Jumaat, 13 November 2015

Slot:Look, what Allah wants us to do - Kejadian Tanah Runtuh di Lentang KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

11.11.2015, jam 7.05mlm, handphone berbunyi tanda mesej masuk. Aisyah membelek telepon. Oh wassup.kata aisyah dalam hati. lama pulak dah nak download gambar ni. Gerutu hati aisyah. Tertancap lama mata aisyah pada skrin telepon sambil berbaur rasa dalam hati dan macam-macam dalam kotak fikiran. Yang pasti kata innalillah… terlafaz di mulut aisyah. Sememangnya Allah telah berfirman dalam surah albaqarah iaitu surah ke 2 mengikut mushaf dalam ayat 156, iaitu apabila tertimpa musibah maka sebutlah innaa lillaahi wa-innaa ilayhi raaji’uun. Perkataan ini bukanlah hanya disebut dikala orang meninggal dunia sahaja, akan tetapi ia diaplikasikan kepada ape jua perkara yang dikategorikan sebagai musibah yang melanda.


Lama aisyah berteleku, duduk memandang kea rah court squash sambil berfikir. Memang niat dihatinya mau pulang lepas main squash petang ni. Tetapi delay sebab tetiba ramai pulak pelajar yang main squash arini. Jadi aisyah terpaksa beratur tunggu giliran. Jam 6.30ptg baru aisyah dapat bermain. 30 minit untuk beriadah dah cukup untuk melencunkan t-shirt aisyah. Squash ni Nampak je pukul bola ke dinding, tapi pembakaran kalori nye tinggi, seperti yang dibagitau oleh kevinZahri.com iaitu 708-1035 kalori bagi julat berat badan 60kg-86kg. jadi setengah jam tu kalu xbwk air memang dahaga dan kalu xmakan boleh menggigil la kelaparan lepas main.


Jam sudah menunjukkan jam 7.15minit. aisyah berlalu ke bilik persalinan n shower kemudian trus ke surau. Usai solat maghrib, lama aisyah berwirid, mengulangi perkataan alhamdulillah banyak kali. Melihat akan video runtuhan tanah ni lentang Km52.4 lebuhraya KL-Karak dan juga gambar2 yang dipost oleh kawan2 daripada wassup membuat aisyah menarik nafas panjang. Allah masih memberi peluang untukku masih bernafas dan memperbaiki setiap salah dan dosa dalam hidup aku. Aisyah berkata pada dirinya untuk bersyukur dengan peluang yang Allah masih beri kepadanya. Jika aisyah bergerak dari Gombak jam 6ptg td, aisyah samada stranded di kawasan tanah runtuh itu atau menjadi mangsa runtuhan tanah itu nauzubillahiminzaalik.

 

Hajat di hati aisyah baru mau pulang, menemui keluarga tersayang di temerloh, Pahang. Laluan KL-Bentong pun ditutup juga untuk laluan memandangkan ade juga terdapat hakisan tanah dan pokok tumbang. Jalan alternative lain ikut Seremban-kuala pilah keluar ke pelangai. Aisyah tidak pernah melalui jalan ini dan memandangkan seorang diri, aisyah matikan impian dihati yang tersangat dipanggil untuk pulang ke pangkuan keluarga. Pihak PDRM menganggarkan 5 hari mungkin untuk kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Aisyah tegar mengikuti kisah runtuhan tanah di lentang kerana menunggu jalan dibuka semula untuk pulang ke kampong dan kerana sememangnya itu jalan ulang alik aisyah dari Temerloh-Gombak. Pelbagai spekulasi dan report yang bercanggah antara satu sama lain di TV, PDRM, pihak bomba dan JKR. Ade yang mengatakan itu bukan tanah runtuh tapi banjir lumpur. Walaubagaimanapun ianya melihatkan bukit yang runtuh beserta dengan takungan air yang banyak. Lentang ialah satu tempat rekriasi yang familiar dengan sungai dan air terjun lentang. Lentang juga adalah Hutan Lipur yang masih mempunyai pokok2 besar.

Mendengar berita daripada TV dan juga radio, terdapat kemungkinan kejadian tanah ini ade kaitannya dengan kerja2 pembalakan secara haram. Sememangnya Pahang ni famous dengan kes2 pembalakan secara haram sejak aisyah sekolah rendah dulu lagi. Ini kerana Pahang ni masih banyak kawasan hutan yang masih terpelihara. Melihat akan runtuhan tanah itu yang membawa kayu2 balak yang telah lama ditebang ade kemugkinan terdapatnya kerja2 penebangan pokok di atas bukit berkenaan. Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 41 bahawa “Telah nampak  fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

Kalu dilihat dari sudut ekologi pun, pokok memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan pasak bumi (bukit bukau) dengan cengkaman akar2 tunjang pokok2 besar. Berkurangnya bilangan cengkaman akar2 pokok pada bukit akan mengurangkan kekuatan tanah untuk menampung batu batu yang besar dan juga memudahkan water run-off. Erosion akan berlaku kerana tanah mudah menjadi lembik dan membentuk lumpur. Ditambahkan pula keadaan cerun bukit yang menggalakkan lagi runtuhan tanah. Sememangnya jika lalu daripada temerloh-kuala lumpur terdapat banyak hakisan di cerunan bukit berlaku yang kebiasaanya akan ditutup dengan canvas biru.

Sememang 2015 ni terlalu drastik pembotakkan tanah di pahang. jika dilihat di kawasan lanchang, proses penanaman semula sawit begitu jelas kelihatan. di karak highway juga jelas kelihatan. kalu dahulu pemandangan dipenuhi dengan suasana hijau pokok2, tapi kini semua bukit telah gondol, dipenuh denga warna kuning. sesungguhnya tanpa ikatan kuat akar2 pokok pada bukit bukau akan menjemput pelbagai masalah, hakisan, lumpur, tanah runtuh, suasana yang berdebu dan panas. 

sesungguhnya kawasan Lentang itu temasuk dalam kawasan bukit tinggi yang perlu dititik beratkan kerana kawasan pernah mengalami gempa bumi pada tahun 2007. Di Pahang, bentong, janda baik dan jerantut pernah gempa bumi kecil pada tahun 2007 dengan 1.1 ke 2.8 skala richter. Sememangnya jajaran kawasan ini perlu diberikan tumpuan yang lebih memandangkan musim hujan telah pun bermula.  



Selain daripada itu, sesuatu bencana itu Allah turunkan juga kerana perbuatan maksiat. Di pahang sememangnye terkenal dengan pusat casino yang berada di genting highland. jika hujan lebat dengan kadar yg tinggi dan banjir yang besar seperti tahun yang lalu, sememangnya keadaan dipahang akan mengalami banjir lumpur yang teruk memandangkan penebangan pokok2 pertanian yang jelas kelihatan. walaubagaimanapun sentiasa berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku.







Allah itu mengizinkan sesuatu berlaku demi menegur manusia. Cukup dengan pelbagai bencana agar manusia itu kembali bertaubat kepadaNya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah.




Rujukan:

Gambar daripada awani online



Isnin, 9 November 2015

Slot:Look, what Allah wants us to do - Pelangi Petang



Terasa sunyi setelah beramai-ramai semalam. Cukup indah saat bersama-sama bermain squash, berborak hingga larut malam. Jarang sekali peluang seperti ini berlaku. Masa itu ade, tapi seringkali dihabiskan dengan lebih banyak membawa hal masing-masing. Kini setelah semua pulang, terasa sunyi pula. Tinggal aisyah dan seroja berdua aje.
            Oleh kerana terasa sunyi, ibarat mengantuk disorong bantal bila seroja mengajak aisyah ke uia untuk memeriahkan kawan2 yang konvo arini. Seroja ni memang creative, semua cenderahati untuk kawan2nya dia buat sendri. Cantik buatannya.
            Setibanya di uia, dari jauh aisyah dah Nampak pelangi petang. Seroja terus berborak dengan kawannya, manakala aisyah terus mendongak ke langit, menikmati keindahan pelangi petang ciptaan Allah. Melihat akan keindahan pelangi petang itu, seakan memujuk hati aisyah yang sunyi setelah kepulangan kakak dan adiknye ke kampung halaman. Terasa terubat hatinya dan rasa bahagia serta gembira melihat keindahan pelangi petang itu. Syukur ya Allah. Subhanallah…
            Sambil menikmati keindahan pelangi petang itu, aisyah berfikir. Begitu indah sekali ciptaan Allah. Peluang ini dengan izin Allah juga utk menikmati keindahan pelangi petang ini sudah cukup untuk mengubat rasa sunyi di hati. Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Inilah dia betapa indahnya ketentuan Allah itu. Itulah kekuasaan Allah dan halusnya cara Allah merawat jiwa manusia. Pelangi petang ini sangat menarik, indah dan menghiburkan hati. Terima kasih ya Allah. “jom, kita pegi mahalah halimah, syasya kat sana skang”. Teguran seroja mematikan epilog aisyah dan terus berjalan bersama2 menuju ke destinasi seterusnya. Ade 2 lagi cenderahati untuk diagihkan kepada para graduan yg dikenali rapat.
            Aisyah menoleh lagi sekali kea rah pelangi petang itu, tapi ia sudah tiada disitu. Alhamdulillah, kehadiran pelangi itu sangat membantu hati sunyi aisyah.


Itulah sebab Allah sarankan untuk melihat ciptaanNya, supaya jiwa itu tenang dan bersyukur akan nikmat yang Allah telah sajikan pada kita. Disebalik ciptaanNya bukan sahaja makanan jasmani shj dpt diberi akan tetapi sebagai santapan akal dan rohani.

Selalu lah mendongak kelangit untuk melihat betapa berkuasanya Allah menciptakan langit yang luas tanpa tiang. Tunduklah ke bumi, lihatlah pelbagai jenis ciptaan Allah bagi melengkapkan kehidupan sebagai makhluk dibumi ini. Penglihatan itu untuk memupuk rasa kesyukuran kepada Allah. Disitu akan timbul rasa kebercukupan dan jiwa yang tenang.