Selasa, 4 Mac 2014

selalu lupa mensyukuri nikmat yang Allah dah kurniakan

hari ini kita masih hidup, esok mungkin tidak lg, hari ini kita tidur atas tilam, esok, mungkin tidak, hari ini kita memandu kereta yg dpt dibeli dengan hasil titik peluh sendiri, esok, mungkin tidak lagi, hari ni kita bangun dalam tmpt tggl yg kita selesa di dalamnya, esok, mungkin tidak,

banyak kan kurniaan Allah pada kita?.. cuma oleh kerana perkara yg dilakukan dan dimiliki itu mnjadi kebiasaan, iaitu bukan sesuatu yg baru, kita LUPA nak SYUKURI nikmat pemberian Allah itu.

bahkan sibuk merencanakan untuk memiliki dan melakukan sesuatu yang lain dan baru. sehingga kadangkala stress bila gagal... sedangkan NIKMAT yg dh diberi dari dahulu lagi, lupa untuk disyukuri..

Mohon Allah membuka jiwa terhadap mensyukuri setiap pemberianNya..ameen