Rabu, 2 April 2014

Masalah BLUR atau KEBUNTUAN di kalangan PELAJAR (particularly RESEARCH STUDENT)

Masalah BLUR atau BUNTU, adalah satu masalah yang tipikal dihadapi oleh seseorang pelajar, terutama dikalangan pelajar yang belajar secara dalam Mode "FULL RESEARCH" yang mana kene mengeluarkan hasil berbentuk sebijik "THESIS".

BLUR atau BUNTU ni kadangkala adalah atas sebab faktor diri sendiri yang stress atau tertekan atau tahap yang paling teruk depresi dan murung. tahap depresi dan murung inilah yang boleh menyebabkan seseorang pelajar itu bertindak diluar kawalan.

di sini ape yang saya cuba sampaikan ialah ikhtiar dalam cuba mengembalikan minda terbuka kepada kelaziman cara dan kemampuan berfikir seseorang dan mengurangkan depresi dan tertekan jiwa seseorang itu. walaubagaimanapun, ini adalah ikhtiar, penyembuhnya adalah Allah. jika bersesuaian dengan diri, in shaa Allah dapat kesembuhan, dan jika tidak, jangan putus asa, cari ikhtiar lain pula. lagi satu perkara, ikhtiar itu kadangkala mengambil masa dalam kadar yang singkat ataupun sebaliknya...

dan perbincangan saya ni khas untuk PELAJAR MUSLIM sebab ia menyentuh perihal agama. walaubagaimanapun, jika lain agama berminat, maka, jadikan ia sbgai satu dakwah...in shaa Allah.

baik, first sekali, aktiviti harian yang perlu di observe, tata tertib masuk dan keluar tandas..... amalkan masuk kaki kiri, keluar kaki kanan. amalkan doa masuk dan keluar tandas.... kepala hendaklah ditutup ketika membuang "hajat". dilarang bercakap ketika dalam toilet apetah lagi makan atau minum. jangan pandang pada najis. kecuali nak check takut berak berdarah...(maksudnya ade internal bleeding ka) dah keluar tandas, amalkan basuh kaki..... adapun yang terbaik ialah terus amik wuduk yang baru.

yang kedua, selalu bila BLUR kawasan FRONTAL LOBE, bahagian depan kepala tak cukup oksigen, maka banyakkan menundukkan kepala dari mendongak. paling molek ialah solatla..sujud lama2. dan amik wuduk sekerap yang boleh, supaya kawasan kepala ni sentiasa sejuk. sebab bila BLUR selalu dia akan associated dengan STRESS,,.. stress ni akan menyebabkan suhu dalam badan dan kepala semakin panas....so dengan membasahkan air tu...dapat mengurangkan suhu dan ketegangan saraf... banyakkan minum plain water.biarla nak ter"kucil" banyak kali pun....

seterusnya, pemakanan, ape yang Allah dah tulis dlm Al-Quran tu elokla duk jadikan supplement daripada duk amik product lain. jaga je dr tidur, trus panaskan ayo, masukkan sesudu madu dlm cawan, dan masukkan air panas bancuh skit dengan air sejuk, kasi suam2...kacau lawan arah jam, macam orang tawaf, baca alfatihah, terus minum..ni perlu dilakukan tanpa berus gigi lagi. kemudian mandi. and bekpes dengan minuman KOPI...yang disebut adalah kopi habbatussauda... amik juga sesudu minyak zaitun ..... segelas air zam2... dan paling penting...KISMIS..amik 21 biji sehari....lagi banyak lagi bagus....tapi dalam bilangan yang ganjil. kismis ni selalunya kalu amik 21 biji tu..in shaa Allah sehari dua...pasti karat otak tertanggal dan boleh fikir elok smula...

dah tau tengah BLUR atau BUNTU....ingatlah bahawa kebuntuan itu dari Allah..maka mohon la dari Allah lepaskan smula KEBUNTUAN tu ...maka SOLAT....solat ni adalah TERAPI DIRI YANG TERBAIK...cover kesihatan fizikal badan  dengan pergerakan solat itu..dan meneutralkan emosi dengan memahami perasaan kehambaan dengan maksud2 bait2 solat ini...in shaa Allah...

kemudian, amik wuduk, amik Al-QURAN, bukak surah AL_WAQIAH...duk baca tiap2 malam. in shaa Allah MURAH REZKI DALAM ILMU BELAJAR. kalu lagi rajin dan banyak masa terluang, amalkan ibu alquran (alfatihah 7x tiap lepas solat + tiap2 pagi baca hati alquran iaitu yasin)...

kalu dah sampai blur n sakit kepala baca ayat 19 surah al-waqiah...sapu kepala dengan dengan sapuan yang membentuk bulatan..dan pusingan sapuan itu lawan arah jam....

masih xjalan juga...pi bli bekas air yang boleh spray...mcm org guna wat iron baju tu...taruk air dalam spray tu....spray sokmo muka, kepala, tengkok... biaq la basah baju pun xper... tgk...selalu kalu stress dan blur..skejap je air spray tu kering kat muka, kepala dan tengkuk..buat sampai air dah xcepat kering....


***dipetik dari buku Rugyah Asas Pengubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Haron Din. m/s 55

amik tangan kanan cengkam FRONTAL LOBE tu..toksah la cengkam kuat..baca doa kat atas tu...ikhtiar supaya dapat fikir molek smula... in shaa Allah....

lagi satu boleh dijadikan ikhtiar ialah guna wangi wangian...leh ikhtiar sebagai merawat emosi... pakaila yang xde alkohol k... dan kalu dalam blik sendiri tu..xpe la nak pakai sebotol pun..tapi kalu keluar berjalan...kaum hawa...jgn berlebih lebihan k... teknik letak minyak ni...sapu pada nadi..biar serap masuk dalam badan....kasi segar...kat nadi ni kedua belah wrist...(pergelangan tangan), dua2 kening, tengkuk atau blkg telinga....

banyak bersabar dalam MENTERAPI DIRI UNTUK PULIH...setiap IKHTIAR ALLAH AKAN SEMBUHKAN... IN SHAA ALLAH.. ade orang cepat sembuh..ade orang lambat sembuh..yang penting jangan PUTUS ASA....

doa-doa dan ayat2 lazim untk membuka kebuntuan boleh baca kat more reading.

moga dapat memberi manfaat pada semua.

wallahu'alam