Selasa, 4 Mac 2014

Peranan anak apabila ibu bapa meluahkan rasa tak puas hati

topik ini jarang sekali sy jumpa. walaubagaimanapun, sy pasti, ade yang pernah mengalami situasi ini.. terutama apabila sudah bangkit dewasa. situasi ini kadangkala menyebabkan anak-anak berasa serba salah. pd anak-anak yang tidak matang pasti akan menanam rasa benci dan menyampah kepada samada ibu atau bapa. bahkan ia juga kadangkala menjadi igauan ngeri si anak untuk berumahtangga.
peranan anak sgt penting apabila ibu atau bapa saling meluahkan rasa hati dengan rasa ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing2...dalam keadaan ini..peranan anak seperti "meditasi" pendamai perantaraan, bukan membenci dan memarah membabi buta tanpa usul periksa..kerana setiap manusia ade lebih dan baiknya dan juga kurangnya..jadinya yang kurang itu perlu diperbaiki bukan membuang terus yg baik kerana wujudnya yang tak baik.
 
setiap manusia dimuka bumi ini tidak lengkap dan bila tak lengkap, sudah semestinya selalu melakukan kesilapan. dan melalui kesilapan inilah manusia belajar dan membina pemikiran. begitulah juga suami isteri, anak, adik beradik,kaum kerabat dan sebagainya.

kadangkala seringkali kita trdengar "abah kamu tu ...bla..bla..bla.." atau "mak kamu tu la....bla..bla...". perasan tak kita yang itu sebenarnya luahan hati mereka mengenai tak puas hati antara yang satu dengan yang lain....

jadi sebagai anak...jeng jeng...perlu peka akan percakapan ibu bapa kita...anda sebagai anak perlu menjadi jalan penyelesaian pd luahan hati ibu bapa ini jika ia diulang berkali2... anda perlu creative berfikir bagaimana cara bg "menegur" orang tua secara berhemah atau mungkin kiasan atau "adult talk".

jangan apabila ayah mengadu pasal mak...anak jd benci mak....manakala bila mak mengadu pasal ayah...anak jd benci ayah plak... manusia kan prone to make mistake......anda sendiri sebagai anak pun belum tentu menjadi sebaik dan sesabar mak dan ayah anda jika berada dlm situasi mereka...

org tua ade egonya...dan ade adab yg perlu bagi menegur mereka...seperti cucu (hasan dan husin) Rasul menegur org tua mengambil wuduk. mereka mengambil wuduk di hadapan org tua itu, barulah org tua itu sedar akan kesilapan wuduknya. 

ataupun "adult talk"....berkumpul mak, ayah dan anak...tanya hati ke hati....berkumpul bukan untuk salah menyalahkan..tapi bertanya ketidakpuasan hati dan saling berlapang dada dengan kekurangan diri masing2,...dan bersiap sedia untuk memperbaiki demi membina keluarga yang kekal..

wahai anak, bijakla mengambil tindakan...jika tidak..pasti anda juga mungkin boleh jadi punca keberantakan antara ibu bapa semakin parah...

wallahualam