Sabtu, 13 April 2013

12 PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI HARI INI

Daripada Muaz bin Jabal, sesungguhnya beliau telah bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W mengenai ayat:

Maka menangis Rasulullah sehingga basah bajunya seraya bersabda:

Wahai Muaz, sesungguhnya engkau telah bertanya kepada aku mengenai perkara yang paling besar. Yang mana umat aku akan dibangkitkan di Padang Masyar dalam dua belas gambaran.
Pertama :Akan dibangkit dari kubur dengan tanpa tangandan kaki.Bertanya Muaz,apakah dosa mereka, ucap Rasulullah S.A.W :Itulah mereka yang menyakitijiran.
Kedua :Akan dibangkit dengan rupa seekor babi yanghitam.Para sahabat bertanya,apakah dosa mereka? Jawab Baginda,Itulahmelengah-lengahkan solat lima waktu.
Ketiga :Mereka yang tidak mengeluarkan zakat akandibangkitkan dari kubur denganrupa perut yang buncit seperti bukit yang dipenuhidengan ular danjengking.
Keempat :Satu golongan yang akan dibangkitkan denganrupa buruk serta darah dannanah yang mengalir dari mulut mereka. BagindaRasulullah S.A.W menerangkanitulah mereka yang menipu dalam urusan jual beli.
Kelima :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupabengkak-bengkak dan baunyaLebih busuk dari bangkai manusia.Sahabat bertanya lagi siapakah itu?Rasulullah S.A.W menjelaskan, itulah merekayang menyembunyikan maksiatkerana takutkan manusia, sebaliknya tidak takutakan Allah.
Keenam :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupaterpotong tanpa kepala.Apakah dosa mereka, tanya sahabat. RasulullahS.A.W menyatakan , itulahgolongan saksi yang bohong.
Ketujuh :Akan dibangkitkan daripada kubur dengan rupayang buruk tanpa lidah sertamengalir nanah, darah dan air busuk dari mulutnya.Siapakah mereka? JawabRasulullah, itulah mereka yang tidak mahu menjadisaksi kepada kebenaran.
Kelapan :Akan dibangkitkan daripada kubur mereka denganrupa hitam mata biru danperut mereka bersinar-sinar dipenuhi api neraka.Siapakah mereka itu?.Jawab Rasulullah S.A.W itulah mereka yangmemakan harta anak yatim secarazalim.
Kesembilan :Akan dibangkit daripada kubur mereka denganrupa terbalik yang manaberjalan dengan kepala dan kali sebelah atas.Dosa apakah mereka itu wahaiRasulullah. itulah mereka yang berzina kemudianmati tidak bertaubat.
Kesepuluh :Akan dibangkit daripada kubur mereka denganrupa hodoh di mana penuh denganpenyakit sopak balar dan kurap. Siapakan merekaitu. Jawab Rasulullah,ituah mereka yang derhaka kepada ibu bapamereka.
Kesebelas :Akan dibangkit daripada kubur mereka denganbuta hati, mata, gigi merekaseperti tanduk kerbau, bibir mulut mereka besarhingga menutupi paras dada,lidah mereka panjang hingga sampai atas perutdan paha, manakala keluardaripada perut mereka air nanah dan darah yangbusuk. Siapakah mereka itu.Jawab Rasulullah SAW, itulah mereka yangmeminum arak.
Keduabelas :Akan dibangkit dari kubur mereka dengan rupabercahaya mukanya sepertibulan penuh purnama dan berjalan atas titianSiratun Mustaqim seperti kilatmenyambar.
Siapakah mereka itu, bertanyasahabat. Itulah mereka yangsentiasa melakukan perkara baik. Mereka itumenjauhkan perkara maksiat,mereka itu menjaga sembahyang lima waktunyadan mati selepas bertaubat,syurgalah balasan yang baik bagi mereka.Kita sebagai umat Islam seharusnya insaf dansedar, sesungguhnya kehidupan yang kita laluiini hanyalah sementara sahaja. Lantaran itu,janganlah kita terpedaya dan hanyut dalamkeenakkan dan keseronokan dunia sehinggakita melupakan tanggungjawab kita sebagaihamba Allah SWT.Lakukanlah amalan-amalan yang bolehmeningkatkan ketaqwaan kita kepadaAllah SWT, dalam pada masa yang samamempergunakan dunia ini sebagaijambatan menuju ke negeri yang kekal abadi.

5 PERKARA DLM 5 PERKARA...

Aku mencari keberkatan keperluan hidup,

Aku mendapatinya dlm solat dhuha...


Aku mencari penerang utk alam kubur,

aku mendapatinya di dlm solat mlm...


Aku mencari jawapan utk menjawab soalan Malaikat,

Aku mendapatinya dlm membaca Al-Quran...


Aku mencari alat utk berpegang ketika menyeberang titian sirat,

Aku mendapatinya di dlm puasa dan sedekah...


Aku mencari naungan 'Arasy,

Aku mendapatinya dlm mengasingkan diri beribadah kpd Allah SWT....

Keistimewaan Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Kewajipan Mengawal Nafsu

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

sesuatu kenangan diimbas demi iktibar bukan utk dikeluh


Asal usul keturunanku berasal dari keluarga yang miskin yang mana datuk dan nenekku bekerja sendiri, sperti, menoreh getah, menjahit, mengambil upah membasuh baju org kebanyakan, dan bertukang kayu. Makan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bahkan sayur lebih byk daripada nasi, kerana sayur xperlu dibeli, hasil tanaman sendiri, dan lauk juga seperti ayam, hasil ternakan sendiri. Begitula sehingga ke generasi ibu dan bapaku. Tetapi generasi ibu dan bapaku telah menaikkan martabat keluarga menjadi keluarga yang sederhana bukan lagi miskin. Ini semua hasil dari menuntut ilmu dari Allah.

Moral: kemiskinan dan dugaan itu pasti akan berakhir dengan kebahagiaan. Itu janji Allah. Positifla dengan Allah. Berusahala. Betulkan niat. Carila jalan yang Allah benarkan.. menuntutla ilmu sehingga ke negeri china.. semua ini disulami dengan kesabaran.

Aku generasi ke 3 dari keluarga ini yang berpangkat cucu kepada nenek dan datuk yang aku maksudkan tadi. Jadi aku hanya mendengar sahaja kesusahan zaman nenek moyangku dan juga zaman ibu bapaku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang pada asalnya susah dan keadaan sekarang…..yang ingin ku kongsi di sini supaya ia menjadi iktibar pada semua.
Ayahku seorang lulusan MCE, berkhidmat sebagai cikgu dan telahpun bersara. Ibuku lulusan vokasional puteri paras spm dan kini menguruskan perniagaan sendiri. Aku punyai 10 orang adik beradik. Aku di tangga yang ke-5 boleh dikatakan titik tengah keluarga. Perjalanan hidup aku, Allah takdirkan pembesaran aku dari mula mengenal dunia hingga usia 12 tahun dibesarkan oleh nenek dan datukku (sebelah ibu), ini kerana kesihatan ibuku tak mengizinkan aku dibesarkan bersama keluarga ku. Ini menjadikan aku lebih rapat dengan mak dan bapak sedara berbanding adik beradikku. Bahkan aku panggil mak dan pak sedaraku dengan gelaran “kakak” dan “abang”. Dan nenekku juga kupanggil “emak”. Tahun demi tahun ibu bapaku ingin mengambilku pulang ke pangkuan keluarga tapi takdir Allah sebaliknya. Aku sentiasa ditimpa sakit jika pulang ke pangkuan keluarga. Jadi aku menjadi peneman setia nenekku yang tinggal keseorangan di kampong.
Pada awalnye, aku secara jujur merasakan ketidak adilan aku dipisahkan dengan mak, ayah dan adik beradikku membuatkan aku kekok dengan diaorang. Aku membentak dalam hati. Walau pun mak ayah aku xpernah miss pulang ke kampong. Setiap bulan pasti ade pulang menjengok aku. Bahkan aku mewah jika dibandingkan dengan adik beradikku yang lain. Semua yg ku pinta pasti dapat dr ibu bapaku.. terutama buku2 pelajran…
Alhamdulillah, setelah melangkah masuk ke pusat institusi baru aku sedar hikmah menetap dikampung, masih segar dalam ingatan aku. Ketika aku masih kecil, berkubang dengan lumpur banjir, nyamuk perkara biasa dikampung, dapt membantu nenekku yang pada masa itu kerje mengutip kopi, proses dan jadikan serbuk yang sedap diminum. Membesar dikampung yang dahulu jalan tidak berturap, tanah lembik, berjalan kaki ke sekolah, mandi air perigi dan menggunakan gumba (pam) dan pam air. Almaklumlah, kawasan pedalaman, tapi aku bangga. Pengalaman aku membesar dikampung halamanla yang membina jatidiriku, semangat kentalku dan menjana kreativitiku sehingga ke hari ini.
Masih aku ingat, Umurku 8 tahun, mak kurniakan aku hadiah yang paling istimewa, sebuah basikal. Aku ni lembab dan penakut. Basikal ade tapi xpandai nak tunggang. Jadinya mak aku beli basikal yang ade roda. Basikal sederhana besar dengan roda, rasa lawak… dah ade roda pun aku masih tertonggeng beberapa kali.. banyak kali aku jatuh .. aku serik… xnak tunggang dah basikal.. tapi nenekku pujuk… hingga aku akhirnya berjaya jadi penunggang amatur. Sejak pandai menunggang basikal, aku mula menolong nenekku mengangkut guni kopi hasil kutipan nenek aku. Hmm… berat jugak tapi bila guna basikal tidakla terasa sgt..pernah jugak keciciran beberapa kali.. puas jugak nak letakkan semula kat pangkin basikal .. nak pulak guni tercicir di kawasan perkuburan.. mencibang jugak aku lari… terhuyung hayang…

Moral: barangkali yang kau tidak sukai itula yang terbaik untukmu.. sesungguhnye Allah lebih mengetahui… jangan cepat pesimis.. be optimis.. jgn mudah menuding jari.. jgn galakkan perkataan “kenapa”..itu punca syaitan mencucuk jarum… semua ini disulami dengan kesabaran.

Banyak perkara aku lalui dikampung, sperti sifat sabar, berjimat cermat, menabung, adab, ilmu agama (mengaji, solat) yang nenek terapkan dalam diri aku. Nenek ajar aku kupas kelapa manual guna parang, kukur kelapa guna pengukur tradisional, hidupkan dapur arang, tebas rumput (merumput), tanam pokok, pelihara ayam dan itik, cakar sampah, menimba air perigi, basuh pakaian sendiri guna tangan, menjahit pakaian koyak, iron baju… kebersihan diri, adab tidur.. arghh. . aku rindu masa itu…
nenek sgt garang.. aku pulak degil.. suka melawan dan bermalasan … aku selalu dirotan kerana degil. .. masih aku ingat.. sudah berkali2 nenek pesan.. jgn mandi ke sungai.. jgn berbasikal di jalan besar (jalan utama/highway).. aku selalu pergi ke tempat2 itu diam2.. tapi nenek dah dulu makan asam garam.. nenek pasti tau aku pergi ke mana.. ape lagi. Berbiratla kaki…
kesalahan aku yang paling di ingati masa bersama nenek aku… ialah.. aku telah bergaduh dgn kawan ku.. kerana terlalu marah aku telah melempar kayu dan terkene ke kepala adik kawanku lalu berdarah.. ari tu kebetulan nenek aku pergi berziarah ke rumah mak kawan aku ni.. pada hari itu.. nenek saja mencari saat aku menangis.. tghari itu aku menangis, berebut buaian dgn mak sedara bongsuku… nenek aku terus sebat aku dengan rotan… satu badan berbirat.. kerana mendengar tangisan aku.. dan tak sanggup menengok aku ditibai, mak sedara aku menangis.. kawanku semua datang melihat aku.. masih segar dalam ingatan aku, kata2 nenekku… “kenapa pukul anak orang, jgn melawan walau ape yang orang lakukan pada kita. Sabar. Setitik darah lawannya setititk darah juga atau secupak beras…” aku paham nenek marahkan aku pasal pergaduhan aku pagi tadi.. nenek Nampak kecewa dengan ape yang aku dah lakukan.. aku pun hingga kini rasa ralat.. kerana.. telah menitiskan darah orang.. Tapi pada masa itu, aku masih kanak2, pulih jek kesakitan.. tiada lagi rasa marah.. lupa.. sperti tiada ape yang berlaku… alangkah sucinya hati kanak2… tidak sperti sekarng yang hitam dicalari dosa.
Nenek ajar aku mengenal huruf.. alif , ba, ta.. aku ni susah nak dpt ngaji.. 3 org guru baru kenal huruf… nenek mengajrku akhirnya naik angin… kak esah ajar aku akhirnya naik angin.. dan lastly.. kak mar.. seorang yang berperawakan lembut yang sentiasa memberi aku dorongan.. dari aku kecil… terima kasih.. kelmbutan dan ilmu yang kak mar curahkan Allah saja yang dapat balas.. akhirnya aku lancar mengaji…kak mar ajar aku solat.. ajar aku adab dgn org tua.. dan aku xlupa. Kak mar belikan aku kek arijadi aku yang pertama dalam hidup aku masa aku darjah 6.. aku xlupa.. masih segar dlm ingatan aku.. jasamu dikenang..
Duk kat kg ni best.. walau kul 9 malam dah sunyi.. sbb byk kawasan hutan.. masih wujud harimau lagi kat kawasan ni.. ular sawa… bunyi cengkerik dan serangga jek yg banyak.. siaran television pun channel tv3, rtm1, rtm2, and metrovision masa tu.. tu pun guna arial .. masa tu xdek kereta. Nak pegi Bandar amik masa 30minit, naik bas.. bas pun lama.. kul 8, 9, 10, 2, 4, dan 6 last.. tu pun xpunctual.. hm… tp aku tetap suka kampong.. angin sejuk… hasil tanaman.. dl2 aku la tukang panjat pokok manggis.. nenek tggu kat bawah.. akulah yg bila org nk balik kg.. duk dlm reban ayam, tangkap ayam and anto pi sembelih… nenek ajar cara potong ayam, siang ikan.. siang daging.. hmmm… best…
Tambahan kg aku ni, memang kawasan banjir.. so tiap2 tahun mandi banjir.. main perahu.. pelampung.. tapi aku takut sgt ngan lintah… aku ske tangguk ikan..

(to be continued)

kesedaran

kdg2 masa trlalu stress, akal akan kalah..
hatiakan control wat ape saje,..
tp itu semua mcm pantai, gelora akan pegi 
dnakan dtg..
kekuatan tembok itu dr amalan dan keikhlasan hati kita..
jika kuat..bila tergelincir pasti mampu kembali pd keadaan asal atau
bertambah baik..