Isnin, 25 April 2016

Cabaran menjadi ibu yg baik. Cabaran Bagi menjadi anak yang baik.


Sebagai seorang anak, kita patut menghormati dan mengkasihi kedua ibu-bapa kita. Seteruk mana pun layanan mereka terhadap kita, sayangilah mereka kerana mereka sudah bersusah payah membesarkan kita.

Kalau anda mempunyai ibu atau bapa jenis suka marah-marah dan memaki hamun, meh luangkan sedikit masa untuk membaca luahan si penulis yang dikenali sebagai Q ini.
Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua:
Screen Shot 2016-04-25 at 9.35.23 AMScreen Shot 2016-04-25 at 9.35.48 AM Screen Shot 2016-04-25 at 9.36.06 AMScreen Shot 2016-04-25 at 9.36.18 AM

Khamis, 7 April 2016

Kanser, ketumbuhan dan Pati Minyak Zaitun

Dalam seminggu ni, dah 2 berita sedih mengenai sahabat yang ditimpa kanser dan ketumbuhan dalam rahim. disini bukan nak promote produk tapi nak menjelaskan bahawa zaitun itu tersangatlah besar khasiatnya. dalam Al-Quran pun menyebut mengenai buah zaitun. sesuatu yang Allah sebut dalam alquran secara terperinci sudah pasti ia sesuatu bende yang sangat penting dan perlu dikorek rahsianya. dengan pelbagai kajian dan kecanggihan di hari ini, terbukti buah zaitun mempunyai pelbagai khasiat. dan daripada buah zaitun telah pelbagai barangan dikeluarkan dengan meggunakan asas buah zaitun sebagai bahan. ade yang berbentuk lotion badan, mandian, shampu, minyak zaitun secara kapsul dan sebagainya.

Adapun yang terbaik ialah buah zaitun yang segar dari pokok, kerana ia bebas daripada bahan-bahan pengawet dan kimia yang lain bagi mempelbagaikan product yang berasaskan zaitun ini.

disini saya nak kongsikan 2 produk yang saya pernah guna dan sangat elok ialah barangan minyak zaitun jenama Minsyam dan juga olive house.

walaubagaimanapun, saya lebih cenderung kepada produk olive house, kerana ia dalam bentuk cecair yang boleh diminum terus. yang mana kesan tindak balas lebih berkesan berbanding dengan penggunaan kapsul yng menggunakan selaput gelatin.

terdapat 2 barangan yang dikeluarkan oleh Olive House. iaitu Pati Minyak Zaitun (PMZ) unfiltered, dan juga Olivie Plus 30x , yang punyai 30x ganda khasiat minyak zaitun.


Khasiat Pati Minyak Zaitun (PMZ)/ Extra Virgin Olive Oil:

Membantu organ dan sistem tubuh badan:

-sistem pembuluh darah
-sistem endoktrin tubuh
-sistem peredaran tubuh
-sistem penghadaman
-organ/sistem jantuung bercelaru
-sistem pernafasan
-organ dan sistem mata
-sistem imunisasi
-menghalang pembentukan tumor
-mengurangkan kesakitan kanser
-menghalang pembentukan kanser
-menyerap kalsium
-mengelak keradangan

Sesuai di ambil bagi yang mengalami masalah-masalah seperti:

-cronic fatique syndrome (CFS)
-alzheimer
-parkinson
-strok
-dementia
-keletihan
-sakit kepala & sakit otot
-resdung
-katarak
-kedutan sekeliling mata
-asthma
-toksik akibat merokok
-sukar bernafas
-khasiat penting pd ibu yang menyusu
-alergi
-tanda penuaan
-gatal-gatal
-jerawat
-penyakit LUPUS
-cirit birit
-radang usus (dysentry)
-sembelit
-sakit pada sendi-sendi
-pereputan tulang
-atritis
-fibromyalgia
-gout
-membina tulang baru
-pembuluh darah tersumbat
-darah tinggi
-darah rendah
-jantung lemah
-serangan jantung
-pembekuan darah
-KOLESTROL
-OBESITI
-gagal menyerap vitamin dan nutrisi penting ke dalam tubuh
-penghadaman
-diabetes
-gastrik
-batu hempedu
-pankreas gagal berfungsi
-toksik
-kerosakan hati
-batu karang
-perkembangan janin
-gejala pra-menopause
-senggugut
-kesuburan pada lelaki



Khasiat OLIVIE PLUS 30x:

1.Antioksidan
2.Anti-kanser (barah payudara, barah prostat, barah usus dan leukemia)
3.Anti-radang/anti-inflamasi (arthritis sendi, myositis)
4.Perlindungan jantung (meluaskan salur darah, mengurangkan sel pencatuman molekul, melindungi kolestrol LDL)
5.Anti-kolestrol
6.Melawan hiperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetes
7.Anti-PENUAAN
8.Melawan kesan-kesan Alzheimer dan parkinson, kesan-kesan kemerosotan sel-sel otak
9.Psoriasis (menghilangkan rasa gatal-gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut)
10.Anti-mikrobial (bertindak sebgai anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan pencernaan)

Keistimewaan OLIVE HOUSE, kerana punyai doktor pakar tersendiri yang boleh dijadikan bahan untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum pengambilan produk ataupun sepanjang pengambilan produk. terutama bagi yang mengalami masalah penyakit yang kronik. 

Selasa, 5 April 2016

Mandi pagi

kring.. kring.. alarm handphone berkumandang. 'Aishah terpisat-pisat sambil tangan menggagau mencari handphone utk mematikan alarm. sambil membuka mata yang berat, separuh je yang terbuka, ala-ala mata kucing garfield, 'aishah menelek, melihat jam. "oh sudah jam 4pg".. alarm dimatikan. 'Aishah kembali berbaringan. terasa berat untuk bangun, sambil mata terkebil-kebil merenung ke siling. entah ape yang difikirkan. kring..kring... tersentap 'Aishah. sudah 15 minit rupanya 'Aishah terkebil-kebil kerana bermula jam 4pg 'Aishah memang sengaja mengunci jap setiap 15minit. supaya dirinya akan bangun jgk. kalu x jam 4pg. mungkin 4.15pg, 4.30pg, 4.45pg dan sterusnya.

Akhirnya, 'Aishah bangun pada jam 4.15pg. kaifiat mandi pagi ni sudah dirasai dan dialami sendri oleh 'Aishah. cuma atas diri sendri je mampu istiqamah atau tidak dalam mandi jam 4pg ni. Aishah masih ingat pesanan nenek. kalu mau badan sihat, lambat tua, maka mandilah seawal jam 4 pg. kalu ade penyakit pun in shaa Allah boleh sembuh. sejak usia aku 22 aku sudah mula mandi seawal jam 4 pg tp tidaklah istiqamah. cuma bila "cuti" dan tak bersolat, mulalah aishah mula meliat nak bangun pagi sbb dh set xsolat subuh... huhu.. sedangkan, mandi pagi tu perlu xkira boleh solat atau sebaliknya. nenek pesan, semasa mandi niatkan supaya semua penyakit-penyakit yang ade di dlm badan keluar bersama seperti air yg mengalir pd badan. alhamdulillah, ape yang org tua bgtau sebagai petua itu byk kebenarannya. aku dh dpt rasakan kaifiat mandi pagi ni.

bila mandi pagi. hari itu akan bermula dengan penuh semangat. kulit akan berseri dan kelembapan kulit terjaga. minda akan cergas dan mudah untuk berfikir dan membuahkan perlbagai idea. badan terasa cergas. boleh menurunkan berat badan ke paras yang idol. kalu x menurunkan pun, akan me'maintankan berat badan, atleast xla naik. hikmah terbesar ialah dapat bertahajud dan beribadahlah bila bangun seawal jam 4 pg.

dapat baca al-quran sblm subuh, leh dpt syafaat. boleh buat bekpes, xyah beli atau makan kat luar. tidak terburu-buru kerana lewat. akan tenang dan emosi stabil dan ceria. jika rushing, ofcourse emosi mudah dan baran je kejenye.

jadi, hikmah bangun spertiga malam tu byk sgt. dpt beribadat. dapat menjaga kesihatan badan dan emosi. dapat menjaga aliran darah dgn mengurangkan makan diluar yg hukumnya makruh. nak atau x nak jer. sedangkan Allah dah jelaskan semua ini.

kring.. kring... alarm yg jam 4.30pg. alhamdulillah. ucap 'Aishah. harini dpt bgun awal. harapnya terus beristiqamah kerana Allah.


Wallahu'alam

The Pros and Cons of Questionnaires





Jumaat, 1 April 2016

salah satu sebab Allah bagi dugaan adalah untuk membentuk diri berdiam diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Dugaan sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia yang normal. Dugaan setiap orang berbeza-beza mengikut kemampuan individu seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Allah itu Maha Adil. Dugaan kebiasaannya berlaku secara berkala. tidak setiap masa. akan tetapi adakala berlaku secara bertimpa-timpa, bak kata pepatah melayu, ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". 

Walaubagaimanapun hendak atau tidak hendak, selagi masih bernafas, kehidupan seharian tetap mesti dijalankan. Dijalankan dengan menempuhi pelbagai jenis dugaan. Dugaan tidak hanya merujuk kepada keadaan kesusahan tetapi kegembiraan juga adalah sebuah dugaan. Allah telahpun menyatakan dalam Al-Quran, bahasa dunia ini ialah pentas ujian dalam surah Al-Ankabut ayat 2.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

 Dugaan itulah yang dinamakan ujian buat manusia. Manusia akan di uji dengan pelbagai dugaan bagi melihat tahap keimanan seseorg manusia itu. ujian ini bagi melihat tahap taqwa, ikhlas, redha, sabar, ihsan dan pelbagai lagi aspek dlm diri seseorg dlm menjadi khalifah di muka bumi ini yg menanggung pelbagai amanah dan tanggungjawab. yang mane semua itu perlu dijalankan hanya kerana beribadah dan menyembah Allah bagi meraih redha Allah.

Salah satu anggota pada manusia yang perlu dijaga ialah lidah dan mulut. Lidah dan mulut inilah anggota yang seringkali kita tidak sedari selalu membuat perkara yang menzalimi orang lain. jadi kealpaan kita dalam menjaga mulut dan lidah inilah yang menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. seperti yang disebut oleh nabi yunus ketika baginda bertaubat dalam surah al-anbiya' ayat 87.

dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

perbuatan kita sebagai manusia yang seringkali alpa lah yang selalu menjadikan kita menzalimi diri kita sendiri. dan bagi menunjukkan kasih sayang NYa pada manusia, Allah turunkan pelbagai jenis dugaan agar kita merenungi. berdiam diri untuk muhasabah kembali atas setiap perbuatan kita yang telah dilakukan. inilah peluang keemasan setiap orang untuk bertaubat dan meminta keampunan dan menebus kembali dosa yang telah dilakukan.

salah satu sikap dan sifat yang dimiliki pada seseorang yang ditimpakan dugaan yang berupa kesedihan, kehilangan, kesempitan ialah kebiasaannya akan lebih banyak mendiamkan diri. Nah, bukankah itulah ajaran yang Allah mahu kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata2, kerana mungkin kata2 dari mulut dan lidah kitalah yang menambahkan titik titik hitam dihati kita. konsep dan hikmah sesuatu dugaan itu perlulah ditangani secara optimis pada takdir Allah. kerana setiap takdir untuk kehidupan seseorang itu telahpun tertulis di lauh mahfuz. 

terimalah dan pandanglah sesuatu dugaan itu adalah salah satu sebab dan teguran dari Allah untuk membentuk diri kita agar berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata jika berkata-kata itu tiada manfaatnya. seperti dalam hadis. 

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, 
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam       
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat          
at-Tirmizi)   

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)    
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat 
at-Tirmizi)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari 
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau    
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


salah satu aspek yang perlu dilihat tatkala ditimpa dugaan ialah bersyukur, kerana itulah petunjuk dari Allah agar memperbaiki diri dalam menggunakan anggota lidah dan mulut. terkadang kita tidak sedar, kata2 kita itu berunsur rasa angkuh, sombong, dan takabbur. maka perbaikilah dan renungilah perangai dan kata2 dalam pertuturan kita harian.


Wallahu'alam,