Rabu, 5 Ogos 2009
Waste Produced in Malaysia
Sabtu, 1 Ogos 2009
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Pencapaian aku dikala ini
Mampu memiliki sebuah kereta
Allowance yang banyak seperti gaji
Sudah dapat memberikan wang pada ibu bapa dan nenek
Walau xseberapa
Alhamdulillah
Seusia senja 26 ini aku masih mampu menjaga agama dan adab
Walau tak sebaik mana
Alhamdulillah
Dalam usia sebegini diberi peluang melanjutkan lagi pelajaran
Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan
Sehingga ke tahap kedoktoran
Alhamdulillah
Aku bersyukur
Dengan ape yang aku miliki di seusia aku ini
Tak pernah ku mimpi untuk dapat sebegini
Alhamdulillah
Dibesarkan dalam keluarga yang susah,
Memiliki kereta sendiri itu satu yang teramat gembira walau
Hanya sebuah myvi
Alhamdulillah..
Semoga Allah sentiasa memberikan aku petunjuk
Dari kelalaian, kealpaan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan
Alhamdulillah
Aku masih dapat tempuhi
Kehidupan ku yang penuh
Kenangan manis dan pahit
Alhamdulillah
Allah menabahkan aku dalam menangani
Kesepian dihatiku
Keresahan dihatiku
Dalam menantikan jodoh yang tak kunjung tiba
Alhamdulillah..
Alhamdulillah…
Alhamdulillah
Masih belum bersyukurkah aku
Ya Allah,
Bantulah aku menangani masalah hati
Selalu tiada kepuasan hati
Walau telah terpampang kejayaan demi
Kejayaan yang ku kecapi di depan mata
Ya Allah bantulah aku menepis bisikan syaitan ini
Ya Allah bantulah aku mengikis titik hitam dihati
Supaya hati ku punyai bisikan hati yang tulus
KepadaMu ya Allah aku berserah’
KepadaMU ya Allah aku mohon pertolongan dan perlindungan.
Ameen.
a true story.. hukum tetap hukum (2)...
Jumaat, 31 Julai 2009
a true story... hukum tetap hukum
bukan sahaja kasar dengan ibunya.. dengan haiwan pun si anak ni pukul.... hingga pernah kucing peliharaan adiknya mati dipukulnya... tapi si ibu simpan rahsia.. bila si adik nya pulang ibunya hanya katakan kucing itu mati sakit tua... saban hari.. perangai si anak tak juga berubah... berkasar dengan ibu.. jiran tetangga.. si anak juga seorang yang bermulut laser... tak kira dengan sape pun...
nak dijadikan cerita.. si anak ni cikgu yang jauh dari rumah, maknanye berulang alik pergi keje .. pejalanan yang mengambil masa dalam sejam jugak... so.. one day.. around 7.00 - 7.30 ptg... masa si anak on the way pulang.. dia pulang berdua dengan member dia... tengah.. biasa la pasti ade kenderaan lain.. so si anak ni memang drive laju la.. even turun bukit pun tekan minyak.. tak pernah la kurang dari 120km/j kalu dh mula speed tu... so tgh bersembang ngan member si anak ni dah nampak ade sebuah motor kat depan so dia macam nak pintas la... unfortunately...
motor tu dari belah kiri jalan terus belok (macam u turn ) masuk ke tengah jalan... si anak ni panik.. dirasakan tekan brek tapi tertekan minyak... ape lagi... melambungla si penunggang motor ke atas kereta dan mati ditempat kejadian... paling menyedihkan... si penunggang motor itu rupanya bawa sekali anaknya yang berumur 2 thn yang tercampak ke dalam semak... budak2 Allah lindungi. budak tu selamat...
nak tak nak.. kene ikut procedure.. si anak ni kenela duduk dalam penjara semalaman... oleh kerana berkat doa si ibu dan juga si anak ni seorang guru yang baik.. orang pejabat pendidikan daerah pun turun padang sekali selesaikan masalah... si anak tidak bleh bercakap sehingga keesokan harinya.... sehingga keluar penjara. untuk di soal siasat... trauma... si anak rasa yang amat bersalah pada keluarga si mati dan pada dirinya .. dia bergelar pembunuh walau tdak sengaja... pada masa itu dia mula teringatkan perilakunya pada ibunya dan orang sekeliling nya...
to be cont'd
perasaan marah
perasaan marah ni tak elok sebab dia membuka kepada syaitan nak menguasai minda manusia... bukan itu saje... urat sarah pun jadi tegang.. boleh jadi strok. darah tinggi dan macam2 lagi penyakit.. nak lak jantung...
so.. how to takle perasaan marah ni... bleh mengikuti kursus la "anger management".. tapi kalu orang Islam ni senangla.. paling mudah ambil wuduk la... panas muka dan kepala tu sejuk skit kena air... xpun terus jek mandi ais... ade lagi cara yang mudah.. tarik nafas dalam2... byk kali la... tahan nafas.. baca allahuakbar .. sampai thp lama mana leh tahan nafas la.. nanti masa lepas nafas tu dapat rasa angin hemmbusan nafas tu panas... wat byk kali sambil beristighfar...
lagi satu,... blah jek.. tahan mulut dari bersuara.. better la.. dah rede sambung balik.. wakakka..
ade lagi.. minum air banyak2.... yang penting berdoa dan berusaha pada Allah supaya jadikan kita tergolong dalam golongan yang SABAR..
**berkata dan berhujah itu senang... theory is easy.. but practically... bersama-samalah cuba menangani masalah marah ni... perasaan marah yang boleh memecahblahkan ikatan silaturrahim yang murni...
CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.
Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-
· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
Sesungguhnya ini adalah salah satu usaha dengan menggunakan ayat2 Allah. Kita kene ingat bahawa Qada' dan Qadar itu ketentuan Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu berlaku Dia Maha Berkuasa kita hanya berikhtiar dan merancang sahaja. Cuma sentiasalah pohon Rahmat dan Perlindungan dari_NYA.