Sabtu, 15 Mac 2014

seorang ibu dapat membesarkan semua anak-anak, tapi semua anak-anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu

pengalaman itu kadangkala menimbulkan muhasabah dalam diri.pengalaman itu berlaku pada diri sendiri maupun orang sekeliling. yang pasti Allah takdirkan ia berlaku bagi mendapat pengajaran dari ape yang berlaku. di sini ingin saya kongsikan satu pengalaman mengenai kisah anak-anak dengan seorang ibu yang sudah tua.

seorang ibu yang sudah tua, sudah uzur berusia 77 tahun. telahpun dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman E.coli dalam darah, high sugar contain 17, dan high BP, 195. alhamdulillah, semua anak-anaknya datang dari jauh ke hospital bagi melawat dan menjaga ibu. anak-anaknya boleh dikatakan semua berjaya. guru, pensyarah, peniaga etc. 

setelah disahkan sihat, ibu ini telah boleh discharge dari hospital dan dibawa pulang oleh anak lelakinya. ibu ini memiliki 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan yang semua sudah berumahtangga, manakala ade seorang perempuan yan masih belum berumahtangga. 

dalam keadaan ibu keuzuran itu, tanpa pengetahuan ibu, anak-anaknya bertolak-tolak untuk menjaganya secara penuh....kecuali seorang yang mana si ibu pula tak berminat tinggal di situ. dan yang sanggup itu pula adalah anak perempuan yang sudahpun berumahtangga.

Allah telah memaparkan babak-babak ini dalam hidup saya.. saya sangat sedih melihat  si ibu tua yang uzur ini. bukan ini pertama kali berlaku. sebelum ini pun pernah juga berlaku iaitu pada tahun lepas. masih saya ingat ketika itu..

pada raya aidilfitri tahun 2013, si anak kedua ibu yang tua ini telah sanggup menjaga ibunya secara total..bermakna tak perlu lagi si ibu travel sebulan sekali ke setiap rumah anaknya. seeloknya-begitulah, sebab si ibu yang tua ini sudah tiba masanya berehat dan bersara dari travel jauh2 ni. jadi jika ade anak-anak yang lain ingin melawat bolehlah datang ke rumah anak yang kedua ini..

tapi dugaan demi dugaan, keadaan tidak mengizinkan kerana salah seorang cucunya (anak kepada anak keduanya) seorang yang suka mengamuk. si ibu tua ini berada dalam ketakutan dan tak mau lagi tinggal di rumah anak keduanya itu. 

bermulalah episod si anak tolak menolak dalam menjaga si ibu tua. 

melihatkan si ibu tua terkebil-kebil, tak tau siapa yang sudi membawanya pulang ke rumah..sudah ade tempat nak dihuni ade pulak musibah yang melanda..saya sangat sedih melihat situasi si ibu tua yang terkebil-kebil melihat karenah anak masing-masing. selain dari anak ke dua ini ade 2 anak yang si ibu tua ini suka tinggal dengan mereka, anak bongsunya iaitu anak perempuan dan seorang anak lelaki. walau bagaimana pun anak bongsunya itu berkata,

mak sekarang saya sangat sibuk (dengan kerja sebagai pensyarah dan study untuk phd), saya tak dapat nak jaga mak buat masa ni.

manakala anak lelakinya tidak pula menyanggup membelanya.walhal, sepatutnya setiap anak laki-laki itu perlu dan wajib berkata sebegini.

 "mak adalah tanggungjawab utama saya sebgai anak lelaki.sudah kewajipan saya menjaga ibu, jadi mak duduklah dirumah saya selama-lamanya.bila mak rasa nak pegi umah anak2 lain, mak boleh la nak pergi, tapi rumah saya adalah rumah mak. sebab dulu mak jaga saya, dan itu juga dikira rumah saya.dan sekarang tiba masa saya patut jaga mak sehingga mak juga rasa seperti saya rasa masa mak besarkan saya dahulu"... 

saya sangat sedih melihat situasi ini dan satu pengajaran yang besar dalam hidup saya. semoga Allah membantu saya menjadi anak yang baik, sabar dan tabah dengan karenah ibu bapa kelak. kerana sememangnya orang yang berusia ini banyak karenah dan kesabaran yang perlu kita sabari. sama sebenarnya dengan kesabaran yg perlu si ibu itu ade ketika membesarkan anak-anak...walhal lebih hebat lagi kesabaran seorang ibu itu jika nak dibandingkan dengan kesabaran yang dimiliki oleh anak tadi...kerana anak hanya ade seorang ibu kandung...ibu pula mungkin punyai lebih dari dua orang bilangan anak....

disini ade 2 pengajaran besar yang saya dapat....

1. agar saya sentiasa berdoa dengan Allah membuka mata hati dengan setiap tanggungjawab yang saya perlu lakukan.terutama perihal menjaga ibu kelak.yang mana wajib setiap anak-anak menjaga kecuali anak perempuan yang sudah berkahwin, iaitu perlu dengan redha dan izin suami.

2. kesedaran dengan "kenapa agama itu penting dan perkara utama dalam memilih pasangan hidup." iaitu, pentingnya lelaki memilih bagi wanita berpengetahuan agama. kerana isteri tau peranan suami,iaitu kene jaga maknye.jadi sebagai menantu, wanita itu kene berlapang dada dan mesti ade niat dan kesediaan dalam menjaga mertua. kerana itu membantu suami anda hidup dalam barakah.dalam secara tak langsung keluarga sendiri juga akan barakah. Allah sayang.dan tarbiyah juga untuk anak2 kelak,

bagi seorang wanita pula, memilih lelaki berpengetahuan agama penting kerana, suami akan tau menghormati ibu isteri. bahkan mudah berlapang dada dan redha jika isteri mahu menjaga ibunya...

rata-rata hari ini saya melihat anak perempuan yang banyak menjaga ibu di usia tua. dimana anak-anak lelaki? sedangkan tanggungjawab utama anak laki2 itu ialah menjaga ibunya. kata-kata saya mungkin ade yang tak setuju dan melenting. tapi ketahulah wahai anak laki2..

jika takut akan adenya pertelingkahan dengan isteri dan anak2 akan perihal menjaga ibu anda, sehingga anda menolak dan tak berani mengambil risiko menjaga ibu anda...berani saya katakan... anda mungkin akan hidup mewah...tapi kebahgiaan anda akan ditarik sikit2 dengan masalah isteri anda, anak2 anda, urusan pekerjaan dan pelbagai lain masalah..kerana..derhaka itu bukan hanya apabila kita menengking dan mengherdik secara kasar ibu bapa kita...tapi sudah cukup menjadinya anak derhaka apabila walau ade sebesar kuman pun terbit rasa sedih di dalam hati ibu bapa...

nauzubillah. "ya Allah jauhilah aku dari menjadi anak yang derhaka" ..."Ya Allah semoga Kau pelihara aku menjadi anak yang baik.mukmin sejati.semoga aku diberi olehMu kekuatan.ketabahn.kesabaran.dan ikhlas.redha.semoga Kau membantu aku menjadi anak mithali kepada kedua ibu bapa..." amin.

wallahualam.