Isnin, 29 Julai 2013

Mengejar ilmu demi kesenangan duniawi atau demi Allah

Ilmu itu sangat penting. Allah pun menyarankan "bacalah" yang mana berkaitan dengan ilmu juga. walau bagaimanapun, pemilihan ilmu itu penting dan ape tujuan ilmu itu juga amat penting yang mana ia adalah arah tuju seseorang itu.

cerita ini saya kisahkan berkaitan dengan kehidupan saya tiada kaitan dengan sesiapa. ingin saya kongsikan serba sedikit tentang ilmu.

perjalanan hidupku ini sentiasa diberi galakan untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading, memandangkan orang sekelilingku semuanya berjaya bermula dr UPSR, SRP, PMR, SPM, STPM, semua straight A's dan semua boarding school. dan sememangnya Allah memberi rezki kpd keluarga kami melalui kemahiran dari ilmu itu. maka seperti mereka aku selalu disogok, jika ingin mendapat kejayaan dan kesenangan perlulah mendapat ilmu di dada.

dalam masa yang sama, pesan nenek juga, aku perlu pandai mengaji Al-Quran dan mesti khatam Al-Quran sebelum akil baligh atau sebelum masuk umur 13 tahun supaya hidup berkat dan mudah dan semua orang islam kene pandai mengaji Al-Quran. Alhamdulillah aku berjaya mahir dlm mengenali tajwid dan tamat mengaji seusia 9tahun. huhu...agak lambat bukan.. bahkan aku mampu mengajar rakan seperjuanganku. akan tetapi semua ilmu yang dicurahkan oleh ustaz dan ustazah semua berciciran. kenapa? kurangnya praktik di masa mendatang?.. apekah maksud aku menuntut ilmu itu? adekah atas arahan nenek semata2 atau janji untuk mudah hidup di masa mendatang? nah...masa sudah berlalu...ilmu dahulu hilang dari ingatan dan sudah pasti aku tidak mampu kembali ke waktu itu....betapa ruginya aku...nah..Allah bagii aku keputusan peperiksaan yang mengecewakan aku...sungguh Allah sayang aku...

kemudian aku dimasukkan ke sekolah agama penuh negeri. peluang kedua dalam hidupku.aku ditempatkan di kelas yang perlu mengambil bahasa arab, iaitu bahasa syurga dan bahasa Al-Quran. aku mahir sehingga PMR. kemudian, prestasi aku mula merudum...dan kesempatan mendalami ilmu agama ku abaikan... bahkan ilmu lain juga aku abaikan...leka...hanya menimba ilmu bila sudah terdesak.seperti demi peperiksaaan... hmm...nampak sangat aku tidak bersungguh2 menimba ilmu...hanya sekeping sijilkah??.... betapa kejinye aku...kini terlepas lagi peluang itu...dan mana mungkin aku kembali ke waktu itu...nah lagi..Allah bagi keputusan peperiksaan yang mengecewakan aku...kerana mengulangi kesilapan yang lalu.

Allah itu maha penyayang dan pemberi peluang untuk menggapai hidayah tanpa dugaan. sesudah sikap sambil lewa aku..dalam nawaitu mendalami ilmu...Allah tetap memberi peluang kepadaku...kini IPTA juga di tempat yang islamik... 1st degree dan 2nd degree...aku mengambil tindakan yang sama...nah...dugaan yang sama Allah timpakan kepdaku... kini aku di degree yg ke-3..masih dalam bertatih... awalnya aku mengambil tindakan yang sama...doom..dugaan ... sudah jatuh baru tengadah... aku sudah ibaarat kaduk naik junjung (hamba dengan Allah)...
dugaan kali ini memang satu hentakan dan pukulan maut buatku...baru aku tersedar sepenuhnya .. mata terbuka luas...

ternyata niat dalam diriku aku itu tidak sepenuhnya demi Allah tapi demi kesenangan hidupku semata-mata.. kini.. setelah berdamping dengan para ilmuan agama...baru aku rasa betapa kerdilnya aku ... sememangku aku malu dan segan dengan golongan para ilmuan agama ini... yela... belajar sampai tahap ijazah ke 3 tapi bila tanya mengenai surah-surah dalam Al-Quran pun tak ingat...buku2 lain.macam2 buku aku aku habis baca from cover to cover lagi...tapi untuk khatam al-quran aku berkira2 dan setahun sekali khatam tu pun kira dah ok...ilmu lain seperti hadis2 .. hukum2 dari Al-quran..apetahlagi ... tak pernah aku nak mendalami ...

benarlah..aku ini manusia yang sudah jatuh baru tengadah...sudah ditimpa dugaan dlm bentuk musibah baru sedar dan ingin kembali ke pada Allah.. betapa tak malu nya muka aku ni..... aku bersyukur dengan pemberian Allah ini... memang malu pada Allah...tapi padaNya lah tempat aku perlu sandarkan semua hidupku....

kini melalui perjalanan hidup ini..baru aku sedar... akan perbezaan ilmu itu sebagai mengisi fardu ain dan fardu kifayah... sesungguhnya sebelum anda berjinak2 dengan ilmu untuk mengisi kekosongan fardu kifayah,...penuhkan ilmu didada dengan fardu ain terlebih dahulu.. bab2 asas.. dan mendalami bait2 Al-quran dan hadith2 agar...semua itu tercatat dalam otak dan dada anda..yang mana dalam menjalankan fardu kifayah itu membantu anda berbuat kebaikan...kerana dikala terdetik kejahatan bait2 alquran dan hadith tadi akan bermain2 diminda anda...berbeza dengan situasi aku ini...yang kurangnya ilmu agama dan perlu merujuk pada mana2 para asatizah dan ustaz.

ape yg fardu ain itu wajib dituntuti..dan fardu kifayah itu perlu apabila tiada yang boleh mengambil bahagian itu..walaubagaimanapun, setelah frdu ain tadi dituntuti...

disini saya ingin menyentuh bahawa sistem pembelajaran dinegara ini juga memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan setiap rakyat dimalaysia. perlunya perubahan pada sillibus pembelajaran malaysia. terutama pada umat islam di malaysia ini. dilihat disini kesedaran yang tinggi dikalangan ilmu muda akan kekurangan sistem pembelajaran malaysia memberi option kepada mereka menghantar anak bersekolah di sekolah swasta seperti adni, smart school, nuri, al-amin.. kerana sekolan ini memberi option kepada kesedaran pentingnya terapan ilmu agama itu dari kecil yang juga selaras dengan ilmu yang memenuhi fardu kifayah...

wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan