Selasa, 1 April 2014

Bagaimana menambahkan rasa khusyuk dalam solat?

Solat adalah tiang agama. 5 pillars of Islam.. solat adalah salah satu rukun utama orang ISLAM. mengerjakan solat adalah WAJIB kepada setiap ORANG ISLAM.

Fungsi utama solat ialah menghubungkan antara PEncipta iaitu Allah dengan MAKHLUK (manusia). yang mana ia adalah AMANAH dan ARAHAN yang Allah telahpun maktubkan dalam AL-QURAN AL-KARIM. Ialah pengabdian seorang hamba kepada ALLAH..

Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)

Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.

Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:

“Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat.”
(An-Nisa’ : 77)

Daripda kedua ayat Al-Quran di atas telah membuktikan bahawa betapa pentingnya mendirikan solat itu. itulah matlamat utama yang Allah ciptakan manusia. 

Pengertian khusyu’  diambil dari firman Allah:

 “..yaitu orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya..” 
(QS. Al-Mukminun: 1-2)

Mengenai makna kekhusyu’an itu, Ibnu Abbas menandaskan: “Artinya penuh takut dan khidmat.” A1-Mujahid menyatakan: “Tenang dan tunduk.” Sementara Ali bin Abi Thalib pernah menyatakan:

 “Yang dimaksud dengan kekhusyu’an di situ adalah kekhusyu’an hati.

Lain lagi dengan Hasan al-Bashri, beliau berkata:

 “Kekhusyu’an mereka itu berawal dari dalam sanubari, lalu terkilas balik ke pandangan mata mereka sehingga mereka menundukkan pandangan mereka dalam shalat.”

Imam Atha’ pernah berkata:

 “Khusyu’ artinya, tak sedikitpun kita mempermainkan salah satu anggota tubuh kita.

Jadi artinya, kekhusyu’an dalam shalat bukanlah sekedar kemampuan memaksimalkan konsentrasi sehingga fikiran hanya terfokus dalam shalat. Namun kekhusyu’an lebih merupakan kondisi hati yang penuh rasa takut, pasrah, tunduk dan sejenisnya; yang membias dalam setiap gerakan shalat sehingga menjadi nampak anggun, khidmat dan tidak serampangan.

Kepada orang yang mempelajari BAHASA ARAB, pada saya mereka mempunyai kelebihan dalam membina kekhusyukan dalam solat. kenapa saya mengatakan sedemikian?.. kerana bacaan di dalam solat itu ialah BAHASA ARAB. dan memahami erti bacaan ayat-ayat dalam solat itu ialah salah satu cara melahirkan rasa khusyuk dalam solat. 

Solat ini ialah menghadap Allah. dan setiap makhluk WAJIB KASIH, CINTA, SAYANG, RINDU, REDHA kepada ALLAH. solat ialah salah satu cara manusia berhubung dan bertemu dengan ALLAH. jika kita bersama dengan "ORANG" YANG DIKASIHI, DISAYANGI dan SERINGKALI DIRINDUI...perkara berikut adalah perkara yang kita sering lakukan..

  1. sentiasa mahu melakukan yang terbaik. berpakaian cantik.penampilan cantik dan bersih. wangi. baju bergantian. rapi.
  2. sentiasa nak memuaskan hati orang yg disayangi..baru rasa diri berguna...dan cuba melakukan semua tanggungjawab.
  3. setiap saat nak call, nak wassup, nak mesej
  4. sentiasa memuji
  5. berasa hepi, gembira, tenang
  6. mudah bertoleransi bila orang yang disayangi buat "hal"....
  7. mudah bercerita dan berkongsi cerita..meluahkan perasaaan....
jadi ape yang nak saya sampaikan disini ialah.... perkara yang boleh membangkitkan kekhusyukan kita juga adalah seperti 7 perkara di atas. sebab ALLAH itu WAJIB dicintai. maka untuk BERTEMU DENGAN ALLAH perlula juga perkara seperti ini:

  1. berpakaian cantik, berwangian, bersih, dengan mulut yang dah bersugi, rapi. baru rasa confident nak jumpa pencipta kita.
  2. menghayati bait-bait ayat dalam solat terutama AL-FATIHAH. WAJIB faham maksud surah AL_FATIHAH. dan wajib mencari asbab setiap ayat itu diturunkan dan kaifiatnya.. sesungguhnya AL-FATIHAH itu UMMUL KITAB. IBU kepada AL-QURAN. masakan boleh khusyuk jika seperti burung "kakak tua".
  3. memupuk dalam diri melakukan yang terbaik dalam solat. pergerakan, tertib, membaca surah yang difahami maksud supaya diri lebih memahami ape yang dilakukan. memahami simbolik semasa rukuk itu bacaannya ialah memuji Allah. semasa duduk antara dua sujud kita berdoa pelbagai bende. sebenarnya pergerakan solat dan bacaannya itu pun penuh dengan doa dan pujian kepada Allah. 
  4. memupuk diri ikhlas dalam solat, maka akan lahir rasa nak berjumpa dengan Allah selalu iaitu melalui bersolat. bila timbul perasaan sebegini, saya pasti, khusyuk itu sudahpun mula dikecapi
  5. sentiasa memuji Allah dengan zikir yang muktabar. paling mudah la illa ha illallah.
  6. jika solat itu penuh penghayatan, in shaa Allah ketenangan, kegembiraan itu ketemu
  7. mudah bertoleransi yakni REDHA dengan ape jua yang Allah kurniakan
  8. sememangnya fungsi solat itu ialah, untuk MAKHLUK berinteraksi dengan PENCIPTANYA. disinilah tempat yang paling baik bagi meluahkan perasaan hati... bercerita dengan Allah... jika sedih perlulah menangis.. jangan sampai menyalahkan ALLAH seperti india ke kuil memaki hamun tuhannya seperti dalam banyak cerita tamil...
disini saya nak bekalkan beberapa cadangan bagi melihat sejauh mana kita kisah tentang perihal solat ni. secara tal langsung...cara ini dapat membuka kelemahan diri dalam menunaikan solat dan perkara yang perlu diperbaiki bagi meraih rasa khusyuk dalam solat.

ambil sehelai kertas A4 dan sebatang pen. kemudian: (lakukan ini dengan jujur, tanpa melihat ape2 bahan jika anda xtau. sbb ini utk self-check. dah siap buat baru check.macam jawab soklan pekse)

  • listkan rukun dalam solat. dah list kan..baru double check..cukup tak rukun solat anda...
  • tuliskan bacaan setiap rukun dlm solat dalam bahasa arab...dah siap..baru check..betul atau tidak..
  • tuliskan makna setiap bacaan dalam rukun solat...
(seelok-eloknya buat utk setiap waktu.. subuh, zohor, asar, maghrib, isyak...)
  • kemudian tuliskan dalam bahasa arab, surah-surah yang lazim dibaca dalam solat
  • dan tuliskan makna surah-surah pilihan itu.

ini adalah cadangan saya nak melihat diri sendiri. dari meng'akses' diri ni, kita dapat tau sejauh mana kita "CARE TENTANG SOLAT".... kadang2 kita buat,,...praktis hari2 solat...tapi bila listkan....xcukup....ape yg rukun ape yg bukan rukun... so ini boleh REFRESH ilmu solat. kemudian menulis bahasa arab apa yang dibaca ialah boleh membetulkan bacaan solat kita. selalunya ape yg ditulis yg itula yang dibaca. jika tulis xbetul...maka kebiasaannya baca pun xbetul la... memahami makna...agar kita faham apae yang kita lakukan...di setiap pergerakan solat tu..ade makna pada bacaan...in shaa Allah jika kita faham makna..kita lebih menghayati dalam melakukan solat..sama seperti surah-surah pilihan yang dibawa ke dalam solat. jika kita faham makna..kita lebih menghayati dalam melakukan solat.

jika kita boleh hafal dan menghayati pelbagai jenis buku2, bait-bait lagu2... kenapa tidak bacaan dalam solat. dengar lagu kadang2 sampai menangis.. baca buku sampai menangis..kadang2 rasa nak marah dengan watak dalam buku....kenapa tidak dalam solat..."U NEVER CARE TO UPGRADE THE WAY YOU PERFORM YOUR SOLAT!!!"...  sedangkan melalui solat yg khusyuk itu pelbagai HIKMAH dah ALLAH tuliskan. HIDUP MENJADI TENANG...PERGERAKAN TERBAIK UNTUK BERSENAM...JALAN MENJAUHI KEMUNGKARAN...

xmalu ka xtau makna dalam solat?...xmalu ka xtau rukun solat?... post kat dunia pegang macam2 jawatan....manager...director.. board of director...bacaan dalam solat xtau?? erk... muhasabah la kita.. biar seiriing kejayaan dunia dan bekalan ke akhirat...masih belum terlewat....sama2 la kita beistighfar....



list website perihal hikmah solat:

shafiqolbu
darul ulum online
unit sains perubatan asas
trisanin
razfira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan