Selasa, 15 Ogos 2017

besarnya dosaku, banyaknya dosaku, masih ade keampunankah untuk aku?

sebagai manusia yang sentiasa menjadi sasaran utama syaitan, manusia seringkali melakukan kesilapan, maksiat, mengikut hawa nafsu, berakhlak buruk, dan meninggalkan perintah yang Allah telah turunkan.

walau setiap kali melakukan kesilapan manusia sudah pun bertaubat. kadangkala manusia  masih melakukan kesilapan dan dosa. dosa besar maupun dosa kecil. sehingga ade satu peringkat syaitan telah berjaya berbisik, tak guna lagi bertaubat kerna setiapkali bertaubat, diri masih melakukan maksiat. jangan sekali kali terpedaya dengan tipu daya syaitan. kerana pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah itu tersangat Maha penyayang, pengasih dan pengampun. sesungguhnya dalam surah albaqarah ayat 160,

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

ayat ini jelas menunjukkan sebesar manapun dosa, Allah pasti akan menerima taubatnye selagi mane manusia itu "bertaubat" dari melakukan perkara yang dimungkari Allah.

surah al baqarah, ayat 222

"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."

surah al baqarah ayat 279,

"Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

sesungguhnya bertaubat itu mengelak diri kita menzalimi orang lain dengan perkara buruk yang kita lakukan.

surah an nisa ayat 16,

"Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya."

surah an nisa ayat 17,

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

surah an nisa ayat 146,

"Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar."

surah al maaidah ayat 34,

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah al maaidah ayat 39,

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah al an'am ayat 54

"Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

surah al a'raaf 153

"Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah at taubah ayat 5

"Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah at taubah ayat 74

"........ Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong."

surah at taubah ayat 118

"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."

surah ar ra'd ayat 6

"........dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar)."

surah al hijr ayat 49

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)."

surah an nahlu ayat 119

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah maryam ayat 60

"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -"

surah taha ayat 82

"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya."

surah an nur ayat 5

"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah al furqan ayat 70

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

surah al qasas ayat 67

"(Demikianlah akibat orang-orang derhaka), adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka semoga akan menjadilah ia dari orang-orang yang berjaya."


dan bayak lagi ayat alquran yang menyatakan perintah untuk bertaubat walau pelbgai kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Allah sangat mengasihi orang yang bertaubat. asuhlah diri untuk bersegera bertaubat apabila telah melakukan kesilapan dan dosa. 

#jom asuh diri
#jom muhasabh diri
#jom sentiasa bertaubat
#jadikan taubat sebagai rutin harian






Jumaat, 11 Ogos 2017

Maksiat, syaitan, nafsu, manusia, dan ALLAH

Manusia melakukan maksiat kerana adanya nafsu dalam diri. nafsu jika dilihat sejarahnya memang sesuatu yang sangat degil dan sukar untuk dibendung. hanya ketinggian iman sahaja yang dapat menundukkan dan mententeramkan nafsu. syaitan atas dendamnya menjadikan nafsu inilah sebagai titik utama untuk menewaskan iman manusia. nafsu itu pula datang dalam pelbagai bentuk. nafsu amarah, nafsu seksual, nafsu makan dan macam-macam lagi bentuk keinginan hawa nafsu ini. syaitan sudah berjanji akan merosakkan anak cucu adam dari pelbagai pelusuk yang mana disetiap pelusuk itulah adanya hawa nafsu. nafsu kalu tidak dibendung memang membawa kepada melakukan kemaksiatan dan perkara yang melalaikan.

manusia dengan sedar akan tugas untuk beribadah kepada Allah akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan iman bagi menundukkan hawa nafsu dan juga tipu daya syaitan. bukanlah mudah untuk melawan kehendak hawa nafsu apatah lagi jika hidup sudah lama meninggalkan amalan ibadah kepada Allah. yang pasti, jangan putus asa setiap kali terjerumus ke lembah kemaksiatan dan dosa yang melalaikan. sesungguhnya Allah itu maha penyayang, pengasih dan pengampun.

nafsu itu mendesak dan syaitan itu licik. dua bende yang ade pada manusia iaitu akal fikiran dan hati adalah pusat utama nafsu dan syaitan jadikan sasaran. dalam mendidik diri menambah ibadat, nafsu dan syaitan akan membisik dan memaksa diri menjadi lapar dan hendak makan yang melebihi had. akibatnya perut akan membuncit, badan menggemuk dan jadi pemalas dan sukar untuk melakukan ibadat. dalam mendidik diri membaca ayat ayat suci Allah, syaitan dan nafsu akan cuba menghilangkan focus jadi nak baca laju2 dan cepat2. ataupun jadi mengantuk yang keterlaluan.

nafsu itu hidup jika mata tak dijaga dan pergaulan tak dijaga. akal fikiran pula selalu menjana pelbagai jenis alasan dan cara untuk melunaskan kehendak nafsu dan syaitan pula membantu membisik pelbagai cara. jika sedar, in shaa Allah jiwa jahat akan menangis di dalam. diri akan rasa muram melawan keinginan maksiat dan lagho yang tak sepatutnya diingini oleh manusia yang sayang akan Allah. biar sakit di dunia melawan syaitan dan nafsu ini kerana Allah. jangan gembira di dunia ini dengan bergelumang dalam maksiat, dosa dan perkara yang melalaikan tapi menangis di akhirat. sebaiknya jangan timbul dan terfikir yang maksiat itu nikmat, dan lalai dan dosa itu nikmat. ia perkara yang buruk, busuk dan perlu ditinggalkan jauh2.

pen"divert" utama tujuan manusia sebagai hamba Allah ialah nafsu dan syaitan. ape yang nafsu suka. ape yang syaitan suka. itulah benda utama yang kene perangi. nafsu suka marah. nafsu suka bende yang dilakukan secara berlebihan yang memudaratkan dan tak disuruh oleh Allah. itulah dia punca utama syaitan dapat menewaskan manusia.
iman. iman. iman. itulah benteng utama manusia dalam kehidupan di pentas dunia ini. pentas ujian. beriman kepada Allah. beriman kepada Allah. melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan ape yang dilarang.

Allah. ya Allah. Allah sayang kita manusia. Allah sentiasa memerhatikan gerak laku dan segala jenis perbuatan, bisikan hati dan juga ape yang bermain dalam fikiran kita, ape yang terdetik dalam hati kita. dengan manusia kita boleh sorok dan sembunyikan ape yang berlegar dalam fikiran dan ape kata dalam hati kita. tapi dengan Allah, Allah tahu semuanya. seharusnya kita manusia berasa malu jika memikirkan perkara yang buruk kerana Allah tahu dan nampak. dalam bilik duduk sorang2 boleh buat ape shaja jenis ibadah ataupun memilih untuk membuat maksiat ataupun perkara yang melalaikan. tapi ingatlah bahawa hakikatnya Allah ade memerhati, malaikat kiri kanan sudah pasti ready untuk mencatat sambil juga memerhati dan syaitan juga datang untuk menggoda, jadi, antara Allah, malaikat dan syaitan, yang mana satukah yang kita sayang? yang mana satukah yang mencipta kita? yang mana satukah yang wajib kita ikut perintahNya? sudah pasti Allah swt.

jadi kenapa manusia masih melakukan maksiat, mengikut nafsu dan tewas dengan godaan syaitan? nah ambil cermin. renung diri. muhasabah diri. Allah dah bekalkan Rasul dan Al-Quran.... kita pilih ape? kita pilih ape? tanya diri... kita pilih ape? sunah rasulullah kita ikut dak? al-quran, kita tadabbur dan amik ibrah dak? orang alim ulama dan masjid tempat2 ceramah.. kita dekati dan pegi dak? diri kita sendiri yang mendorong setiap haluan hidup kita... jangan duk tanya kenapa takdir aku macam ni lah macam tu lah.. Allah tak sayang aku la... jangan... jangan... tengok dulu diri sebelum menuding jari... tuding dulu kat diri sendiri...

tapi.. dah dekati ulama, masjid, dah baca al-quran.. dan ikut sunah.. jatuh jugak lagi dalam kancah maksiat, lagho dan susah nak lawan nafsu....??? kenapa pulak..... ambil lagi cermin... tengok lagi diri sendiri.. renung muka... renung akal sendiri.. renung jiwa sendiri... ikhlas kita tu consistent ke.... ikhlas tu... kita jaga dak ikhlas kita tu dalam setiap ibadat... ikhlas itu pintu istiqamah... ikhlas itu pintu istiqamah... kebersihan... jaga dak kebersihan... ikhlas, bersih pintu khusyuk dan istiqamah dan pintu kesabaran.... kita ikhlas dak dengan Allah... tanya diri kita ikhlas dak dengan Allah... buat kerana Allah... Allah adalah cinta pertama dan terakhir kita...

bila putus cinta dengan orang kita frust menonggeng bagai nak ghak... xmakan... xminum... sampai ade yang nak bunuh diri... tapi kenapa bila kita buat Allah marah dengan buat maksiat dan tak buat perintahnya kita tak pun rasa frust sbb kita dah buat cinta pertama dan terakhir kita terluka....????/ kita tak pun berusaha nak pujuk dengan kembali bertaubat dan beribadat. kita tak pula ade usaha nak menarik semula perhatian dan kasih sayang ALLAH. kalu dengan makwe/pakwe siap beli coklat... tepon sampai bejuta kali selagi tak jawab phone... yang macam tu yang patut amal kita kepada Allah. dah tau buat dosa pada Allah, mintak ampun semula la... solat banyak2. ngaji banyak2. sedekah banyak2. buat semua yang Allah suka...

baru  nafsu dan syaitan tergamam, kaku dan membukam...

Sabtu, 1 Julai 2017

Moral daripada sebuah Kematian yang mengejut

8 Mei 2017, hilangnya sebiji permata yang berharga. masih aku teringat situasi itu.

chat thru whatsup (family group)

Ayub: Doakan abg Lah, dia accident.
Aku: Ya Allah, terukke, accident dengan ape?
Amirul: Critical, langgar bongkah kayu..

.......aku tergamam dan tak percaya dengan perkataan "critical".... dan dalam fikiran merasakan abgku pasti akan pulih walau dalam hati dah terasa sesuatu yang aku cuba menafikan..

Emak: Bacalah yasin, permudahkan urusan..

aku pun ambil wuduk, baca yasin. sambil baca yasin, bertalu-talu bunyi whatsup... aku dah menghidu sesuatu yang aku sendiri tak mau berlaku... habis baca yasin. aku cuba kuatkan diri untuk membaca whatsup... 

Emak: Lah dah pergi.....

tak sedar air mata aku mengalir... Abdullah Rozali, abg aku, telah pergi dan pergi yang takkan kembali lagi. Abg yang tak berselang dengan aku. Menggigil jugak rasa badan. tersentap dengan pemergian yang tak di duga. jam sudah menunjukan 10.45 minit malam. Arwah di isytiharkan pergi jam 10.40minit malam pada usia 36tahun. beza 2 tahun je drpd aku. Meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak lelaki. 

Alfatihah... Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. aamiin.

Moral daripada Kematian yang Mengejut

1. Jangan pernah sakiti hati orang, berkelahi, bergaduh, bermasam muka, berdendam dan pelbagai perkara yang boleh mencalar redha seseorg kepada kita. Kerana, mungkin dia pergi tanpa memberi kemaafan dan redha kepada kita. dan kita dah tiada peluang untuk memohon maaf daripada si mati lagi. bahkan, kita akan didatangi rasa menyesal yang mungkin kita alami sehingga kita mati.

2. Bahagiakan setiap orang. kerana perginya orang yang kita dah cuba yang terbaik untuk membhgiakannya ni, akan buat kita melepaskan dan meredhakan dia pergi dengan tenang. takkan ade rasa ralat dalam hati kita dengan pemergiannya.kita dah all-out masa dia hidup...

3. bantulah si mati dengan memperbanyakkan sedekah alfatihah buat si mati. bersedekah atas nama si mati. melangsaikan hutang piutang si mati, memudahkan urusan jenazah si mati. mengagihkan pusaka si mati mengikut faraid.

4. Allah akan buka kebaikan (si mati yang baik) ataupun keburukan (jika si mati bukan seorg yg baik, nauzubillahiminzalik, semoga aib kita ditutupi), satu persatu, jadi jika masa hidupnya kita tak pernah nak hargai, penyesalan akan sentiasa ada dalam jiwa. maka, hargailah susah payah dan pertolongan orang pada kita saat dia masih hidup. supaya x sesal dikemudian hari. bagi hak setiap org yg patut dia dapat hak. jangan tutupi kebaikan org. jgn pula buka keaiban orang. bila perginya seseorang, Allah akan buka kebaikan seseorg itu satu persatu supaya keadilannya masa dia hidup terbina. saat ni, orang yang bersalah akan makan hati dan rasa bersalah sampai ke mati. 

wallahualam,

yang penting, jadilah baik, jadilah ikhlas, jadilah adil, jadilah amanah, jadilah bertanggungjawab kerana Allah

jauhilah hasad dengki, jagalah 7 anggota dari kemaksiatan,...

ambillah pengajaran daripada setiap kejadian yang Allah telah takdirkan sbgai qadak dan qadar.



Isnin, 6 Mac 2017

HOW TO APPROACH THE RESPONDENTS TO ANSWER YOUR QUESTIONNAIRES










Jangan pernah merasa yang Allah itu meninggalkan dan membenci

"Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula membenci kepadamu,"

Al-Quran; Surah Adh-dhuha; ayat 3

apabila berada dalam pelbagai dugaan, sesungguhnya Allah itu sentiasa berada bersama manusia. jangan pernah merasakan Allah itu meninggalkan kita sendirian menempuhi dugaan hidup.
jangan pernah merasakan Allah itu membenci kita dengan mengurniakan pelbagai ujian.
kerana perlu kita fahami bahawa konsep Allah itu

"..sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan."

Al-Quran; surah adh-dhuha; ayat 4


permulaan yang penuh dengan kesulitan akan diakhiri dengan kemenangan-kemenangan.





Sabtu, 4 Mac 2017

detik hiba yang tiba

19 februari 2017. hari yang akan diingati sampai ke akhir hayatku. patutlah pagi ini terasa begitu sejuk, sedih dan tidak tergambar perasaan di hati. rupa-rupanya mok nak pegi buat selama lamanya. Alfatihah untuk mok.

 28 mei 2016, tarikh mok terjatuh dalam bilik air dan telah menyebabkan tulang punggung mak retak dan tak boleh lagi berjalan. penderitaan 9bulan terlantar. kini mok dah tiada dan pergi buat selama lamanya. Alfatihah buat mok.

hari ini hari yang kali terakhir aku melihat wajah mok di dunia. semoga mok ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah. Alfatihah untuk mok.

melihat wajah mok, aku sangat berpuas hati dengan air mukanya yang berseri, dahinya yang masih lembap dan bau yang sangat wangi yang tidak dapat aku terjemahkan wanginya. walau sebak, tapi jiwa aku redha dengan kepergiannya. Alfatihah buat mok.

kehilangan seorang yang paling dikasihi di dunia. seorang yang tak pernah jemu mendengar setiap ape jua masalah yang aku alami. sangat terasa ketiadaannya. satu tamparan yang hebat. tapi ini akan aku jadikan satu semangat didunia ini demi membantu mak di sana. akan aku usahakan ape jua amalan yang boleh sampai ke mok di sana. agar mok sentiasa tenang dan gembira di sana. Alfatihah buat mok lagi.

ikah akan tetap sayang mok sampai bila2 dan akan cuba menjadi anak yang solehah dengan bekalan ilmu, akhlak dan didikan yang telah mak bekalkan. mok adalah mok yang terbaik. al fatihah buat mok

buat yang telah membaca, sedekahkanlah alfatihah buat mok kesayanganku. Hasmah binti Sulaiman. moga mok bahagia dan tenang di sana.