengalir

Khamis, 17 November 2022

PRU 15: CIRI-CIRI PM10 DARI SUDUT PANDANG INDIVIDU PERSENDIRIAN


Pilihanraya yang ke 15 atau PRU 15 ditetapkan pada 19/11/2022. walaupun ia hanya sekadar menanda pangkah pada calon yang bakal dipilih, tapi untuk menentukan siapa yang mesti di pangkah tu teramatlah sulit. terutama dengan keadaan dunia akhir zaman yang fitnah di jari kita je, buka handphone, click je. Astaghfirullahal'azim, mcm2 keluar. ade yang kita xterfikir pun wujud dalam media ni. itulah dianye peranan media dan kecanggihan teknologi. 

terus terang, saya merasakan sangat terbeban untuk membuat pilihan siapa yang perlu di angkat bagi memimpin tampuk pemerintahan selama 5 tahun mendatang, di dalam keadaan, moral semakin teruk, dan ekonomi juga teruk. seorang yang harus diangkat adalah seorang yang mempunyai strong background dari segi agama, ilmu ekonomi, dan juga ilmu diplomatik termasuk juga ilmu keselamatan dan byk lg. tapi tidak dinafikan faktor suara2 dibelakang pemimpin yang diangkat juga penting. sebagai contoh, untuk meluluskan sesuatu usul, suara2 ahli parlimen di belakang pemimpin la yang memainkan peranan penting, tak cukup majoriti tidak akan diluluskan. akhirnya usul itu tergantung sebegitu sahaja. 

pemimpin yang tahu ilmu islam dan juga berpengetahuan mengenai budaya agama2 lain tu sgt penting sbb dia akan pimpin negara yang majmuk. dia mesti seorang yang sgt strong menegakkan islam sebagai agama rasmi seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan, dan dalam masa yang sama memahami dan mengadili kehendak agama2 dan bangsa yang lain yang merupakan rakyat malaysia juga. 

falsafah itu sangat penting, ia akan mendoctrinekan pemikiran individu. jangan fikir nak maju dahulu baru nak terapkan ilmu agama. ini yang lebih cenderung melahirkan ramai intelektual tapi liberalis.

apa yang merisaukan adalah "liberisma" di kalangan pemimpin ade tendency untuk memisahkan agama dengan aspect ekonomi, pentadbiran dan sebagainya, yang mana ia hanya akan menjauhkan fahaman sesorang terhadap agama. pemerkasaan sistem pendidikan yang menerapkan agama itu perlu.

liberalisma ni cth. dia menganuti agamanya, tapi memisahkan fahaman agama dengan aspek lain seperti ekonomi dan sebagainya, yang lebih cenderung nanti kepada kurangnya cakna pada pelaburan legal dan illegal. ini kdg2 keluar perkataan, org2 berkopiah, berjubah, dikira agamawan dan adakah mampu menerajui ekonomi? sedangkan agama tu perlu berada di dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Pemakaian itu pula jika elok menutup aurat patuhi syarak, lagi la moleknye kan. xkira la dia medical doktor atau siapa pun.

Sekarang alhamdulillah sudah banyak sekolah tahfiz sains dibuka. balance antara ilmu agama dan juga ilmu yang kita panggil bidang professional tu sgt penting dalam memahami kehendak dan keperluan agama. jangan dipisahkan. saya sangat  berharap, tampuk pemerintahan yang baru, perlu menambah baik isu keruntuhan akhlak rakyat malaysia yang perlu ditangani. Akhlak dan moral value. saya percaya bukan rakyat yang beragama islam shj yang ade masalah moral ni, semua kaum ade, cuma yang menjadi isu kerana majoritinya yang menganut agama islam, jadi kes2 orang islam selalu diketengahkan oleh media sosial. punca berlakunya masalah sosial moral value ni adalah apabila kita jauh dari agama kita. jadi saya percaya setiap perlakuan buruk, sperti LGBT, saya pasti agama lain seperti Buddha, sikh, hindu dan agama anutan yang lain juga turut tidak menyokongnya. jadi pemerkasaan agama rakyat itu penting. 

jika masalah ni tidak ditangani imej agama islam akan rosak, imej Malaysia yang islam sebagai agama rasmi rosak, keharmonian rakyat majmuk juga akan tidak aman lagi . Agama itu sangat penting dalam membentuk jiwa dan rohani yang kuat. 

terus terang, boleh kata setiap hari saya melihat setiap calon PM PRU 15 ni berceramah. saya lihat suasana yang dibawa. saya lihat isi2 ceramahnya. dan lihat orang2 sekelilingnya. saya lihat manifestonya. saya lihat budaya yang dibawa. saya lihat akhlaknya. ya Allah saya sangat risau. sangat risau. tiapkali saya solat, saya menangis. zaman moral value sudahpun di atas jalanan. tidaklah semua, tapi ade yg sebegitu. 

Nilai2 akhlak, ya Allah. sebagai seorang penganut islam, kita memang wajib mengutamakan pemimpin yang berakhlak baik. jadi kalu dah akhlak masing2 mengata sana sini. Ya Allah, budaya ini ke Malaysia nak bawak ke mata dunia. itulah betapa teruknya pemandangan politik di Malaysia. Pemimpin2 sepatutnya "replay" semula video ceramah masing2, malulah pada diri sendiri, insafla. 

betul pesanan para ilmuan agama, pilihlah yang kurang mudharat. sbb semua tampuk kepimpinan  dah ade yang ok dan tak ok yang boleh mengundang "kemudharatan". cuma, mcm mn kita menterjemahkan "kurang mudhorat tu".

beberapa perkara saya nak highlight yang sangat mengganggu saya dalam membuat pilihan:

1. Akhlak dan agama setiap pemimpin dan juga akhlak ahli2nya dan rakyat yang menyokongnya. 

setiap parti saya tengok semua pernah mengeluarkan kata2 yang tidak sedap di dengar. perkataan yang paling kerap saya dengar adalah perkataan "bodoh", "penyamun", "katak khianat", "penunggang agama", "bangang", dan byk lg la. adakah budaya mengata begini yang kita nak rakyat dan seluruh dunia tengok, xcukup mengata, fitnah memfitnah. akhlak beginikah yang kita tunjuk kpd masyarakat dan generasi muda? 

Hakikatnya inilah calon pilihan yang kita ade. Sekurang2nya apa yang boleh kita tengok adalah akidah mereka dan agama mereka. semua calon PM PRU15 ni masih beragama islam dan tidak lagi mengajar untuk menyeleweng dari agama. semua ade stand masing2 mengenai Islam. cuma dari segi keberanian bersuara isu2 Islam dan jasa dalam pembentukan pendidikan yang menerapkan islam, dakwah2 islam, buku2 dan bahan2 bacaan yang telah dilakukan itulah sebagai check balance antara pemimpin tersebut boleh dijadikan tanda aras untuk kita memilih. sebab mana ade manusia perfect kan. moga2 dah jadi tampuk kepimpinan, isu ini perlu diperbaiki lagi.  

2. Kebolehan untuk mengimbangi setiap Ideology, kaum dan agama yang dibawa dalam setiap parti komponen yang ada dalam menjunjung Islam agama persekutuan. 

kita faham malaysia masyarakat majmuk. adapun Islam itu agama rasmi persekutuan. sedangkan parti2 ni membawa ideologi yg berbeza seperti liberalisma, progressivm,  liberalisma budaya dan sebagainya. jadi pemimpin itu perlu mempunyai ilmu dlm menerangkan yang mana yang bertentang dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. kerana isu ini boleh melahirkan isu sentimen yang boleh membawa kepada perpecahan yang melampau dan mengancam keselamatan setiap rakyat Malaysia tidak mengira kaum. Ini sangat penting jika berlakunya ketidak keseimbangan ahli dalam parlimen. 

sbgai cth, untuk meluluskan sesuatu undang2 yang menyentuh isu agama, pemerkasaan agama islam sebagai agama persekutuan, adakah mudah untuk meluluskan rang undang2 sebegini jika majoriti kerusi di parlimen itu semua berideology lain, lain agama, lain bangsa, sudah pasti mendapt tentangan, cthnye RUU 355. 

sedangkan RUU 355 ia untuk penambahbaikan Islam sebagai agama persekutuan. ia hanya untuk rakyat Malaysia yang berpenganut agama islam xkira bangsa. ia tidak terpakai kepada penganut agama lain. jadi kenapa ade tentangan? Faktornya adalah kebijaksaan pemimpin memberi penerangan apa itu RUU 355 itu sendiri sebelum ia di usulkan. 

oleh itu satu faktor yang PM10 kene ada adalah ilmu Islam yg merangkumi pelbagai aspek bkn shj dari segi perundangan. Kefahaman itu belum masak lagi diberi kefahaman kpd pemimpin2 yg bukan beragama islam dan juga rakyat malaysia. 

Sepatutnya pencerahan ini telah diperincikan dan diberi kefahaman yang meluas sejak merdeka lagi. kenapa ianya tidak dibawa itu kita fikir2kan lah sendiri.  kita sendiri pun sudah melihat kepincangan undang2 yang sedia ada dalam menangani masalah. apa salah diberi laluan pemerkasaan RUU 355 di mahkamah syariah bagi menyelesaikan isu umat islam di malaysia ni. undang2 ini akan di jalankan di Mahkamah Syariah dan tidak menghapus dan mengganggu sistem perundangan yang sedia ade untuk kaum2 dan agama2 yang lain.

3. Perjalanan rekod sahsiah diri pemimpin itu 

yang ni sangat sukar dipilih dalam keadaan fitnah di mana2. click je telefon mcm2 cerita mengenai semua calon PM PRU15 ni. jadi mcm mn nak pilih. semua ade je yang tak betul? pada saya, undang2 kita dah ade. mana yang dah ade report polis, yang dah masuk court kes tersebut, terutama kes2 besar, mcm rasuah, skandal seks, penyelewengan agama dan sebagainya dikira bukti melalui sistem perundangan yang kita ada sekarang. adapun kes mahkamah tersebut perlu kita tgk perincian sehingga ke akhir perbicaraan, agar kita tidak terputus maklumat. boleh jadi kita dpt maklumat hanya baru dibicarakan di mahkamah. sedangkan sebenarnye kes itu telah pun selesai. situasi inilah yg membuat fitnah timbul dengan pelbagai bentuk. itu belum lg dengan pemalsuan dokumen, gambar dan sebagainya. kecanggihan teknologi yang boleh edit video, audio dan sebagainya. media massa yang diasaskan sendiri oleh parti2 yang masuk bertanding itu sendiri perlu dilihat juga, mungkin tulisan yang bias, pro kepada parti sendiri. 

apa2 pun selagi tiada bukti laporan polis telah dibuat, tiada kes mahkamah telah dibuka maka tiada bukti asas. sedangkn yang sudah dibawa ke kes mahkamah pun masih boleh dipertikaikan sistem kehakimannya, apatah lagi yang memang tiada bukti nya. dan jika ade pun calon ini yang telah melalui prosiding mahkamah, ikutla jalan hgga ketitik terakhir keputusannya, kemudian buatla penilaian dengan hasil keputusan mahkamah. dan kalu rasa sistem kehakiman juga boleh dirasuah untuk membuat sebarang keputusan, perlunya bukti berlakunya proses rasuah disitu. jika sekadar ckp, tanpa tindakan dan bukti dikira fitnah juga. 

beberapa calon PM PRU15 ni sudahpun pernah menjadi PM kecuali DSAI, akan tetapi DSAI pernah berada di dalam tampuk pemerintahan kerajaan PH 22bulan ketika TM menjd PM. jadi track rekod kepimpinan mereka boleh dilihat dari segi apa yang telah dilakukan dalam tempoh masa yang mereka telah berkhidmat dan keadaan dan suasana perasaan kita sebagai rakyat ketika itu. 

4. ilmu pemimpin itu; ekonomi dan diplomatik antara negara dan pelbagai lagi konteks

PM PRU15 ni perlulah seorang yang power berdiplomatik dengan negara2 luar bagi menarik pelabur masuk semula bekerjasama dalam bidang ekonomi, pelancongan, pendidikan dan sebagainya. pelaburan yang bersesuaian. memandangkan prediction dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pd 2023, pemerkasaan ekonomi dalam malaysia itu sendiri juga perlulah diperhebat dan tidak hanya memandang kepada datangnye pelabur2 ke malaysia. 

PM PRU15 perlu bersih daripada PRO mana2 kuasa besar, kerana jika pro kpd mana2 kuasa besar akan mencenderungkn utk berdiplomasi dengan negara tersebut shj. jika berlaku peralihan kuasa di peringkat dunia, adalah sukar untuk berdiplomasi dengan kuasa baru yang akan naik. seperti yang kita faham US dan Russia serta china tengah bergolak. dan dengan keadaan kuasa turun naik harga minyak mentah pd negara OPEC+ yang ada penyertaan middle east dan rusia. china juga sudah ade bisness diplomatic dengan saudi. jadi tendency kuasa US dan Erupah tu semakin kurang. dan tidak mustahil jika gabungan kuasa berlaku, akan berlakunya kuasa baru dunia. semoga aman seluruh dunia.  

5. tidak membawa budaya merendahkan martabat para alim ulama yang semakin menjadi2. 

budaya mencanang perkataan "penunggang agama". pada saya bahasa ni siapa org pertama mengeluarkan perkataan ini saya xtau la nak ckp ape. sgt kasar. tidak dinafikan memang ade yang bertaraf ustaz itu buat sesuatu yg diluar kotak kita, ade yg kalah saman fitnah, ade yang dikaitkan dengan kes jutaan duit. semua ini menyebabkan org menjadi skeptical kpd golongan yang di pggl pak lebai. tambah dengan isu me-neraka-kan orang dan sebagainya. memang diakui ada segelintir golongan yang sebgini. tapi itulah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  

hakikatnya, itulah betapa tingginya martabat pandangan orang terhadap golongan lebai. sehinggakan segelintir buat salah, semua kepercayaan kepada alim ulama telah pun terhakis hingga tergamak keluarkan kata2 kesat. jika mereka salah, mereka telah pun disuruh bayar saman fitnah, jika mereka telibat dengan rasuah, ada pun yang telah masuk mahkamah dan telah selesai dan tengok kpd intipati penyelesaiannya. xdinafikan mcm2 fitnah lagi untuk mencalarkan kan lagi para alim ulama hingga orang jadi tak percaya dan tinggalkan mereka sebegitu shj. pendekatan rata2 seperti sudah tidak percaya lagi kpd org alim ulama.. hm.. kita nak percaya kepada siapa? golongan bukan alim ulama? 

cuma sbgai rakyat awam, peringatan dalam diri kita, jgn sampai kita membenci semua alim ulama hanya kerana segelintir. jangan sampai mencaci keji, boleh jadi mereka difitnah saat mereka memang menegakkan agama. kerana kita boleh tengok scenario fitnah dan cronism dlm institusi pemerintahan itu sgt kuat tambah lagi dengan cyber trooper malaysia ni yang boleh buat israel zionis pun stress.. media memang medium yang boleh membunuh karekter individu. cuma  jangan kita termasuk dalam golongan yang membenci dan menjadi seorang yang mempertikaikan setiap usaha alim ulama sehingga tergencatnye kerja2 dakwah oleh kerana segelintir pembuat masalah tersebut.  

kita jangan lupa golongan alim ulama manusia biasa yang xlari dari kesilapan. biar undang2 yg menentukan, jgn kita mencaci rata. tgk balik pd diri kita, ilmu kita dengan mereka, jasa mereka dan jasa  kita dlm menegakkan islam. jangan rasa kita lebih baik sbb xbuat semua tu hgga hilang respek dan hilang semua js mereka yang berkali ganda lebih byk drpd diri kita. 

selagi paksi utama itu menegakkan islam, berani bersuara mengenai isu2 islam. kita perlu sokong, setiap kelemahan kita perlu perbaiki dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. bukan buang terus begitu shj. Mereka perlu diberi peluang dan masa untuk memperbaikinya. sbgai cth. isu hudud. sampai ade yang xtahu apa itu hudud. orang islam sendiri pun xtau apa itu hudud. alhamdulillah ade juga yang berani membawa kedepan, daripada xtahu jadi tahu. cuma perlu ditambahbaik caranya penyampaian maklumat2 mengenai hudud tersebut untuk masyarakat yang majmuk. kefahaman itu perlu selaras dengan pemerkasaan undang2 tersebut. bukan shj untuk bangsa lain tetapi org islam itu sendiri yg ade tidak tahu, tapi tidak cuba ambil tahu tapi terus mengkritik. sedih ade segelintir yang sebgini. 

apa2 pun itu penerimaan setiap individu la mcm mn. cuma perilaku mencaras terus golongan lebai adalah perkara yg perlu di check smula. sebab tidak semua lebai 'penunggang agama'. peluang juga perlu diberi bagi menambaik islam sebgai agama persekutuan.

6. Mempunyai kredibiliti untuk menyelesaikan Sentimen perkauman. isu seperti komunis, parti extreme. 

komunis disinonim dengan DAP. parti extreme disinonim dengan PAS. DAP, dikaitkan dengan abu chin peng. saya jumpa 2 newspaper mengenai kes nak bawa balik abu chin peng. satu statement drpd DAP dan satu statement drpd MCA. Dua2 parti ni bersetuju dan mahukan abu chin peng itu dibawa ke perak. adapun tiada bukti yang menunjukkan mereka yg bawa pulang abu mayat tersebut.

cuma kalu nak tahu sapa yang bawa balik, saya percaya boleh cari, rekod court case yg peguamnye tommy thomas. walaupun tiada bukti saya jumpa bahawa MCA&DAP tidak bawa pulang, tapi mereka bersetuju dan mahukan abu chin peng itu dibawa ke perak. memang ada yang mengatakan itu hanya abu, tapi adakah ketika itu mereka lupa PKM itu masih digelar pengganas di malaysia hingga sanggup bersuara sedemikian? boleh baca sendiri kekejaman PKM ni. seharusnya isu sensitif mcm ni xterbangkit. isu ICERD, isu LGBT dan mcm2 lagi timbul. isu bantahan hukum hudud. semua menyentuh agama islam agama persekutuan. isu LTTE, isu kuil dan arwah ADIB, isu tragedi 15 mei diulang sebut. isu perkataan malaysia akan jadi negara "taliban". siapa yang membangkitkan isu2 menyentuh keharmonian? fikir sendiri.  sangat kerap berbangkit sepanjang PH memerintah. kenapa ye?

PAS, disebabkan dia nampak hanya mendokong islam dan melayu. maka org memanggil dia parti ekstrem dan rasis. Faktor utama PAS dikatakan ekstrem dan rasis adalah cara dakwahnya yang kurang menyentuh bangsa dan agama lain seperti cina, india, dan sabah sarawak. maka parti ini kurang mendapat sambutan untuk pelbagai kaum. PAS lebih memfokuskan kepada ISLAM dan MELAYU dan memang itulah yang kita nampak, jadi inilah yang perlu diubah. Manusia melihat dan menilai. teras keislaman bagus dan kukuh, cuma pendekatan kene ubah. 

PAS sepatutnya bukan hanya menyebut dan memfokuskan kpd org islam terutama org melayu shj, tapi lebih relevan menyebut islam dan seluruh rakyat malaysia daripada hanya menggunakan perkataan "melayu islam".  oleh itu PAS kene ubah cara membawa ISLAM itu, islam agama persekutuan untuk semua bangsa. walaupun bila kita tgk dinegeri pemerintahan mereka, ade je tokong2, kuil2, masyarakat majmuk yang harmoni. cuma pendekatan dan cara dakwah perlu diperbaiki supaya "ekstrem" dan "rasis" tu terlerai dan terbuka untuk semua bangsa dan agama. 

kalu kita takut agama dan bangsa kita terancam, saya percaya sudah pasti bangsa dan agama lain juga akan berfikir begitu, risaukan anak cucu mereka juga. maka cara pendekatan itu perlu ade perubahan, insyaa Allah dpt diterima semua kaum. 


Apapun2, sebagai orang islam, Allah dah bagi jalan penyelesaian kepada kita dalam memohon petunjuk dan hidayah daripadaNYA iaitu:

1. solat istikharah. kemudian beristisyarah. dan kerapkan membaca pelbagai doa2 dalam solat2 kita, seperti doa memohon pemimpin yg baik. doa semoga dijauhi drpd pemimpin yg zalim. doa supaya kebatilan itu kita nampak. 

2. solat taubat, moga kita diampun. dosa2 kita membentuk peribadi kita dan mencenderung kita memilih pemimpin yang mcm diri kita dan kehendak kita. jadi itulah cerminan diri kita. moga bila bertaubat, kita dpt hidayah membentuk diri untuk mendpt mardatillah. insyaa-Allah moga dengan itu Allah beri kita petunjuk dan buat perkara yang diredhainya, iaitu memilih pemimpin yang takutkan Allah. pemimpin yang takutkan Allah xkan melakukan rasuah, xkan khianat, xkan ade skandal seks, xkan ade menyeleweng duit dan akhlaknya tiptop. walau sukar kan nak cari yang sebegitu.. tapi kita harap dapat yang hampir ke arah itu dan membawa ke arah kebaikan.

3. pilihlah PM10 yang kita tgk akhlak, ketrampilannya dan jasanya pada agama. Seorang berprinsip, berani dan tetap pendirian. yang penting berani menegakkan Islam. bukan diam membisu, membiarkan agama islam diperkotak katik. pilih yang paling kurang mengata orang dalam berkempen, paling kurang cerita2 yang tak de kesahihan, tidak membawa budaya suka mempersendakan. pilih yang dia kempen memang lebih kepada agenda rakyat dan negara.  penting  juga memilih PM10 yang parti komponennya balance dari segi mengangkat islam sebgai agama persekutuan dan mempunyai kepakaran dalam sudut ekonomi dan keselamatan negara dan lain2 aspek juga. Kepimpinan itu perlu seimbang. jadi parti komponen yang mantap juga adalah faktor penting untuk KERAJAAN BARU ini.  


SELAMAT MENGUNDI RAKYAT MALAYSIA

Lain2 bahan bacaan:

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/10/pilih-pemimpin-ikut-cara-islam/

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/10/1017614/tiga-ciri-calon-wajar-dipilih-sebagai-pemimpin-dalam-pru15

https://www.hmetro.com.my/addin/2022/11/903790/pru-15-buatlah-pilihan-terbaik


http://studentsrepo.um.edu.my/5381/2/BAB_II.pdf

Isnin, 4 Julai 2022

SPSS DATA CLEANING: OUT OF RANGE VALUE

OPEN SPSS, THEN GO TO ANALYZE, CHOOSE DESCRIPTIVE STATISTICS, THEN CHOOSE FREQUENCIES, AT THE FREQENCIES BOX, BRING ALL THE VARIABLES TO VARIABLES BOX. THEN CLICK STATISTICS. AT THE STATISTICS BOX, TICK MINIMUM AND MAXIMUM. THEN, CLICK CONTINUE, THEN CLICK OK.
THEN GO TO OUTPUT. REFER TO TABLE STATISTICS. SCREEN THE MINIMUM AND MAXIMUM VALUE. BASED THE ABOVE EXAMPLE IS VARIABLE "ARE YOU GRADUATE" IS OUT OF RANGE VALUE FOR THE MAXIMUM VALUE. REFER THE CORRECT AMOUNT AT THE 'VALUE LABELS BOX".

SO BASED THE VALUE LABELS BOX, THE MAXIMUM VALUE OF "ARE YOU GRADUATE" ONLY NO 2 NOT 22. THEN GO TO "DATA VIEW". 

GO TO "DATA VIEW" TO CHECK UNDER THE COLUMN "ARE YOU GRADUATE", WHICH RESPONDENT THAT HAS THE WRONG VALUE. THIS DUE TO TYPING ERROR. SO, THE VALUE FOR RESPONDENT NO 10 IS WRONGLY KEY IN. THEN, RE-TYPE NO 2 FOR CORRECTION. 

 

Sabtu, 15 Januari 2022

dugaan demi dugaan tak lain tak bukan menaikkan maqam kesabaran dalam diri

sesungguhnya setiap hari kita perlu memerhatikan perjalanan hidup. erti kata lain muhasabah. teringat kisah 'Aisyah. apa yang menariknya 'Aisyah telah dianugerahkan anak sulongnya kembar 3. Alhamdulillah 2 girls and 1 boy. 'Aisyah menyatakan 2 minggu pertama memang suasana yang kritikal. dengan diri yang masih lemah melahirkan, baby pulak menangis serentak. menyusukan itupun mula2 ajar, memang perlu kan kesabaran. ade masa rs nak marah kepenatan. baby ni ada masa dia xnak menyusu. menangis dan tak tau nak ape. kembar ni pulak jenis semua serentak. memang tak menang tangan. 

di sini "aisyah menyatakan dugaan kesabaran memang tahap meruncing. ada masa rasa macam nak putus asa. tapi suami la sentiasa ade memberi semangat dan bersama-sama mengharungi tangisan si kembar 3. kalu sakit pun semua sakit. hahaha.. bila menangis malam2 semua menangis malam2. dari hari ke hari kesabaran tu kita sendiri dapat sedar, bertambah dari hari ke hari. sbb pengalaman tu juga perkara yg membantu utk kita bersabar. kadang2 benda yang jadi xsabar sbb kita buntu dan tak tau nak cari solusi. bila dh get use dengan situasi, semua getting better. Alhamdulillah. itu belum tang nak bagi ubat. mencabar. meraung, xmau makan ubat. kene cekalkan hati, suapkan ubat, kadang2 budak2 ni action over, mcm teruk sgt gayanya bila kita nak bg makan ubat. tp have tu utk kesihatan dia jugek. kene tekad n cekal. 

stage bila semua dh mula berjalan, xpayahla nak ade perhiasan. hahah.. almari dan tempat2 barang tu pastikan lock yg derang xleh nak buka. tangan depa ni suka menarik ikut suka hati. so be aware dengan elcetrical items yg bahaya. bilik air pastikan lock, nanti xsedar dh masuk dlm diam2 main air, yg bahaya takut jatuh ke lemas ke.. tu belum  kalu shower form n shampoo di picit abis.. hahah.. bab barang2 tu mcm2 la jugek rosak. tissue ke.. jgnla letak tempat derang leh capai.. habis ,, itupun kene bersabar, 

bersabar ni bukan sahaja mulut kita mengeluarkan kata2 yg mendoakan kebaikan tapi juga perilaku kita.. selagi boleh berlembut.. berlembut.. tegur dengan penuh kasih syg.. 'aisyah tak nafikan ade masa kerana terlalu penat, tetiba tgk barang berterabur,, rosak... ade masa tu mcm mulut dah mula sebut bende2 x elok. satu kali tu.. saya terlepas ckp.. terus semua sakit.. kemudian saya rasa pulak keperitan menjaga saat anak2 sakit. daripada aktif,, menteraburkan rumah, semua terbaring lesu.. lagi sedih meruntun jiwa.. jadi di situ aisyah belajar, mendidik mulut, hati untuk mengawal mulut. ,mengingatkan diri dengan tanggungjawab sbgai ibu dan ini adalah amanh daripada Allah. kene banyak istighfar dan solat la. bagi jiwa kuat. dan yg paling utama, suami la. alhamdulillah suami jenis cool. 

lagi bila stage anak mula2 belajar xpakai pampers, yang ni memang cabaran sbb 3 org ni. mula2 memang untuk pandaikan dia control bila nak pee n poo tu.. merata2 tu lama jugek masa.. alhamdulillah sebulan jugek utk pastikan dia clear tak pee n poo merata terutama malam tu. memang kene sabar la, nak mencuci pee n poo kat lantai. tilam n cadar kdg2 berturut hari kene basuh. tak yah citer la yg tu. kdg2 balik je kerje tgk2 dh poo n pee atas lantai.. buat ada masa serentak semua buat hal,, masa anak jatuh sakit tu memang mengajar saya untuk menjaga perkataan yang keluar daripada mulut saya untuk anak2 saya. mereka amanah Allah. dilema antara kerjaya, harta benda itu adalah cabaran bila anak sakit. ade kerja bagus, harta banyak tapi sebab kita lambat bertindak hingga anak terabai pun tak guna. kat dunia kita sengsara, kat akhirat nnti Allah tanya lagi, mana amanah yg dipertanggungjawabkan tu?? apa yg nak jawab?? memang hebat 'aisyah ni orgnye sbb tu Allah bagi dugaan dia stage mcm ni. 

'aisyah mengaku. masa ada satu masa awal2 tu terutama masa kerja tengah pack, anak2 pulak xsihat. ada skali tu dia choose utk proceed dgn meeting, sbb rs mcm anak tak teruk, balik2 je,  anak dah lembik, teruk, macam dah tak bernyawa.. masa tu, mmg bljr, lantak pi la kerjaya, kalu anak ni jd pape, menyesal la seumur hidup. alhamdulillah, Allah duga kat situ dh bljr, amanah anak tu lg besar, nyawa.. kesihatan. akhirnya anak sihat. lepas tu pape pun anak dulu. 

pernah juga masa anak2 kecil, badan xberapa ok, kerja pulak ade masalah, pernah ade masa saya asyik tinggi suara je dengan anak2, ade masa tu saya cubit jugak.. kemudian saya realize, anak2 saya ni dia bergaduh kasar2. macam takde kasih sayang.. kemudian baru saya tersedar, kekasaran saya tu la yg membentuk derang jd mcm tu. mmg ade satu masa tu, saya perasan, saya jarang sentuh n peluk dan cium anak2, banyak menengking, mencubit.. itulah corak yg jadi.. alhamdulillah, Allah bagi lagi dugaan untuk saya sedar ruang utk saya perbaiki diri. saya ubah balik cara .. sebenarnya yg utama kita sujud n solaat taubat terus bila nampak kita dah gagal jalankan amanah Allah tu. 

anak2 ni ade yg antara mereka tu jurus hatinya. ade yang kuat cemburunya. kita boleh nampak anak2 kita ni yg mana kurangnya di sini. dan yg mana lebihnya di sini. keseimbangan kasih sayang tu memang susah untuk kita terjemahkan. kalu suap sorang, kene suap lg yg 2 org, jap g yg 2 org tu memandang dengan hasrat menunggu utk disuap juga.. ni xkira dh besarpun kene juga. kalu anak tu jenis xjeles xper, jenis yg seronok tgk mak n ayah manjekan adik beradiknya, yang ni senang, tapi memang akan ade yg jeles n tak puas hati. so cabaran jugek supaya mereka rasa sama je kasih sayang tu, xlebihkan yg mana. terutama bila Allah bg sorg ni mmg tertonjol kelebihannya, manakala yg sorg ni tertonjol pulak jenis yg cemerkap.. lagila kene jaga jurang tu. yang penting, jangan sebut perkara yang tak elok pada anak tu, walau kita nampak memang anak tu ade sifat mcm tu, contoh anak kita yg sorg ni keras hati, jangan sekali-kali sebut dia seorang yg keras hati, dia akan terus down sampai bila2. sbb itu yg dia nampak parent dia nampak pada dia. org yg paling dekat, parent la, kalu parent pun dh label dia mcm tu, memang out la perasaan dia. contoh anak ni bila berjaya je dia nampak sombong, jangan sebut, belajar menjadi sombong.. nanti sampai sudah itulah yg dia nampak parent dia pandang dia. selagi boleh jangan jatuhkan perasaan anak. sbb kita kan nak anak kita masuk syurga. nak masuk syurga macam mana kalu ratib mulut kita sebut perkara yang tak elok pada mereka. seeloknya dh nampak sifat buruk ade pada anak, doakan supaya anak itu dikikiskan daripada sebegitu. bukannya apa, kadang2 kita sebagai parent pun byk kurang dalm mendidik. kita mungkin dulu pernah jd sombong, kita dulu mungkin pernah keras hati.. terutama melaksanakan perintah Allah. jadi.. muhasabah diri.. sbb nnt Allah itu maha adil, dia akan persoalkan juga hak2 anak tu nnt jika kita sbgai ibubapa gagal beri. 

byk saya belajar dalam membesarkan anak2. setiap dugaan tu saya sendiri nampak maqam kesabaran saya naik dari datu dugaan ke dugaan lain. ilmu la byk mempercepatkan kita bljr. dan juga pengalaman dan kesilapan yg dh dilakukan. pahit saat perkara tu berlaku. tapi bila dh reda semuanya, perhati balik perjalanan hidup tu, itu semua keajaiban yang Allah berikan pada kami. thanks to Allah. always.. 

kita manusia biasa, memang xsempurna.. yg penting kene solat tu jaga, masa tu kita sentiasa berdoa kpd Allah utk memudahkan jalan untuk menunaikan tanggungjawab kerana Allah. insyaa-Allah, disebalik kesilapan tu Allah akan sediakan jalan penyelesaian. manusia pasti akan buat kesilapan. cuma dah buat kesilapan kene cepat berubah ke arah kebaikan. jangan putus asa dan berkeras tidak mahu menerima kesilapan dan kekurangan diri. 

semoga 'Aisyah sukses di dunia dan di akhirat. satu perkongsian yang sangat menarik.