Jumaat, 1 April 2016

salah satu sebab Allah bagi dugaan adalah untuk membentuk diri berdiam diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Dugaan sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia yang normal. Dugaan setiap orang berbeza-beza mengikut kemampuan individu seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Allah itu Maha Adil. Dugaan kebiasaannya berlaku secara berkala. tidak setiap masa. akan tetapi adakala berlaku secara bertimpa-timpa, bak kata pepatah melayu, ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". 

Walaubagaimanapun hendak atau tidak hendak, selagi masih bernafas, kehidupan seharian tetap mesti dijalankan. Dijalankan dengan menempuhi pelbagai jenis dugaan. Dugaan tidak hanya merujuk kepada keadaan kesusahan tetapi kegembiraan juga adalah sebuah dugaan. Allah telahpun menyatakan dalam Al-Quran, bahasa dunia ini ialah pentas ujian dalam surah Al-Ankabut ayat 2.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

 Dugaan itulah yang dinamakan ujian buat manusia. Manusia akan di uji dengan pelbagai dugaan bagi melihat tahap keimanan seseorg manusia itu. ujian ini bagi melihat tahap taqwa, ikhlas, redha, sabar, ihsan dan pelbagai lagi aspek dlm diri seseorg dlm menjadi khalifah di muka bumi ini yg menanggung pelbagai amanah dan tanggungjawab. yang mane semua itu perlu dijalankan hanya kerana beribadah dan menyembah Allah bagi meraih redha Allah.

Salah satu anggota pada manusia yang perlu dijaga ialah lidah dan mulut. Lidah dan mulut inilah anggota yang seringkali kita tidak sedari selalu membuat perkara yang menzalimi orang lain. jadi kealpaan kita dalam menjaga mulut dan lidah inilah yang menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. seperti yang disebut oleh nabi yunus ketika baginda bertaubat dalam surah al-anbiya' ayat 87.

dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

perbuatan kita sebagai manusia yang seringkali alpa lah yang selalu menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. dan bagi menunjukkan kasih sayang NYa pada manusia, Allah turunkan pelbagai jenis dugaan agar kita merenungi. berdiam diri untuk muhasabah kembali atas setiap perbuatan kita yang telah dilakukan. inilah peluang keemasan setiap orang untuk bertaubat dan meminta keampunan dan menebus kembali dosa yang telah dilakukan.

salah satu sikap dan sifat yang dimiliki pada seseorang yang ditimpakan dugaan yang berupa kesedihan, kehilangan, kesempitan ialah kebiasaannya akan lebih banyak mendiamkan diri. Nah, bukankah itulah ajaran yang Allah mahu kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata2, kerana mungkin kata2 dari mulut dan lidah kitalah yang menambahkan titik titik hitam dihati kita. konsep dan hikmah sesuatu dugaan itu perlulah ditangani secara optimis pada takdir Allah. kerana setiap takdir untuk kehidupan seseorang itu telahpun tertulis di lauh mahfuz. 

terimalah dan pandanglah sesuatu dugaan itu adalah salah satu sebab dan teguran dari Allah untuk membentuk diri kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata jika berkata-kata itu tiada manfaatnya. seperti dalam hadis. 

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, 
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam       
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat          
at-Tirmizi)   

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)    
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat 
at-Tirmizi)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari 
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau    
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


salah satu aspek yang perlu dilihat tatkala ditimpa dugaan ialah bersyukur, kerana itulah petunjuk dari Allah agar memperbaiki diri dalam menggunakan anggota lidah dan mulut. terkadang kita tidak sedar, kata2 kita itu berunsur rasa angkuh, sombong, dan takabbur. maka perbaikilah dan renungilah perangai dan kata2 dalam pertuturan kita harian.


Wallahu'alam,