Khamis, 4 Ogos 2016

manusia tewas kerana jahil


Aku suka dari dunia ini 3 perkara

Pada suatu hari. Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yang kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalh saidina Abu Bakar ra.

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. duduk-duduk bersama Rasulullah saw
2. melihat wajahmu ya Rasulullah saw
3. aku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah saw"

lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula denganmu ya Umar?"

jawab saidina umar ra. "ade 3 perkara juga yang aku suka:

1. membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahui
2. mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang terangan
3. berkata yg benar walaupun pahit

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?'

berkata saidina uthman ra. "ada 3 perkara yang aku suka:

1. memberi makan
2. memberi salam
3. bersolat malam  di waktu manusia tidur

"bagaimana pula dengan kamu Ali ra?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang

kemudian bertanya rasulullah saw pada abu dzar ra.

"apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata saidina abu dzar ra. "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. lapar
2. sakit
3. mati

kemudian Rasulullah saw bertanya, "kenapa wahai abu dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra, "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku. aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku."

kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.solat menjadi penyejuk mataku

kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw dan para sahabat.

kemudian malaikat jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.menyampaikan risalah
2. menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin

kemudian malaikat jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata "sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua dan Alllah swt berkata:

"sesungguhnya Aku suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian

copy drpd grup wassup.
moga bermanfaat.

Al- Quran untuk dihayati


Isnin, 1 Ogos 2016

Kisah siput dan katak

Ade seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput.

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga anda begitu membenci saya?"

Siput menjawab.

"kalian kaum katak mempunyai 4 kaki dan boleh melompat ke sana ke mari. tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini merangkak di atas tanah, jadi saya merasa sangat sedih."

katak menjawab.

"setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami."

dan ketika itu ade seekor burung helang yang besar terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak jadi mangsa sambaran kaki si sang helang.

moral of the story:

nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. adalah lebih baik memikirkan ape yang kita miliki. hal tersebut akan membawakan lebih bersyukur dan kebahgiaan bagi kita sendiri.