Jumaat, 4 Julai 2014

Al Wadud

baru aku sedar bahawa mengasihi, menyayangi dan menyintai itu adalah sesuatu yang sukar jika diri sendiri tidak membuka ruang untuk ia hadir apatah lagi kalau dari awal lagi sudah dibina tembok untuk menutup kehadirannya.

perasaan kasih, sayang dan cinta itu perlu dipupuk untuk ia hadir dan mekar. dan ia boleh pudar jika tidak dibajai. itulah kasih sayang dan cinta.. ia tidak punyai pancaindera.. tapi ia bisa datang dan pergi dengan pelbagai faktor dan dalam pelbagai jenis. padaku perkataan dan perasaan kasih dan sayang itu ialah merujuk kepada sesama manusia yang selalu hadir dengan perasaan belas kasihan dan ehsan. manakala perkataan dan perasaan cinta itu ialah antara makhluk dan penciptaNya.. Allah ya Wadud (maha pencinta) begitula betapa tingginya martabat CINTA itu. kadangkala aku berasa agak pelik kerana begitu mudah kata CINTA itu diluahkan sedangkan level kasih dan sayang pun masih terumbang ambing.. tetapi sudah berbicara kata cinta.

kasih sayang manusia sesama manusia adalah cebisan dari nama Allah ya Wadud iaitu yang Maha Pencinta.. ade juga yang berfahaman arti ya Wadud sebagai Yang Pengasih, Yang Penyejuk dan Yang Penyayang.

Perasaan kasih dan sayang sesama manusia itu ade pelbagai. kasih sayang antara mak dan anak, anak dan ibu, adik beradik, saudara mara, suami isteri, rakan taulan dan sebagainya. kebiasaannya, perasaan kasih dan sayang sesama manusia akan menjemput perasaan belas kasihan dan ehsan. perasaan kasih dan sayang boleh membahagiakan manusia akan tetapi boleh juga mengundang padah dan sehingga maut. itulah bahana penangan kasih sayang yang tanpa kawalan dan iman teguh. adapun kasih sayang yang hadir dengan ikhlas dan berniat kerana Allah akan menjemput mawaddah sakinah..


ketidak hadirannya perasaan kasih dan sayang sesama manusia itu akan menjadikan manusia itu berhati batu, tidak berhati perut, sentiasa dalam keadaan ganas walau jauh dalam jiwanya kosong, sepi, membungkam.. hidup yang dikelilingi dengan suasana yang penuh dengan kasih sayang akan membina jatidiri yang tinggi, hidup yang lebih memahami kepada arti "memberi" daripada menuntut "hak". seringkali, ade pesanan pada saya, di saat saya kehilangan rasa kasih dan sayang itu, seeloknya berzikir atas nama Allah Ya Wadud memohon dipinjamkan kasih dibumi ini.. memohon agar diri pandai memberi kasih dan sayang, dan pandai juga menghargai kasih dan sayang bahkan dikasihi dan disayangi orang disekeliling.. yang penting matlamat dan fokus dalam memohon kasih dan sayang itu mestilah dengan niat kerana Allah... 

ingat lagi saya pada seorang ustaz kepada saya.. saya ade berbual soal jodoh dengannya. kemudian dia kata "mohonla kasih dari Allah... mungkin itu boleh dijadikan ikhtiar untuk mendekatkan jodoh kamu.. zikirla Ya Wadud sebanyak 30 000x niatkan untuk mendekatkan jodoh.. " baru saya tersedar usaha saya selama ni masih belum cukup.. inginkan sesuatu tapi usaha saya masih tak seberapa.. sejak itu saya mencari bahan bacaan mengenai kaifiat nama Allah ini Ya Wadud.. ma syaa Allah.. sangat besar kaifiatnya.. untuk keharmonian rumah tangga iaitu sebagai penyejuk.. menyuburkan kasih dan kesetiaan suami isteri dan seisi keluarga.. subhanallah.. betapa cetek nya ilmu saya.. itulah kasih dan sayang.. perasaan antara sesama manusia yang melahirkan rasa rindu, kasih, belas, ehsan, kasihan dan sayang. ia boleh membahagiakan dan ia juga boleh menyedihkan...

Cinta.. pandangan saya pada cinta itu sangat tinggi.. martabat cinta ialah haqiqi.. perasaan makhluk terhadap penciptaNya.. perasaan cinta ini lebih kepada pengorbanan diri demi menagih cinta  dan perhatian dari Allah. Cinta inilah yang menggamit rasa rindu kepada Allah dan juga kekasihnya rasul.. perasaan ini yang menarik manusia menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan penuh ikhlas dan sabar. Cinta ini disulami dengan perasaan takut kepada Allah. takut akan balasannya dan mencari akan redha dan syurgaNya.. Cinta inilah yang lahir dari tingginya kepercayaan manusia kepada kebesaran dan kekuasaan PenciptaNya.. 


binalah pohon Cinta itu.. binalah pohon cinta itu.. agar kasih dan sayang di bumi ini dijaga rapi akan niat dan ikhlasnya semata-mata kerana ibadah kepada Allah.. 

Ya Allah Ya Wadud aku mohon Cintaku bertaut kepadaMu, kerinduanku sentiasa menggamit untukMu..
Ya Allah Ya Wadud aku mohon dikurniakan hati yang mengasihi dan menyayangi... 
Ya Allah Ya Wadud aku mohon kasih dan sayang yang lahir ini bagi jalan Kecintaan untuk Mu..
Ya Allah Ya Wadud aku mohon dikasihi dan disayangi oleh orang-orang yang MencintaiMu..
Ya Allah Ya Wadud aku mohon memiliki hati yang penuh dengan kasih dan sayang tapi tegas dalam menegakkan yang benar
Ya Allah Ya Wadud aku mohon dikurniakan hati yg tetap utuh dan ikhlas dalam memberi kasih dan sayang terutama di  saat semua di dunia ini menghilang dan menjauh dariku, terlepas dari genggamanku.....
Ya Allah Ya Wadud pegangilah aku dengan Kecintaanku kepadaMu..agar diri ini kenal erti redha, sabar, ikhlas dan syukur...

aamiin...