Rabu, 2 Julai 2014

Sukarnya mengawal aktiviti kumpulan bertiga iaitu mata, telinga dan lidah

Alhamdulillah, masih berkesempatan menikmati ramadhan 2014. sudah hari ke 4 berpuasa.. terasa begitu cepat masa itu berlalu.

berpuasa itu bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga dari mulut memperkatakan yang tak elok, dari mata melihat kemungkaran dan dari telinga mendengar perkara tercela.

perbuatan "menahan" ini senang ditulis tapi sukar dilaksanakan. terutama aktiviti 3 sekumpulan ini iaitu mata, telinga dan lidah. gabungan 3 sekumpulan ini jika di gunakan secara betul akan membuahkan 1001 pahala, meningkatkan iman, dan ilmu dan kecintaan kepada Allah.. tapi AWAS.. jika tidak dikawal dan dididik secara betul, 3 sekumpulan inilah yang melemparkan diri seseorg itu ke dalam API NERAKA dan menerima AZAB yang PEDIH.

seringkali dalam kehidupan ini kita akan dipertemukan dengan pelbagai kejadian, perbuatan, perkara dan macam2. dan kegiatan biasa ialah mata pasti akan akan melihat, minda menafsir, dan mulut mula membuahkan fikiran dan telinga ready untuk mendengar..

dunia hari ini, kalu bab menahan mata iaitu pandangan, memang sangat sukar, melainkan anda duduk diam di dalam rumah dan tanpa televisyen. jika dikawasan pedalaman bab menjaga pandangan dari aurat yang terdedah mungkin tidaklah sesukar keadaan di bandar2 dan metropolitan. ramai yang tak segan silu membuka aurat apatah lagi bangsa yang selain Islam... apabila hidup bertopengkan sifat suka show off dan takde perasaan malu.. memang buka dan dedah sana sini itu perkara biasa.. nauzubillah.. sempena bulan ramdhan ini elok hadirkan diri ke masjid dan surau2.. duduk iktikaf lama2 bagi mengisi masa.. sekurang2 nya.. beberapa jam telah di habiskan utk bersama di rumah Allah daripada berpeleseran di shopping mall yg mnjemput diri mencabar kawalan aktiviti 3 berkumpulan.. mata itu suka menjemput lidah utk bertuturr... dosa mata dapat.. dosa lidah pun dpt... kalu ade kawan.. nah tambah dengan dosa telinga sekali... Allahuakbar..
sukar mengawal aktivit 3 berkumpulan ni..

sebab itu hidup ini perlu perbanyakkan istighfar.. mengimbangi aktiviti 3 berkumpulan ini yang tak lari dari perkara mungkar.. jika dah mata terlihat aurat.. maka balancekan dengan memandang kebesaran Allah, memandang ayat suci Al-Quran, memandang buku2 ilmiah..

jika telinga suka dengar music yg lagho..atau terdengar umpatan,, molekla pasang2 la orang mengaji, ceramah.. dan perdengarkan istighfar

dan lidah... lidah itu walau xde bilah ... tapi tajamnya kata2 yg dipertuturkan lidah boleh melukakan "hati dan perasaan".. synonymnya lidah itu selalunya aktivitinya dapat galakan dan sokongan dari telinga dan mata... orang kata untuk "mengomen(komen)" ... apabila kita melihat perkara mungkar seperti aurat terdedah.. perbuatan sumbang dan kesilapan yg berpunca dari kejahilan manusia lain.. maka on the spot kene tunduk mata dan lidah terus istighfar... dan berlalu cepat2 dari situ... seeloknya jauhi tempat yang mengundang lidah mengeluarkan kata keji.. dan jagalah lidah agar mudah "berdiam".. seeloknya berada di masjid dan yang menggalakkan lidah berzikir dan mengaji Al-Quran..

sememangnya.. manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa.. kerana ilmu itu diraih melalui fasa2 tertentu.. dan dikala jahil, sudah pasti melakukan perkara yang tidak berlandaskan agama. tahap hidayah dan kejahilan manusia berbeza mengikut ilmu yang dituntuti.. ade yang dari lahir dah dididik dalam ajaran Islam.. dan tak lari juga ade yang sudah usia lewat baru mendalami ilmu Allah... bak kata orang life begins at age 40... sbb nabi dapat wahyu usia tu.. sedangkan nabi itu asalnya pun dah baik dan penuh budi pekerti yang tinggi dan di usia 40 pun lebih menambahkan lagi pembaikan dari Allah.. bukan di usia muda nya bebas dengan membuat semua bende.. tak perlu mencari ilmu dan menunggu tua baru nak cari.. wallahuam..

adapun seringkali saya memperhatikan, dan kadangkala lidah juga terberkata.. semoga Allah mengampuni ku. kejelekan seseorang itu di atas kejahilannya, samada tak tutup aurat, hidup bebas, berperangai buruk, tidak mendidik anak dan pelbagai lagi.. seringkali menjemput aktiviti lidah .. AWAS.. perlu diingati perkataan yang perlu dikeluarkan istighfar.. nauzubillah.. bukan mengata perilaku buruk itu... situasi begini perlunya kekuatan diri mengaplikasi diri "berdiam itu lebih baik"... dan perkara yang sepatutnya dilakukan ialah.. jika ada keberanian dtg secara berhemah kpd sipulan itu dan tegur perbuatan salahnya.. bukan berkata dari jauh.. itu mengumpat namanya.. bimbang nanti terkeluar pula tambahan2 dan muncul pula dosa fitnah...dan perlu kita ingati juga.. hidup ini adalah karma dalam bahasa hindu tapi dalam islam ianya ialah "kaffarah" iaitu "denda" .. kadangkala apa yang kita perkatakan, Allah datangkan kepada kita pula untuk menghadapi situasi yang.. adekah kita mampu menanganinya??? atau menangani lebih buruk drpd org yg telah diperkatakan.. ?? ataupun.. kadangkala Allah bagi balasan daripada kata2 kita itu secara direct kepada kita.. ataupun kepada orang berhampiran.. anak.. suami isteri.. dan sebagainya.. agar kita belajar dari kesilapan diri.. iaitu suka mengata.. (padahal diri pun xsemolek mana).

beristighfarlah.. beristighfarlah.. perbykkanlah mendendangkan ayat suci Al-Quran supaya lidah itu disucikan dengan dosa2 yang dilakukan samada secara sedar maupun tidak... sedarlah diri.. bahawa tiada yang sempurna.. maka sememangnya istighfar dan solat taubat itu boleh boleh dikategorikan wajib untuk semua ummat lakukan di dunia hari ini.. yang mana teknologi dan kecanggihan dunia bertambah pesat yang tidak selaras dengan pembangunan ilmu akhlak diri ...sebagai bekalan disana..

buah fikiran untuk menyedarkan diri.. agar insaf.. jangn pernah merasa diri suci dan tak pernah buat salah... Ambillah peluang dibulan ramadhan ini.. bulan Allah.. bulan yang penuh barakah... yang mana Allah perintahkan malaikat Jibril iaitu penghulu segala malaikat utk membawa sebnyk yg mungkin malaikat ke bumi bagi membawa barakah kepada ummat Islam.. yang mana Allah menyebut 3 perkara di bulan ramadhan:

1. barangsiapa yang mengangkat tangan dan berdoa, maka Allah kabulkan semua permintaan
2. barangsiapa yang bertaubat, maka Allah terima taubatnya
3. barangsiapa yang memohon keampunan, Allah ampunkan...

marilah ambil peluang yang Allah bagi secara FREE ni...

wallahu'alam