Ahad, 16 Mac 2014

"Kadang2 dah rasa give up...x tau nak wat camne lagi...semua x kene dimatanya..."...maka, bertanyalah kepada Allah

setiap individu mesti ade niat di dalam hati ingin memuaskan hati semua orang. walaubagaimanapun itu adalah sesuatu yang mustahil pada logik akal melainkan dengan izin Allah. orang yang paling penting bagi kita untuk memuaskan hati mereka ialah ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, adik beradik, sedara mara, kengkawan dan sebagainya...

akan tetapi kadang kala, ade juga yang terduga dengan keadaan dimana, semua yang kita dah lakukan dibalas dengan kata-kata caci maki, sambil lewa, endah tak endah, salah dan kene marah...sampai ade kala kita jadi buntu...ape sebenarnya lagi yang perlu dilakukan bagi memuaskan hatinya...

kadangkala ianya memang datang dari kekurangan kita dan kesalahan kita sendiri menjemput ketidakpuasan hati orang kepada kita... tapi ade kala sebaliknya,... kita dah buat yang baik dan orang lain pun dah kata..."kenapa dia masih tak puas hati ye..ape yang tak kene.." .. ade juga situasi di mana sperti frasa ini.."kalu dah tak suka, bagi emas segunung pun tetap tak suka"... ye memang ade situasi begini..macam2 cara dah dilakukan bagi meraih rasa puas hati dan kasih sayang seseorg yg selalunya penting dalam hidup kita...

jika kita di tempat sedemikian, sememang dugaan yang berat..kerana sudah pasti sentiasa rasa sedih...bahkan saya pun kerapkali mengalami begitu..

di sini ingin saya kongsikan kepada semua orang... apabila saya sedih dan masih tidak berjaya memuaskan hati seseorg...jauh dalam sudut hati saya memang sedih... tapi perlu diingati disini bahawa hati orang itu dipegang oleh Allah... seringkali saya bertanya.."ya Allah zahirkan dan beri petunjuk atas setiap kesalahanku sehingga aku diperlakukan sebegitu".. jika kita melihat pada orang (insan/manusia) dan perbuatannya semata-mata..sudah pasti akan rasa putus asa, sedih, marah...

kawan-kawan...lihatlah kepada kenapa Allah benarkan situasi itu berlaku... bertanyala dengan berdoa kepada Allah agar menzahirkan kesilapan yang kita lakukan hingga Allah benarkan kita diperlakukan begitu...situasi ini jg mengajar agar kita tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain sebab kita dah rasa pedihnya diperlakukan buruk begitu...

kadangkala saya sering bertanya pada diri...betul ke aku buat semua tu ikhlas?... betulke aku buat seme tu tanpa rasa sekelumit rasa ingin dipuji erti kata lain riyak, ataupun secara komersilnya "penghargaan"... jika ikhlas, peduli ape feedback kita dapat...kadang2 ini faktor yang Allah nak uji seseorg itu apabila semua perlakuannya dibalas buruk...Allah nak uji tahap ikhlas dan hati seseorg.. tahap kesabaran...

dan selalulah mintak dengan Allah agar dilindungi dari penyakit riyak. kerana riyak mengundang kepada penyakit sombong dan angkuh...

setiap dugaan itu Allah datang kan sebagai "training" kepada kita semua...training menjadi sabar, training sentiasa muhasabah, training akhlak yang baik, training mnjadi ikhlas dan redha..ertikata paling tepatnye ialah training utk menjadi "mukmin sejati" yang disayangi Allah..

wallahualam...

contoh2 hukum izhar halqi dalam surah albaqarah ayat 81-105







ke contoh lain

Sabtu, 15 Mac 2014

tempat paling baik untuk mengadu ialah Allah


seorang ibu dapat membesarkan semua anak-anak, tapi semua anak-anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu

pengalaman itu kadangkala menimbulkan muhasabah dalam diri.pengalaman itu berlaku pada diri sendiri maupun orang sekeliling. yang pasti Allah takdirkan ia berlaku bagi mendapat pengajaran dari ape yang berlaku. di sini ingin saya kongsikan satu pengalaman mengenai kisah anak-anak dengan seorang ibu yang sudah tua.

seorang ibu yang sudah tua, sudah uzur berusia 77 tahun. telahpun dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman E.coli dalam darah, high sugar contain 17, dan high BP, 195. alhamdulillah, semua anak-anaknya datang dari jauh ke hospital bagi melawat dan menjaga ibu. anak-anaknya boleh dikatakan semua berjaya. guru, pensyarah, peniaga etc. 

setelah disahkan sihat, ibu ini telah boleh discharge dari hospital dan dibawa pulang oleh anak lelakinya. ibu ini memiliki 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan yang semua sudah berumahtangga, manakala ade seorang perempuan yan masih belum berumahtangga. 

dalam keadaan ibu keuzuran itu, tanpa pengetahuan ibu, anak-anaknya bertolak-tolak untuk menjaganya secara penuh....kecuali seorang yang mana si ibu pula tak berminat tinggal di situ. dan yang sanggup itu pula adalah anak perempuan yang sudahpun berumahtangga.

Allah telah memaparkan babak-babak ini dalam hidup saya.. saya sangat sedih melihat  si ibu tua yang uzur ini. bukan ini pertama kali berlaku. sebelum ini pun pernah juga berlaku iaitu pada tahun lepas. masih saya ingat ketika itu..

pada raya aidilfitri tahun 2013, si anak kedua ibu yang tua ini telah sanggup menjaga ibunya secara total..bermakna tak perlu lagi si ibu travel sebulan sekali ke setiap rumah anaknya. seeloknya-begitulah, sebab si ibu yang tua ini sudah tiba masanya berehat dan bersara dari travel jauh2 ni. jadi jika ade anak-anak yang lain ingin melawat bolehlah datang ke rumah anak yang kedua ini..

tapi dugaan demi dugaan, keadaan tidak mengizinkan kerana salah seorang cucunya (anak kepada anak keduanya) seorang yang suka mengamuk. si ibu tua ini berada dalam ketakutan dan tak mau lagi tinggal di rumah anak keduanya itu. 

bermulalah episod si anak tolak menolak dalam menjaga si ibu tua. 

melihatkan si ibu tua terkebil-kebil, tak tau siapa yang sudi membawanya pulang ke rumah..sudah ade tempat nak dihuni ade pulak musibah yang melanda..saya sangat sedih melihat situasi si ibu tua yang terkebil-kebil melihat karenah anak masing-masing. selain dari anak ke dua ini ade 2 anak yang si ibu tua ini suka tinggal dengan mereka, anak bongsunya iaitu anak perempuan dan seorang anak lelaki. walau bagaimana pun anak bongsunya itu berkata,

mak sekarang saya sangat sibuk (dengan kerja sebagai pensyarah dan study untuk phd), saya tak dapat nak jaga mak buat masa ni.

manakala anak lelakinya tidak pula menyanggup membelanya.walhal, sepatutnya setiap anak laki-laki itu perlu dan wajib berkata sebegini.

 "mak adalah tanggungjawab utama saya sebgai anak lelaki.sudah kewajipan saya menjaga ibu, jadi mak duduklah dirumah saya selama-lamanya.bila mak rasa nak pegi umah anak2 lain, mak boleh la nak pergi, tapi rumah saya adalah rumah mak. sebab dulu mak jaga saya, dan itu juga dikira rumah saya.dan sekarang tiba masa saya patut jaga mak sehingga mak juga rasa seperti saya rasa masa mak besarkan saya dahulu"... 

saya sangat sedih melihat situasi ini dan satu pengajaran yang besar dalam hidup saya. semoga Allah membantu saya menjadi anak yang baik, sabar dan tabah dengan karenah ibu bapa kelak. kerana sememangnya orang yang berusia ini banyak karenah dan kesabaran yang perlu kita sabari. sama sebenarnya dengan kesabaran yg perlu si ibu itu ade ketika membesarkan anak-anak...walhal lebih hebat lagi kesabaran seorang ibu itu jika nak dibandingkan dengan kesabaran yang dimiliki oleh anak tadi...kerana anak hanya ade seorang ibu kandung...ibu pula mungkin punyai lebih dari dua orang bilangan anak....

disini ade 2 pengajaran besar yang saya dapat....

1. agar saya sentiasa berdoa dengan Allah membuka mata hati dengan setiap tanggungjawab yang saya perlu lakukan.terutama perihal menjaga ibu kelak.yang mana wajib setiap anak-anak menjaga kecuali anak perempuan yang sudah berkahwin, iaitu perlu dengan redha dan izin suami.

2. kesedaran dengan "kenapa agama itu penting dan perkara utama dalam memilih pasangan hidup." iaitu, pentingnya lelaki memilih bagi wanita berpengetahuan agama. kerana isteri tau peranan suami,iaitu kene jaga maknye.jadi sebagai menantu, wanita itu kene berlapang dada dan mesti ade niat dan kesediaan dalam menjaga mertua. kerana itu membantu suami anda hidup dalam barakah.dalam secara tak langsung keluarga sendiri juga akan barakah. Allah sayang.dan tarbiyah juga untuk anak2 kelak,

bagi seorang wanita pula, memilih lelaki berpengetahuan agama penting kerana, suami akan tau menghormati ibu isteri. bahkan mudah berlapang dada dan redha jika isteri mahu menjaga ibunya...

rata-rata hari ini saya melihat anak perempuan yang banyak menjaga ibu di usia tua. dimana anak-anak lelaki? sedangkan tanggungjawab utama anak laki2 itu ialah menjaga ibunya. kata-kata saya mungkin ade yang tak setuju dan melenting. tapi ketahulah wahai anak laki2..

jika takut akan adenya pertelingkahan dengan isteri dan anak2 akan perihal menjaga ibu anda, sehingga anda menolak dan tak berani mengambil risiko menjaga ibu anda...berani saya katakan... anda mungkin akan hidup mewah...tapi kebahgiaan anda akan ditarik sikit2 dengan masalah isteri anda, anak2 anda, urusan pekerjaan dan pelbagai lain masalah..kerana..derhaka itu bukan hanya apabila kita menengking dan mengherdik secara kasar ibu bapa kita...tapi sudah cukup menjadinya anak derhaka apabila walau ade sebesar kuman pun terbit rasa sedih di dalam hati ibu bapa...

nauzubillah. "ya Allah jauhilah aku dari menjadi anak yang derhaka" ..."Ya Allah semoga Kau pelihara aku menjadi anak yang baik.mukmin sejati.semoga aku diberi olehMu kekuatan.ketabahn.kesabaran.dan ikhlas.redha.semoga Kau membantu aku menjadi anak mithali kepada kedua ibu bapa..." amin.

wallahualam.


 

Selasa, 4 Mac 2014

Peranan anak apabila ibu bapa meluahkan rasa tak puas hati

topik ini jarang sekali sy jumpa. walaubagaimanapun, sy pasti, ade yang pernah mengalami situasi ini.. terutama apabila sudah bangkit dewasa. situasi ini kadangkala menyebabkan anak-anak berasa serba salah. pd anak-anak yang tidak matang pasti akan menanam rasa benci dan menyampah kepada samada ibu atau bapa. bahkan ia juga kadangkala menjadi igauan ngeri si anak untuk berumahtangga.
peranan anak sgt penting apabila ibu atau bapa saling meluahkan rasa hati dengan rasa ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing2...dalam keadaan ini..peranan anak seperti "meditasi" pendamai perantaraan, bukan membenci dan memarah membabi buta tanpa usul periksa..kerana setiap manusia ade lebih dan baiknya dan juga kurangnya..jadinya yang kurang itu perlu diperbaiki bukan membuang terus yg baik kerana wujudnya yang tak baik.
 
setiap manusia dimuka bumi ini tidak lengkap dan bila tak lengkap, sudah semestinya selalu melakukan kesilapan. dan melalui kesilapan inilah manusia belajar dan membina pemikiran. begitulah juga suami isteri, anak, adik beradik,kaum kerabat dan sebagainya.

kadangkala seringkali kita trdengar "abah kamu tu ...bla..bla..bla.." atau "mak kamu tu la....bla..bla...". perasan tak kita yang itu sebenarnya luahan hati mereka mengenai tak puas hati antara yang satu dengan yang lain....

jadi sebagai anak...jeng jeng...perlu peka akan percakapan ibu bapa kita...anda sebagai anak perlu menjadi jalan penyelesaian pd luahan hati ibu bapa ini jika ia diulang berkali2... anda perlu creative berfikir bagaimana cara bg "menegur" orang tua secara berhemah atau mungkin kiasan atau "adult talk".

jangan apabila ayah mengadu pasal mak...anak jd benci mak....manakala bila mak mengadu pasal ayah...anak jd benci ayah plak... manusia kan prone to make mistake......anda sendiri sebagai anak pun belum tentu menjadi sebaik dan sesabar mak dan ayah anda jika berada dlm situasi mereka...

org tua ade egonya...dan ade adab yg perlu bagi menegur mereka...seperti cucu (hasan dan husin) Rasul menegur org tua mengambil wuduk. mereka mengambil wuduk di hadapan org tua itu, barulah org tua itu sedar akan kesilapan wuduknya. 

ataupun "adult talk"....berkumpul mak, ayah dan anak...tanya hati ke hati....berkumpul bukan untuk salah menyalahkan..tapi bertanya ketidakpuasan hati dan saling berlapang dada dengan kekurangan diri masing2,...dan bersiap sedia untuk memperbaiki demi membina keluarga yang kekal..

wahai anak, bijakla mengambil tindakan...jika tidak..pasti anda juga mungkin boleh jadi punca keberantakan antara ibu bapa semakin parah...

wallahualam

jom bertasbih


selalu lupa mensyukuri nikmat yang Allah dah kurniakan

hari ini kita masih hidup, esok mungkin tidak lg, hari ini kita tidur atas tilam, esok, mungkin tidak, hari ini kita memandu kereta yg dpt dibeli dengan hasil titik peluh sendiri, esok, mungkin tidak lagi, hari ni kita bangun dalam tmpt tggl yg kita selesa di dalamnya, esok, mungkin tidak,

banyak kan kurniaan Allah pada kita?.. cuma oleh kerana perkara yg dilakukan dan dimiliki itu mnjadi kebiasaan, iaitu bukan sesuatu yg baru, kita LUPA nak SYUKURI nikmat pemberian Allah itu.

bahkan sibuk merencanakan untuk memiliki dan melakukan sesuatu yang lain dan baru. sehingga kadangkala stress bila gagal... sedangkan NIKMAT yg dh diberi dari dahulu lagi, lupa untuk disyukuri..

Mohon Allah membuka jiwa terhadap mensyukuri setiap pemberianNya..ameen