Sabtu, 10 Oktober 2015

Look, what Allah wants us to do: Ranjau dalam Perubahan

Jam menunjukkan 8.30pagi. perut berkeroncong. Terus aishah menuju ke cafeteria mencari makanan untuk bersarapan. Faveret aishah nasi goreng dengan kopi o panas. Sedang aishah bersarapan keseorangan. Tetiba telinga aishah ni cepat tertangkap lagu berkumandang., sayup daripada dapur cafeteria tu tapi aishah masih dapat dengar lagi bait2 lirik dan dendangan music lagu tu. Aishah diam dan terfikir sejenak, teringat akan dirinya yang dahulu. Dalam tak sedar, jauh dalam hati aishah terbit rasa takut pada dirinya sendri. Aishah berepilog sendirian, ini lah dia ranjau dalam perubahan yang perlu aku alami.
            Pada mulanya aishah hanya berfikir, patutlah makruh makan diluar, makanan yang disajikan bukan sahaja xtau dari segi kebersihannya macam mana, bahkan gelombang yang di alunkan pada makanan juga memberi faktor kepada berkatnya sesuatu makanan. Setelah dua tiga suap makanan sambil memasang telinga mendengar lagu yang didendangkan, aishah mula rasa gundah pada diri. Gundah kerana, dahulu itulah jenis hiburan yang sangat diminati dan sememangnya lagu itu dahulu memang mainan di mulut, siap hafal semua lirik lagu. Sedangkan, lebih baik hafal alquran!.. aishah tunduk terkesima.. merenung nasi dan air kopi yang dibeli dengan hajat untuk bersarapan.
Aishah semakin resah. Resah takut diulit semula dengan habit yang lama iaitu suka menghabiskan masa dengan mendengar hiburan dan menghabiskan duit membeli koleksi lagu2 yang diminati. Makin resah lagi aishah menanti sahabatnya yg xkunjung tiba lagi. Aishah berharap suapaya dia sampai cepat supaya telinganya ni x di ulit lebih lama dengan lagu2 itu. Aishah bimbang kerana dia masih ade minat dan suka mendengar melodi itu. Sedangkan itulah faktor utama yang buat dia leka dan lalai. Lagipun ia bukan makanan rohani yang baik.
Makin lama mula otak aishah secara separa sengaja dapat mengimbas kembali lirik yang telah bertahun dilupakan.. makin lama, mulut ini mula mengikut bait2 lirik yang didendang.. aishah mula terasa seronok mengikuti melodi lagu itu. Ade 3 buah lagu yang sempat didendangkan, xlama kemudian kawan yang dinanti nantikan akhirnya tiba. Alhamdulillah, ucap aishah dengan rasa sangat gembira walau dalam jiwa ade rasa gusar dengan sifat diri yang masih belum dapat membuang minat dengan perkara2 yang lagho..  Astaghfirullah.. itulah ucapan dari hati aishah sambil memandang kea rah sahabatnye yang tengah membeli makanan. Aishah berepilog pada dirinya, aku masih ingat rupanya lirik lagutu bahkan aku masih senang dan suka bunyi melodi itu.. serius.. aku sgt takut.. kerana kadangkala aku memang terlalu kepingin mendengar melodi2 itu lagi.. Alhamdulillah.. makan tahun juga aku asuh diri untuk mengurangkan mendengar music dan berubah kepada alunan zikir dan ayat2 suci alquran.. inilah ranjau yang aku alami dalam membawa perubahan dalam hidupku.
Dalam berfikir, sedar tak sedar, dah kosong rupanya isi pinggan aishah. Hanya kopi o panas je yang tak berusik lagi, sebab panas sangat untuk diminum. “Assalamu’alaikum”.. Taf memberi memberi salam pada aishah sambil terus duduk. “wa’alaikumussalam”, jawab aishah. Memandang Taf, aishah rasa bersyukur dapat seorang kawan sepertinya.  Mengamati susur kehidupan Taf, membuka mata aishah dalam mencorak sesebuah kehidupan itu. Susur kehidupan Taf berbeza dengan aishah. Taf bermula dengan sekolah agama tapi aishah bermula dengan sekolah menengah kebangsaan. Walaupun terdapat juga KAFA dan pendidikan islam, tetapi ilmunya itu tak sedalam ilmu yang dipelajari oleh pelajar yang bersekolah di sekolah pondok, sekolah agama rakyat. Aishah seringkali memberitahu Taf bahawa dia sangat beruntung dapat menceburkan diri dalam bidang mengangkat martabat Bahasa Arab. Perkara itu selalu buat Taf memulakan sesi ceramahan pada Aishah. Seronok mendengar bual bicara orang yang tau banyak perihal agama ni, mesti ade je solusi dan jawapan pada setiap persoalan dan situasi dan mesti ade diselangseli dengan hadis dan ayat alquran. “hmm….Kehidupan yang lepas tak boleh diundur, tapi ia boleh dijadikan sempadan bagi mendidik anak di masa mendatang”, cakap aishah pada dirinya dengan nada yang perlahan, tapi masih dapat didengari oleh Taf. “kenapa cakap macam tu aishah?”.. tetiba Taf bertanya.. aishah melongo memandang Taf sambil dalam kepala mencari alasan untuk ubah topik perbualan… “dah kenapa pulak pandang aku macam tu.. tutup mulut tu, kang terobang dik lalat”… seloroh Taf. Dalam 30 minit aishah dan Taf berjalan pulang ke bilik hostel masing2. Dalam perjalanan, Taf bertanya pada aishah, “aishah kenapa kau pakai tudung ni?”.. “kenapanya dengan tudung ni?” tanya aku pada Taf. Aishah melihat pada tudungnya, rasanya dah labuh dah. Dah tutup dah ape yang perlu ditutup. Dah banyak kali aishah perasan yang Taf selalu bertanya akan soalan itu. Tapi akhirnya persoalan itu lenyap begitu sahaja..
Aishah dan Taf jalan beriringan, dua2 diam. Aishah menarik tangan Taf cuba melambatkan untuk sampai ke destinasi masing2. “dh byk kali ko tanya pasal tudung aku ni, arini aku nak ko bagi lah ape pun jenis jawapan, pasai apa dengan tudung aku ni, apa yang tak kenenye?” kali ni aishah nekad nak tau akan persoalan si Taf ni. Aishah tgk Taf terus juga berjalan. Tak de cara lain, aishah terpaksa kejar dan jalan beriringan kembali. “hmm..” Taf bersuara sambil berfikir.. “tudung yang ko pakai tu Nampak leher”. Pendek je kata2 Taf tu tapi penuh makna dan jalan pertolongan untuk aku mengubah diriku kea rah yang lebih baik iaitu mencari redho Allah dengan menutup aurat mengikut syariat yang Allah dah suruh. Jika dilihat dari labuh dan tak ketat, memang dah lulus dah tudung aishah, tapi aishah tak perasan dengan satu faktor lagi iaitu faktor jarang. “ooo… jarang ek..” kata aishah pendek. Inilah salah satu bende lagi yang buat aishah suka sangat bersahabat dengan Taf ni. Dia cakap semua yang xbetul yang aku buat yang aku perlu ubah epilog aishah dalam hati sambil bersalam dengan Taf dan masing2 berpisah menuju ke bilik hostel masing2. Terimakasih ya Allah kurniakan aku ketemu sahabat ini, kau berikan dia barokah dalam kehidupannya, doa aishah buat sahabat dan rasa bersyukur pada Allah.
Berjalan sesorang pulang ke bilik, teringat semula aishah akan pakaiannya yang dahulu. Kalu Taf mengenalinya dalam versi pakaian yang dulu sudah pasti Taf xmau bersahabat dengannya. Teringat akan dirinya 10 tahundahulu, aishah selalu merasakan malu untuk berpakaian seperti sekarang. Apatah lagi dalam himpunan kawan yang rata2 memakai pakaian seksi dan up todate. Kalu dalam bidang aishah, boleh dikira je bape orang pelajar yang “geng2 tudung labuh”, rata2 tudung bawal dan seluar jeans. Pandangan aishah dan kebanyakan rakan2 pada “geng tudung labuh” ni adalah ketinggalan dan orang yang berfikiran tertutup dan tak open minded. Itulah fikiran aishah 10 tahun yang lalu. Sedangkan, inilah sebaik2 pakaian dalam memenuhi syariat islam. Kenapa perlu rasa malu. Kadang2 dalam perubahan style pakaian tu, aishah masih ade lagi rasa malu untuk berdamping dengan kawan2 lama yang semuanya pakaiannya up to date.

Walau bagaimanapun itu semua aishah perlu lalui demi mencari redho Allah. Bukan untuk sajian mata2 manusia2 yg terlalu dimomokkan dengan dunia fashion.
Itulah ranjau dalam sesuatu perubahan… tanpa ilmu perubahan itu sukar untuk mencapai targetnye.. berubahla dari segi sudut fikiran dan pandangan.. bukan untuk self satisfaction, tapi demi mencari redho Allah.. demi mendidik ummah mendatang menjadi pewaris yang tinggi akhlaknya, hidup dalam syariat Allah dan kukuh iman didada…



Bila ingin berubah dan bertaubat, lakukanlah cepat, jangan bertangguh, kerana MATI itu tiada tahu bila akan tiba