Jumaat, 28 Oktober 2016

Karak Lama

memandangkan keadaan karak highway yang sesak. kereta tak bergerak dari tol karak. maka 'Aishah mengambil keputusan untuk melalui jalan karak lama. kononnya  jalan pintas la supaya tak perlu bersesak2 dengan jem di highway karak.jalan karak lama ni memang bes. sejuk sbb dalam hutan simpan. jalan karak ni jalan yang ke sg pisang, ade air terjun, ade kem tempat budak2 sekolah, ade muzium orang asal dan ade bekas theme park yang terbesar dulu, MIMALAND.

jalan karak lama ni kalu malam2 dan lewat senja jangan lalu lah sebab jalan ni macam dah ditinggalkan dan di tengah2nya xde penghuni. so kalu jadi pape, susah nak mintak tolong, yang ade tokong hindu je. 

seperti biasa, sebelum drive, pesan ustaz elok baca bismillahillazi..... sebanyak 11x tanpa ade gangguan. kalu ade gangguan tengah membaca untuk melengkapkan sampai 11x bacaan maka kene ulang lagi. contoh gangguan adelah org telefon, org mesej atau wassup atau tetiba ade org tegur ke tgh membaca. 

setelah selesai 'aisyah pun terus memandu ke arah karak lama dengan hasrat untuk balik kampung halaman, menunaikan tanggungjawab sebagai anak untuk kedua ibu bapa. sesampai di lampu trafik yang ke arah terus akan ke karak lama, dan belok kanan akan masuk ke highway karak yang mempunyai tol. hati aisyah masih berfikir. ikut tol atau ikut jalan pintas. lampu trafik dah hijau untuk yang terus, bermakna ke karak lama. tanpa berfikir lagi, 'Aishah terus menekan pedal minyak nak balik kampung ikut karak lama. 

semakin jauh dipandu, semakin berkurangan kereta dan kini tinggal 'Aisyah seorang diri. dalam hati 'Aisyah rasa jugak cuak berseorangan meredah hutan. mulut xhenti menyebut lahaulawalaquwwataillabillahilaliyyilazim.... sedang memandu, dari kejauhan aisyah nampak ade bende berbulu ditengah jalan. aisyah memang ade masalah rabun tapi berdegil tak mau pakai kaca mata sbb power tak tinggi pun. aisyah mempelahankan kereta.. bende bebulu itu tidak bergerak.. memandang dengan selamba ke arah 'aisyah.. aisyah dengan cepat menutup tingkap.. takut plak kang tak pasal2 bawak tetamu berbulu jumpa mak ayah nanti.. terfikir begitu buat  aisyah terkekek sesorg. comel beruk ni. nak bagi makan kang xde plak bawak makanan. 

aisyah pun mengelak sikit dan terus bergerak sehingga 50 m dan berhenti. saja aisyah buat begitu, nak tengok beruk yang kendong anak tu ikut atau buat "dek" je. amazingly, bende berbulu tu berlari ke arah kereta.. ape lagi aisyah pun tekan minyak. nakal jugak aisyah, mempermainkan si beruk. 

perjalanan diteruskan sehingga ke   r n r genting sempah. jalan karak lama ni tinggi dari karak highway, so boleh nampak la keadaan di karak masih sesak atau tak. kalu masih sesak maka boleh sambung ikut jalan bentong lama plak. 

memandangkan keadaan di highway karak sesak. maka aisyah meneruskan perjalanan mengikut jalan bentong lama. jalan ni akan merentasi area Janda Baik yang penuh dengan resort dan air sungai berbatu yang sangat la cantik dan bes. Ma syaa Allah. lalu jalan "dalam" atau jalan lama ni memang bes, sejuk, saujana mata memandang. tapi jalan dia memang xberapa ok sbb x dimaintan. selekoh dia memang tajam, sempit, penuh dengan pokok2 besar dan buluh. kalu penakut memang tak dicadangkan la untuk lalu. 

di sini 1st time aisyah lalu. ade 2 cabang, 1 cabang ke janda baik, satu cabang ke bentong. memang scary, sbb jalan dia lebih usang dan redup drpd jalan gombak-karak tadi. tak tau pun betul ke tak jalan ni akan keluar ke bentong. aisyah tawakkal dan meneruskan jugak memandu. kini tinggal kereta aisyah sebuah dan sebiji lori yang enjin sangat kuat memecah kesunyian hutan. dalam hati takut jugak lori ni behenti dan tahan kereta ke.. astaghfirullah... xbaik syak wasangka..

xlama kemudian lori tu masuk ladang. ade ladang rupanya dan xlama ade satu pekan kecil yang buat aisyah rasa lega. xlama kemudian aisyah nampak karak highway sejajar dengan jalan bentong lama yang dipisahi dengan sungai yang berbatu bata. yang airnya sangat jernih dan tenangnya suasana ni disini. 

xlama aisyah dah menyusur keluar ke jalan highway karak yang dah x sesak. kini ade pilihan utk ikut highway LPT atau jalan lama lagi. kalu ikut jalan lama memang xperlu bayar tol. save bajet la. tol xperlu bayar. cuma mencabar la panduannya sbb 2-way. dan kene sabar sbb selalu kene ekori lori sementara nk pintas tggu jalan clear. 

ikut jlan lama ni memang lalu petempatan la. kalu LPT tu xde petempatan sbb highway baru. untuk santai better ikut jalan lama. leh nyinggah kat pelbagai tempat. kedai makan ka. kedai buah ka. kedai bantai kekabu ke.. mcm2 ader.. 

itulah dia cerita karak lama. bukan promote, tapi jalan ini kalu dibaikpulih, masih boleh digunakan sbgai laluan alternatif terutama di saat perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.