Ahad, 30 Mac 2014

minda dijajah sehingga mengagungkan penjajah, sedihkan?

Assalamu'alaikum w.h.t

semoga sihat semua hendaknya. didoakan agar semua terselamat dari bahaya dan tipu daya syaitan. coretan di hari ini adalah berdasarkan ilmu+pengamatan+observation+experience+time factor+bi iznillah.

semoga ia memberi manfaat kepada semua. dan pada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya.maaf saya dahulukan.

Malaysia atau Malayan Union adalah sebuah negara yang pernah dijajah oleh British (inggeris), belanda, portugis, jepun dan komunis. antara banyak2 negara itu BRITISH adalah satu-satunya negara yang menjajah Malaysia dalam bilangan masa yang paling lama, 133 tahun. dan sehingga menyebabkan jiwa anak-anak jati Malaysia terpecah kepada dua fahaman. fahaman yang inginkan memerdekakan tanah melayu ini dengan menentang habis-habisan (tumpah darah) dan fahaman yang mahu memerdekakan tanah air secara mudah melalui perjanjian atau memorandum dengan BRITISH. jadi bukak minda dan fikir-fikirkanlah dan carilah info daripada tempat yang patut dicari bagi mendapat maklumat dengan cara yang mana satukah MALAYSIA ini mendapat KEMERDEKAAN. dan adakah MALAYSIA sememangnya MERDEKA???

Pada tanggal 30 Ogos 1957, jam 6.30 ptg di Bandar Hilir Melaka, Union Jack telah menurunkan bendera mereka dan Malaysia di isytiharkan Merdeka. Bagaimanakah cara Malaysia merdeka??? teori mendapat kemerdekaan ini sebenarnya berlaku pada banyak negara di seluruh dunia cuma ade satu negara sahaja yang menentang secara keras kerasan. iaitu, lihat ape yang berlaku di Mesir, Palestin... Apekah yang HAMAS perjuangkan??? 

"perjanjian" itu adalah mengikat antara dua buah negara dengan sesuatu yang dipersetujui oleh dua pihak. secara tak langsung kerjasama perlu diadakan antara kedua pihak dan tertakluk kepada ape yang termaktub dalam perjanjian... masih maukah bekerjasama dengan PENJAJAH negara sendiri??

tak banyak yang boleh saya perkatakan kerana saya juga dilahirkan dalam keadaan negara telahpun merdeka tapi "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR". bahkan british itu bukan sahaja mengorek semua harta negara tanah melayu tetapi meng"colognise" jiwa, minda dan pemikiran semua rakyat Malaysia, sehinggakan menjadi buta dengan mengenali erti PENJAJAH bahkan mengagungkan pula budaya dan kehidupan SI PENJAJAH...sedih bukan??.. BUDAYA, PEMAKANAN, CARA BERPAKAIAN, sampaikan cara BERJALAN pun nak di gahkan?? itulah yang dinamakan "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR". apekah kehidupan sebenar yang saya maksudkan???

bicara saya ni memang akan men"sentap"kan orang yang "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR" yang hidupnya merasakan budaya hidup penjajah itu adalah mesti di agungkan. contoh orang-orang yang menunjukkan "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR" ialah:

1. suka menonton cerita inggeris, suka dengar lagu inggeris, suka meniru gaya pakaian orang inggeris
2. suka kehidupan orang-orang inggeris
3. suka mengagungkan teknologi canggih
4. open minded sangat sehingga tercicir hukum Allah dalam pergaulan, pemakaian, akhlak
5. memikirkan sekular itu bagus 
6. membuka aurat, trendy, adalah amalan hidup dan cantik dirasakan dimata dan menginginkan selesa dipertonton orang ramai
7. lupa dan tidak mengapa jika nak berubah itu kene tunggu "SERU"
8. mengagungkan pangkat, darjat, panggilan ... Dato', prof, dan lain2...(nabi kita ade DATO" SERI KA??... nabi kita Prof Dr... ka?..) 

mesti orang rasa saya ni kolot... tak best langsung la dia ni..semua tak boleh dalam hidup.. tak sporting langsung. macam katak bawah tempurung...saya berani cakap...ayat-ayat tadi tu memang kebiasaan keluar dari bibir muda mudi sekarang..terutama di kawasan metropolitan... agak2 kenapa ye keadaan ORANG ISLAM di MALAYSIA ini BERFIKIRAN sebegini...?? 

tempoh 133 tahun..adalah tempoh yang sangat lama untuk mengkolonise sesuatu masyarakat dari aktiviti bangun tidur hingga ke masa untuk tidur semula..bayangkan selama 133 tahun...berapa keturunan dah hidup di dalam jiwa yang dijajah?? sehari tersedar dari lamunan jiwa yang dijajah ini..anda akan bingung dan merasakan betapa BODOHNYA diri selama ini ... buta pada ideology dan maksud tersirat dari PENJAJAH itu... tetapi masakan anda seorang boleh MENGKOLONISE semula JIWA RAKYAT MALAYSIA ISLAM ini dalam MASA YANG SEKEJAP.. dan BERSEORANGAN... 

di sini jika tersedar maka, kembalilah ke zaman kegemilangan TANAH MELAYU SEMASA BANDAR MELAKA MENJADI GEMILANG. Mari kita imbas kembali zaman kegemilangan MELAKA, apekah budaya dan agama yang menerajui zaman kegemilangan TANAH MELAYU??? Arab dan Islam bukan??...AGAMA itu didahulukan... dimekah dan madinah...siapakah yang memiliki gaji tertinggi?? dihormati,,disegani..dan ekonomi dijana dari hasil yang mengimarahkan ISLAM.. itulah semua para ulama..imam masjidil haram..pendapat mereka menjadi keutamaan..suara nasihat mereka yang dicari terlebih dahulu... lihat bandar mereka???.,..lihat pakaian mereka... ADAKAH MEREKA MUNDUR??? adakah mereka KOLOT DAN MISKIN...dengan mempertahankan agama ALLAH...bahkan berpusu-pusu orang pergi ke sana...

SEKULAR....mungkin ramai yang tak faham maksud sekular ni... wahai orang ISLAM anda WAJIB paham maksud SEKULAR... ialah MEMISAHKAN PERIHAL KEAGAMAAN DENGAN KERAJAAN PEMERINTAH. kalu agama dah ditolak tepi???.. nak ikut ape???  sedangkan dalam Al-QURAN dan HADIS dah termaktub:
Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (103, Ali-Imran).
".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Muslim)

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa".. (Al-Baqarah;2)
 
SECULARISM,  The term was initially coined by George Jacob Hollyake in 1851, and is “the great invention of the West.” (Charles Taylor). the target to implement secularism based on "MODERNIZATION"... 
MALAYSIA SEKULAR KE??? mesti ade yang kata "xlah..demokrasi..." erk... demokrasi adalah cara dalam berpolitik sedangkan sekular adalah fahaman pemisahan agama dengan pemerintahan. jadi...dalam DEMOKRASI boleh diserapkan SEKULARISMA ini. mari kita lihat MALAYSIA. DEMOKRASI YANG SEKULAR ataupun TIDAK....
1. lihat kepada pucuk pimpinan negara MALAYSIA... KERAJAAN nya. adakah mengamalkan undang-undang, jual-beli, pergaulan atau semua la, musyawarah yang berlandaskan   ajaran ISLAM... jawapannya, ade sebahagian dah mula diterapkan keislamannya... alhamdulillah..tapi masih banyak yang tidak..dah dikolonigse 133 tahun...bukan senang nak berubah bukan...
2. lihat kepada ILMU AGAMA SETIAP INDIVIDU DALAM INSTITUSI PEMERINTAHAN ni yg beragama ISLAM la... lihat bagaimana pemilihan seorang pemerintah di zaman kegemilangan ISLAM... mesti hafaz alquran, mesti tau hadis, tahajud xtinggal... MALAYSIA camne ek???...
3. lihat kepada DASAR EKONOMI negara...APA DAGANGAN UTAMA EKONOMI NEGARA...HALAL ke HARAM ke???....
4. lihat DASAR PEMBELAJARAN di sekolah, universiti dan sebagainya... CINA ade skolah khas..maknenye ade OPTION...india ade skolah KHAS...ade option...MELAYU ISLAM??... ape yang kerajaan sediakan itulah yang orang MELAYU ISLAM dapat...adekah silibus KAFA itu mencukupi untuk cover semua bab kehidupan???? kecuali kepada IBUBAPA ynag berkemampuan..mereka boleh pegi masuk SKOLAH PRIVATE mcm ADNI, AL AMIN yang menyediakan both (KBSR & PSRA-aliran agama) yang xde dalam silibus sekolah KERAJAAN...yang mana..SILIBUS PEMBELAJARAN SEKOLAH SWASTA INI adalah KOMBINASI SILIBUS SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH PONDOK, MAAHAD dengan KBSR.. sudahla tidak menerapkan agama..BAHKAN TENGOK NASIB SEKOLAH AGAMA PONDOK DI MALAYSIA??
5. lihat layanan terhadap ILMUAN agama, para USTAZ, GURU-GURU,...semasa ade ISA dulu..siapakah yang selalu disumbat ke dalam ISA??... bukankah orang AGAMA??.. dulu Ade hal ehwal ISLAM... ade sehingga USTAZ ini di "GAM"..sebab menegur yang tak betul dalam institusi pemerintahan...wallahu'alam...
6. lihat kepada undang-undang... mahkamah syariah...undang-undang syariah..mahkamah civil..undang-undang civil...siapa yang buat undang-undang civil?????...undang-undang yang manusia buat ni lebih kepada ketidak adilan dan menzalimi...dan menerukkan lagi keadaan dengan membuka keaiban..Allahuakbar... undang-undang civil yang lebih dominan di malaysia bukan??... tengok kepada kes yang memang HOT...kes ANWAR IBRAHIM..... yg dipertuduh ialah ISLAM dan yang menuduh juga ISLAM..jadi takde masalah untuk bawa kes ini dibicara dibawah MAHKAMAH SYARIAH..... di mana INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA dalam bab ini..diam membisu??... untuk bacaan tambahan perihal undang-undang ini sila layari http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/liwat.htm.....
jadinya, banyak yang kene "OVERHAUL" kalu nak MENG"KOLONISE"KAN semula  PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN di hari ini. MENG"KOLONISE"KAN dAri MODERN OR WESTERN CIVILIZATION OR IDEOLOGY OR LIFESTYLE kepada ISLAMIC CIVILISATION< IDEOLOGY AND LIFESTYLE....
ILMU ITU KUNCI kepada membuka fikiran itu...carilah ilmu..rajinlah membaca..2 bende je yang nabi pesan..Al-QURAN dan ASSUNNAH.. cari ILMU dari 2 bende ni...barulah...boleh melahirkan semula...para ilmuan seperti Ibnu Sina, khalifah zaman tamadun Islam, ..iaitu...ILMU AGAMANYA TINGGI yang merangkumi bidang bidang seperti sains... mereka lah Ahli ibadah..merekalh juga ahli sains..
di sini, ape yang saya nak katakan ialah.... peranan kita di zaman ini sangat besar...tergalas dibahu setiap individu untuk mengembalikan jiwa orang yang dijajah tapi mengagungkan penjajah...ideology penjajah tak lain tak bukan UNTUK MELEMAHKAN FAHAMAN ORANG ISLAM, UNTUK MELUNTURKAN SIKAP TOLONG MENOLONG SESAMA ISLAM SUPAYA TAK BERSATU PADU...supaya SENANG DERANG NAK CONQUER FIKIRAN DAN NAMPAK DERANG YANG BENAR...ISLAM ITU KOLOT...
tak guna menuding jadi tanpa ade tindakan... jadi... setiap individu wajib mulai hari ini...
1. hantar anak2 ke sekolah yang provide ilmu yang cukup sebgai orang ISLAM..jangan risaukan SIJIL..kerana REZKI itu dari ALLAH..sebab generasi ini boleh dipulihkan semula mungkin juga mengambil masa 133 tahun seperti BRITISH merobek minda MELAYU ISLAM....tapi perlu bermula dari sekarang....
2. kepada para ilmuan...wajib...mengeluarkan kata hati anda menerusi pena dengan menulis ape yang patut pada setiap kepincangan AGAMA ISLAM... jangan takut bersuara kerana takut diberhentikan kerja...jangan takut bersuara kerana takut dikecam, ugut, dibenci dan dihumban dalam penjara... KERANA..REZKI ITU DARI ALLAH, BUKAN MANUSIA.. KERANA YANG MENJAGA ANDA JUGA ALLAH, BUKAN MANUSIA.. jika anda takut dan membisu dari menegakkan kebenaran...anda ingat pendapatan anda hari2 tu berkat ke???... selidik TAWAKAL dan KEPERCAYAAN kita kepada KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH.
3. kepada yang berilmu dan bertaraf ustaz..wajib turun berceramah dan share ilmu yang ade...dan bukak lagi banyak sekolah INTEGRASI... macam MAAHAD TAHFIZ SAINS...
4. kepada orang yang dalam bidang professional terutama muslim... wajib kembali kepada ISLAMIC WAY...terutama MEDICINE...i believe...ade inisiatif selain DRUGS... and please...buku dari barat boleh dijadikan bahan rujukan..tapi bukan sebagai bahan utama....sebab...kemudahan dan kecangghihan itu semua perlu...cuma jangan sampai lupa itu semua dari Allah..jika tak buat guna jalan Allah...pasti akan LUPAKAN... akal anda Allah yang kurniakan...bukan untuk di megah-megahkan...

1957-2014...57 tahun sudah kita merdeka....MERDEKA KAH KITA???? AYUH...BANGUNKAN KESEDARAN DALAM DIRI AGAR GENERASI BARU ITU MANTAP DARI ILMU AKHIRAT DAN ILMU DUNIA...yang dapat menilai APE ITU DOSA APE ITU PAHALA APE ITU HALAL APE ITU HARAM dan cekal dan berani dalam AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...
 jangan ade lagi generasi yang "alah..xrock r..." sbb xpegi ke pusat hiburan..sbb xdgr radio omputih mcm hitz.fm..sbb meluahkan rasa tak puas hati dengan movie dan iklan yang dipertontonkan di kaca television sekarang...
Allahuakbar...AYUH KELUAR CEPAT DARI DUNIA INI yang PENUH DISAJIKAN dengan DOSA MATA, DOSA TELINGA..DOSA PERUT...macam mane tak banyak BALA....bukak radio "muzik"... bukak tv..."cerita bukak aurat"... bukak internet "..lagi hebat"... masuk pusat membeli belah...memang nampak "pusat orang"... duduk memandu dalam kereta "kene pandang kiri kanan hadapan...trnampak pulak orang naik motor pakai seluar pendek"...ASTAGHFIRULLAH...dosa yg memang pernah dibuat ketika jahil dah ade...tambah lagi dengan dosa yang tak sengaja pada perkara yang sama...
memang betul ape yang Allah dan nabi kata...orang yang memang dijalannya hanya sedikit dan dilihat masyarakat sekeliling sebagai orang-orang yang ganjil. 
apabila ramai berpakaian terdedah..tak ke ganjil kalu tetiba berpurdah...
apabila hidup mewah jadi kebiasaan tak ke ganjil orang yg susah tapi tak berhutang keliling pinggang
apabila uptodate dengan artis barat gossip...bila ade yang tak kenal dan tak pernah amik pot pasal barat..xke jadi ganjil...
apabila ramai yang xjadikan alquran bacaan harian...memang ganjil golongan yang membwa alquran ke sana sini..
apabila ramai yang tak solat...memang jadi ganjil la orang yang solat dan pegi ke masjid..
memang benar hidup dalam hutan tu lebih baik....tanpa dunia luar.. telinga dengar unggas (xberdosa)... makan (fresh, halal, xde bahan kimia yg memudaratkan)...mata..pandang hutan belantara.. (xberdosa).... tapi berbekalkan AL-QURAN DAN ASSUNNAH..ALQURAN DI MULUT DAN DIDADA.. memang ganjilkan...mesti dalam fikiran merasakan...ish...guane ke nak hidup dalam hutan..tanpa ape2 kecanggihan langsung...jadi katak bawah tempurung la...GANJILKAN...
duduk kat bandar ...rumah selesa bayo guna loan (interest=dosa), naik kete bayo guna loan (interest=dosa), mata, telinga, mulut, perut..(expose pada DOSA)...TV..GADGET... (expose pada DOSA)... kalu tengok skang ... DOSA-DOSA TU TAK GANJILKAN...bahkan xde rasa BERDOSA kan>??? TAK GANJILKANN>>>
itu hanya diibaratkan....ape yang ade semua dari Allah..cuma ADE BENDE YANG PERLU DIUBAH MENGIKUT CARA PEMIKIRAN, PEMBUATAN, PERLAKSANAAN BERTERASKAN ISLAM...

di sini ingin saya mengajak semua orang ISLAM membawa doa ini dalam setiap SOLAT. kerana doa ini termasuk dalam 10 ayat terawal surah alkahfi.. semoga kita semua terselamat dari tipu DAYA SYAITAN dan DAJJAL..ideology barat itu tanpa cara ISLAM..tanpa ISLAM..ITULA CARA SYAITAN.. dan DAJJAL itu pasti akan muncul...berusahalah dari sekarang..berdoa agar kita tak tergolong dalam orang yang mengagongkan DAJJAL..nauzubillahiminzaalik...
WALLAHU'ALAM..




Rabu, 26 Mac 2014

logik akal manusia yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup

seringkali manusia berfikiran ikut logik sendiri. dengan membuat pelbagai spekulasi dalam semua perkara. itu semua adalah anggaran atau perancangan atau juga dipanggil ramalan untuk dimasa hadapan berdasarkan fikiran logik akal manusia. ade ramalan yang memberi gambaran positif dan ade ramalan yang memberi gambaran negatif.

"ramalan", "assumption", "logik", "perancangan", atau "anggaran" atau ape sahaja perkataan yang berkaitan... dan saya lebih selesa kepada perkataan "ramalan".

apabila perkataan "ramalan" ia berkaitan dengan masa yang akan datang...yang masih tidak diketahui lagi ape yang akan berlaku. dan ia boleh jadi ramalan itu betul-betul berlaku ataupun sebaliknya.

bicara saya yang seterusnya, mungkin akan ade yang merasakan ianya tidak munasabah dan tak bersetuju. disini saya ingin mengetengahkan kepada orang islam terutamanya.. kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedari pun...

"ramalan" ini memang dah jadi kebiasaan pada zaman sekarang. ramalan kaji cuaca, bahkan ramalan bila dunia nak kiamat pun ade...

ape yang saya nak ketengahkan ialah... kadangkala "ramalan", "perancangan" yang mengikut logik akal manusia ni boleh menyebabkan manusia itu terjerumus kepada kehidupan yang penuh depresi, murung, tertekan, dan expose kepada perasaan atau emosi yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup.

kenapa saya menyatakan sedemikian, adalah kerana dalam tak sedar manusia itu sendiri terlalu taksub kepada "ramalan" yang direncanakan berdasarkan logik akal manusia....dan paling parah...dalam tak sedar merasakan yang Allah juga berfikiran seperti manusia... walhal,... kuasa Allah itu tak memerlukan ape2 teori sandaran pun seperti firman Allah, "kun faya kun"... maka ape jua boleh terjadi...jikalau hari ini anda kais pagi dan makan pagi..tiada duit simpanan pun...dan sudah pasti ikut logik akal..anda akan sentiasa bersedih kerana tak mampu menunaikan rukun islam iaitu menunaikan haji...akan tetapi, jika Allah menjemput anda ke tanah suci..boleh saja sekelip mata Allah datangkan orang kaya menderma kepada anda untuk menunaikan haji...

inilah bahayanya ilmu yang bersifat ramalan hari ini....maka sebab itu Allah menyuruh menyebut bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu...mengingatkan kita kepada nawaitu kita..dan mengakhiri dengan In shaa Allah...juga mengingatkan Allah...agar tidak taksub dengan keduniaan...

bahkan, badan-badan insurans, juga ditubuhkan berdasarkan kebarangkalian jika berlakunya sesuatu kemalangan di masa yang akan datang atau sekarang.. disini juga perlu diingatkan...semua itu adalah IKHTIAR....jgn sekali-kali menyebut "tak perlu risau, insuran kan ade kalu pape berlaku...insuran akan cover'.. Allahlah yang mengizinkan anda masuk insuran tu...jika Allah tak menginginkan anda dicover oleh syarikat insuran..nescaya Allah boleh bankrup kan syarikat insuran itu...atau nama anda tetiba tak tersenarai dalam rangkaian insuran itu dan sebagainya...

banyak lagi ape yang berlaku hari ini yang merenggut sedikit sebanyak kebahgiaan dan ketenangan hidup... contoh..keadaan hari ini yang penuh dengan jenayah...pelbagai inisiatif digunakan bagi menyelamatkan diri...sebagai contoh...alarm sistem, pagar, grill, padlock, laser yang bersensor... dan pelbagai lagi.... ingat manusia sekalian...itu semua IKHTIAR anda semata-mata...jangan sampai jika sesuatu berlaku anda menyebut.. "nasib baik aku pasang grill....nasib baik umah aku ade alarm system"... sesungguhnya itu semua perlu disulami dengan Alhamdulillah ataupun innalillah...agar kita ingat pada Allah setiap masa... kerana Allah la yang membenarkan semua kejadian itu berlaku..jika Allah menginginkan anda mati dibunuh oleh perompak...boleh saja Allah takdirkan anda terlupa utk menghidupkan sistem penggera itu..bahkan boleh saja Allah menggerakkan hati anda untuk keluar rumah untuk mengambil barang yang tertinggal...

ape yang paling penting ingin saya kongsikan ialah... kadangkala manusia itu terlalu memfokus pada akal fikiran manusia dan beranggapan yang Allah juga berfikiran seperti manusia...astaghfirullah..jika pernah anda merasakan sebegitu...beristighfarlah..kerana menyamakan Allah dengan makhluk itu adalah BERDOSA...

dan secara tak sedar semua kegiatan ini lama kelamaan menghakis rahsia TAWAKKAL kepada Allah..... disini saya ingin kongsi pada zaman Maryam..ibu nabi Isa a.s... dalam masa mengandung dan sarat untuk melahirkan nabi Isa a.s Allah menyuruh Maryam pergi ke kawasan yang lapang yang ade pokok kurma yang mati...tidak pula Maryam berfikiran ade orang akan membunuhnya, merogolnya dan sebagainya....sedangkan kawasan itu sunyi..sepi... boleh juga dimakan binatang buas... KENAPA????... ketika Nabi Ibrahim nak menyembelih nabi Ismail... tekad untuk menyembelih anaknya sendiri...dan Nabi Ismail juga merelakan ayahnya menyembelihnya... dan ketika nabi Ibrahim meninggalkan siti hajar dan nabi ismail sendirian di padang yang tiada air dan tiada makanan....tidak pula ade dalam fikiran mereka.....pasti siti hajar dan ismail akan mati kelaparan atau dimakan binatang buas...tidak pula nabi ibrahim memikirkan menukarkan awal2 lagi korban nabi ismail kepada seekor kibas... KENAPA???? pernahkah kita fikir rasa TAWAKKAL kita itu paras mana????

inilah yang saya katakan logik akal manusia itu membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup...
hidup akan hanya diburu dengan ramalan2 negatif... yang secara tak sedar meragut iman dan akidah sebagai orang islam..istighfarlah ... istighfarlah... hidupkanlah kalimah BISMILLAH dalam setiap perbuatan agar nawaitu itu terjaga kerana Allah....hidupkanlah setiap IKHTIAR dan USAHA itu dengan ucapan IN SHAA ALLAH dan semilah rasa TAWAKKAL dalam usaha dan IHKTIAR itu agar yakin dan percaya akan bantuan Allah itu akan tiba cuma pada ketika bila masanya itu adalah HAK MILIK ALLAH dan sambutlah sesuatu kejadian gembira dengan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur dan meng'imarahkan pemberian Allah dan sambutlah kejadian yang buruk dan menyedihkan dengan kalimah INNALILLAH agar  redha dan percaya akan hikmah mendatang dengan ape yang berlaku itu.

wallahualam...

Sabtu, 22 Mac 2014

ringkasan hukum nun mati dan tanwin 2-cara mengenali tanda bacaan dlm al-quran



Vocabulary;

1. Naqis ialah tak sempurna

2. Kamil ialah sempurna

3. izhar ialah nyata, jelas, terang

4. Halqi ialah halkum-bunyi yang datang dari bahagian halqum

5. Mutlak ialah tiada kaitan dengan mana-mana hukum.. (sendirian berhad)

6. iqlab ialah menukarkan

7. ikhfa' ialah perantaraan izhar dengan idgham

8. idgham ialah memasukkan

9. ghunnah ialah dengung

10. haqiqi ialah sebenar-benarnya

11. ma'al ialah bersama atau dengan

12. bila ialah "tidak dengan" atau tanpa

contoh hukum ikhfa' haqiqi dalam albaqarah 81-105






Contoh hukum IQLAB dalam albaqarah 81-105






contoh-contoh hukum izhar mutlak dalam albaqarah 81-105






contoh-contoh hukum izhar mutlak dalam albaqarah 56-80






contoh-contoh hukum izhar mutlak dalam albaqarah 29-55