Sabtu, 10 Mei 2014

Peringatan buat diri

kita didik diri kita buat yang baik-baik. tapi jangan pernah sekali-kali merasakan yang kita baik... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH AGAR TAK MERASAKAN DIRI BAIK DAN PERFECT ATAU ERTI KATA LAIN DAH MASUK KE BIBIT ANGKUH...


jauhi "assumption" banyakkan bertanya dan verbal communication di dlm sesuatu perhubungan. baru dapat jawapan yang sahih.... sbb "assumption" atau anggapan hanyalah anggapan... anggapan anda tak sama dengan anggapan orang lain...mungkin tepat mungkin tak betul pun... bertanya secara face-to-face baru anda tau jawapan yang sahih... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH DIBERIKAN KELEBIHAN DALAM KOMUNIKASI


"ego" itu juga perlu dikikis.. setiap orang ade egonya tersendiri.. tetapi kene pandai tundukkan sifat ini ... jangan sampai diperkudakan oleh keegoan yang membabi buta... kelak akan terpakai sifat sombong dan angkuh pula.. MAKA BERDOALAH PADA ALLAH JANGAN MENJADI ORANG YANG EGONYA MELAMPAU


lidah tu walau tak de bilah yang yang tajam.. tapi... simbolik perkataan yang keluar hasil dari gerakan lidah dan suara.. boleh beraksi menoreh si hati... sehingga luka dan berdarah.. jika disapu ubat..maka berparut lah ia... jika ditoreh sentiasa maka patah atau putusla ia... maka berhati-hatilah dalam menyusun kata-kata.... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH AGAR MEMELIHARA LIDAH, SUARA DARI PERBUATAN MUNGKAR DAN MENGGURIS JIWA-JIWA...

jiwa dan otak yang saling bekerjasama... otak kata sedih..hati pun pilu .. mata pun mengeluarkan titisan air mata... fikiran marah..hati mengbengkak... kawalan fikiran dan jiwa itu perlu selari... ade juga yang hati lain..fikiran lain...itu ade kelebihan dan sesuai membawa watak sebagai pelakon... erk... selalunya mendidik fikiran itu bersyukur  maka hati akan rasa tenang dan damai.. kerana syukur itu punca berasa kebercukupan... ssudah pasti hati akan damai dan tenang.. syukur..sememang nya takde sebab untuk tak berasa bersyukur... kerana kita semua makhluk yang tinggal di atas bumi yang Allah tumpangkan sahaja.. penumpang yang diberi menumpang secara FREE... cukup lengkap terutama oksigen, air, dan pelbagai lagi kesenangan... bekalkan pula dengan ilmu dan tatacara kehidupan.. Subhanallah... bersyukur la .. pujuk la untuk sentiasa bersyukur... jangan sampai kesenangan yang Allah bagi itu menghumban kita ke dalam dunia yang tamak haloba dan takkabbur... MAKA SENTIASA LA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DIRI INI SENTIASA BERFIKIR AKAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN...AGAR ALLAH SENTIASA MEMBUKA MATA DAN FIKIRAN INI AGAR MENSYUKURI NIKMATNYA..

WALLAHUALAM